Kisah
Benar - Pelajar UIA Bermimpi Menemui Rasulullah
Al-Quran 30 juzuk
terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal
30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri
utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka
menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil
tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau
hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang
beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di UIAM.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg
lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya,
tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah
sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal
rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak
terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau
berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau
hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’
itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai
pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2
halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan
Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar,
malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu
sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya,
setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama
tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan
sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah
dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’,
beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika
itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai
saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan
sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan,
“Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin
aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.
sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya
dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’
pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak.
Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada
apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah,
beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn
tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik.
Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan
dan berdiri hampir sekali, kira kira 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanAllah...indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat
tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung
selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan;
"Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”
Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban
berwarna hijau di atas bahu baginda.
Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda,
kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi
katakan:
“Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..
Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata;
QalAllahuta’ ala; ”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2
yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan
dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di
sini) ;
“Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama
ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan
hijab utk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal
ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah,
memberikan nikmat yg begitu besarbuat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi;
“Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua
akan berjumpa nanti..”
Nabi s.a.w. kemudian melafazkan;
“Ummati.. ummati..ummati. ..”
dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata
Baginda yg suci mengalirutk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah
pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi.
Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal
dan sentiasa ingat akan ummatnya.Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda
menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn
ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi
oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya
Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya
sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar
menangis lantaran rindu pada Nabi.
Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat
terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah
yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk
di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada
dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit
berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian
yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha
Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih
menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk
kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau
merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh
tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis
dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak
menangis.
“Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi
utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg
biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
“Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu
sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg
berpakaian serba hijau.
Salah seorang daripadanya mengatakan;
“Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami
utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar
Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..”
Para Sahabat mengatakan;
“Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..”
Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan
Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir,
mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di
negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan
’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka
mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan
antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan
seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu
yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka
sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka
yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang
sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun
lebih ditanggung beliau dgn sabar.
Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk.
Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian
sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah
beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah
sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian
beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau
sujud syukur pada Allah s.w.t.“Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun
pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah
Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami;
“Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan
Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa
tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk
beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak
lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak
pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa
beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak,
bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin
katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar
manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya
adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua,
dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya..
Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para
sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah
melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya
oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui
ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah
kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku..
ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan
sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
Subhannallah!
saifulfromslim
No comments:
Post a Comment