SEJARAH: Analisis: Pencerobohan Lahad Datu Oleh ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’
ANALISA SATU
1. Siapakah Yang Menceroboh?
Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai
‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)
1. datang
dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang,
dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata
2.
Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan
sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.Jamalul Kiram III pernah
bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.
2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili
Kesultanan Sulu?
Tidak.
Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti
mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada
tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:
Pertama,
Muedzul
Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan
Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda
pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.
Kedua,
Ismael
Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.
3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?
‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan
bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:
“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami
sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami).
Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar
pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.2
4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan
Terhadap Sabah?
Ya.
Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana
menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke
atas Sabah.
Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan
Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai
tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5
5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan
Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah
Sebagai Pusat Pentadbiran?
Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan
Sulu.
Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh
Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada
22 Januari 1878.
Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung,
Jolo.
6. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada
Filipina Untuk Sabah?
Tidak.
Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak
USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.
‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan
bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang
diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:
1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada
Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03
seekar.
2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat
dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar
7. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan
Sulu?
Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul
Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan
Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di
Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly
juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.
Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di
dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in
Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk
digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.
8. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?
Tidak.
Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf
Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu,
Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd.
Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.
Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A.
Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu
sebagai Sultan Sulu.
9. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi
Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?
Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation
Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando
daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan
ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.
Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar
operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam,
pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang.
Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the
Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai
11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre
(Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).
William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T.
H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan
kejadian ini.
10. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah
Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?
Tipis.
Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima
‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui
bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada
British North Borneo Company.
Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti
mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada
tahun 1986.
Geran yang dijadikan sumber konflik telah
ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de
Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22
Januari 1878.
Ketiga, geran yang ditandatangani antara British
North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid
1885.
Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah
Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan
Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap
kedaulatan Sabah:
Article 3
The Spanish Government relinquishes as far as
regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories
of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to
the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of
Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a
zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the
territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo
Company’.
(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan
British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang
dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo),
termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan
semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir
pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang
digelar ‘British North Borneo Company‘.)14
Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat
sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada
22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika
Syarikat.
Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil
tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah
sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini
membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan
Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia
boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada
kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.
Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang
dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak
menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan
syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi
antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran
British diteruskan.
Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah
melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status
kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan
yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to
bring their dependent status to an end and to realize their independence
through freely chosen association with other peoples in their region”).15
Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa
Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk
tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut
dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan,
Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa
merupakan milik mereka.
Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki
apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.
1. “Sulu sultan’s army stakes Sabah claim,” philstar.com, 16 Februari, 2013, http://www.philstar.com/headlines/2013/02/16/909400/sulu-sultans-army-stakes-sabah-claim
2. “Pengikut Sultan Sulu Tidak Akan Tinggalkan Lahad Datu,” mStar Online, 18 Februari, 2013, http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2013%2F2%2F18%2Fmstar_berita%2F20130218160807&sec=mstar_berita
3. “Salasilah Hubungan Kesultanan Brunei-Suluk,” SMJ-Site,http://www.freewebs.com/julabbi_cairo12/familytree.htm
4. “The true Sultan of Sulu,” http://www.fakesulusultans.com/
5. “Gov’t to assess Sabah claim,” BusinessWorld Online, 21 Februari, 2013, http://www.bworldonline.com/content.php?section=Nation&title=Gov’t-to-assess-Sabah-claim&id=66237
6. “Our Sultan of Sulu and Sabah,” The Manila Times Online, 16 Februari, 2013, http://www.manilatimes.net/index.php/opinion/editorials/41591-our-sultan-of-sulu-and-sabah
7. “‘Royal Sulu Army’ in Malaysia stand-off,” ABS-CBNnews.com, 15 Februari, 2013, http://www.abs-cbnnews.com/nation/02/14/13/royal-sulu-army-malaysia-stand
8. “We did not invite Sulu gunmen, says Anwar,” The Star Online, 22 Februari, 2013, http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%252F2013%2F2%2F22%2Fnation%2F12745258&sec=nation
9. “Sultan of Sulu,” Sultaniyyah Sin Lupah Sug, http://www.royalsultanateofsulu.org/#!sultan-of-sulu
10. William Larousse, A Local Church Living For Dialogue: Muslim-Christian Relations in Mindanao-Sulu (Philippines), Editrice Pontificia Universita Gregoriana, 2001.
11. Michael Leifer, Michael Leifer: selected works on Southeast Asia, Institute of Southeast Asian Studies, 2005.
12. Andrew T. H. Tan, A Handbook of Terrorism and Insurgency in Southeast Asia, Edward Elgar Publishing Limited, 2007.
13. Alfred W. McCoy, Policing America’s Empire: The United States, The Philippines, and the Rise of the Surveillance State, The University of Wisconsin Press, 2009.
14. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,” International Court of Justice, 17 Disember, 2002, http://www.icj-cij.org/docket/files/102/7714.pdf
15. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,” World Court Digest, 23 Oktober, 2001, http://www.mpil.de/ww/en/pub/research/details/publications/institute/wcd.cfm?fuseaction_wcd=aktdat&aktdat=201010200400.cfm
ANALISA DUA
Tentera
Kesultanan Sulu menceroboh Sabah setelah merasa rugi dengan perjanjian damai
antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di
Kepulauan Mindanao.
Perjanjian
damai ini menyebut Mindanao–termasuk Sulu–sebagai wilayah otonomi Bangsamoro
dan memberikan sebahagian besar wilayah untuk diurus secara merdeka.
Ia
menyebabkan Kesultanan Sulu merasa tidak mendapat kelebihan lagi dan berniat
merebut wilayah mereka di tempat yang lain, iaitu Sabah seperti dilapor
viva.co.id sebuah laman web di Indonesia.
Tetapi
apa yang menyebabkan Kesultanan Sulu berani mendakwa wilayah Sabah sebagai
tanah warisannya?
Kolumnis
Rita Linda V. Jimeno, sebagaimana dilaporkan oleh Manila Standard Today, Isnin
lalu menulis jejak sejarah kaitan antara Kesultanan Sulu dengan wilayah Sabah.
Dalam
sejarahnya, sejak 1473 hingga 1658, Sabah yang dahulunya dikenal sebagai North
Borneo (Borneo Utara) merupakan wilayah Kesultanan Brunei. Namun pada 1658,
Sultan Brunei memberikan wilayah ini kepada Sultan Sulu. Pemberian ini sebagai
membalas jasa kepada Sultan Sulu yang membantu memberhentikan perang saudara di
Kesultanan Brunei.
Pos
perdagangan British
Pada
1761, Alexander Dalrymple, seorang pegawai Bristish East India Company,
megadakan perjanjian dengan Sultan Sulu untuk menyewa Sabah sebagai pos
perdagangan British. Kesepakatan sewa-menyewa itu termasuk penyediaan tentera
oleh Kesultanan Sulu untuk mengusir Sepanyol.
Pada
1846, pantai barat Borneo diserahkan oleh Sultan Brunei ke British. Jadilah
pantai barat Borneo itu menjadi koloni Kerajaan British.
Di
tahun-tahun berikutnya, terjadi serangkaian penyerahan hak sewa atas Sabah atau
North Borneo ini. Akhirnya hak sewa jatuh ke Alfred Dent yang kemudian
membentuk perusahaan yang dikenal dengan British North Borneo Company.
Pada
1885, British, Sepanyol dan Jerman menandatangani Protokol Madrid yang mengakui
kedaulatan Sepanyol di Kepulauan Sulu. Pengakuan ini ditukar dengan pelepasan
Sepanyol terhadap segala tuntutannya di Borneo Utara atau Sabah untuk menyokong
British. Pada 1888, Sabah resmi menjadi protektorat British yang kemudian
menduduki Malaysia sebagai jajahan.
Selepas
Perang Dunia II, British berniat mengembalikan Sabah ke Kesultanan Sulu. Untuk
proses itu, dilakukanlah pungutan suara bagi menentukan apakah rakyat Sabah
memilih bergabung dengan Persekutuan Malaysia atau kembali ke Kesultanan Sulu.
Dan hasilnya, rakyat Sabah lebih memilih bergabung ke Malaysia daripada kembali
ke Sulu.
Pada
16 September 1963, Sabah bersatu dengan Malaysia, Sarawak dan Singapura,
membentuk Malaysia merdeka.
Keputusan
Mahkamah Tinggi North Borneo
Menurut
Jimeno, tuntutan ahli waris Kesultanan Sulu tidak hanya didasarkan pada
perjanjian sewa antara Kesultanan dengan North Borneo Company yang dibentuk
British. Namun, tuntutan itu juga didasarkan pada keputusan Mahkamah Tinggi
North Borneo pada 1939. Tuntutan ini dianggap lebih dulu, jauh sebelum
pembentukan Malaysia.
Tuntutan
FIlipina atas Sabah, atas nama Kesultanan Sulu, sebenarnya bukan kali ini saja
terjadi. Tuntutan itu pertama kali dilakukan pada masa Presiden Diosdado
Macapagal pada 1962, sebelum Malaysia terbentuk. Namun tuntutan ini telah
berlarut-larut dari tahun ke tahun.
Jurucakap
Jabatan Luar Negeri Filipina Raul Hernandez mengatakan, pemerintahnya belum
melakukan perundingan lagi atas ‘perang tuntutan’ antara Kesultanan Sulu dengan
Malaysia ini.
Dia
menolak laporan media Malaysia yang menyebut rundingan antara Malaysia dengan
orang-orang dari Kesultanan Sulu telah berakhir dan orang-orang bersenjata itu
akan diusir dari wilayah yang kaya akan minyak itu.
“Sampai
sekarang tidak ada diskusi mengenai tuntutan kami di Sabah. Masalah ini
tergantung pada pembuat keputusan di negara kami untuk menentukan secara cermat
apa yang akan dilakukan atas isu ini,” kata Hernandez sebagaimana dikutip laman
interaksyon, Isnin lalu. -FMT
ANALISA TIGA
Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu
pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang
adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram
terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878,
datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara
British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah
(Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum
pembentukan Malaysia). Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika
Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di
Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan
Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu
sekarang) Jawapannya TIDAK!!!
Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16
September 1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I
sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada
Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk
menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan
Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan"
dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka
keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.
Malah
sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar Rm5300 kepada
Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang
saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50%
wang hasil ekonomi Sabah. Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk
Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo
Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik
kesultanan Sulu lagi.
Dan perkara yang paling menjadi persoalan sekarang
adalah, MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN
BARU TERHEGEH2 HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" KEATAS SABAH??? MENGAPA
"BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2?? MENGAPA "BAGINDA"
MEMILIH WAKTU SEKARANG? KENAPA???
http://saifulfromslim.blogspot.com @ saiful D Riverian
No comments:
Post a Comment