TANDA-TANDA KIAMAT KECIL SUDAH
SEMPURNA…HANYA MENUNGGU TANDA-TANDA BESAR. 15 TANDA KECIL SUDAH PUN SEMPURNA …MAKA
HANYA TINGGAL LAGI 10 YANG MANA DAN SUDAH MULA, ADA PENANDAAN BESAR KIAMAT
BERKENAAN….ALLAHUA’LAM…
Harus diingat, kita sudah pun
‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya
Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam
peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala
Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin
Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi
Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah
selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang
masih tinggal. Allahu A’lam.
Disaat kita berada dalam lena yang
panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai
yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat
berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di
antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk,
yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah
runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada
Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila
telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu
Majah
4) Menghias masjid &
membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah
dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat
-Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan
kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga
banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap
yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat
sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak
mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat
kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya
kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan
hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang
diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang
yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda
telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada
orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian
tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah
lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2
wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah
dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat
dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul
pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum
pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya,
kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu &
memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu &
menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya
hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang
benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang
rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat
sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih
Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di
kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu
kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’
yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan
manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan
sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi
dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling
baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat
tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid
Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu
itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu
perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat
sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya:
“Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa
bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di
timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali
adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia
kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang
disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang
besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu
ialah:
1.Dukhan (asap) yang akan keluar dan
mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang
beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2.Dajjal yang akan membawa fitnah
besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya
dengan seruannya.
3.Binatang besar yang keluar
berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak
beriman lagi kepada Allah swt.
4.Matahari akan terbit dari tempat
tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang
kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5.Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke
permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang
berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat
oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6.Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj
yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya
menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah
didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman
dahulu.
7.Gempa bumi di Timur.
8.Gempa bumi di Barat.
9.Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10.Api besar yang akan menghalau
manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Mengikut
pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau
mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan
hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului
segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan
bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam
(setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat
tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan
merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan
terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang
yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit
dari tempat tenggelamnya”.
saifulfromslim
10 zulhijjah 1434 H / 15 Oktober 2013
Salam Eid-Ul-Adha untuk semua saudara muslim & muslimah
No comments:
Post a Comment