Perjanjian Anwar/Najib-WSJ
JAKARTA – Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkhianati perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.
Dakwaan Jusuf itu dilaporkan oleh akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dalam satu artikel, semalam, semasa Anwar mengadakan protes berterusan menentang keputusan PRU13 yang didakwanya dicemari penipuan selepas Barisan Nasional (BN) kembali memegang tampuk pemerintahan.
“Saya meminta Anwar menerima keputusan itu (pada 6 Mei) dan lihat kepada realiti tetapi mereka kata ‘tidak, tidak, tidak, tidak,” kata Jusuf dalam temuramah dengan WSJ.
Dalam satu temuramah dengan WSJ, Jusuf mendedahkan beliau menjadi orang tengah untuk satu perjanjian rahsia antara Anwar dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April lalu.
Menurut Jusuf, Anwar dan Najib, yang dianggap sebagai sahabat beliau sejak beberapa dekad lalu, telah membuat perjanjian bertulis untuk tidak melancarkan serangan peribadi semasa kempen dan menerima keputusan pilihan raya itu.
Jusuf mendakwa perjanjian itu dicadangkan oleh Anwar sendiri.
Artikel bertajuk Behind Malaysian Poll Protest, a Peace Deal That Collapsed itu turut menyebut Anwar mengakui beliau membuat perjanjian itu, namun ketua pembangkang itu menganggap BN membuatkan perjanjian itu terbatal melalui cara parti itu berkempen.
“Macam mana anda boleh bercakap mengenai perdamaian apabila anda memburukkan lawan dengan cara sebegini,” kata Anwar merujuk kepada media di Malaysia yang kebanyakannya dimiliki kerajaan.
Laporan WSJ itu juga menyebut Anwar mendakwa Jusuf yang memulakan cadangan untuk mengadakan perjanjian itu, dan bukannya beliau sendiri.
Penasihat Najib dilaporkan mengakui perjanjian itu dibuat dan menolak pandangan Anwar bahawa ianya terbatal semasa kempen, di mana kedua pihak menggunakan pelbagai serangan ke atas satu sama lain.
“Anwar meminta bantuan Jusuf untuk mendapatkan perjanjian antara BN dan Pakatan Rakyat supaya kedua-dua pihak menerima keputusan PRU13, walaupun jika salah satu pihak menang dengan majoriti mudah.
“Perdana Menteri mengulangi secara peribadi kepada Jusuf dan kepada rakyat sebelum PRU13 bahawa BN akan menghormati pilihan rakyat dan menerima keputusan pilihan raya, walaupun jika pembangkang menang,” menurut penasihat Najib seperti dilaporkan WSJ.
Laporan itu juga menyebut Najib dan Anwar menolak bahagian dalam perjanjian sulit itu bagi memberikan pihak yang tewas peranan dalam apa yang disebut sebagai ‘kerajaan perdamaian’.
Menurut Jusuf, Anwar bertemu dengannya mengenai perjanjian itu, dua bulan lalu di rumahnya di Jakarta, Indonesia dan meminta Jusuf mendapatkan komitmen Najib untuk menerima keputusan pilihan raya dengan aman.Jusuf menjadi orang tengah untuk perjanjian damai bagi banyak konflik di Indonesia semasa menjadi naib presiden negara itu dari 2004 hingga 2009, selain memainkan peranan dalam rundingan damai di Thailand dan Sri Lanka.
Sasau sangat nak jadi PM...suruh pengikut-pengikut yang juga sasau buat poster ANWAR PM KE 7 hehehe
DAP pun tolak, Boss PAS pun tolak. Masih tak sedor2 ke lg. Malam dah nie, balik rumah le...pegi tidor..sedor le PRU dah abis..5 tahun lagi baru ada lagi...masa tue,kamu pun pasti bertambah sasau umur dah 72 tahun..hehehe
Jangan dakwa
Tak usah dakwa dia ini....dia tak boleh didakwa
kerana berani bersuara untuk rakyat, yg paling ditakuti dan digeruni ada
pemujaan bakar lilin dan pakai baju hitam depan mahkamah pulak...
Penyelesaian Matematik R.A.H.M.A.N...
Suratan atau kebetulan ?
Penyelesaian Matematik R.A.H.M.A.N...
R = huruf ke 18
A = huruf ke 1
H = huruf ke 8
M = huruf ke 13
A = huruf ke 1
N = huruf ke 14
Jumlah: 55 tahun
Petisyen seorang pemberontak
PR yakin akan 27 petisyen akan
menyebelahi mereka dan yakin akan dapat mengambil alih kerajaan BN. Bagaimana
pula petisyen dari BN pula pada SPR. Ini tak perlu diambilkira ke? Please
jangan buat kenyataan yg terlalu over confident (riak) macam ini. Bila tak
menyebelahi mereka, timbul pula cerita mahkamah tak telus dan dikawal oleh
kerajaan BN.
Bila, SPR, PDRM dan mahkamah akan
dikatakan baik dan telus? Bila semua keputusan akan berpihak pada pakatan
pembangkang. Susah le jikalau macam ini? Bila tak menyebelahi mereka saja, mula
dengan perhimpunan, tunjuk perasaan dan saman. Kadang-kadang aku jadi hairan
juga kenapa ini hanya berlaku pada pembangkang di Malaysia saja sejak
akhir-akhir ini. Dulu masa tiada PKR dalam barisan pembangkang seperti DAP,
PAS, UPKO, PRSM tidak ada pun demonstrasi yang berpanjangan macam sekarang ini.Rasanya bukan pembangkang yang jadi
faktor utama berlaku pelbagai perhimpunan dan demontrasi di Malaysia hari ini.
Tapi kerana ada seorang pemimpin belia yg tercipta sejak tahun 1974, dan pada
tahun 1997 menjadi seorang pemberontak dan 2008 bertukar menjadi peminpin
politik pembangkang adalah faktor utama kegiatan menyusahkan semua pihak ini
tercetus.
TIPU atau TERTIPU atau memang PENIPU
Pasal tipu dan tuduhan pembangkang ini, aku jugak petugas SPR, dari awal sampai le ke petang. yg kecoh, ugut pengundi awam, menjerit memekik bagai langsuyor, menjadi peraih undi mengalah pegawai petugas SPR dan PDRM, adalah dari orang2 pembangkang. Dari semua kekecohan, takde satu yg betul melainkan fitnah bodoh yg ditimbulkan. Tanya le pusat2 lain...sama je...semuanya cerita kosong dan auta nak tarik simpati khusus pemberita asing dan pemerhati pada pembangkang. Pemerhati pun naik menyampah dgn kekecohan murahan yg di timbulkan. Sebelum PRu dulu, aku pun percaya gak dgn pembangkang nie yg kata SPR ini melakukan penipuan. Tp bila dah bertugas sbg petugas SPR, aku tahu betapa sistematik dan telusnya mereka bekerja. Diakhir tugas selepas mengira undi dan bersalam dgn polling agent PR, dia sendiri mengaku sistem PRU sangat baik dan tiada ruang penipuan boleh dibuat. Sebenarnya Anwar je yg buat tuduhan kerana teringin sangat nak jd PM.
Candle light Vigil
Beribu-ribu orang pelbagai bangsa, di
Kedah BO 505, menyalakan lilin (Candle light Vigil) sebagai tanda nyalaan api
solidiriti membantah pejuang rakyat yang masih ditahan dalam lokap oleh polis
semalam...CANDLE LIGHT VIGIL secara umumnya
merupakan suatu perhimpunan mengingati insan-insan yang telah meninggal dunia.
Perlakuan ini juga merujuk kepada aktiviti The Anointing dan Last Rites yang
dilakukan penganut Kristian terhadap mereka yang sedang nazak dalam penjagaan.
Penggunaan lilin adalah berdasarkan praktikaliti untuk zaman atau lokasi yang
tidak mempunyai bekalan elektrik.Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2
Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti
Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa umat Islam DILARANG
menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur
tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
saifulfromslim
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete