my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

09 July 2012

Ramalan Malaysian Times - PRU 13


editor@themalaysiantimes.com.my

KUALA LUMPUR : Ketika senario politik negara semakin panas dan rancak menjelang detik – detik dekat dengan pilihanraya umum ke – 13 ramalan daripada agensi – agensi yang berkaitan mendapati BN akan menang 146 kerusi Parlimen manakala Pakatan Rakyat pula akan mendapat 105 kerusi.

Menurut sumber yang dipercayai kepada The Malaysian Times (TMT ) BN dan PR merasakan masing – masing mempunyai kekuatan yang tersendiri namun BN dikatakan mempunyai harapan yang lebih baik untuk mempertahankan Putrajaya berdasarkan faktor Perdana Menteri Najib Tun Razak yang semakin disenangi oleh masyarakat umum.

Berdasarkan statistik terkini BN mempunyai 137 kerusi Parlimen , Pakatan Rakyat -75 dan Bebas – 8 daripada jumlah 222 kerusi Parlimen. Pemerhati politik tidak menafikan persaingan antara BN dan PR akan menjadi semakin sengit di peringkat Parlimen pada PRU 13 namun mereka menjangka faktor calon dan prestasi parti akan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kemenangan calon untuk BN mahupun Pakatan Rakyat.

Sekiranya BN mendapat 146 kerusi Parlimen, kurang dua kerusi lagi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga namun para pemerhati politik yakin BN dapat mencapai sasaran itu sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan masa sesuai dan terbaik untuk membubarkan Parlimen .

Pada masa yang sama Pakatan Rakyat (PR) juga yakin akan memperoleh sekurang-kurangnya 105 kerusi Parlimen dengan selesa, dan boleh menambah tujuh lagi kerusi untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan peringkat persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selepas PRU 2008 disifatkan sebagai Tsunami 2008, PAS dan PR sudah memasang impian untuk menawan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan mengunakkan formula “Tsunami Selatan”.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pula berkata, pihaknya meletakkan keyakinan itu berdasarkan perkembangan demografi dan sokongan pengundi termasuk di Johor, Sabah dan Sarawak.

“Ini bukan lagi harapan, tetapi keyakinan. Kami yakin boleh memperoleh 105 kerusi selepas menolak beberapa kerusi, kemungkinan tiga hingga empat kerusi yang kami miliki sekarang boleh kalah, tetapi kami akan menang di tempat-tempat lain.

“Pada pilihan raya umum 2008, kami (PR) menang 82 kerusi. Status quo jumlah kerusi 2008 akan kekal, selepas tolak dan tambah kerusi yang akan dimenangi dan kemungkinan kalah, kami yakin akan memperoleh kerusi tambahan di Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya kepada media baru – baru ini.

Sementara itu Barisan Nasional pula yakin akan mendapat satu keputusan yang lebih ” baik” berbanding PRU 2008. Para pemerhati politik yakin percaturan PRU 13 tidak boleh mengambil kira faktor PRU 2008 kerana banyak perubahan drastik telah berlaku dalam tempoh hampir empat tahun ini khususnya perubahan pucuk pimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, perubahan pucuk pimpinan di UMNO, MIC, MCA dan Gerakan.

Selepas Najib Tun Razak mengambil – alih pucuk pimpinan negara banyak program dan pembangunan telah dilaksanakan melalui program transformasi nasional, BRIM, produk 1 Malaysia yang melibatkan kemahuan dan kehendak rakyat selaras dengan gagasan 1 Malaysia.

Malah Pakatan Rakyat sendiri mula risau dengan faktor Najib akan memberi tamparan hebat kepada mereka pada PRU 13. Kajian semasa juga menunjukkan prestasi Najib memberikan “keyakinan baru ” kepada semua kaum di negara ini.

Pakatan Rakyat juga dikatakan mengetahui perkembangan tersebut namun mereka lebih bijak menangkis segala perepsi tersebut dengan “kerap ” menyerang BN dan Perdana Menteri Najib Tun Razak bagi mencemarkan imejnya di khalayak umum.

PR lebih pandai mengunakkan pendekatan psikologi politik untuk menyerang BN secara beterusan khususnya dalam isu Bersih, PTPTN , personaliti Najib dan yang terkini dalam isu melibatkan haji dan PRU 13.

PR juga mengunakkan pelbagai pendekatan politik untuk menekan Najib Tun Razak untuk mempercepatkan pembubaran Parlimen untuk “melembabkan ” lagi proses persiapan jentera BN di semua peringkat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilihat semakin agresif dengan perwatakan politiknya dengan mengunakkan pelbagai formula untuk terus menyerang dan memerangkap BN.

Baru – baru ini beliau mencetuskan satu lagi “kejutan politik” di Sabah kononya Timbalan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran dan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang juga merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO akan keluar daripada BN dan menyertai PKR.

Episod tersebut memang memberi tekanan yang kuat kepada BN ketika Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke Sabah minggu lepas namun ianya sekali lagi menjadi satu lagi bahan spekulasi yang berjaya mengegarkan politik negara sepertimana insiden 16 September kononya 30 Ahli Parlimen BN akan melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.

Kekurangan disiplin dikalangan parti komponen PR juga merupakan salah kelemahan ketara yang boleh mengugat kemenangan dan prestasi mereka. Sementara itu Rafizi dipetik berkata, PR boleh memperoleh 24 kerusi, masing-masing lapan dari Johor, Sabah dan Sarawak.

“Di Johor, daripada 26 kerusi Parlimen, sebanyak 18 kerusi berada dalam bahaya, kesemua kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi campuran,” kata beliau. Apa yang pasti faktor Najib dan Anwar akan menentukan kemenangan BN dan PR pada PRU ke 13 – TMT

Ramalan Malaysiantimes

saifulfromslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...