Aku terima call dari kawan lama Rafdi @ yengge pada jam 4.15 petang. Masa tu hujan lebat di Slim ni. Masa tu juga berlaku hujan batu...bila kedengaran bunyi percikan batu ke tingkap cermin. Aku dan anak aku Suhaifaniza Fasya serta isteri aku pergi ke balcony dan betul-betul dapat melihat ketulan ais kecil penuh dilantai, lebih kurang sama saiz dengan buah biji saga. Kilat dan guruh amat kuat pada petang dan kami terus masuk. Balik pada cerita panggilan talipon kawan aku tadi. Sebenar dia nak ke Slim River petang tu berjumpa aku. Sebagai pengetahuan semua Rafdi ni kawan aku semasa menuntut di Tingkatan enam di sekolah Asrama Penuntut Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1976 dan tahun 1977 dulu...Dan hari ini ialah 4hb April 2011 dan ini bererti kami tak pernah berjumpa sejak hari akhir persekolahan pada bulan November 1977.... dan hari ini bererti aku akan berjumpa dengan seorang sahabat lama setelah 34 tahun tidak berjumpa. Hati dan naluri ini sangat-sangat ingin berjumpa dengannya.. Aku talipon sahabat ini semula dan dia memberi response bahawa pada selepas magrib ni dia akan bertolak dari Kampar ke Slim River. Tengah aku menonton siaran tv Awan Dania tibe-tibe ada call dari Rafdi dan menyatakan dia dah sampai. Masa tu jam menunjukan jam 9.30 malam, dan dia menyatakan dia berada di depan Pasaraya Sakan dekat kawasan bandar baru slim. Aku pun terus kesana dan betul-betul jumpa dia disana dan terus kami beredar di sebuah kedai makan yang dikenali sebagai restoran Bryani baru dihujung pekan Slim River ni. Kami sempat bersalaman dan berpelukan, kerana lama tak pernah berjumpa dan terus buat pesanan minum teh tarik untuk aku dan dia minta kopi misai kucing..
Macam-macam hal kami bualkan dari cerite kawan-kawan seangkatan dan diri masing-masing. Kami bersembang hingga jam 11.45 malam kerana dia terpaksa balik ke Kampar semula. Aku sangat gembira mendengar khabar cerita kawan-kawan yang lama yang aku tak pernah dengar khabar mereka sebelum ini...Bagi aku malam itu satu keseronokkan yang sangat menyenangkan... Sebelum pulang kami menyuruh pelayan kedai mengambil gambar dengan mengguna handphone sebab aku terlupa bawa kamera bersama.....
No comments:
Post a Comment