my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

29 November 2014

TAKWIM 2015- Kalender, Cuti Umum, Cuti Persekolahan, Jadual Gaji Penjawat Awam, Kalender Hijrah

KALENDER TAHUN 2015


                                                              
                                                  CUTI UMUM 2015


                                                                 
                 CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2015
                                                 KUMPULAN A
                                                                            
                                             KUMPULAN B

                                             JADUAL GAJI 2015

                            

      
                       HIJRAH 1436-1437 (2015)

02 October 2014

Kesilapan yang berulang....tarik balik kenaikan itu...Bajet dah dekat...nampak sangat kita tidak prihatin

Kenaikkan harga minyak 20 sen je. Berlaku kerana subsidi 20 sen ditarik balik. Satu kesilapan besar dilakukan kerajaan. Satu situasi boleh merugikan pada kerajaan sedia ada. Perbetulkan kesilapan ini serta merta....jika mahu dianggap kerajaan yang perihatin pada rakyat.
20 sen Je



Tapi keSANnya merosakkan tanGGapan rakYat pada KerAJaan....

30 September 2014

Renung-renungkan....kalau dah jadi baru nak ......

Negara Islam (IS) ancaman serius... - Dr Mahathir


Di Iraq satu gerakan Sunni sedang melanggar dan menawan sebahagian yang tidak kecil dari negara itu. Kita membaca berita bahawa pasukan ini berjaya merampas wilayah ini dengan menewas tentera Iraq.
2. Pasukan IS ini adalah begitu ganas sehingga sanggup menembak mati askar Iraq yang beragama Islam yang ditawan. Kita dapat lihat dalam media alternatif bagaimana tawanan mereka dipaksa duduk sederet dan satu demi satu ditembak dari belakang dan jatuh tersungkur.
3. Video yang dibuat oleh IS sendiri juga menunjuk seorang pemberita Amerika dipancung oleh seorang askar IS yang bertopeng yang dikatakan bercakap Inggeris loghat Timur London. Tuduhan dibuat yang pembunuh ini terdiri dari orang Islam rakyat Britain.
4. Sekarang kita dapat lapuran akhbar bahawa ramai rakyat Malaysia yang sudah ke Syria untuk menyokong pemberontak bagi menjatuhkan Bashar Asaad, Presiden Syria yang menganuti fahaman Islam Syiah (Alawait).
5. Dari Filipina, Indonesia bahkan dari Singapura juga ada orang Islam yang menyertai pemberontak di Syria dan ada yang mungkin terlibat dengan askar Sunni IS.
6. Mengikut laporan TV jumlah tentera IS sudah meningkat lebih dari 30,000. Tiap hari ramai dari pemuda Islam di Eropah dan negara-negara Asia yang meninggalkan negara mereka untuk menyertai IS.
7. Semua ini berlaku di Timur Tengah, jauh dari negara kita. Apakah kita selamat?
8. Tak lama dahulu sepasukan pengganas Filipina telah menceroboh Sabah dan berperang dengan askar Malaysia. Kita berjaya mematahkan serangan mereka. Tetapi kemudian berlaku penculikan dan peras ugut beberapa kali. Hingga kini masih ada yang tidak dapat ditebus.
9. Apakah tidak mungkin sekumpulan dari pemberontak negara jiran membuat serangan untuk mendiri “negara Islam” mereka di Malaysia? Seruan untuk mendiri “negara Islam” amat menarik bagi pemuda Islam di mana-mana sahaja kerana mereka keciwa tidak ada Kerajaan atau negara Islam yang sanggup menyelamat Islam, orang Islam dan negara Islam.
10. Ingatlah anggota IS yang bermazhab Sunni bukan sahaja membunuh tawanan Syiah, tetapi juga Sunni yang dianggap oleh mereka kurang Islam atau tidak Islam kerana tidak mengikuti fahaman mereka.
11. Di Malaysia sudah pun ada orang yang mendakwa kononnya sesetengah orang Islam di negara ini tidak cukup Islam bahkan kafir. Ramai juga dari kumpulan ini sudah ke Syria dan mungkin Iraq untuk berjuang bagi mendiri “negara Islam” dengan membunuh orang Islam lain. Jika terlintas dalam fikiran mereka untuk menjadikan Malaysia sebahagian dari “Islamic State”, apakah tidak mungkin mereka menyertai serangan dari luar yang melaungkan jihad untuk mendiri “negara Islam” di Malaysia.
12. Ingatlah serangan keatas Sabah sudah pun berlaku. Di Semenanjung ada gerakan Al Maunah.
13. Tidaklah begitu sukar bagi mereka bertindak ganas lagi jika ada seruan untuk mendiri negara Islam acuan mereka di negara ini.
14. Kerajaan sehingga kini tidak memandang serius terhadap serangan di Kota Belud. Penculikan masih berlaku. Sekarang pula ada tuntutan untuk pemisahan Sabah. Jika seruan pemisahan ini disamakan dengan perjuangan untuk mendiri Islamic State ramai juga anak muda yang akan terpengaruh.
15. Gerakan untuk mendiri negara Islam dan membaiah kepada seorang yang mendakwa dirinya sebagai khalifah pun sudah berlaku.
16. Jika Ashaari, Ayah Pin dan Tuhan Harun berjaya mendapat sokongan sesiapa yang menyeru untuk mendiri negara Islam tentu lebih mudah mendapat pengikut.
17. Tetapi Kerajaan Malaysia ternampak masih belum sedar. Tidak ada tindakan secara serius yang dibuat. ISA sudah tidak ada.
18. Ingatlah! Tidak siapa menjangka pengganas akan serang Sabah. Tetapi serangan ini sudah pun berlaku.-29/9/2014 -chedet.cc

28 September 2014

Anwar Ibrahim, satu kupasan pendapat oleh penulis Bukan Melayu

Oleh: Edwin Michael


Tersebutlah sebuah alkisah tentang Sang Kancil yang sering merasakan dirinya cerdas, cerdik dan pintar dan tiada haiwan lain yang mampu menandinginya. Maka, pada suatu hari, ketika Sang Kancil sedang berjalan-jalan menyusuri sebatang sungai, Sang Kancil bertemu dengan Sang Siput.
Sang Siput lalu bertanya sebab Sang Kancil kelihatan sangat gembira pada hari itu. Lalu Sang Kancil dengan angkuhnya menjawab bahawa dialah penghuni hutan yang cerdas, cerdik dan pintar. Sang Siput tidak bersetuju kerana baginya dialah penghuni hutan yang layak digelar sedemikian. Dengan ketawa bernada ego, Sang Kancil bertanya bagaimana Sang Siput mampu menjadi cerdas dan tangkas sedangkan tubuhnya sudahlah kecil, berjalan pula teramat perlahan.
Sang Siput marah lalu mencabar untuk menguji siapa yang paling cerdas, tangkas dan bijak. Lalu satu pertandingan lumba lari diatur pada keesokan harinya. Sang Kancil bersetuju. Pada sebelah malam, Sang Kancil telah bertemu dengan Sang Tikus Mondok untuk membantu mengatur strategi buatnya. Strategi Sang Tikus Mondok adalah mudah iaitu berlari selaju yang boleh. Sang Kancil dan Sang Tikus Mondok berpendapat bahawa Sang Siput tidak boleh mengejarnya. Sedangkan Sang Siput pula telah mempersiapkan strateginya dengan meminta tolong kawan-kawannya untuk bersembunyi disepanjang laluan lumba lari lalu dan perlu membalas teriakan Sang Kancil.
Pagi yang cerah dan sekalian penghuni hutan sudah bersedia menonton perlumbaan antara Sang Kancil dan Sang Siput. Pertandingan dimulakan dan Sang Kancil berlari dengan kencang sekali. Beberapa saat kemudian, Sang Kancil berteriak bertanya dimanakah Sang Siput dan lalu Sang Siput menjawab bahawa dia berada dihadapannya. Sang Kancil bertambah panik lalu berlari kencang lagi dan apabila yakin telah memintas Sang Siput, Sang Kancil akan berhenti dan berteriak dan Sang Siput akan membalas teriakkan bahawa dia berada dihadapan Sang Kancil.
Sampai pada satu selekoh, Sang Kancil berteriak tetapi tiada sebarang balasan daripada Sang Siput. Menyangkakan bahawa Sang Siput telah ketinggalan dibelakang dan rasa penat yang teramat sangat, maka Sang Kancil berhenti berehat seketika sebelum memulakan semula perlumbaan. Akibat penat dan tiada pula suara balasan daripada Sang Siput, Sang Kancil berjalan perlahan-lahan dan ketika beberapa langkah sampai ke garisan penamat, Sang Siput duduk diatas batu memerhatikan Sang Kancil yang sebenarnya telah pun tewas. Strategi Sang Tikus Mondok nyata gagal. Sang Kancil dimalukan sebegitu hebat oleh Sang Siput.

Tewasnya Anwar Ibrahim
Perlantikkan Azmin Ali sebagai Menteri Besar (MB) Selangor yang baru adalah satu tamparan hebat buat Anwar Ibrahim yang selama ini degil untuk meletakkan isterinya sebagai MB yang baru. Anwar Ibrahim yang selama ini terkenal sebagai pakar propaganda politik yang cekap dan pandai memainkan sentimen rakyat agar terus beranggapan bahawa dialah penyelamat Malaysia akhirnya ditewaskan oleh anak didiknya sendiri. Strategi Rafizi Ramli iaitu Langkah Kajang bukan sahaja satu kegagalan tetapi juga satu malapetaka kepada politik Pakatan Rakyat (PR). Langkah Kajang ini hanya mendedahkan wajah-wajah sebenar setiap pemimpin PR termasuk Lim Guan Eng yang secara terbuka menyelar PAS sebagai pengkhianat kerana tidak menyokong ‘nepotisme halal’ yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim.
Apabila Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak disenaraikan dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) maka untuk apa pilihanraya kecil Kajang ini diadakan sebenarnya? Untuk memenuhi nafus politik siapa? Mengapa rakyat diheret dalam perebutan kuasa oleh Anwar Ibrahim ini? Keegoan Anwar terus dicalar apabila dipecat daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor oleh Khalid Ibrahim pada hari terakhirnya sebagai MB Selangor.

Istana Selangor vs Anwar Ibrahim
Sepanjang krisis MB Selangor ini umum ketahui bagaimana Anwar Ibrahim mengheret pihak Istana dalam cubaan untuk meletakkan isterinya sebagai MB. Malah, ada juga pemerhati dan politikus pro Anwar Ibrahim mencabar pihak Istana kerana enggan melantik Wan Azizah sebagai MB yang dikatakan mempunyai sokongan 30 ADUN. Serangan ke atas istana diperhebat lagi oleh penganalisis dan pakar perlembagaan yang menjadi pengikut setia Anwar Ibrahim.
Namun semua diam dan senyap apabila pihak Istana melantik Azmin Ali dan perlantikkan itu pula akhirnya terpaksa dipersetujui oleh suami isteri iaitu Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Konco-konconya pula perhebatkan serangan terhadap Istana kerana melantik Azmin Ali sebagai MB. Dan paling bahaya apabila terdapat unsur agar rakyat pertikaikan hak Sultan Selangor dalam perlantikkan MB.

Halatuju Politik Anwar Ibrahim
Seseorang ahli politik tidak pernah dan tidak akan berhenti daripada berpolitik selagi apa yang diimpikannya tidak tercapai. Biar tewas sekalipun, otaknya akan ligat mencari sebab musabab yang lain untuk digerakkan agar agenda peribadinya dapat dicapai. Anwar yang kini berdepan dengan siasatan dibawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan dengan keputusan kes liwatnya yang akan didengari pada 28 Oktober nanti, adalah mustahil untuk melihat cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai. Paling sedih, cita-citanya untuk meletakkan isterinya sebagai MB juga digagalkan oleh Azmin Ali dengan strategi liciknya. Namun bagi seorang manusia yang sentiasa mendakwa bahawa hanya dialah penyelamat Malaysia, belum tentu dia akan menyerah kalah.
Strategi semestinya sudah dipasang untuk menjadikan Azmin Ali sebagai MB yang paling pendek khidmatnya. Dan dengan DAP yang berdiri teguh dibelakang Anwar Ibrahim, adalah beronak laluan buat Azmin Ali untuk memastikan tiada gangguan dalam pentadbirannya nanti.
Namun, mahu tidak mahu harus diakui bahawa kecerdikan dan ketangkasan Azmin Ali memintas secara senyap strategi Langkah Kajang ini adalah sesuatu yang tidak harus dipandang sepi. Dipihaknya, tentu strategi sedang dirangka untuk memastikan kekal berkuasa.
Kegagalan Langkah Kajang petanda matinya reformasi seperti matinya kesombongan Sang Kancil pada Sang Siput sementara Sang Tikus Mondok pula menghilangkan diri kerana strategi yang bertukar menjadi tragedi. – FMT
Nota: Edwin Michael adalah Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar Perak.


21 September 2014

Bila budak pun komen kat PM dan Menteri

Budak umur 11 tahun Ahmad Ali Karim  komen pasal Datuk Seri Najib
Dia juga komen pasal Khairy Jamaluddin menteri belia dan sukan
Aku tertarik dengan buah fikirannya yang matang dan positif mengalahkan
orang dewasa, yang beri pendapat separuh habuk. Golongan muda macam
Adam Adli beri pandangan yang bernas tapi berteras kekeciwaan pada dirinya
dan persekitaran, yang berciri perjuangan kepentingan diri dan golongan tertentu,
tidak macam budak ini, iklas dan tiada kepentingan diri, jujur dan berani  


Kita ambil dan terjemah komen adik Ahmad ketika ditanya dengan panjang lebar oleh seorang blogger apa pandangan beliau dengan situasi Najib ketika ini -

- Saya rasa Najib sayangkan Umno cuma masalahnya Najib terlalu terdesak nak mengambil hati terutamanya dalam memenangi hati penyokong Pkr dan Dap. Najib juga mahu jadi popular dan tidak mahu dilihat sebagai old fashion macam Tun Mahathir.


Tapi Najib telah melakukan kesilapan besar bila terlalu melayan dan tunduk kepada desakan parti pembangkang, Najib sebenarnya bukan menambahkan sokongan malah kehilangan sokongan. Orang Melayu menjadi marah bila terasa dipinggirkan dan tidak dihargai sementara bukan Melayu yang menyokong Dap dan Pkr pula tetap juga tidak akan pilih BN dan masih membenci beliau dan Umno.


I think Najib loves UMNO but the problem is Najib is trying too hard to be friendly especially to win the votes from those who voted for PKR and DAP. He also wants to be popular and does not want to be looked as old fashioned like Tun Mahathir. But he made a very big mistake. When he listens and gives in to the opposition parties, he is actually somehow losing votes instead of gaining them. The Malay gets angry because they do not feel appreciated and taken care of and the non-Malay who support DAP and PKR will not vote for BN and will still hate Najib and UMNO.




- Saya berpendapat Najib harus memastikan Pemuda dan Puteri Umno melaksanakan tugas mereka dan menjiwai semangat Umno. Pemimpin2 Umno harus bertanggungjawab dan ingat slogan yang sering dilaungkan yakni membela Agama, Bangsa dan Tanahair.

I think Najib must make sure that Putera and Puteri UMNO really do their work and understand the spirit of UMNO. UMNO leaders must be responsible and remember their slogan, membela agama, bangsa dan tanahair.




- Saya amat berharap Najib menjadi lebih Melayu dan tidak terlalu apologetik dengan semangat keMelayuannya. Keadaan menjadi sukar bila Najib tidak faham apa yang menjadi keutamaan kepada orang Melayu. Najib mesti bertindak ke atas puak Anwarinas dalam Umno dan tunjukkan dirinya sebagai ketua.

I really hope for Najib to be more Malay and not to be apologetic about having the Malay spirit. It is hard when Najib does not understand what is important and what is not to the Malays. Najib must do something about the Anwarinas in UMNO and tell them that he is the boss.




Kita juga harus memainkan peranan kita dan jangan hanya menyalahkan Najib. Kita harus bekerjasama dalam memastikan Najib dan kerajaan dengar kepada rakyat yang telah mengundi mereka. Bukannya satu perkara mudah tapi kita harus mencuba. Saya tidak mahu Anwar menjadi PM. 

We also need to do our part and not only blame Najib. We have to work together to make sure Najib and our government listen to the people who voted for them. It will not be easy but we have to try. I do not want Anwar to be the PM.


Sekarang baca pula komen budak ini pada Khairy Jamaluddin berbunyi begini:
dalam bahasa Inggeris
There is a leader who hold three important posts in the government of Malaysia as well as in his party.
His name is Khairy Jamaluddin, and he is the Sports and Youth Minister, the UMNO Youth Chief and the Member of Parliament of Rembau.
As a youth leader of his party, he must understand which party he is representing and who are the members of his political party.
On September 3, 2014, he launched Proham secretary-general, Datuk Dr. Denision Jayasooria’s biography at the DUMC.
There are three things I must say about this:
1.    Dr Denison is one of COMANGO‘s activists.
So why must Khairy launch a biography of an activist who is fighting against the Federal Constitution and the policies of Khairy’s political party, especially ‘ketuanan Melayu’ and Islam as in the 2011 DUMC case, kalimah Allah issue, bible issue, Article 3(1), Article 121(1A), Article 153, Article 160 and others? Khairy COMANGO has lots of agendas against the government and is fighting for the opposition party to take over the Malaysian government.
2.    DUMC is a church.
Why in the world a Muslim leader like Khairy Jamaluddin must go inside a church, just to launch such a book? If Khairy does not bother about the sensitivity and feelings of the Malays who are represented by UMNO and who voted for Khairy’s party in the GE13, why can’t Khairy, as a Muslim ask for the book launch to be held in another place instead of a church?
3.    And why DUMC?
Has Khairy forgotten the DUMC case where on the 4th day of Ramadhan 1432/2011, JAIS received a report that there were Muslims attending a church program at DUMC and they were having dinner even before Maghrib? So JAIS went there to investigate, but were stopped by the church’s people. JAIS, UMNO and the government were badly condemned and blamed by the Christians, opposition parties’ leaders and also activists who are now involved in COMANGO, when according to the law JAIS did the right thing.
Is Khairy an UMNO leader who really does not care about the dignity of Islam, the feelings and the sensitivity of the Muslims who voted for UMNO which made it possible for him to become a minister?
Please do not hurt the feelings of those who support UMNO in order to be popular among those who hate UMNO.
I hope his boss’ll remind him to remember, understand and uphold the 7 Wasiat Raja-Raja Melayu.


14 September 2014

KRITIKAN PEDAS DR MAHATHIR PADA ORANG MELAYU pada perkara malas, intergriti dan kejujuran....ada YANG marah, ADA yang KATAKAN nasihat

SETIAP kali berkesempatan mewawancara bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau tidak pernah berhenti daripada membicarakan tentang nasib dan masa depan orang Melayu.
Jelas bagi beliau walaupun sering sahaja mengkritik pedas tentang sikap dan mentaliti orang Melayu, namun itu semua hanyalah ingatan dan nasihat ikhlas beliau yang tetap berusaha mahu melihat bangsa yang disayanginya itu maju dan berkemampuan seperti bangsa-bangsa hebat lain.
Dr. Mahathir tetap menekankan supaya orang Melayu lebih rajin, ikhlas dan menguasai bahasa Inggeris supaya nasib mereka lebih terbela bukan sahaja di bumi sendiri tetapi juga di peringkat antarabangsa.


Semasa Tun hendak melepaskan jawatan Perdana Menteri, antara faktornya kerana Tun gagal mengubah sikap dan budaya orang Melayu. Setelah 11 tahun berlalu, bagaimana Tun melihat minda orang Melayu sekarang?
MAHATHIR: Saya bukan letak jawatan pasal saya gagal untuk mengubah minda orang Melayu tetapi sebab sudah terlalu lama. Sebenarnya banyak lagi kerja hendak kena buat tetapi kalau kita duduk terlalu lama, orang naik bosan. Ada orang bercakap bila lagi orang tua ini hendak pergi. Sebab itu saya letak jawatan. Kalau saya boleh, saya masih hendak berusaha tukar minda orang Melayu kerana bagi saya – berjaya atau tidak seseorang atau sesuatu bangsa atau negara, bergantung kepada nilai hidup yang dia pegang dan dia amal. Bukan pegang, amal sama. Antara terima dengan amal, berlainan. Kita terima, kita tahu ini baik, ini tidak baik. Kadang-kadang kita larang yang ini jangan buat, kita buat juga. Tidak apa, orang tidak tahu. Itu yang jadi masalah.
Saya punya fokus satu sahaja. Yang pertama, rajin. Rajin bekerja dan dalam apa kerja pun kita buat, mesti rajin. Sebab itu, saya cuba tunjuk masa saya jadi Perdana Menteri, ‘Kepimpinan Melalui Teladan.’ Kalau pemimpin malas, jangan harap orang yang di belakang dia hendak jadi rajin. Sebab itu, saya kerja lebih daripada orang lain. Ini sudah pencen 11 tahun. Saya mula kerja bila orang lain pencen, umur 56. Orang lain (umur) 56 berhenti kerja. Saya umur 56 mula kerja (jadi Perdana Menteri). Lepas itu, hendak kena tunjuk kepada orang pula, kena kerja, mesti kerja kuat. Siang malam saya kerja. Saya sebagai Perdana Menteri, tidak ada ‘time’ (waktu kerja) pukul 8 (pagi) sampai 5 (petang) atau pukul 9 (pagi) sampai 4 (petang). Tidak ada. Bagi saya, sepanjang masa, saya Perdana Menteri. Keluarga pun tidak ada (masa).
Sebab itu saya, kadang-kadang orang tanya, macam mana baharu balik dari luar negeri, tiba-tiba kerja. Pergi luar negeri, hari ini saya sampai, hari itu juga saya kerja atau esok saya kerja. Dahulu kalau pergi luar negeri, balik kena cuti dua minggu. Itu membazir. Sebab itu saya hendak tunjuk, tidak mati dengan kerja kuat. Mati kerana lain, bukan kerana kerja kuat.

Melihat kepada suasana sekarang, adakah Tun melihat orang Melayu masih belum rajin?
MAHATHIR: Belum rajin. Umpamanya tidak rajin belajar. Kalau kita pergi universiti, 70 peratus perempuan. Budak-budak jantan (lelaki), apa dia buat? Jadi mat rempit. Itu saya kata tidak rajin. Bila pergi universiti pula, tidak belajar betul-betul. Tidak baca buku, baca setakat disuruh sahaja. Cuti sekolah pun macam itu. Masa zaman dahulu, bila naik ‘standard’ (kelas), dapat buku teks baharu, saya habiskan buku teks itu tidak sampai sebulan. Ini baca setakat itu sahaja. Sepatutnya, kalau kita hendak dapat pengetahuan, kita tidak boleh baca buku teks sahaja. Kena baca macam-macam buku. Saya baca berpuluh buku terutama dalam bahasa Inggeris.
Saya malu, budak-budak Cina belajar tiga bahasa tetapi cakap bahasa Inggeris lebih fasih daripada budak-budak Melayu. Kita belajar dua bahasa sahaja, Melayu dengan Inggeris tetapi orang-orang Melayu cakap cukuplah apa hendak belajar Inggeris lagi. Cara hendak belajar Inggeris dengan membaca. Saya bukan tahu sangat grammar (tatabahasa) ini semua. Saya baca banyak. Jadi, bila saya tulis sesuatu, saya berasa tidak kena pasal sudah baca buku bahasa Inggeris. Kalau kita baca buku banyak, rajin dan kalau boleh, kita kena sebut apa yang kita baca. Bukan baca sahaja. Insya-Allah kita akan menguasai bahasa Inggeris dengan mudah. Kita seronok pula sebab kita baca buku cerita. Dalam bahasa Inggeris, banyak buku cerita. Kadang-kadang kita pegang itu, kita mula baca, hendak berhenti tidak boleh pasal seronok. Dia pandai atur. Dari bab ini kepada bab ini, ada sesuatu yang kita tertanya-tanya apa jadi. Kalau tidak baca lagi, tidak dapat jawapan.
Apabila saya kena kendali krisis kewangan hari itu (1998), saya tidak tahu pasal perbankan. Saya kena belajar pasal perbankan, kena baca buku pasal perbankan. Kalau kita rajin baca dan kalau kita boleh baca, orang Kedah kata derah-derah (nada kuat), mereka boleh acquire (dapat). Mungkin sebutan kita tidak kena tetapi sekarang ini kita boleh tengok televisyen dan dengar. Kalau kita ambil cakera padat yang ajar bahasa, kita boleh tahu macam mana hendak sebut sesuatu perkataan. Orang putih ini tidak pandai eja. Dia eja lagu lain tetapi sebut lagu lain, tidak sebagaimana kita. Kalau kita tidak dengar mereka bercakap, kita tidak tahu cakap.

Tun berusaha laksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tetapi sudah pun dimansuhkan. Sekarang pula, kerajaan menetapkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mesti lulus Bahasa Inggeris dan pelajar universiti mesti lulus Bahasa Inggeris sebelum tamat pengajian. Macam mana Tun melihat perubahan dasar untuk mengukuhkan bahasa Inggeris?
MAHATHIR: Kita pisahkan, satu penguasaan bahasa, satu penguasaan ilmu. Kita pergi ke sekolah, bukan hendak belajar bahasa sahaja. Baik bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Kita hendak dapat ilmu. Ilmu yang kita dapat itu, yang datang kepada kita, kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Dalam primary level, adalah dalam bahasa Melayu tetapi dalam bidang sains dan matematik, ini jenis ilmu yang bergerak. Ia bukan statik. Ilmu lain statik macam Geografi dan Sejarah. Macam sejarah, kalau tahun ini ada peperangan, dia tidak boleh tukar tahun lain. Geografi pula, kalau negeri itu sempadan ia macam itu, tidak tukar. Tetapi sains, tiap-tiap hari ada orang buat penyelidikan dan dia keluar keputusan penyelidikan. Kalau cari dalam buku tidak ada, kena baca. Jadi, kalau kita tidak tahu bahasa Inggeris macam mana kerana semua kertas penyelidikan datang kepada kita dalam bahasa Inggeris, tidak datang dalam bahasa Melayu. Sebab itu, saya perkenal pembelajaran Bahasa Inggeris dalam dua subjek. Yang lain semua tidak ada dalam bahasa Melayu sebab tidak berubah. Sekarang kegunaan matematik begitu terkehadapan.
Kalau hendak hantar seseorang ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), kena tahu matematik sebab tapak pelancaran ini bergerak. Sebab itu, matematik amat penting, sains amat penting dan ini adalah ilmu yang bertambah setiap hari. Penggunaan kalkulator umpamanya, kita dahulu tulis dalam banyak huruf. Kita punya Jawi 36 dan rumi kurang sedikit tetapi kita guna nombor binari yang boleh eja sebarang. Kita kena belajar pasal ini. Kalau tidak macam mana, dalam kalkulator kita, kita tekan-tekan nombor, ia keluar nombor. Ia pakai nombor binari. Bila kita tekan, kuncinya cuma ya atau tidak sahaja, ‘zero and one’ (0 dan 1) tetapi dengan 0 dan 1, kita boleh eja lebih banyak benda daripada menggunakan abjad. Kita guna abjad, kita tidak boleh eja semua. Umpamanya, cakera padat video (VCD) kamu. Kamu dengar suara dengan gambar itu sempurna sebab setiap satu benda, setiap satu warna, ia ada kodnya, hanya 1010110. Ini nombor binari. Kita tidak faham benda ini.
Dalam dunia yang guna nombor binari yang boleh hasilkan komputer dan telefon. Telefon merupakan satu benda yang hebat. Dahulu kita ada stesen penyiaran. Buat rumah besar dan macam-macam kita pasang, hendak buat penyiaran dan kita ada radio hendak dengar. Sekarang dalam poket kamu, ada stesen penyiaran dan stesen penerima. Ini hasil daripada nombor binari dan sains. Kita tidak jadi orang putih kalau guna bahasa Inggeris. Saya jadi orang Melayu, lebih Melayu daripada kebanyakan orang Melayu lain.
Mengenai mesti lulus Bahasa Inggeris dalam SPM, kena belajar kalau tidak, kita tidak lulus, apa guna kita belajar. Kena ada sukatannya. Kalau kita duduk darjah satu dengan darjah lain, tentulah ada sukatan. Kalau tidak ada sukatan, macam mana kita hendak tahu. Kita juga harus ingat, hari ini bahasa dunia ialah bahasa Inggeris. Kita perlu tahu bahasa kita tetapi kita perlu tahu bahasa Inggeris. Dalam dunia sekarang, manusia mesti ada dua bahasa iaitu bahasa ibunda dan bahasa ilmu. Bahasa Inggeris ialah bahasa ilmu. Bila dia (kerajaan) kata kena lulus Bahasa Inggeris, saya sokong.
Baru-baru ini, ada 300 pemohon minta kerja di Cyberjaya. Dia ditanya dalam bahasa Inggeris tetapi minta tanya “boleh tak tanya dalam bahasa Melayu.” Jadi gagallah dia, sebab orang itu hendak guna bahasa Inggeris tetapi kamu tidak faham bahasa Inggeris. Jadi dalam 300 orang, cuma tiga orang dapat kerja. Tetapi daripada 300 orang ini, apabila diberi kursus dalam bahasa Inggeris sehingga dia boleh tulis dan bercakap, dapat kerja. Hakikatnya ialah bahasa Inggeris ialah bahasa untuk kita dapat kerja dan pendapatan bagi kita. Bukan bermakna bahawa kalau kita guna bahasa Melayu, kita tidak Melayu, kita masih Melayu. Saya masih Melayu walaupun saya boleh guna bahasa Inggeris, saya ingat baik juga, bolehlah hendak bercakap dengan siapa pun dan buat ucapan pun boleh tetapi saya tidak jadi orang putih. Ini bila cakap sahaja, kata kita semua hendak bahasa Melayu. Saya ingat rugi dan bangsa kita boleh jadi bangsa yang hanya boleh bercakap tetapi bodoh. Kalau macam itu tidak apalah, tetapi semasa saya jadi Perdana Menteri, saya tidak mahu orang Melayu jadi bodoh.

Tun ada kata kaum Melayu masih kurang integriti dan bersifat malas, adakah begitu teruk pada pandangan Tun sendiri atau sudah banyak berubah berbanding dahulu?
MAHATHIR: Kalau banding dengan orang yang lebih malas, diri kita tidak teruklah. Tetapi kita kena banding diri kita dan mesti kena bersaing dengan orang, orang lain kerja kuat tetapi kita tidak kerja kuat. Kalau kita banding dengan orang malas, kita rajin tetapi kalau kita banding dengan orang lebih rajin, kita malas. Kita sekarang berlumba. Kalau kita datang daripada belakang dengan sama kelajuan dengan orang di depan, kita tidak boleh catch up (kejar). Kalau kita lebih perlahan, kita semakin lama semakin jauh. Jadi, kita kena lebih cepat daripada orang yang di hadapan kita. Kalau tidak, sampai bila kita tidak dapat kejar. Kita kena kerja lebih tekun, lebih kuat dan lebih rajin. Macam saya perkenalkan Dasar Pandang Ke Timur pasal saya perhati orang Jepun rajin bekerja. Kalau kena masuk kerja pukul 8 pagi, dia datang pukul 7.30 pagi. Masa kita perkenalkan etika kerja Jepun dalam Proton, pekerja datang awal, runding sesama mereka tentang apa sasaran hari ini dan apabila masuk waktu kerja, dia masuk kerja. Masa saya makan tempura, saya perhati orang Jepun tidak pernah duduk diam. Dia basuh yang ini dan gilap yang itu. Hendak kata dia duduk melanguk, tidak ada. Tetapi kita, tidak ada apa kerja, hisap rokok dahululah. Orang yang bekerja ada sahaja kerja. Kalau berjalan pun, dia berjalan cepat. Dia tidak ada berjalan mundar-mandir.

Generasi sekarang dibekal dengan kemudahan teknologi yang menyebabkan orang menjadi lebih malas. Adakah orang Melayu boleh bersaing?
MAHATHIR: Teknologi tidak menjadikan kita malas. Teknologi hanya memudahkan proses. Kalau mudah, kita boleh buat lebih kerja berbanding tidak ada teknologi. Kalau hendak kabad (karbaid) pokok, tidak ada tangga susah sedikitlah. Kalau ada, boleh naik lima pokok sehari atau lebih banyak lagi. Itu teknologi bukan mengurangkan beban kerja tetapi meningkatkan beban kerja pasal teknologi mempermudahkan proses. Ini kita tidak faham. Tengok sekarang orang guna telefon, dahulu hendak telefon hendak cari rumah dan dail. Kita boleh telefon sehari 10 kali mungkin. Sekarang kita boleh telefon sehari 100 kali. Ini teknologi. Bukan bermakna kita jadi lebih malas tetapi kita lebih produktif kerana ada teknologi. Kamu tidak harus jadi lebih malas tetapi harus jadi lebih produktif. Kalau hendak kejar ilmu sekarang, dalam telefon pintar ada ilmu. Semua ada. Tinggal lagi kena tekan. Kalau malas hendak tekan yang itu, kamu tidak dapat ilmu. Ini orang Melayu belum faham. Bukan bermakna dengan ada teknologi, kerja kita jadi ringan, sebaliknya dengan kerja kita ringan, kita boleh buat lebih kerja.

Jadi Tun yakin teknologi ini akan membantu orang Melayu jadi lebih berjaya?
MAHATHIR: Dia mesti rajin. Kena rajin belajar macam mana hendak guna teknologi. Dia boleh buat kerja lebih banyak daripada dahulu. Dahulu kalau hendak bercakap dengan satu orang, kena naik motokar pergi jumpa orang itu. Sekarang sudah tidak ada, cakap sahaja. Kamu boleh kendalikan satu syarikat tanpa perlu keluar rumah. Bukan bermakna kita malas duduk di rumah tetapi kita buat kerja di rumah. Kita kena rajin guna masa untuk produktiviti pengeluaran yang lebih banyak kerana kemudahan.
Kedua, berkenaan kejujuran, ikhlas dan amanah. Sekarang ini saya ada kedai roti. Saya hendak kata terus terang, saya amat malu kerana di antara pekerja Melayu, Cina atau Myanmar atau mana-mana, pekerja Melayu kadang-kadang kalau tengok duit, dia lupa, dia tak jujur. Dia nampak duit, kalau boleh sapu, dia sapu. Saya kena buang banyak orang Melayu kerana sikap ijni. Orang Cina tidak begini. Kita orang Islam. Kita tahu apa makna amanah, apa makna ikhlas. Kalau kita janji buat kerja betul, kita kena buat. Ada seorang kita lantik jadi pengurus, dia cuba kongsi dengan pekerja-pekerja, kalau buat macam ini (menipu), kita boleh sapu duit. Pekerja beritahu kita, kita buang dia. Ada juga jadi pengurus, duit dapat, tidak masuk dalam bank, sapu. Ada yang bila jual barang, dia jual barang terima duit tetapi dia rekod jualan itu batal, duit dia ambil. Ini berlaku. Tidak ada amanah.
Kalau kita ada amanah, apabila kita hendak hutang duit, orang akan beri sebab orang tahu kita akan bayar. Berapa banyak orang Melayu bila hutang, tidak bayar. Dapat biasiswa, tidak bayar balik. Bukan tidak ada duit, tetapi tidak bayar. Kita kena amanah. Apabila kita amanah, kita hutang kita bayar, orang punya duit kita urus dengan baik, kita tidak curi, orang Melayu akan jadi cukup berjaya. Kita mesti amanah supaya apabila orang beri kontrak kepada kita. Kita hendak beri kontrak, kita beri kepada Cina sebab kita tahu dia buat elok. Ini kelemahan kita, tidak amanah. Saya tidak pernah hendak tipu diri. Kalau malas, saya kata malas. Kalau orang tidak suka, tidak sukalah. Sepanjang saya jadi Presiden UMNO, saya berleter sepanjang masa.

Macam mana dengan penglibatan orang Melayu Islam dalam aktiviti jihad. Sekarang mereka sudah berani pergi ke negara lain untuk berperang dengan orang Islam sendiri. Apa pandangan Tun?
MAHATHIR: Ia bermula dengan ajaran Islam yang salah. Apa kita belajar dalam bidang agama? Macam mana hendak sembahyang, puasa, zakat, buat kerja haji. Yang ini kita kata wajib. Tetapi Islam adalah ad-din, cara hidup. Dalam cara hidup itu ada banyak perkara yang dilarang dan banyak perkara disuruh. Yang ini tidak ajar. Umpamanya dalam al-Quran disebut, orang Islam tidak boleh bunuh orang terutamanya orang Islam lain.
Kita tidak boleh persoal keislaman atau taraf keislaman orang semata-mata kerana dia berbeza sedikit daripada kita. Ya, kita tidak suka orang Syiah datang sini. Kita tidak ada masalah. Alhamdulillah, kita semua orang Melayu, Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut Imam Syafie. Imam Syafie cukup ketat. Kita tidak tolak Maliki, Hambali dan Hanafi tetapi kita tolak Syiah. Kita tidak bersetuju dengan dia, kita tidak mahu dia datang sini tetapi kita tidak boleh kata dia ini kafir. Ini sudah sampai kepada satu tahap, orang Syiah ini kafir, kita bunuh dia. Itu salah. Dia mengucap dua kalimah syahadah, dia sembahyang, dia terima nabi, dia terima Allah SWT. Sebab itu saya kata sebabnya orang ini pergi berjihad kerana tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Sebaliknya, mereka ajar supaya orang Islam bermusuh dengan orang Islam.

Orang ini kata, Oh! Jihad. Bunuh orang Islam jihad. Kamu berdosa dan kamu akan pergi ke neraka pasal kamu bunuh orang Islam. Kamu tengok macam mana mereka bunuh. Letak berderet, tembak dengan pistol. Adilkah? Tidak ada bicara dan tidak ada apa. Islam mengutamakan keadilan. Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Berkali-kali disebut dalam al-Quran. Adilkah dengan tidak ada bicara, kamu bunuh dia kononnya dia bukan Islam. Tetapi orang Syiah yang dibunuh ini semua sembahyang dan orang Syiah pula bunuh orang Sunni. Di mana dalam al-Quran, disuruh Syiah dengan Sunni ini berperang. Dalam al-Quran, ada satu Islam sahaja. Kita yang buat tiga Islam, empat Islam. Sekarang ini, ada 1,000 Islam. Islam `Ayah Pin’ pun ada. Benda ini semua tidak betul.aya tidak jadi orang putih.

saifulfromslim

13 September 2014

mB SElANGor - AKU hanya bagi pEnDapAT

Aku bukan seorang ahli politik, tapi pada kes pemilihan MB Selangor, aku tak nampak kemampuan Wan Azizah untuk memimpin Selangor. Aku memang salute pada Sultan Selangor, kerana awal-awal lagi enggan Wan Azizah menjadi MB negerinya. Sebagai Sultan pasti sudah dia tidak mahukan kepimpinan yg tidak boleh dan kurang mampu untuk membangunkan Selangor. Mana mungkin dia ingin merosakkan negeri dibawah naungan pemerintahannya hancur kerana merestui seorang yang tak berwibawa. 


Aku rasa Anwar sendiri pun tahu bahawa isterinya bukan seorang yang mampu mentadbir negeri Selangor. Aku hairan pimpinan DAP boleh bersetuju Wan Azizah menjadi MB. Mereka orang DAP pasti nampak ketidak kemampuan Wan Azizah untuk mentadbir Selangor berdasarkan kerana kebanyakkan dari mereka memang terdiri drp ahli politik yang cerdik dan bijak. 

Aku hairan ada pemimpin2 kanan PKR dan sebilangan kecil pemimpin PAS serta nama-nama besar dalam DAP seolah-olah buta atau pura-pura buta menyokong perlantikan Wan Azizah sbg MB. Aku yakin semua sedar akan keperluan serta ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang itu untuk menjadi MB. Bagi aku Wan Azizah boleh jadi President PKR tp untuk menjadi MB khusus Negeri Selangor dia bukanlah orangnya. Rasanya pimpinan PAS khususnya tuan hj Hadi turut sedar perkara ini awal-awal lagi. Aku pada bab ini, respect kat Sultan Selangor yang sedar akan kemampuan seseorang untuk menjadi MB.


 

Sebagai sultan dia PASTI MAHUKAN SEORANG YANG BIJAK BERPOLITIK DAN BIJAK MENTADBIR agar Selangor tidak hancur keseluruhannya semata-mata mahu mendengar kata dan telunjuk parti politik yang berkuasa sehingga boleh mengadaikan negeri selangor dibawah pemerintahannya...Fikir-fikir orang macam Mat Sabu, Khalid Samad, Lim Guan Eng,... yang sebenarnya sedar akan tidak kemampuan Wan Azizah dan boleh memporak perandakan Selangor tapi terus sokong hanya kerana kepentingan politik masing-masing. Jangan JADIKAN sELANGOR sebagai barang gadaian yang tak pasti akan kemampuan seseorang yang tiada skill untuk memerintah diangkat hingga boleh merugikan negeri dan rakyat selangor juga...

JUJUR..JUJUR...carilah orang yang paling layak...masih ramai ada kat selangor nie...yang boleh menjadi MB yang baik dan berkemampuan...



saifulfromslim.blogspot.com

16 August 2014

Ahli MATEMATIK ....dari mencabar menjadi insaf.....

Dr Gary Miller (Kini Dr Abdul Ahad)



Dr Gary Miller (Kini Dr Abdul Ahad) 
Dr Gary Miller (Kini Dr Abdul Ahad) adalah seorang pendakwah yang sangat aktif dan sangat berpengetahuan tentang Alkitab. Lelaki ini terlalu suka matematik, itulah sebabnya dia suka logik. Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membaca al-Quran untuk cuba mencari apa-apa kesilapan yang dia mungkin boleh diambil kesempatan bagi menarik orang Islam memeluk agama Kristian.

Beliau menyangka Al-Quran adalah sebuah buku lama bertulis 14 abad yang lalu, sebuah buku yang bercakap tentang padang pasir dan sebagainya. Apa yang dijumpainya selepas itu amat mengejutkannya dan beliau begitu kagum. Beliau dapati Al-Quran ini mempunyai sesuatu yang tidak ada pada semua kitab lain di dunia ini. Beliau menjangkakan untuk mencari cerita-cerita tentang masa sukar Nabi Muhammad (SAW) hadapi, seperti kematian isterinya Khadijah (RA) atau kematian anak-anak lelaki dan anak-anak perempuannya.


Bagaimanapun, beliau tidak menemui apa-apa seperti itu. Dan apa yang membuatkan beliau lebih keliru adalah bahawa dia menemui satu penuh “surah” (bab) dalam Al-Quran yang dinamakan “Maryam” yang mengandungi banyak berkenaan dengan Maryam yang tidak pernah dijumpai walaupun dalam buku-buku yang ditulis oleh orang Kristian mahupun dalam Al-kitab mereka (bible). Dia tidak menjumpai surah dinamakan sempena “Fatimah” (anak nabi) atau “Aishah” (isteri Rasulullah saw), semoga Allah rahmati kedua-dua mereka.


Beliau juga mendapati bahawa nama Isa (AS) telah disebut dalam Al-Quran 25 kali manakala nama “Muhammad” (saw) hanya disebut sebanyak 4 kali, maka dia menjadi lebih keliru. Dia mula membaca Al-Quran dengan lebih teliti dengan harapan untuk mencari kesilapan tetapi dia terkejut apabila dia membaca ayat yang besar yang merupakan nombor ayat 82 dalam Surah Al-Nisa’a (Wanita) yang bermaksud:


“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Dan kalaulah Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan mendapati di dalamnya banyak perselisihan “.


Dr Miller berkata tentang ayat ini: “Salah satu prinsip saintifik yang terkenal adalah prinsip mencari kesilapan atau mencari kesilapan dalam teori sehingga ia terbukti benar (Ujian Pemalsuan). Apa yang menakjubkan ialah Al-Quran meminta orang Islam dan bukan Islam untuk cuba mencari kesalahan dalam buku ini dan ia memberitahu mereka bahawa mereka tidak akan mencari mana-mana “.


Beliau juga berkata tentang ayat ini: “Tidak ada penulis di dunia mempunyai keberanian untuk menulis buku dan mengatakan bahawa ia kosong daripada kesilapan, tetapi al-Quran, sebaliknya, memberitahu anda bahawa ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta anda untuk cuba untuk mencari satu dan anda tidak akan mencari mana-mana. “


Satu lagi ayat yang Dr Miller ditunjukkan untuk masa yang panjang adalah nombor ayat 30 dalam Surah ‘Al-Anbiya’(Nabi-nabi):


“Adakah orang-orang kafir melihat bahawa langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), sebelum Kami pisahkan antara keduanya? Daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? “


Dia berkata: “Ayat ini adalah betul-betul subjek penyelidikan saintifik yang memenangi Hadiah Noble pada tahun 1973 dan adalah kira-kira teori” Great Explosion “. Menurut teori ini, alam semesta adalah hasil daripada satu letupan yang besar yang membawa kepada pembentukan alam semesta dengan langit dan planet itu.


Dr Miller berkata: “Sekarang kita sampai kepada apa yang menakjubkan tentang Nabi Muhammad (SAW) dan tanggapan tentang syaitan membantunya, Allah berfirman:


“Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak dapat melakukannya. Sesungguhnya mereka dilarang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh malaikat. “Al-Quran, Bab 26, Ayat 210-212.


“Apabila engkau hendak membaca Al Qur’an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang direjam” Al-Quran, Bab 16, Ayat 98.


Anda lihat? Bolehkah ini menjadi cara syaitan untuk menulis buku? bagaimana dia boleh menulis buku kemudian memberitahu anda untuk meminta Tuhan untuk perlindungan dari syaitan ini sebelum membaca buku itu? Itu adalah ayat-ayat ajaib dalam buku ajaib ini! dan mempunyai jawapan yang logik untuk orang-orang yang menganggap bahawa itu dari syaitan “.


Dan di antara cerita-cerita yang kagum Dr Miller adalah kisah Nabi (SAW) dengan Abu Lahab. Dr Miller berkata: “Orang ini (Abu Lahab) yang begitu teruk membenci Islam sehinggakan dia akan pergi selepas Nabi di mana sahaja dia pergi untuk mengaibkan Nabi Muhammad SAW. Jika dia melihat Nabi bercakap dengan orang yang tidak dikenali, dia akan menunggu sehingga dia selesai dan kemudian bertanya kepada mereka: Apa yang Muhammad memberitahu anda? Jika beliau berkata ia putih maka ia pada hakikatnya hitam dan jika beliau berkata ia adalah malam maka ia adalah hari. Dia bertujuan untuk memalsukan semua apa yang Nabi kata dan untuk membuat orang curiga mengenainya. Dan 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab, sebuah surah telah diilhamkan kepada Nabi, yang dinamakan “Al-Masad”.


Surah ini menceritakan bahawa Abu Lahab akan masuk neraka, dalam erti kata lain, ia mengatakan bahawa Abu Lahab tidak akan memeluk agama Islam. Selama 10 tahun, Abu Lahab boleh berkata: “Muhammad mengatakan bahawa saya tidak akan menjadi seorang Muslim dan saya akan pergi ke neraka, tetapi saya memberitahu anda sekarang bahawa saya mahu menukar kepada Islam dan menjadi seorang Muslim. Apa yang anda fikir mengenai Muhammad ini? Adakah dia mengatakan kebenaran atau tidak? Adakah inspirasinya datang dari Allah? “. Tetapi Abu Lahab tidak berbuat demikian walaupun dia mengingkari Nabi di dalam semua perkara, tetapi tidak dalam satu ini. Dalam erti kata lain, ia seolah-olah nabi (SAW) itu memberikan Abu Lahab peluang untuk membuktikan dia salah! Tetapi dia tidak berbuat demikian selama 10 tahun penuh! dia tidak memeluk agama Islam dan tidak juga berpura-pura menjadi seorang Muslim !! Sepanjang 10 tahun, dia mempunyai peluang untuk menghancurkan Islam dalam satu minit! Tetapi ini tidak berlaku kerana itu bukanlah kata-kata Muhammad (SAW), tetapi kata-kata Allah yang mengetahui apa yang tersembunyi dan tahu bahawa Abu Lahab tidak akan menjadi seorang Muslim.


Bagaimana Nabi (SAW) boleh mengetahui bahawa Abu Lahab akan membuktikan apa yang dikatakan dalam Surah jika ini tidak inspirasi daripada Allah? Bagaimana dia boleh yakin sepanjang 10 tahun penuh bahawa apa yang di dalamnya (Al-Quran) adalah benar jika dia tidak tahu bahawa itu inspirasi daripada Allah ?? Bagi seseorang untuk mengambil apa-apa cabaran berisiko, ini hanya mempunyai satu maksud: bahawa ini adalah inspirasi daripada Tuhan.


“Binasalah kedua tangan Lahab (Abu Lahab)! binasalah dia Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan Dibakar tidak lama lagi dia akan masuk ke dalam api yang menjulang-julang daripada api neraka! Isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api; Sebagai bahan api! Satu tali yang dipintal-daun bulat (sendiri) lehernya! “Al-Quran, Bab 111.


Dr Miller berkata tentang ayat yang kagum kepadanya: Salah satu keajaiban dalam Al-Quran itu mencabar masa depan dengan perkara-perkara yang manusia tidak boleh meramalkan dan yang terpakai yang “Pemalsuan Ujian”, ujian ini terdiri daripada mencari kesilapan sehingga perkara yang sedang diuji terbukti betul. Sebagai contoh, mari kita lihat apa yang Al-Quran kata mengenai hubungan antara orang Islam dan Yahudi. Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi umat Islam dan ini adalah benar sehingga kini sebagai musuh utama umat Islam adalah orang-orang Yahudi.


Dr Miller meneruskan: Ini dianggap satu cabaran yang besar kerana orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk merosakkan Islam hanya dengan melayan umat Islam dengan cara yang mesra untuk beberapa tahun dan kemudian berkata: di sini kita merawat anda sebagai kawan dan Al-Quran mengatakan bahawa kita adalah musuh-musuh anda, Al-Quran mesti salah tu! Tetapi ini tidak berlaku dalam 1400 tahun !! dan ia tidak akan berlaku kerana mereka adalah kata-kata Dia yang mengetahui perkara yang ghaib (Allah) dan bukan kata-kata manusia.


Dr Miller meneruskan: Bolehkah anda melihat bagaimana ayat yang bercakap tentang permusuhan antara orang Islam dan orang-orang Yahudi merupakan satu cabaran kepada minda manusia?


“Paling Kukuh di antara manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang yang beriman sekali-kali akan kamu dapati orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik; dan terdekat di antara mereka cinta kepada orang yang beriman sekali-kali akan engkau mencari orang-orang yang mengatakan, “Kami adalah orang Kristian”: kerana di kalangan mereka adalah orang yang dikhaskan untuk pembelajaran dan lelaki yang telah menolak dunia, dan mereka pula tidak berlaku sombong. Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata, kerana mereka mengakui kebenaran: mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami Kami percaya; suratkanlah kami berserta orang saksi” Al-Quran, Bab 5, ayat-ayat 82-84.


Ayat ini juga dengan Dr Miller kerana dia merupakan seorang Kristian tetapi apabila dia tahu kebenaran, dia beriman dan memeluk agama Islam dan menjadi seorang bentara. Semoga Allah menyokongnya.


Dr Miller berkata tentang gaya unik al-Quran yang dia mendapati yang indah: Tidak syak lagi ada sesuatu yang unik dan luar biasa dalam Al-Quran yang tidak hadir mana-mana sahaja, kerana al-Quran memberikan anda maklumat khusus dan memberitahu anda bahawa anda tidak tahu sebelum ini. Sebagai contoh:


“Ini adalah sebahagian dari berita-berita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad!) Oleh wahyu engkau tidak ada pada mereka ketika mereka melemparkan anak-anak panah, untuk yang mana satu mereka yang akan dengan penjagaan Maryam : tidak pula bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara) “Al-Quran, Bab 3, Ayat 44.


“Itu adalah dari cerita-cerita yang ghaib, yang Kami turunkan kepadamu: sebelum ini, tiada kamu kaummu mengenali mereka. Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa “Al-Quran, Bab 11, Ayat 49.


“Yang demikian itu adalah salah satu daripada cerita-cerita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu: tidak pula engkau (hadir) bersama mereka apabila mereka bersepadu rancangan mereka bersama-sama dalam proses menenun plot mereka” The Holy Quran, Bab 12 , Ayat 102.


Dr Miller meneruskan: “Tidak ada kitab suci lain menggunakan gaya ini, semua buku-buku yang lain terdiri daripada maklumat yang memberitahu anda di mana maklumat ini datang. Sebagai contoh, apabila rundingan Holy Bible mengenai cerita-cerita dari bangsa-bangsa purba, ia memberitahu anda bahawa raja ini tinggal di tempat ini dan seorang pemimpin yang berjuang dalam peperangan itu, dan bahawa orang tertentu mempunyai beberapa kanak-kanak dan nama-nama mereka adalah. Tetapi buku ini (Bible) sentiasa memberitahu anda bahawa jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca buku tertentu kerana maklumat itu datang dari buku itu “.


Dr Garry Miller meneruskan: “Ini adalah bertentangan dengan Al-Quran yang memberi anda maklumat dan memberitahu anda bahawa itu baru !! Dan apa yang menakjubkan adalah bahawa orang-orang Mekah pada masa itu (masa inspirasi daripada ayat-ayat) yang digunakan untuk mendengar ayat-ayat dan cabaran bahawa maklumat dalam ayat-ayat adalah baru dan tidak diketahui oleh Muhammad (SAW) atau oleh orang-orang di masa itu, dan walaupun demikian, mereka tidak pernah berkata: Kita tahu ini dan ia bukanlah sesuatu yang baru, dan mereka tidak mengatakan: Kita tahu di mana Muhammad datang dari dengan ayat-ayat. Ini tidak pernah berlaku, tetapi apa yang berlaku adalah bahawa tiada siapa yang berani untuk mengatakan bahawa dia telah berbohong kepada mereka kerana mereka benar-benar adalah maklumat baru, tidak datang dari minda manusia tetapi dari Allah yang mengetahui yang ghaib pada masa lalu, masa kini dan masa depan.”


- Sumber -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...