my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

28 February 2014

CINTA MAINAN

CINTA MAINAN
Wanita jujur selalu memperolehi cinta mainan
The Friday Love Oleh:
http://saifulfromslim.com
Jodoh, pertemuan dan maut kesemuanya kerja Allah dan tidak sesiapa boleh menolak untuk melalui apa juga yang telah Dia tentukan untuk hamba-Nya.Begitu juga tidak semua yang diharap akan menjadi seperti yang manusia rancang kerana disebabkan berlaku perkara di luar jangkaan manusia itu sendiri.

Inilah kisah yang ingin saya kongsi dengan pembaca minggu ini. Kisah jodoh tak sampai sepasang kekasih akibat lelaki yang dikasihi memilih wanita yang disukai ibunya sebagai isteri.
Apa yang berlaku kepada Wana (bukan nama sebenar) selepas kejadian itu? Ikuti ceritanya seperti mana diberitahu kepada saya dalam e-mel yang panjang dan menyedihkan.

Begini ceritanya:

"Saya berusia 27 tahun, seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta. Saya telah berkenalan dengan Faiz (bukan nama sebenar) sejak di kampus dan kami telah berjanji untuk berkongsi hidup selepas tamat pengajian.
"Sayangnya hubungan cinta kami dihalang oleh ibu Faiz kerana ibunya sudah mempunyai calon isteri untuknya. Walaupun Faiz telah berusaha memujuk ibunya untuk menerima saya, namun itu tidak berhasil, saya masih bukan menantu pilihan.

"Selepas tamat belajar, saya dapat kerja di Kuala Lumpur, Faiz pula bekerja di utara tanah air tempat kelahirannya. Hubungan kami berlangsung dalam suasana jarak jauh, dua tiga bulan sekali Faiz turun bertemu saya, tidak pun saya ke sana, itu pun tidak selalu.

"Dalam masa yang sama, saya selalu mendesak supaya hubungan kami ditamatkan dengan ikatan pernikahan.
Faiz meminta saya bersabar, kononnya masih berusaha memujuk ibunya menerima saya. Akur dengan kesetiaan kami, saya menunggu.

"Tetapi bagaikan menunggu buah yang tak gugur, tidak ada tanda-tanda yang Faiz akan melamar saya seperti mana janjinya. Dua tahun berlalu tanpa ada tanda-tanda yang kami boleh disatukan. Saya mula bosan menunggu, tambahan pula ibu bapa dan keluarga selalu bertanya.

"Tidak mahu terus menunggu, saya meminta dia datang berjumpa saya untuk mengetahui status hubungan kami. Maklum sahajalah, semakin lama menunggu, usia saya semakin meningkat. Faiz mengelak daripada memberi keputusan yang boleh saya terima dengan gembira dan masih berdolak-dalik.

"Akhirnya, saya bagi kata dua kepadanya sama ada dia melamar saya dalam masa dua bulan atau saya akan putuskan hubungan kami. Saya tidak meminta simpati daripada Faiz tetapi mahu dia serius dalam hubungan kami.
"Dia setuju. Saya menunggu saat itu, sayangnya dua bulan berlalu begitu sahaja. Saya reda dan nekad untuk putuskan hubungan kami. Selepas itu, Faiz hilang tanpa khabar berita. Satu hari Ina, kenalan saya yang sama-sama menuntut di universiti datang berkunjung ke rumah. Dia sekampung dengan Faiz. Ina bertanya sama ada saya pernah berjumpa Faiz. Terkejut juga saya, tetapi saya buat macam tidak ada apa-apa berlaku.

"Saya terpaksa berlakon kerana Ina tidak tahu kami masih bercinta selepas tamat belajar. Di mana Faiz sekarang, saya pura-pura bertanya seperti saya tidak pernah jumpa Faiz selama ini.

"Oh... dia sudah kahwin empat bulan lalu dengan sepupunya. Meriah majlis perkahwinan dia...aku pergi majlis perkahwinan itu, sebab sepupu dia itu satu sekolah dengan aku di kampung.
"Ya... Allah, apakah benar cerita yang dibawakan oleh kawan saya ini atau memang Allah sedang menguji saya? Akhirnya saya berterus terang dengan Ina tentang hubungan saya dengan Faiz.
"Terkejut bukan kepalang Ina dengar cerita saya. Dia minta maaf kerana tidak tahu yang kami masih berhubungan selepas keluar universiti. Saya menangis di hadapannya kerana terlalu sedih. Patutlah Faiz sentiasa berdolak-dalik bila saya sebut tentang kahwin, rupa-rupanya dia sudah pun menjadi suami orang.
"Saya tidak tunjuk kekecewaan saya kepada Ina tetapi berkata, kami tiada jodoh, elok dia pilih gadis pilihan ibunya, sebab rumah tangganya akan bahagia dan diberkati, jawab saya.

"Selepas sebulan Ina berjumpa saya, Faiz menelefon saya. Pada mulanya, saya tidak mahu layan tetapi saya fikir elok saya uji dia, sama ada dia ikhlas atau tidak dengan saya. Faiz meminta untuk berjumpa saya, katanya dia rindukan saya.

"Pelikkan lelaki! Pandai dia berlakon. Tapi saya beri ruang kepadanya untuk berjumpa. Dan saya akan selesaikan drama yang sedang dia lakonkan itu dalam pertemuan kami nanti.

"Seperti dijanji, kami berjumpa di tempat biasa kami bertemu. Inilah kenangan akhir saya dengan Faiz. Saya bawa adik saya sebagai teman tetapi dia tidak duduk semeja dengan kami. Saya minta dia perhatikan saya, bimbang jika terjadi apa-apa.

"Faiz datang seperti biasa dengan senyum yang tidak putus-putus. Dia menyapa dan bertanya khabar. Kemudian beritahu saya dia rindu saya. Banyak yang dia ceritakan tentang hidupnya dalam pertemuan itu kecuali pernikahannya.

"Saya semakin hilang sabar dan tidak mahu lagi mendengar celoteh mengarutnya itu. Tapi macam mana saya nak mulakan skrip saya? Lalu saya tanya, apa khabar ibunya. Jawab dia, ibunya sihat dan nampak gembira sejak akhir-akhir ini.

"Saya tanya lagi, sebab ibu you sudah dapat menantu idaman kan? Itu yang membahagiakan ibu you? Antara sedar dengan tidak, soalan itu terkeluar dari mulut saya. Saya lihat wajah Faiz berubah. Dia tersandar di kerusi.
"Apa yang you cakap ini? Jangan nak tuduh sembarangan ya..I ikhlas datang jumpa you, macam ini you layan I? Bertubi-tubi Faiz menerjah dan saya buat tak faham sahaja.

"Gunung berapi dalam dada saya semakin hendak meletup. Tanpa menunggu Faiz bersuara lagi, saya beritahu dia supaya jangan berlakon lagi sebab rahsianya sudah terbongkar.

"Betul kan you sudah kahwin dengan sepupu idaman ibu you tu kan? Ini buktinya? Saya tunjukkan dia gambar persandingannya dengan gadis itu seperti yang diberi oleh Ina kepada saya menerusi telefon bimbitnya.
"Terkebil-kebil Faiz melihat gambar itu. Dia menepuk dahi berkali-kali sambil mengeluh. Wajahnya merah padam. Mungkin dia malu kerana masih berdrama dengan saya. Dia tidak memandang wajah saya, sebaliknya tunduk memandang lantai.

"Jangan nak berlakon lagi. Mengaku sahajalah. I boleh terima keadaan. I dah agak dari dulu, inilah yang akan berlaku dengan hubungan kita, anak mak memang macam ini, tidak akan membantah kehendak ibu walaupun orang lain akan kecewa.

"Macam-macam yang saya katakan kepada Faiz, habis semua yang terpendam dalam hati saya terkeluar, satu persatu. Saya lega dan puas...seronok pun ada. Saya tidak akan menangis dan melayan perasaan putus cinta. Itu kerja orang bodoh.

"Saya akan teruskan hidup seperti biasa. Saya bagi tahu Faiz tentang perkara itu. Saya minta maaf atas segala perlakuan saya kepadanya dan berdoa agar dia bahagia dengan isterinya.

"Tanpa menunggu jawapan, saya minta diri dan meninggalkan restoran itu. Faiz terkapai-kapai, walaupun dia cuba menghalang saya terus melangkah. Suaranya semakin hilang dari telinga saya. Dan saya amat berharap biarlah untuk selama-lamanya.

"Kini, setahun sudah berlalu. Saya tetap bahagia dengan cara saya. Hidup saya tetap ceria walaupun sesekali teringat juga akan hubungan indah yang telah berakhir dengan kesedihan itu. Saya berharap Allah sedang aturkan kehidupan yang indah untuk saya. Apa yang berlaku, saya anggap pengajaran dalam hidup.

"Semoga Allah lindungi kehidupan saya di dunia dan akhirat. Amin," begitu penyudah cerita Wana.
Saya kagum dengan kecekalan Wana menangani masalah cintanya. Inilah sebaik-baik tindakan yang perlu diambil oleh seorang wanita apabila berdepan dengan masalah berkaitan kasih sayang.

Kumbang bukan seekor, walau berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya faham, Wana juga kecewa kerana cintanya tidak kesampaian, tetapi dia bijak menangani masalah itu. Tidak dibuai sedih dan kecewa hanya kerana seorang lelaki.

"Saya doakan Wana akan mendapat jodoh yang lebih baik selepas ini. Setiap perkahwinan perlu restu ibu bapa, jika tidak, banyak cabaran yang akan dihadapi.

Menamatkan catatan, pesanan saya untuk renungan bersama: "Kesabaran itu kunci kebahagiaan dan kesenangan, oleh itu redalah dengan takdir Allah. Insya-Allah ada bahagia yang menanti.




19 February 2014

Bertugas pada Sabtu......

Bertugas pada Sabtu......
Dah banyak kali aku terbaca, pasal bekerja pada setiap Sabtu ini. Malah ulasan Presiden NUTP, Hashim Adnan pasal perkara ini dah berkali-kali aku baca sejak ianya disiarkan didada2 akhbar tempatan. Pelbagai pihak memberi pandangan yang berbeza-beza pada perkara ini. 

Siapa yang betul dan siapa yang salah merungkai tentang kelayakan guru-guru bertugas dihari Sabtu ini. Pihak kementerian, NUTP tak tahu ke? Banyak sekolah-sekolah di Malaysia ini menjadi hari Sabtu sebagai hari wajib berkerja. Bukanlah mengajar murid atau pelajar macam P&P dari Isnin hingga Jumaat tu. Tapi menghadiri aktiviti ko-ku, Ladap, Mesyuarat Agong PIBG, program-program rasmi sekolah, sukan, aktiviti 1M1S, kelas tambahan macam Cakna, Program kecemerlangan dan macam-macam lagi lah...

Pasal penat, tak usah cakaplah. Pengetua selalu cakap itu satu tanggungjawab para pendidik dan wajib hadir. Malah pada yang tak hadir dikeluarkan arahan beri tunjuk sebab. Yang aku hairan,  Presiden NUTP, Hashim Adnan kata, tiada seorang pun guru membuat aduan pada NUTP. Ini kira sudah bagus kerana mengambarkan guru kita akan sentiasa menurut perintah ketua pentadbir mereka. Yang kedua, mungkin juga guru-guru boleh dianggap takut nak komplain kerana sentiasa diwar-warkan dengan ugutan tindakan yang boleh diambil kerana ingkar perintah majikan. Persoalan disini, siapa yang sebenarnya yang ingkar dengan arahan. Pihak majikan, pentadbir, guru-guru, atau siapa yang sebenarnya tidak mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan ini. 

Siapa yang sewajarnya diambil tindakan menyalahi kuasa dan boleh diambil tindakan tatatertib? Macam-macam jawapan akan muncul. Masing-masing nak tunjuk mereka berada dipihak yang benar dan mematuhi peraturan. Aku dah cukup jemu dengan perkara ini. Sehingga hari ini tiada peraturan atau penjelasan yang rasmi dimaklumkan secara tulus hingga berlaku ketidakpuasan diantara pentadbir dengan guru-guru. Mereka sentiasa hadir pada sabtu-sabtu yang diarahkan dan mereka juga terus membuat rungutan-rungutan negatif pada pentadbir sekolah masing-masing. 

Mereka bersuara di FB dan lain-lain media sosial secara berterusan hingga hari ini. Tak kan NUTP, Kementerian atau JPN serta PPD masih tak tahu? Buatlah sesuatu itu mengikut tertib dan cara yang betul mengikut peraturan serta lunas undang-undang yang telah digariskan. 

Tak payahlah nak suruh guru komplain pada NUTP dan nak menuding jari pada guru-guru seolah-olah tak pandai nak bersuara. Sepatutnya tiada salah menyalah pada mana-mana pihak pada perkara ini. Semua pihak, dari JPA, NUTP, KPM, JPN atau PPD dan khususnya pengetua-pengetua sekolah sebagai ketua pentadbir sekolah sepatutnya mengikut saja peraturan yang telah ditetapkan. 

Tak usahlah nak tunjuk rajin tak menentu, yang penting iklas dan semua pihak akan berasa seronok untuk bekerja khususnya golongan guru-guru. Barulah matlamat pendidikan negara itu akan tercorak dengan sempurna dan mencapai matlamat negara maju dan wawasan 2020.

KUALA LUMPUR: Pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara diminta tidak memaksa guru mereka bertugas pada Sabtu, selain patuh pada peraturan dikeluarkan kerajaan yang menetapkan hari berkenaan sebagai cuti buat kakitangan sekolah.
Sehubungan itu, guru yang tidak berpuas hati ditugaskan pengetua mereka untuk bekerja pada setiap Sabtu di sekolah masing-masing, diminta tampil membuat aduan bertulis kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya hak mereka untuk berehat pada hari itu dapat dibela.
Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, masih ada pengetua atau guru besar sekolah yang tidak memahami peraturan serta ingkar dengan arahan kerajaan yang menetapkan Sabtu sebagai hari cuti berehat untuk semua guru.
Bagaimanapun, beliau berkata, peraturan itu masih fleksibel kerana guru berkenaan boleh dipanggil oleh pengetua untuk bertugas pada mana-mana dua Sabtu dalam sebulan jika keadaan benar-benar memerlukan bagi menjayakan sesuatu acara yang tidak dapat dilakukan pada hari persekolahan biasa.
“Ada pengetua menganggap keputusan mereka mengarah guru bertugas pada Sabtu terutama untuk mengadakan kelas tambahan kononnya untuk mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar sedangkan kelas yang sudah diadakan dari Isnin hingga Khamis sepatutnya sudah mencukupi “Pengetua yang mahu mengarah guru bekerja pada Sabtu sepatutnya mengeluarkan arahan dalam bentuk surat arahan rasmi dan bukannya secara lisan kerana jika apa-apa perkara tidak diingini berlaku, pihak sekolah dan pengetua akan bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi semalam.
Hashim berkata, guru mempunyai hak untuk berehat pada Sabtu bersama keluarga serta menenangkan fikiran dan tidak sepatutnya dikerah bekerja hingga mengganggu masa senggang mereka.
Katanya, beliau memahami keadaan guru yang tersepit dan serba salah dengan arahan pengetua serta akan mengikut saja berikutan bimbang dikenakan tindakan jika enggan bertugas pada Sabtu walaupun ia sudah diisytiharkan sebagai hari cuti buat mereka.
“Ada guru yang sukarela bertugas dengan mengadakan kelas tambahan pada Sabtu atau menganjurkan program berbentuk sukan, tetapi bagi mereka yang tidak rela, jangan duduk diam dan kita minta mereka membuat aduan supaya hak mereka terbela.
“Manakala guru yang terpaksa bertugas pada Sabtu perlu berani meminta pengetua mengeluarkan satu surat rasmi yang tertera arahan mengenai tugas supaya pihak sekolah akan bertanggungjawab jika ada masalah,” katanya.
Sementara itu, Hashim turut memberi pandangan supaya beberapa perkataan yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum India di negara ini seperti yang terkandung dalam novel Interlok dihitamkan saja dengan dakwat bagi memuaskan hati semua pihak.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/01/21



18 February 2014

An Opinion - Satu pendapat

Aku tertarik dengan pandangan seorang penulis, dari laman web Malaysia Insider. Mungkin ini hanya satu pendapat bak kata orang putih, it's just an opinion.

SATU PENDAPAT – AN OPINION   


Pusingan terakhir perlawanan Dr Mahathir-Anwar Ibrahim

FEBRUARY 16, 2014
Amin Iskandar
Amin Iskandar adalah penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) bagi sesi 2009-2010. Kini merupakan Pengarang Berita bagi The Malaysian Insider. Beliau "berkicau" di www.twitter.com/aminiskandar.

Dalam politik Malaysia, hanya dua watak yang memainkan peranan utama, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Ini kerana pengaruh kedua-duanya dalam menentukan rentak dalam permainan politik dan percaturan kuasa dalam negara.

Yang lain-lain seperti Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang penting juga, tetapi tidak lebih seperti pelakon tambahan dalam filem-filem. Semenjak 1998, pertembungan di antara Dr Mahathir dan Anwar yang satu ketika dahulu mempunyai hubungan seperti ayah dan anak, tidak pernah berhenti.

Selepas empat pusingan bermula Pilihan Raya Umum 1999, 2004, 2008 dan 2013, akhirnya pertembungan yang berjaya mengheret seluruh negara itu sudah berada di pusingan terakhir.
Dan keputusan daripadanya akan menentukan perjalanan Malaysia pada masa akan datang. Apa yang menakjubkan, kedua-dua Dr Mahathir dan Anwar masih lagi mempunyai semangat sama untuk berlawan seperti semasa pusingan pertama dahulu dari 1998-2004.

Pertembungan pusingan terakhir ini selain daripada akan menyaksikan survival politik kedua-dua kumpulan yang diketuai kedua tokoh ini, ia juga akan memperlihatkan legasi politik siapakah yang akan terus hidup. Dr Mahathir mempunyai Datuk Seri Mukhriz manakala Anwar mempunyai Nurul Izzah untuk meneruskan legasi masing-masing.

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) kini berada dalam keadaan sama kuat dan kemenangan sama ada Dr Mahathir atau Anwar dalam pusingan terakhir ini akan menyaksikan kelangsungan BN memimpin negara atau PR mengambil alih Putrajaya. Pada ketika ini, walaupun Dr Mahathir sudah bersara daripada politik lebih 10 tahun, beliau masih dibanjiri dengan pertemuan demi pertemuan dengan ahli politik, ahli politik veteran, ekonomi dan ahli perniagaan yang mahukan beliau melakukan sesuatu terhadap perdana menteri yang dilihat terlalu lemah untuk memastikan survival BN.

Bagi kumpulan yang bertemu Dr Mahathir ini, Najib perlu disingkirkan sebelum BN berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14). Dr Mahathir – yang masih mendapat liputan luas daripada media arus perdana dan media atas talian, sudahpun mula menyerang polisi dan dasar Najib yang dilihat lebih menguntungkan Anwar dan PR.

Seperti dikatakan dalam tulisan terbaru bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin di blognya, perbincangan untuk mencari pengganti Najib sudah bermula dikalangan kelompok pro Dr Mahathir dalam Umno.

Sementara di pihak Anwar pula, rancangan Kajang yang menyaksikan buat pertama kalinya beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam sejarah politiknya akan memberi nafas baru kepada konsensus nasional di antara PR dan BN.

Selepas menang di DUN Kajang, beliau akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan ini akan mempercepatkan konsensus nasional yang akan beliau lakukan demi menyelamatkan Najib. Menyelamatkan Najib, akan membantunya menang dalam pertembungan pusingan terakhir dengan Dr Mahathir. Jika rancangan ini berjaya, Najib dan Anwar akan bertemu Presiden Barack Obama yang akan melawat Malaysia pada April ini secara rasmi sebagai ketua kerajaan persekutuan dan ketua kerajaan negeri.

Selepas menjadi menteri besar Selangor juga, Anwar dan Najib akan berada bersama dalam mesyuarat perdana menteri bersama menteri besar dan ketua menteri yang akan menyaksikan kerjasama antara negeri terkaya itu dan kerajaan pusat. Pelbagai isu akan cuba diselesaikan dan proses konsensus nasional di antara BN-PR akan berjalan, mahu tak mahu, parti komponen BN, parti komponen PR seperti DAP dan PAS akan mengikutnya juga.

Sebab itu kita boleh melihat Najib dan kumpulannya dalam BN tidak begitu beria-ia menyerang Anwar yang bertanding di DUN Kajang. Yang lebih kuat menghalang Anwar adalah PAS Selangor dan sesetengah pemimpin pusat parti Islam itu.

Sebab itu, Dr Mahathir dan kumpulan juga akan bertindak cepat bagi memastikan rancangan ini tidak berjaya. Kesukaran utama bagi Dr Mahathir adalah untuk mencari tokoh pengganti Najib. Seperti dikatakan Kadir Jasin, Muhyiddin tidak berminat dan hanya mahu pencen sebagai timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini merupakan pemimpin kanan paling popular yang dipilih secara demokratik dalam Umno pula lebih mempunyai ikatan yang kuat dengan Najib dan Anwar berbanding Dr Mahathir. Tidak mustahil PAS akan menjadi sekutu Dr Mahathir dalam pertembungan pusingan terakhir di antara beliau dan Anwar ini.

Dr Mahathir juga secara terbuka menyeru agar PAS yang mempunyai 15 kerusi DUN di Selangor agar merebut kerusi menteri besar di negeri terkaya itu. Dalam politik, musuh kepada musuh kita adalah kawan kita. Sekali lagi, pertembungan Dr Mahathir-Anwar akan mengheret seluruh negara untuk bersama. Akan tetapi, ini adalah yang terakhir. – 16 Februari, 2014.


* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

02 February 2014

satu cerita untuk kita renung-renungkan - Kisah Benar - Pelajar UIA Bermimpi Menemui Rasulullah

Kisah Benar - Pelajar UIA Bermimpi Menemui Rasulullah



Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di UIAM.


Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.


Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.



Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.


Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, 


“Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”


Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. 



Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.



Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanAllah...indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan; 


"Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”


Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. 



Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan: 


“Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!


Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata; 


QalAllahuta’ ala; ”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).


Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; 



“Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”



Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besarbuat dirinya.



Kemudian Nabi katakan lagi; 



“Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” 



Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; 



“Ummati.. ummati..ummati. ..” 



dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalirutk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.



Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya.Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..



Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. 



Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.



Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.



Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 



“Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”



Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan 



“Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau.



Salah seorang daripadanya mengatakan; 



“Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” 



Para Sahabat mengatakan; 



“Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” 



Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:



“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.



Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”



Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.



Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. 



Saidina Abu Bakr mengatakan;


“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”


Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.



Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t.“Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”



Beliau berpesan pada kami; 



“Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”



Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.



Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.



Mencintainya suatu kemuliaan



Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”


Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)


Subhannallah!


Sumber: Facebook 
saifulfromslim


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...