Bila majalah antarabangsa The Economist bersuara, nampaknya orang luar memang cuak dengan Mukriz yang boleh menganggu gugat puak-puak mat Salleh ini.
PUTRAJAYA 29 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun
Dr. Mahathir Mohamad mempersoal niat majalah antarabangsa, The Economist
meramalkan anaknya, Datuk Mukhriz bakal mengancam kedudukan Datuk Seri Najib
Tun Razak sebagai pemimpin nombor satu parti itu sekiranya menang dalam
pertandingan parti tersebut bulan depan.
Menurut beliau,
anaknya itu tidak mempunyai sebarang niat buruk terhadap Najib atau kepimpinan
UMNO yang lain ketika menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
"Mereka (The
Economist) tidak boleh mencari atau memperkatakan apa-apa yang baik
mengenai orang lain.
"Itu (usaha
menjatuhkan Najib) yang akan mereka lakukan jika berada di kedudukan Mukhriz,
tetapi di Malaysia, kita tidak akan ada niat seperti itu," katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Terdahulu Dr. Mahathir
meluangkan masa melawat Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) dan
membaca buku cerita kepada kanak-kanak dalam program tersebut.
Beliau turut
menyampaikan hadiah kepada para pemenang Sirkit Pancing Putrajaya Siri 3/2013
yang diadakan di tasik YKP.
Majalah antarabangsa
itu dalam laporannya kelmarin menyebut kemenangan Mukhriz dijangka menyebabkan
masa depan Najib menjadi malap.
Perkara itu
berdasarkan pandangan golongan yang menentang Najib akan mendampingi Mukhriz
iaitu pemimpin yang dianggap sebagai penyambung kepimpinan Dr. Mahathir.
Selain Mukhriz,
jawatan Naib Presiden turut ditandingi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr.
Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Bekas Ketua Menteri
Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa
Abdul Samad turut sama bertanding jawatan itu.
saifulfromslim
No comments:
Post a Comment