my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

27 July 2012

pertembungan personaliti antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


dari Sinar Harian....

BANGI - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang sebelum ini disifatkan sebagai 'ibu kepada segala pilihan raya', dilabel sebagai satu pertembungan personaliti antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin menyifatkan pertembungan kedua-dua mereka sebagai "Battle of the Gladiators".

"Saya melihat pilihan raya umum ini sebagai persaingan dua personaliti iaitu antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan masing-masing mencari ruang persepsi... politik adalah berkenaan dengan persepsi," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

"Seperti yang saya katakan tadi (semasa pembentangan), ini macam "Battle of the Gladiator'. Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar adalah pelakon utama, yang lain-lain (pemimpin politik) adalah pelakon tambahan," katanya lagi.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Presidn Umno, kini merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Beliau dipecat pada awal September 1998. Ketika Najib merupakan Naib Presiden dan kini Presiden Umno.

PRU13 merupakan pertama kepada Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Sambil mengakui faktor Najib sebagai pemimpin berbanding Barisan Nasional (BN) dan Umno dilihat sangat penting, Shamsul Amri berkata, faktor personaliti akan memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan PRU13.

Bagaimanapun beliau juga menekankan bahawa walaupun Najib menerima undi populariti atau lebih popular berbanding Anwar, tetapi akhirnya sejauhmana populariti itu diterjemahkan dalam undi atau sokongan semasa pengundian kelak adalah penting.

"Kalau sokong sekarang, tetapi tidak diterjemahkan dalam bentuk undi pun tidak berguna juga," katanya lagi.

Beberapa kajian yang diumumkan kepada publik sejak kebelakangan ini termasuk MPN dan Merdeka Center menunjukkan Najib lebih popular berbanding Anwar.

Bagaimanapun populariti kerajaan BN pimpinan Najib lebih rendah berbanding populariti Najib sebagai seorang perdana menteri.

Hasil kajian Merdeka Center yang dikeluarkan semalam menunjukkan populariti Najib kekal stabil di paras positif.

saifulfromslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...