Bertugas pada Sabtu......
Dah banyak kali aku terbaca, pasal bekerja pada setiap Sabtu ini. Malah ulasan Presiden NUTP, Hashim Adnan pasal perkara ini dah berkali-kali aku baca sejak ianya disiarkan didada2 akhbar tempatan. Pelbagai pihak memberi pandangan yang berbeza-beza pada perkara ini.
Siapa yang betul dan siapa yang salah merungkai tentang kelayakan guru-guru bertugas dihari Sabtu ini. Pihak kementerian, NUTP tak tahu ke? Banyak sekolah-sekolah di Malaysia ini menjadi hari Sabtu sebagai hari wajib berkerja. Bukanlah mengajar murid atau pelajar macam P&P dari Isnin hingga Jumaat tu. Tapi menghadiri aktiviti ko-ku, Ladap, Mesyuarat Agong PIBG, program-program rasmi sekolah, sukan, aktiviti 1M1S, kelas tambahan macam Cakna, Program kecemerlangan dan macam-macam lagi lah...
Pasal penat, tak usah cakaplah. Pengetua selalu cakap itu satu tanggungjawab para pendidik dan wajib hadir. Malah pada yang tak hadir dikeluarkan arahan beri tunjuk sebab. Yang aku hairan, Presiden NUTP, Hashim Adnan kata, tiada seorang pun guru membuat aduan pada NUTP. Ini kira sudah bagus kerana mengambarkan guru kita akan sentiasa menurut perintah ketua pentadbir mereka. Yang kedua, mungkin juga guru-guru boleh dianggap takut nak komplain kerana sentiasa diwar-warkan dengan ugutan tindakan yang boleh diambil kerana ingkar perintah majikan. Persoalan disini, siapa yang sebenarnya yang ingkar dengan arahan. Pihak majikan, pentadbir, guru-guru, atau siapa yang sebenarnya tidak mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan ini.
Siapa yang sewajarnya diambil tindakan menyalahi kuasa dan boleh diambil tindakan tatatertib? Macam-macam jawapan akan muncul. Masing-masing nak tunjuk mereka berada dipihak yang benar dan mematuhi peraturan. Aku dah cukup jemu dengan perkara ini. Sehingga hari ini tiada peraturan atau penjelasan yang rasmi dimaklumkan secara tulus hingga berlaku ketidakpuasan diantara pentadbir dengan guru-guru. Mereka sentiasa hadir pada sabtu-sabtu yang diarahkan dan mereka juga terus membuat rungutan-rungutan negatif pada pentadbir sekolah masing-masing.
Mereka bersuara di FB dan lain-lain media sosial secara berterusan hingga hari ini. Tak kan NUTP, Kementerian atau JPN serta PPD masih tak tahu? Buatlah sesuatu itu mengikut tertib dan cara yang betul mengikut peraturan serta lunas undang-undang yang telah digariskan.
Tak payahlah nak suruh guru komplain pada NUTP dan nak menuding jari pada guru-guru seolah-olah tak pandai nak bersuara. Sepatutnya tiada salah menyalah pada mana-mana pihak pada perkara ini. Semua pihak, dari JPA, NUTP, KPM, JPN atau PPD dan khususnya pengetua-pengetua sekolah sebagai ketua pentadbir sekolah sepatutnya mengikut saja peraturan yang telah ditetapkan.
Tak usahlah nak tunjuk rajin tak menentu, yang penting iklas dan semua pihak akan berasa seronok untuk bekerja khususnya golongan guru-guru. Barulah matlamat pendidikan negara itu akan tercorak dengan sempurna dan mencapai matlamat negara maju dan wawasan 2020.
KUALA LUMPUR: Pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara diminta tidak memaksa guru mereka bertugas pada Sabtu, selain patuh pada peraturan dikeluarkan kerajaan yang menetapkan hari berkenaan sebagai cuti buat kakitangan sekolah.

Sehubungan itu, guru yang tidak berpuas hati
ditugaskan pengetua mereka untuk bekerja pada setiap Sabtu di sekolah
masing-masing, diminta tampil membuat aduan bertulis kepada Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya hak mereka untuk berehat pada
hari itu dapat dibela.
Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, masih ada
pengetua atau guru besar sekolah yang tidak memahami peraturan serta ingkar
dengan arahan kerajaan yang menetapkan Sabtu sebagai hari cuti berehat untuk
semua guru.
Bagaimanapun, beliau berkata, peraturan itu masih
fleksibel kerana guru berkenaan boleh dipanggil oleh pengetua untuk bertugas
pada mana-mana dua Sabtu dalam sebulan jika keadaan benar-benar memerlukan bagi
menjayakan sesuatu acara yang tidak dapat dilakukan pada hari persekolahan
biasa.
“Ada pengetua menganggap keputusan mereka mengarah
guru bertugas pada Sabtu terutama untuk mengadakan kelas tambahan kononnya
untuk mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar sedangkan kelas yang sudah
diadakan dari Isnin hingga Khamis sepatutnya sudah mencukupi “Pengetua yang
mahu mengarah guru bekerja pada Sabtu sepatutnya mengeluarkan arahan dalam
bentuk surat arahan rasmi dan bukannya secara lisan kerana jika apa-apa perkara
tidak diingini berlaku, pihak sekolah dan pengetua akan bertanggungjawab,”
katanya ketika dihubungi semalam.
Hashim berkata, guru mempunyai hak untuk berehat pada
Sabtu bersama keluarga serta menenangkan fikiran dan tidak sepatutnya dikerah
bekerja hingga mengganggu masa senggang mereka.
Katanya, beliau memahami keadaan guru yang tersepit
dan serba salah dengan arahan pengetua serta akan mengikut saja berikutan
bimbang dikenakan tindakan jika enggan bertugas pada Sabtu walaupun ia sudah
diisytiharkan sebagai hari cuti buat mereka.
“Ada guru yang sukarela bertugas dengan mengadakan
kelas tambahan pada Sabtu atau menganjurkan program berbentuk sukan, tetapi
bagi mereka yang tidak rela, jangan duduk diam dan kita minta mereka membuat
aduan supaya hak mereka terbela.
“Manakala guru yang terpaksa bertugas pada Sabtu perlu
berani meminta pengetua mengeluarkan satu surat rasmi yang tertera arahan
mengenai tugas supaya pihak sekolah akan bertanggungjawab jika ada masalah,”
katanya.
Sementara itu, Hashim turut memberi pandangan supaya
beberapa perkataan yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum India
di negara ini seperti yang terkandung dalam novel Interlok dihitamkan saja
dengan dakwat bagi memuaskan hati semua pihak.
Artikel ini disiarkan
pada : 2011/01/21
No comments:
Post a Comment