my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

07 May 2012


Isu Azmin: Zuraida Kecewa MB Selangor Lepas Tangan

PETALING JAYA: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin kecewa dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran sikap sambil lewanya berhubung penyiaran berita dan gambar yang mengaitkan pemimpin kanan parti itu melakukan aksi panas bersama seorang wanita.
Menurut Zuraida, ulasan ringkas Abdul Khalid boleh memberi ruang kepada masyarakat untuk membuat tafsiran negatif terutama apabila ia membabitkan dakwaan isu moral Timbalan Presiden parti, Mohamed AzminAli.
"Saya beranggapan respon Menteri Besar terhadap isu Azmin agak mengecewakan bagi pihak kami.
"Sebagai seorang pimpinan dan Menteri Besar yang dilantik oleh parti, beliau tidak boleh memberi jawapan seolah-olah mahu lepas tangan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, Jumaat.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid pada sidang medianya Rabu lalu yang hanya menjawab 'no comment' apabila ditanya pemberita mengenai isu penyiaran gambar dan berita yang mengaitkan Mohamed Azmin bersamaseorang wanita.
Selain itu Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menegur Abdul Khalid agar lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan khususnya kepada media.
"Jadi saya kecewa kerana ianya akan kecilkan hati Azmin yang banyak berjuang dalam parti.
"Saya kesal, sepatutnya Menteri Besar seharusnya lebih berhati-hati dalam memberi komen agar tidak memberi tanggapan negatif kepada masyarakat umum atau media. Dalam persediaan menghadapi pilihan raya, kita mesti duduk dalam satu saf...saya kesal sedikit," katanya berulang kali.
Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.
Paling mengejutkan pendedahan blog papagomo.com yang menyiarkan gambarseorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.
Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.
Bagaimanapun, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh Umno sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.


saifulfromslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...