Tadi scroll punya scroll FB home terjumpa cerita dibawah ini. Mengapa ada pihak yang sanggup highlifht citer macam ini. Dah le tak masuk akal tapi masih nak percaya bebudak yg nak cari populatiti dengan mencari perhatian yg meloyakan ginie..
Pemuda buat laporan polis mengundi dua kali
21 Mei 2013
KUANTAN – Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.
Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.
Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.
“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya.
“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar dan Penasihat Undang-undang, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pas Malaysia, Mohd Aznel Azharudin.
Pelik dengan situasi itu, Mohd Fadhli dari Perkampungan Sungai Isap Damai terus membuat laporan polis berikutan dengan mudahnya dia boleh mengundi dua kali.
Katanya, dia menggunakan peluntur untuk membersihkan dakwat kekal di jarinya selepas cuba membersihkannya dengan sabun dan ternyata hilang dalam tempoh itu juga.
“Jadi saya ambil keputusan untuk mengulangi proses pengundian sama seperti yang pertama dan mengikut segala prosedur dan ternyata saya melepasi setiap petugas sehingga menerima kertas undi,” katanya.
Sementara itu, Fuziah mendakwa, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.
“Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik mereka SPR mengadakan PRU sekali lagi,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.
Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.
“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya.
“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar dan Penasihat Undang-undang, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pas Malaysia, Mohd Aznel Azharudin.
Pelik dengan situasi itu, Mohd Fadhli dari Perkampungan Sungai Isap Damai terus membuat laporan polis berikutan dengan mudahnya dia boleh mengundi dua kali.
Katanya, dia menggunakan peluntur untuk membersihkan dakwat kekal di jarinya selepas cuba membersihkannya dengan sabun dan ternyata hilang dalam tempoh itu juga.
“Jadi saya ambil keputusan untuk mengulangi proses pengundian sama seperti yang pertama dan mengikut segala prosedur dan ternyata saya melepasi setiap petugas sehingga menerima kertas undi,” katanya.
Sementara itu, Fuziah mendakwa, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.
“Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik mereka SPR mengadakan PRU sekali lagi,” katanya.
Laporan berita ini jelas sangat Sinar Harian merupakan akhbar yang mudah diperbodohkan dgn cerita murahan sebegini, sebaik saja seseorang itu telah mengundi dan diberi keratan kertas undi, nama pengundi di garis(menunjukkan dirinya telah mengundi), namanya disebut dgn kuat untuk Ketua Tempat mengundi j buat catatan danturut dicatit oleh wakil2 agen parti untuk mengesahkan dia telah mengundi(2,atau 3 orang wakil bergantung pada bilangan calon di situ). Jk dia dtg kali kedua, pasti nama telah ditanda dan tidak akan dibenarkan mengundi, kerana nama telah dipotong oleh kerani tempat mengundi dan juga oleh wakil2 calon parti. Persoalan dakwat kekal tidak ujud sama sekali pd kes ini, biar pun tanda pd JARI TELAH hilang sama sekali.( Elok jg pelapor sudah buat laporan polis dan kini perkara penipuan ini telah direkodkan). Sebab orangmacam ini patut diambil tindakan kerana menipu dan membuat dakwaan palsu pada SPR dan petugas. Soal kertas undi yg ada padanya pun saya jd tandatanya. Saya percaya dia telah menyeludup keluar Kertas undi pada masa datang ditempat mengundi pada kali pertama dengan secara berpura-berpura masukkan dlm peti, sebalik tak masukkan dlm peti undi berkenaan. Pengakuan dirinya mengundi kali ke 2 pd jam 1.30 tidak berlaku tp hanya dakwaan palsu yg sengaja diada-adakan. Sy yakin pengakuan dia mengundi kali kedua hanya satu dakwaan palsu semata-mata nak jadikan isu dakwat kekal sebagai isu kelemahan SPR. Jangan perbodohkan orang lramai sebab penceritaan dan dakwaan orang ini samasekali tidak masuk akal. Sebaiknya orang ini boleh didakwa kerana membuat dakwaan palsu pada SPR dan ke2 telah salah membuat penyeludupan kertas undi yang jg boleh dianggap kesalahan membawa keluar bahan sulit SPR (kertas Undi) yang tidak dibenar sama sekali oleh mana-mana individu yg mengundi.
Kemungkinan yang lain pulak, si pengadu sememangnya tak pernah pergi pun mengundi sebelah pagi, tapi hanya datang pada sebelah petang saja.
Itu sebabnya nama tidak dipotong oleh kerani pengundian, dan wakil-wakil agent parti. Jika ini keadaannya, memang le jari bersih dan tiada sebarang kesan dakwat kekal pada jari telunjuknya. Berani sangat ke orang yang telah mengundi dan namanya telah ditanda pada senarai sebagai pengundi yang telah pengundi datang semula untuk mengundi kali kedua. Hanya orang gila , nyanyuk atau dibawah pengaruh dadah saja yg mungkin datang. Siapa berani sangat pada suasana kawalan oleh anggota polis yang ramai dan membuat penipuan mengundi kali kedua? Tapi dia ini datang mungkin baru sekali dan mengaku dah kali kedua semata-mata nak mencabar keberkesanan penggunaan dakwat kekal. Moga pihak polis melihat perkara ini sedalam-dalamnya. Jika sedia jelas menunjukkan ada tanda-tanda penipuan dan aduan palsu, ambil tindakan sewajarnya. Dengan ini amalan yang boleh merosakkan kedaulatan dan dan menjadi ancaman pada sistem undang-undang negara akan dapat dikurangkan dimasa-masa akan datang.
terima. kasih
saifulfromslim
polis/spr ambil tindakkan segra thdnya di mahkamah. segala penipuannya akan mudah dibongkar..
ReplyDeleteorang-orang macam ini dia rasa dia terlalu bijak, tp sebenar, dialah yg paling bingai kerana nak menipu dan tak tahu pun proses pelaksanaan dibuat mengambil pelbagai langkah untuk mengewlak berlakunya pengundian berulang. Dia ingat dakwat kekal saja sebagai bukti berlaku pengundian berulang ini...kahkahkah
ReplyDeletekadang saya fikir kita kini dikelilingi oleh orang2 Melayu (masyarakat setempat mungkin) yg suka buat lawak bodoh..yg terima laporan pon patut boleh rasionalkan pengadu apa tindakan yg mungkin sipengadu hadapi jika memilih untuk terus buat aduan. macam orang nak bunuh diri..takkan kita kata 'kalu dah fikir habis..sila teruskan niat kamu' . Begitu juga dgn orang yg mengiringi pengadu..tengin sgt ke nak menyokong aduan itu tanpa diselideki? Klu budak ni nak jadikan isu..pasei apa nak buat diam2..kalu dah berhasrat nak undi sekali lagi..habaq kat semua orang diluar pagar kawan/saingan/jurugambar dll .."moh tengok teman ngundi sekali lagi"..apasal cakap "memilih untuk TIDAK mengundi kali kedua" ..tak tau mulut buaya dok menganga menunggu sebaik didapati nama telah digariskan..lainlah spt sy kata td 'yg jaga/menyelia/yg pemerhati bll pun termasuk dalam shooting lawak bodo ni" ...ni semua gara2 orang2 yg tergelincir
ReplyDeleteAda ramai yang xberapa jelas dengan situasi ni...sila baca full repot dan explanation die.korang bleh cari sendiri kat banyak blog.klu stakat baca yg xcmplete,pastu sembang mcm korang ada kat situ..baik xpayah.wat malu rakyat Malaysia.
ReplyDeleteUntuk pengetahuan sumer,budak ni dh bgtau dia xmemihak mana2 parti politik (non partisan),sbb dia berniat nk uji spr yang dikatakan TERBAIK di dunia (baca explanation dia).. lgipun repot polis bukan dibuat keesokkan harinya,tpi pd petang hari yang sama yakni sebelum pengumuman kputusan pru malam tu..mmg xde bias mana-mana parti.berdasarkn komen2 korang di atas ni,klu PR menang PRU13, mesti korang akan angkat dia sebagai HERO dan bgitau PR menang dengan penipuan,CONFIRM...
SPR memang ada kelemahan.memang xakan perfect.yg korang nk pertahankan sgt2 ni APA PASAL??klu korang petugas spr (hatta pengerusi spr skalipun),korang perlu ambil maklum perkara begini.bukan berkeras xterima xtentu pasal.mgkin di sestengah tempat mmg betul perlaksanaan ikut prosedur,tpi ada jgak kelemahan di beberapa tempat mengundi yg perlu diambil perhatian….bagus juga bila ada kes2 macam ni, skurang2nya kita tahu ada kelemahan yang perlu diperbetulkan untuk pemantapan SPR itu sendiri...
Apsal dia xkomplen senyap2 je kat spr klu betullah nk memantapkan spr?korang tau tak apa ketua spr kat situ bagitau dia,.”mustahil,mustahil ini boleh berlaku!!”xnak terima kenyataan…ye lah,logic akal,xkan nak mengaku kesalahan, ramai kot yg ada kat tempat pengundian...disbbkan intension dia nk tegur n jelaskan kesilapan spr,tu yg dia mengadu kat bersih,parti pmbangkang, dan lain-lain…Kenapa ahli PKR yg cam backup dia jer...memang la pasal SPR buat derkk dan BN xnak amek tau pasal dh 'MENANG'....lagipun siapa lagi yang nak ketengahkan isu ni selain daripada mereka2 yg telah 'KALAH'..utk pengetahuan pn fuziah pkr yg MENANG parlimen kuantan tpi still ambil maklum perkara ini dan ketengahkannya…walhal beliau boleh jer duk diam2 dan mempertahankan KEMENANGAN beliau..
Utk pgetahuan, petugas spr telah terlepas pandang sbb jarinya bersih n xde calit dgn dakwat 'xkekal'..bab potong nama tu,sumber (sila tegur klu salah) mengatakan spr menggunakan 2 buku (kat situ,tmpat lain xtau la)sbb nk percepatkan proses pengundian (kesilapan disini adalah 1 buku potong,1 buku tak potong nama,spatutnya dua2 kena potong nama..wakil parti dan petugas pun silap sbb x alert benda ni)..wakil dun tg.lumpur dari bn Datuk Tengku Zulkifli Tengku Ahmad dan dari pas ustaz rosli pun datang petang tu dan telah mengesyorkan budak ni ni pergi repot polis.jdi xde istilah tipu disini...ramai yg ada waktu tu..
ReplyDeleteada yg cakap mustahil,xlogik,fitnah,ada yg cakap penipu, mcm2 lagi,kenapa x pertahankan bdak ni untuk memperkasakan spr....petugas spr kat situ sj yg tahu apa kesilapan mereka...klu nk sruh mereka mengaku,memang mcm letak pasir dlm periuk nasik sendiri le..
ada yg tanya mengapa xamek video dan tunjukkan bukti dakwat dihilangkan,(prgi baca explanation dia 10kali dlu) sbb niat dia nak uji spr tercetus selepas dakwat yg dicalit pd jarinya mudah benor ilangnye..(spr dakwa dakwat kekal slama 5 hari dan xbleh hilang menggunakan bahan2 pencuci yg klazimannya ada di rumah).lagi 1,wlupun zaman dh moden.tpi xsumer mampu pakai smartphone yg bleh rakam video n amek gambar (aku pn pakai sony ericsson lama je)
ada yg bagitau dakwat tu mustahil hilang tp aku percaya ramai yg tau dkwat ni xbrapa nk kekal slam 5 hari..ada yg xsampai brapa jam klu dicuci dgn cermat..semua maklum yg sesetengah dakwat memang mengikut kriteria, TAPI xsemua dkwat brada dlm kondisi yg terbaik (contoh ada air sirap dalam 1000 liter dalam tong,xsama manis bahagian atas tong dgn bwh tong,budak darjah 2 pun tau)
ada plak yg suruh tangkap pasal menipu(baca lagi explanation dia 100x)..nk tangkap?budak ni berani wat repot polis sbb dia dapat masuk pusat pengundian sbanyak 2 kli.yg kali ke2 tu dia xpangkah pun,dia bagitau kat petugas kat situ yang dia dh masuk kali ke2..klu ikutkan, dia boleh jer pangkah 2 x untuk BN tpi dia sedar kelemahan spr yg jelas disitu..bila orang tegur kesalahan,kita tangkap...APA PUNYA MANUSIA CAMNI..ditegaskan skali lagi usaha camni dpt menambahbaikkan spr utk masa2 akan dtg.....sesuai dgn motto spr ‘CEKAP dan TELUS’. – sahabat Fadhli