Fakta yang tidak diketahui, kenapa
US dan Barat dendam pada Tun Dr Mahathir
Tahukah anda kenapa Amerika dan
sekutu barat begitu marah dan dendam dengan Tun Dr Mahathir Mohammad?
Jawapannya mudah, hanya kerana
kebijaksanaannya dan usaha gigihnya menjana ekonomi negara menjadi maju. Untuk
mengetahui fakta sebenar terus baca dan faham akan kelebihan insan ini….
Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden
Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri
Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada
British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO,
Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33. Carcosa Seri
Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang
tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia. Satu
lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu
berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim
dan parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP. PETRONAS merupakan antara
syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS
sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di
negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat.
Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan
dengan Amerika Syarikat.
Bagaimana boleh jadi begitu? Tahun 1988, apabila Sudan mulai
stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat
menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut
memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika
Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan
membuat kajian selama tiga bulan. Atas helah Zionis dan bertujuan untuk
melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak
mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup
banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran. Tiada negara lain yang
berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah
memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh
negara-negara lain.
Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan
kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran
selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS
mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.
Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat
membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan.
Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut,
Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat. Walaupun CEO
PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun
Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan
dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan
menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat. Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai
agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir
menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15
yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan
kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan.
Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang
paip. Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal
perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan.
Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko
berhadapan dengan China. Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun
Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih
menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70%
keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas
bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan
syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.
PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan
dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85%
keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS
bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur
dan sebagainya. Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika
Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata
pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu
dengan lebih mudah. Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian
daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat
tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi
syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.
Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak
pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros,
menaruh dendam yang cukup besar.
TUN DAH LETAK JAWATAN SBG PENASIHAT PETRONAS - NOV 2013
TUN DAH LETAK JAWATAN SBG PENASIHAT PETRONAS - NOV 2013
saifulfromslim
No comments:
Post a Comment