my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

30 September 2013

PEMILIHAN CEC (DAP) - KONGRESS KHAS Tahniah yang terpilih

PEMILIHAN CEC (DAP) - KONGRESS KHAS
Tahniah yang terpilih!!!



PETALING JAYA - Berikut senarai barisan kepimpinan DAP Pusat selepas pemilihan semula 20 anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada Kongres Khas DAP, di sini, hari ini.
   
Anggota CEC bagi tempoh 2013 dianggotai 20 ahli yang dipilih dan 10 lagi dilantik, tidak berubah berbanding barisan kepimpinan yang dipilih pada Disember, tahun lepas.
    
20 Anggota CEC Dipilih:

1. Liew Chin Tong (1,438 undi)
2. Lim Kit Siang (1,436)
3. Karpal Singh (1421)
4. Gobind Singh Deo (1409)
5. Lim Guan Eng (1,304)
6. Chong Chieng Jen (1,294)
7. Anthony Loke Siew Fook (1,263)
8. Chow Kon Yeow (1,203)
9. Fong Kui Lan (1,193)
10.Teng Chang Khim (1,164)
11.Tony Pua Kiam Wee (1,158)
12.Zairil Khir Johari (1,132)
13.Teresa Kok Suh Sim (1,127)
14. Chong Eng (1,111)
15. M.Kula Segaran (1,088)
16. Tan Kok Wai (1,088)
17. Teo Nie Ching (1,081)
18. Boo Cheng Hau (961)
19. Nga Kor Ming (956)
20. Ngeh Koo Ham (809)
    
    
10 anggota CEC Dilantik:

1. Dr Tan Seng Giaw
2. Dr P. Ramasamy
3. Senator Ariffin SM Omar
4. Vincent Wu Him Ven
5. Jimmy Wong Sze Phin
6. Dr John Brian Anthony
7. Dr Edwin Bosi
8. Leong Ngah Ngah  
9. V. Sivakumar
10. Thomas Su Keong Siong
    
Pengerusi: Karpal Singh

Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai

Naib Pengerusi (lima jawatan): Chow Kon Yeow , Dr Senator Ariffin SM Omar, Chong Chieng Jen, M. Kula Segaran, Teresa Kok Suh Sim.
   
Setiausaha Agung: Lim Guan Eng
   
Penolong Setiausaha Agung (tiga jawatan): Chong Eng, Ngeh Koo Ham, Dr P. Ramasamy
   
Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun
   
Penolong Bendahari Kebangsaan: Nga Kor Ming
   
Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Anthony Loke Siew Fook
   
Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong
   
Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Tony Pua Kiam Wee
   
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari
   
Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar
   
Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong
   
Penolong Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau
   
Ahli Jawatankuasa: Lim Kit Siang, Dr Tan Seng Giaw, Datuk Teng Chang Khim, Leong Ngah Ngah, Jimmy Wong Sze Phin, Dr Edwin Bosi, Dr John Brian Anthony, Gobind Singh Deo.
   
Penasihat Parti: Dr Chen Man Hin
    
Jawatankuasa/Biro lain:

Jawatankuasa Disiplin: Tan Kok Wai
Anggota: M.Kula, Dr P.Ramasamy, Tan Seng Giaw
Biro Pilihan Raya: Tan Kok Wai
Anggota: Liew Chin Tong, Anthony Loke
Biro Pakatan Rakyat: Teng Chang Khim
Anggota: Anthony Loke Siew Fook, Teresa Kok, Liew Chin Tong, Gobind Singh Deo, Tony Pua Kiam Wee, Vincent Wu Him Ven.
Biro Perundangan: Gobind Singh Deo
Biro Kebudayaan: P.Gunasekaran
Biro Buruh: A.Sivanesan
Majlis Perundingan Dayak (baru ditubuh): Dr John Brian Anthony
Majlis Perundingan Kadazan, Dusun,. Murut (baru ditubuh): Dr Edwin Bosi
- Bernama



saifulfromslim

The Economist bersuara, cuak puak-puak mat Salleh ini.

Bila majalah antarabangsa The Economist bersuara, nampaknya orang luar memang cuak dengan Mukriz yang boleh menganggu gugat puak-puak mat Salleh ini.


PUTRAJAYA 29 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoal niat majalah antarabangsa, The Economist meramalkan anaknya, Datuk Mukhriz bakal mengancam kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin nombor satu parti itu sekiranya menang dalam pertandingan parti tersebut bulan depan.
Menurut beliau, anaknya itu tidak mempunyai sebarang niat buruk terhadap Najib atau kepimpinan UMNO yang lain ketika menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
"Mereka (The Economist) tidak boleh mencari atau memperkatakan apa-apa yang baik mengenai orang lain.
"Itu (usaha menjatuhkan Najib) yang akan mereka lakukan jika berada di kedudukan Mukhriz, tetapi di Malaysia, kita tidak akan ada niat seperti itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu Dr. Mahathir meluangkan masa melawat Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) dan membaca buku cerita kepada kanak-kanak dalam program tersebut.
Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Sirkit Pancing Putrajaya Siri 3/2013 yang diadakan di tasik YKP.
Majalah antarabangsa itu dalam laporannya kelmarin menyebut kemenangan Mukhriz dijangka menyebabkan masa depan Najib menjadi malap.
Perkara itu berdasarkan pandangan golongan yang menentang Najib akan mendampingi Mukhriz iaitu pemimpin yang dianggap sebagai penyambung kepimpinan Dr. Mahathir.
Selain Mukhriz, jawatan Naib Presiden turut ditandingi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad turut sama bertanding jawatan itu.

saifulfromslim

18 September 2013

KENYATAAN TUN MAHATHIR - yang salah diertikan

Kenyataan Tun Dr Mahathir, terbaru tentang UMNO. Ramai pihak khusus pihak pembangkang dan tidak terkecuali ada sebahagian kecil ahli UMNO akan menjadikan ianya sebagai kenyataan Tun Mahathir untuk merancang kemimpinan UMNO berterusan dibawah penguasaan keluarganya. Dengan itu dia kononnya sedang mempromosi anaknya agar berterusan menguasai UMNO, dan mengguna kenyataannya, akan kepentingan keperluan kepimpinan muda dalam UMNO dalam penstrukturan semula parti yang dikatakan mulai uzur ini. Media pembangkang berterusan memanipulasi kenyataan Tun sebagai langkah membantutkan dalam proses pembaikan dan pengremajaan pertubuhan UMNO. Tetapi yang paling menyedihkan ada dikalangan ahli UMNO yang termakan hasutan pembangkang dan mempercayai cucukkan dan tohmahan pembangkang ini. Mereka kalangan ahli UMNO ada yang lupa bahawa pembangkang sentiasa akan terasa terjejas hasrat untuk melawan parti memerintah mereka, jika ada pandangan positif dari mana-mana pempimpin atau bekas pemimpin UMNO yang baik dan boleh membentuk parti UMNO kepada yang lebih efisyen dan kukuh serta mantap untuk mereka tembusi. Pada ahli-ahli UMNO moga kita tidak cepat melatah dan membuat tafsiran songsang. Sebaliknya, kita perlu lebih bijak menilai, berfikir dan beristoqomah dalam membuat keputusan demi kebaikkan bangsa Melayu dan negara. Kita harus sentiasa sedar bahawa pihak lawan akan menentang apa saja perancangan UMNO yang baik khususnya jika pandangan itu terlalu baik dan boleh menjejaskan rancangan mereka dalam penentangan parti pemerintah khususnya parti UMNO ini.



Dengan itu bacalah kenyataan ini dengan fikiran terbuka dan cuba lihat intipati hasrat dan keihlasan dan kerasionalan kenyataan itu. 


Saya berasa serba salah. Saya setia kepada UMNO. Saya ingin lihat UMNO terus mewakili orang Melayu, mempertahan dan memajukan mereka. Saya sedar akan hakikat bahawa UMNO mengidap sakit tua dan ia akan maut kerana sudah tua. Ini naluri manusia. Lambat laun manusia akan menemui ajalnya.

Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akal kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu.

Saya cuba sedarkan UMNO akan usianya yang sudah lanjut. Saya menulis akan perlunya UMNO diperbaharui dengan penerimaan ahli serta kepimpinan dari generasi muda. Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya.

Mungkin secara kebetulan ini akan terjadi. Tetapi jika kerana tuduhan ini saya tidak berusaha untuk kebaikan UMNO, ini bermakna saya lebih utama imej saya daripada tanggungjawab saya kepada parti. Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya jadi Perdana Menteri.

Tetapi saya tidak berbuat demikian. Pada hakikatnya, UMNO sekarang memerlukan pembaikan dan walau apa pun tuduhan saya terpaksalah ketepikan, jika sedikit sebanyak dapat saya sumbang untuk masa depan UMNO dan orang Melayu. Saya tidak penting. UMNO dan orang Melayu tetap lebih penting daripada saya, atau anak saya.

Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa Melayu. 

Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam Majlis Tertinggi. Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.

Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas UMNO. Mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka.

Dan UMNO pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu. 

Dan mereka pun berjaya, berjaya menewaskan Malayan Union British, memerdekakan negara dan bangsa, mengatasi segala cabaran setelah mengambilalih pemerintahan, mengisi kemerdekaan secara bermakna sehinggalah negara yang kerdil, bangsa yang terhina dahulu dikenali dunia sebagai bangsa yang berwibawa, yang mampu bersaing dan memajukan negara ini berpuluh kali lebih baik daripada penjajah.

UMNO membangunkan Malaysia sehingga menjadi negara contoh yang dikagumi dunia. Berduyun-duyun orang asing datang untuk mempelajari darinya, mempelajari ilmu berkenaan pembangunan negara dan bermacam lagi.

Sumbangan pengasas UMNO yang muda ini terhadap bangsa, agama dan tanah air tidak dapat dinilai. Orang muda, pemimpin muda yang melakukan semua ini memang berjasa. Negara terhutang budi kepada mereka. Bangsa Melayu terhutang budi kepada mereka. Jasa mereka tetap akan dikenang selama-lamanya.

Tetapi mereka dan pengganti mereka sekarang sudah tua. Masa mereka sudah terlanjut. Sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati.

Ramai yang membongkok di sekeliling pemimpin, yang mengulangi cerita tentang keupayaan dan keberkesanan mereka sebagai pemimpin. Dan mereka pun percaya cerita pembodek ini. Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri.

Tetapi mereka harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka. Lambat laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran.

Untuk ini mereka sanggup buat apa sahaja. Tanpa mengambil kira kesan terhadap budaya bangsa mereka sanggup hulur wang untuk mendapat sokongan, untuk mengekal diri sebagai ahli Majlis Tertinggi atau jawatan-jawatan lain.

Percayalah jika ahli memilih perasuah sebagai pemimpin, mereka akan amalkan budaya penerima rasuah semasa menjadi pemimpin. Kuasa mereka akan disalahgunakan. Kita dan bangsa kita akan rugi lebih daripada apa yang kita terima dahulu. Negara akan hancur. Maruah bangsa akan luput.

Malangnya, ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang. Tak banyak. RM200 pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli UMNO. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka. Hentikanlah amalan ini baik oleh yang menghulur mahupun yang menerima.

Kata pepatah Inggeris "Money is the root of all evil" (Duit adalah punca segala kejahatan). Duit boleh beli segala-galanya, membeli bangsa, membeli maruah, membeli masa depan, membeli agama pun.

Percayalah apabila pemimpin yang kita pilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa pun. Ingatlah negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin negara ini.

Kita harus akui bahawa UMNO sekarang tidak lagi dipercayai oleh ramai orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan ratusan badan bukan kerajaan (NGO).

Jika mereka mempunyai banyak pilihan, UMNO sudah kalah Pilihan Raya Umum Ke-13. Tetapi janganlah ahli UMNO, pemimpin UMNO percaya walau apa pun yang dilakukan mereka, kerana tidak ada pilihan lain maka UMNO tetap akan menang. Kalau UMNO dipimpin perasuah, parti lawan akan ternampak lebih baik.

Justeru kembalilah kepada perjuangan UMNO. Ketepikan kepentingan diri. Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua.

Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan tanah air dapat diteruskan. Sesungguhnya perjuangan orang Melayu belum selesai. Janganlah anak cucu kita mengutuk kita kerana ketamakan kita memusnahkan masa depan mereka. 

saifulfromslim.

14 September 2013

Anak Derhaka

Aku ambil petikan kisah anak derhaka ini sebagai peringatan diri aku, ahli-ahli keluarga aku agar menjauhi amalan penderhakaan ini, kerana dari pemerhatian aku terdapat ramai anak-anak yang derhaka di Malaysia ini, melakukan penderhakaan pada ibu bapa mereka tanpa menyedari mereka sedang melaku penderhakaan pada ibu bapa mereka. Kenapa ini berlaku? Apakah mereka tak takut dengan amalan dosa besar yang mereka lakukan? Baca dan insaf agar kita tak tergolong dalam kumpulan berkenaan. Wallahualam


Derhaka terhadap ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar iaitu sebaris dengan dosa menyekutukan Allah, membunuh manusia dan menjadi saksi palsu. Anak yang tidak menghormati dan berbakti kepada ibu bapa selayaknya menerima balasan daripada Allah.


Diriwayatkan oleh Tabrani: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas Allah di dunia ini adalah berzina dan derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.”

Pengajaran di sebalik derhaka

Terdapat banyak contoh menunjukkan pengajaran dan azab derita yang ditanggung jika menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa di dunia ini. Ia mungkin datang dalam keadaan seseorang itu ditimpa penyakit, gagal mendapatkan pekerjaan atau nafkah serta keadaan hidup mereka yang tidak tenang.


Pada zaman Rasulullah SAW, terdapat kisah Wail bin Khattab iaitu anak yang derhaka kepada ibunya. Disebabkan Wail bin Khattab terlalu cintakan isterinya, dia sering mencaci dan mempercayai segala apa yang dikatakan isterinya terhadap ibunya.

Ketika Wail menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan yang tidak terhingga. Dia menggelupur sehingga keluar peluh membasahi seluruh tubuh badannya. Selama puluhan hari dia berada dalam keadaan demikian.

Matanya merah menyala, mulutnya terbuka luas tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, kaki dan tangannya pula kaku. Sahabat terharu melihat penderitaan dihadapi Wail. Mereka turut mengajar Wail mengucap kalimah syahadah.
Akhirnya Ali bin Abi Talib menemui Rasulullah SAW bagi menceritakan keadaan Wail. Rasulullah SAW meminta ibu Wail dijemput untuk menemui beliau. Rasulullah SAW mahu mengetahui keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.

Termakan hasutan isteri

Ibu Wail menceritakan keadaan sebenar kelakuan anaknya terhadapnya kepada Rasulullah SAW. Dia sering dicaci oleh anaknya kerana termakan hasutan isterinya. Dia terlalu mempercayai kata-kata isterinya sehingga menyebabkan ibunya terasa hati.

Rasulullah SAW memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya itu. Tetapi ibunya berkeras tidak mahu memaafkannya. Kemudian, Baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api kerana mahu membakar Wail hidup-hidup.

Rasulullah SAW menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail pasti derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, ibu Wail berkata: “Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku, aku ampuni dia. Kesalahannya aku maafkan.”

Selepas itu keadaan Wail bertukar dengan wajahnya mula berubah selepas mendapat keampunan ibunya. Dia akhirnya dapat mengucap kalimah syahadah dan kemudian meninggal dunia. Begitulah azab dan penderitaan yang ditanggung oleh seorang anak yang sanggup mengetepikan ibunya.

Allah SWT berfirman: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman, ayat 14)

Cara berbakti kepada ibu bapa

Salah seorang dari suku Bani Salimah datang dan bertanya kepada Rasulullah SAW: “Kedua orang tuaku telah mati, apakah ada cara untuk aku berbakti kepada mereka? Jawab Rasulullah SAW: Ya, membaca istighfar untuk kedua mereka, melaksanakan wasiat mereka, menghormati sahabat mereka, dan menghubungkan keluarga mereka.”

Oleh itu marilah kita tingkatkan iman dan takwa serta mengasihi ibu bapa. Jika mereka masih hidup ziarah dan tunjukkanlah kasih sayang kita yang tidak berbelah bagi. Jika ibu bapa sudah meninggal dunia, banyakkan berdoa dan memohon keampunan daripada Allah untuk mereka.

Punca anak terabai

Salah satu punca berlakunya perkara ini kerana kurangnya didikan ilmu agama daripada ibu bapa sendiri. Ibu bapa zaman moden kini terlalu banyak menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru di sekolah.

Apabila pulang ke rumah, mereka dibiarkan saja dan secara tidak langsung ilmu yang dipelajari terabai begitu saja. Mereka terlalu mementingkan kerjaya masing-masing hingga sanggup membiarkan anak mencari hala tuju kehidupan tanpa sebarang panduan daripada ibu bapa.

Ibu bapa perlu bijak berfikir. Didikan kepada anak perlulah sesuai dengan kehidupan sebagai seorang Muslim yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. – Berita Harian

saifulfromslim

03 September 2013

Hadiah 100 hari

Aku tertarik dengan satu tulisan berkaitan kenaikan bahan bakar Ron 95 dan diesel.  Betul kata penulis bahawa pasti pihak pembangkang akan mengambil kesempatan menghentam kerajaan bagai nak giler berhubung isu kenaikan harga ini.  Yang lucu tapi ada benarnya, penulis kata ini adalah hadiah pertama selepas kemenangan BN selepas 100 hari. Pasal naik harga minyak ini, rasanya tak kira dia penyokong BN atau pembangkang, pasti tak suka dengan pengumuman kenaikkan oleh PM semalam. Yang pasti kesan kenaikkan akan menyebabkan harga barang-barang lain juga akan naik. Aku pun hairan kerana pengumuman serupa ini sanggup dibuat oleh kerajaan pada tempoh terawal selepas berlangsung PRU ke 13. Seribu macam persoalan menjadi begitu keliru pada semua rakyat Malaysia? Mana slogan janji ditepati? Mana janji nak menyenang dan membantu rakyat? Aku tertanya-tertanya. Aku pun hairan apa sebenarnya kelebihan kerajaan pada pengumuman ini? Menguntungkan, merugikan atau memang kerajaan dah tak ada jalan yang lebih sopan untuk mencari alternatif lain untuk membaik pulih ekonomi negara ini?

Walau macam mana pun bacalah petikan tulisan di bawah dan fikir-fikirkan akan kesannya pada rakyat, kerajaan dan siapa saja yang terlibat secara langsung mahu pun  tidak langsung akibat kenaikkan bahan bakar ini.


Awas!! Selepas Minyak, Banyak Lagi Kenaikan Sedang Menunggu

Kerajaan mulai malam tadi menaikkan harga minyak petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen. Dengan kenaikan itu, harga semasanya menjadi RM2.10 sen dan RM2.00 seliter bagi diesel. Langkah kenaikan yang disifatkan Najib untuk pengukuhan ekonomi itu juga menyebabkan subsidi kerajaan keatas petrol kini menurun kepada 63 sen manakala untuk diesel menjadi 80 sen sahaja.

Kenaikan ini jelas tidak menggembirakan rakyat. Di alam maya, Najib menerima kritikan, cemuhan dan serangan yang berterusan sepanjang malam tadi. Bukan saja rakyat biasa yang rasa terbeban dengan kenaikan itu meluahkan perasaan dan kemarahan mereka, malahan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan ahli akademik, Dr Mazleee Malik juga turut aktif di twitter masing-masing dengan pelbagai maklumat yang berupa kritikan dan sindiran mengenai kenaikan itu.

Ahli-ahli politik pembangkang pula tentulah menggunakan peluang ini untuk menghentam dan mengkritik kerajaan semahu-mahunya, apalagi kenaikan petrol dan diesel ini umpama hadiah daripada Najib kepada rakyat sempena 100 hari kemenangan BN.

Buat pertama kali juga, pemimpin UMNO menjadi kurang aktif sama ada si facebook ataupun twitter. Selalunya jika timbul isu-isu sebegini, para pemimpin UMNO yang aktif di dunia sosial turut memainkan peranan mempertahankan apa yang dilakukan kerajaan, tetapi malam tadi ramai yang berdiam diri dan tidur awal agaknya. Mungkin mereka juga sudah tiada idea lagi untuk mempertahankan tindakan Najib itu.

Pengendali laman sosial yang pro UMNO dan kerajaan juga kelihatan pasif dan tidak tidak berdaya lagi mempertahankan langkah tidak bijak Najib itu.

Hanya Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan dan Pengerusi Felcra yang cuba mempertahankan dan menyokong kenaikan minyak ini tetapi beliau juga kemudiannya dikritik dan diserang hebat, termasuk mengaitkan dengan perkahwinan keduanya bersama aktres Zizie Ezzette.

Di alam nyata pula, kenaikan ini disambut dengan rungutan dan cebikan mulut daripada rakyat terhadap Najib dan BN. Mulai petang semalam, jalan mulai sesak kerana orangramai berebut-rebut keluar awal bagi mengisi minyak di stesen-stesen minyak sebelum harga baru bermula pukul 12.01 malam.

Ditambah dengan hujan yang turun sejak awal petang, kesesakan bukan saja berlaku di jalan-jalan raya, malahan juga di hampir semua stesen minyak. Ini jelas menggambarkan kenaikan 20 sen tetap memberi kesan kepada kebayakan rakyat dan mereka berusaha untuk menjimatkan perbelanjaan masing-masing sedaya yang mungkin.

Dilaporkan juga terdapat kejadian merosakkan stesen minyak berikutan rakyat menjadi marah selepas beratur lama untuk mengisi minyak, tiba-tiba diberitahu bekalannya sudah habis. Ini menggambarkan bukan saja kenaikan itu dibantah, malahan masa pengumuman mengenai kenaikan itu juga memperlihatkan sikap tidak bijak Najib sehingga mencetuskan suasana kelam-kabut dan panik di kalangan sesetengah rakyat.

Kenaikan minyak kali ini tidak disebut Najib sebagai kesan kenaikan minyak dunia tetapi lebih ke arah pengukuhan ekonomi dan mengurangkan defisit. Najib lantas memberitahu kenaikan harga minyak ini akan diseimbangkan dengan kenaikan BR1M yang akan diumumkan dalam Belanjawan pada Oktober nanti.

Terlihat di sini bahawa Najib mengambil pendekatan ekonomi "tutup lubang, gali lubang" untuk menyelesaikan masalah. Dengan subsidi petrol dan diesel yang dapat dijimatkan, ia kemudian akan disalurkan pula melalui BR1M. Walaupun pemberian tunai BR1M ini mendapat kritikan daripada Mahathir tetapi nampaknya Najib akan terus menggunakan pendekatan itu untuk mengambil hati orang-orang kampung dan rakyat berpendapatan rendah, malah sudah membayangkan akan menaikkan lagi jumlahnya. Kali ini mungkin menjadi RM700, RM 1000 ataupun mungkin juga menjadi RM1200.

Kesan kenaikan petrol dan diesel ini tentu saja akan menyebabkan kenaikan harga-harga barang di pasaran. Walaupun Najib mengingatkan peniaga tidak menaikkan harga barang, tiada jaminan kawalan ataupun penguatkuasaan akan diambil terhadap peniaga yang ingkar. Ia hanyalah sekadar peringatan semata-mata.

Ini bermakna belum pun BR1M dilaksnakan, beban kenaikan harga barang sudah menyusah dan mengeringkan lagi poket rakyat. Bagi yang tinggal di Lembah Kelang dan bandar-bandar lain dan tidak layak pula menerima BR1M, kenaikan harga minyak dan disertai dengan kenaikan harga barang keperluan harian umpama "pontianak" yang menghisap poket mereka sehingga kering setiap hari.

Kenaikan harga minyak ini juga berlaku dicelah-celah ura-ura kerajaan mahu menaikkan tarif elektrik dan melaksanakan cukai GST yang mungkin akan diumumkan dalam Belanjawan nanti. Walaupun propa kerajaan melalui Mahahdir Khalid mengatakan kenaikan elektrik dijamin tidak membebankan rakyat, sebenarnya asal saja namanya kenaikan, ia tetap memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Kerajaan juga bertegas mahu melaksanakan GST. Idris Jala yang merangka mengenainya sudah pun membayangkan hakikat itu. Masalahnya hanyalah berapa peratus saja, mungkin 5 peratus, mungkin 4 peratus dan sebagainya. Namun ia pasti akan dilaksanakan oleh Najib. Tunggu saja berita "gembira" ini dalam Belanjawan nanti.

Jika kenaikan petrol dan diesel dianggap hadiah 100 hari kemenangan BN kepada rakyat, sebenarnya banyak lagi hadiah-hadiah dalam bentuk penambahan cukai, kenaikan harga barang dan peningkatan kos hidup akan dilaksanakan oleh Najib dari semasa ke semasa. Kenaikan minyak adalah permulaannya dan lepas ini akan disusuli dengan tarif elektrik dan cukai GST pula.

Lepas itu cukai dan kenaikan yang entah apa-apa pula akan diumumkan. Mungkin juga harga minyak akan naik lagi.



Bagaimanapun di sebalik semua kenaikan ini, masih lagi ada sesetengah rakyat yang berkata, syukurlah Malaysia masih aman! 

saifulfromslim

02 September 2013

Janji BN yang pertama ditunaikan - Baucer Buku 1 Malaysia untuk Pelajar Matrikulasi dan Tingkatan 6 Tahun 2013/2014


BR1M Diperluas Kepada 82,000 Pelajar Matrikulasi, Tingkatan 6 Rendah 2013/2014


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memperluaskan pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) secara 'one off' kepada kira-kira 82,000 pelajar Matrikulasi sesi 2013/2014 dan pelajar Tingkatan Enam Rendah yang baru memasuki pengajian.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pelajar itu akan menerima BB1M bernilai RM250 setiap seorang dan sah digunakan sehingga 31 Oktober 2013 ini.

"BB1M ini akan diedarkan pada minggu pertama September 2013 melalui kolej matrikulasi dan sekolah masing-masing," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dalam kenyataan pada Jumaat.

BB1M dibuat bertujuan meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian, dengan inisiatif itu dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2013 pada September tahun lepas, pemberian BB1M memberi manfaat kepada 1.3 juta pelajar warga Malaysia membabitkan peruntukan RM325 juta.-BERNAMA




saifulfromslim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...