my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

17 October 2013

10 usahawan Melayu terkaya di Malaysia.

Usahawan Melayu terus mencuba menguasai kekayaan di Malaysia ini walaupun hakikatnya pada hari ini masih dipegang oleh bangsa lain di Malaysia ini.

Semangat para usahawan melayu untuk cuba menjadi kaya serta mengkayakan bangsa sendiri.Tidak dinafikan lagi bahawa usahawan Melayu juga hebat berniaga seperti bangsa lain.

Lihat sahaja di mana-mana tempat, usahawan Melayu tetap ada menjalankan perniagaan mereka sama ada perniagaan kecil mahupun besar tanpa mengira apa jua industri. Malahan ramai usahawan Melayu kini telah berjaya dalam perniagaan mereka di dalam dan luar negara.

Kali ini, kami akan mengetengahkan 10 usahawan Melayu yang sangat hebat dan berbakat dalam perniagaan yang mereka ceburi dan merupakan 10 usahawan terkaya di Malaysia.

1.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari



Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia yang menguasai pelbagai industri di Malaysia.

Dilahirkan pada tahun 1952 di Alor Setar, Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary

Merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia.

Jumlah Kekayaan: $2.75 bilion


2.
Shahril & Shahriman Shamsuddin

Kedua adik-beradik ini merupakan antara bilionaire yang menjalankan perniagaan dalam  industri gas dan petroleum.
Merupakan CEO dan Presiden Sapura Kencana manakala adik beliau merupakan lembaga pengarah syarikat tersebut.

Merupakan orang ke-12 terkaya di Malaysia.

Jumlah Kekayaan: $1.05 bilion

3.
Mokhzani Mahathir


Datuk Mokhzani Mahathir merupakan anak kedua mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad, yang menjalankan perniagaan dalam industri Gas dan Petroleum.

Dilahirkan pada Januari 1961, beliau merupakan naib Pengerusi Eksekutif di Sapura Kencana.

Merupakan orang ke-15 terkaya di Malaysia.

Jumlah Kekayaan: $980 juta

4.
Azman Hashim
  

Tan Sri Azman Hashim merupakan antara tokoh industri perbankan Melayu yang paling 
berjaya di Malaysia.
     
Dilahirkan pada Julai 1939, beliau merupakan Pengerusi Ambank Group yang merupakan 
bank ke-5 terbesar di Malaysia.

 Merupakan orang ke-17 terkaya di Malaysia.

 Jumlah Kekayaan: $810 juta
5.
Kamarudin Meranun

Datuk Kamarudin Meranun merupakan tokoh terkemuka dan antara pemegang saham serta pengasas bersama dalam syarikat penerbangan Air Asia.

Merupakan rakan kongsi Tony Fernandes, beliau juga adalah Timbalan Pengarah Eksekutif Air Asia Berhad sejak Disember 2001.

Merupakan orang ke-20 terkaya di Malaysia.

Jumlah Kekayaan: $635 juta
6.
Ahmayuddin bin Ahmad

Merupakan pengasas bersama yang memegang saham sebanyak 17% dalam Westport Malaysia, terminal terbesar di Pelabuhan Klang.
Kini berusia 56 tahun, beliau merupakan Pengarah Westport Holdings Sdn Bhd dan Pengarah Kuala Lumpur Sentral.

Merupakan orang ke-32 terkaya di Malaysia.

Jumlah Kekayaan: $315 juta


7.
Eleena Azlan Shah

YAM Raja Eleena Sultan Azlan Shah merupakan anak perempuan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah

Dilahirkan pada 3 April 1960, beliau merupakan Pengarah syarikat Gamuda yang merupakan sebuah syarikat pembinaan terbesar di Malaysia.

Merupakan orang ke-41 terkaya di Malaysia

Jumlah Kekayaan: $200 juta
8.
Abdul Hamed Sepawi

Datuk Abdul Hamed Sepawi merupakan antara tokoh dalam industri pembalakan dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan hutan.

Berusia 64 tahun, beliau merupakan Pengerusi Naim Holdings Berhad, Sarawak Energy Berhad, and Ta Ann Holdings Berhad.

Merupakan orang ke-43 terkaya di Malaysia.
Jumlah Kekayaan: $167 juta
9.
Nazir Razak

Dato’ Seri Mohd Nazir merupakan anak bongsu kepada Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak dan merupakan adik kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib.

Dilahirkan pada tahun 1966 di Kuala Lumpur, beliau merupakan tokoh perbankan yang mengetuai bank ke-5 terbesar di ASEAN, CIMB. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan & CEO CIMB Group.

Merupakan orang ke-49 terkaya di Malaysia.

Jumlah Kekayaan: $147 juta


10.

Hamdan Mohamad

Tan Sri Hamdan Mohamad merupakan antara tokoh usahawan Melayu yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa dalam industri pembinaan dan insfrastruktur.

Berusia 57 tahun, beliau merupakan Pengarah Eksekutif, Presiden dan CEO Ranhill Berhad yang menguasai 56.9% pegangan saham syarikat.

Merupakan orang ke-50 terkaya di Malaysia.

Jumlah Kekayaan: $145 juta
 saifulfromslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...