my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

19 May 2013

PRU dah abis, ada orang yg tak PUAS ATI, nak RAMPAS KUASA le pulak

Adam Adli ditahan ajak rakyat sertai perhimpunan haram




Bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd. Halim yang digantung pengajian setelah didakwa melanggar peraturan universiti, ditahan polis di kawasan Bangsar hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, penahanan tersebut adalah bersabit satu siasatan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
“Adam Adli ditahan pada pukul 3.15 petang hari ini (semalam) dan kini ditahan di lokap Balai Polis Jinjang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ape dia cakap sampai polis tangkap dia?


Akta hasutan rupanya. Macam kata orang...kerana mulut badan binasa le ini.
Tetibe dengar Pengerusi DAP pun tak setuju..betul ke tidak hanya dia yang tahu

karpal-singh-01july31


Karpal Singh membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee

Kuala Lumpur: Pengerusi DAP, Karpal Singh membantah rancangan kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan. Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai. Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU-13). Saya tidak mahu turut terlibat dengan permainan PR, walaupun saya sendiri dari ppembangkang.negara ada undang2,yang kita berani tentang kita tentang tapi kalau nak menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan yg melibat kan manusia yang jadi mangsa,saya berundur diri..saya tidak mahu masuk campur..sekarang rakyat semua sudah boleh lihat,siapa yg turut sama dengan anwar buat himpun hitam 505..mana pemimpin-pemimpin pas? Mereka pun tak nak terlibat sama dengan anwar..Beliau mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim, yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini tidak telus. saya minta kerajaan bertindak dengan segera..terhadap pemimpin pembangkang yang keras kepala ini.



Siapa pula Haris Ibrahim yang tiba-tiba muncul? Kenapa pulak dia tidak ditangkap?
Pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim, yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini tidak telus.


PAS pun katenya tak setuju juga dengan cubaan rampasan kuasa dan perhimpunan 505 ini. 
Elok le kalau gitu..
cuba baca petikan berita di bawah:

KOTA BHARU 17 Mei - Ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih enggan menerima hakikat kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila terus mengajak rakyat berdemontrasi, Pas pula dengan berlapang dada akur dan menerima keputusan rakyat.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah.
"Kemenangan di Malaysia ini sudah hampir cuma Allah tidak berikan lagi, boleh jadi untuk menguji kita supaya terus mempersiapkan diri.

"Boleh jadi pada pilihan raya ini kita belum bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab besar di Putrajaya, sebab itu Allah tangguhkan dulu kemenangan kita supaya betul-betul bersedia,'' katanya dalam ceramah perdana di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi.
Sejak minggu lalu, Anwar terus menghasut rakyat mengadakan perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum lalu dengan sebahagian besar disertai generasi muda Cina.

Ketika Anwar masih tidak reda dengan ketentuan Allah setelah gagal mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri, pemimpin Pas antaranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am parti itu, Datuk Dr. Haron Din menerima keputusan rakyat.

Nampaknya awal-awal menteri kabinet Datuk Seri Najib dah bertindak...Teman angkat topi kat Menteri Dalam Negeri Dr Zahid Hamidi..

Teman rasa elok le PM bertegas pada perkara ini, jangan berulang macam cerita kes Lahad Datu. Ramai menuding jari mengatakan salah orang tu le dan salah orang ini le. Bertindak pada siapa saja yang ada niat nak porak perandakan negara.
Teman dengor, Anwar marah bila dengar President Amerika ucap tahniah pada Datuk Seri Najib di atas kemenangan BN pada PRU 13 baru ini. Naik gelabah dan bercelaru rupenya dia nie. Dia kate nak mengadu kat Obama pasal banyak penipuan pada PRU 13 di Malaysia. Nuar ah Nuar...kempunan dan meratap hiba mike rupanya tak dapat jadi PM.

saifulfromslim








2 comments:

  1. Idolanya Anuar Ibrahim...dalam hidupnya dia hanya tahu menentang kerajaan.Tunku Abdul Rahman, Tun Razak,Hussain Onn, Mahathir semua dia lawan.. Adam Adli ni pun nak ikut jejak dia la tu...ada guru ada murid.....

    ReplyDelete
  2. mungkin jugak...bagus abiskan belajar dulu...lepas tu nak aktif pun ade le jg sudi terima

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...