my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

21 October 2013

BAJET 2014 - APA yg dituntut oleh QUEPACS untuk meringankan kos sara hidup 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014.?

BAJET 2014: CUEPACS MINTA BONUS, KENAIKAN BEBERAPA ELAUN TETAP


Bernama
10/10/2013

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan memperuntuk pemberian bonus dua bulan dan menaikkan beberapa elaun tetap termasuk perumahan dan sara hidup kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kerajaan perlu memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini. 

Menurutnya Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini.

Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza. 

Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah. 

Sementara itu, Omar berkata Cuepacs menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana yang dijangka diumum dalam bajet kali ini. 

Bagaimanapun, Omar berharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak mekanisme subsidi kepada golongan itu kerana mereka tidak layak menerima bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati golongan berpendapatan rendah.
"Sudah tentu ini berita gembira buat kita jika ia diumumkan. Namun, kita berharap lebih banyak bantuan atau subsidi lain diumum untuk penjawat awam," katanya. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Okt ini. 

Tuntutan Pertama:
Memperuntuk pemberian bonus dua bulan

Tuntutan Kedua:
Menaikkan beberapa elaun tetap termasuk ELAUN PERUMAHAN dan ELAUN SARA HIDUP kepada 1.4 juta penjawat awam

Tuntutan Ketiga: 
Elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.

Apakah PM Datuk Seri Najib Tun Razak, akan mendengar keluhan permohonan President Quepacs Datuk Omar Osman ini, dan mempertimbangkan harapan Quepacs untuk kebajikan dan nasib kakitangan awam yang semakin tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat sejak kebelakangan ini? Jawapannya hanya akan terungkai pada 25/11/2013 ini......Tuuuunnnngggggguuuuu


saifulfromslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...