MY Frenz / MY Sahabat
15 May 2013
10 May 2013
CAKAP-CAKAP SELEPAS PRU 13 505
Aku sokong
100% orang PR berhimpun setiap hari sepanjang 5 tahun akan datang, org BN
jangan marah..tolong buat kerja untuk rakyat sb anda MENANG dan yg kalah saja
layak terus berhimpun. Kepada semua ahli PR terus berhimpun dan selamat
berhimpun..
PENDAPAT 1
Kepada orang
PR jangan berundur setapak...terus berhimpun...anda kalah sebab anda terbodoh
pada PRU ke 13. Anda tertipu dengan insiden curi peti undi, blackout, bangla
and the pengundi hantu. Mulai sekarang terus berhimpun...kalau boleh setiap
hari dan rasenya lebih baik jika sepanjang tahun di semua pelusuk negeri.
Jangan sama sekali anda dibodohkan walau pun anda sudah terbodoh sekali.
BERHIMPUN disemua pelusuk bandar dan kampung moga anda akan menang. BN jangan
marah mereka berhimpun, kasihan mereka...beri mereka kebebasan bersuara agar
mereka tidak ditipu dan dibodoh lagi untuk PRU ke 14. Kerana anda BN dah menang
itu dah menjadi tanggungjawab anda untuk bekerja untuk kemajuan rakyat dan
kesejahteraan di Malaysia. Bagi PR yang dah kalah pihak BN harus bersimpati
dengan kekalahan mereka. Restui perhimpunan mereka sentiasa dipenuhi ruang
dengan himpitan manusia yang ramai. Pihak IGP dan Kementerian Dalam Negeri
jangan larang mereka berhimpun. Mereka perlukan kebebasan bersuara. Moga DSNR
akan terus memimpin dengan baik, dan jgn berhimpun lagi sebab BN dah menang dan
itu tanggungjawab kerajaan yg menang untuk memajukan negara. Kasihan mereka,
dah le kalah dan hiba...benarkan PR berhimpun 505 sampai keangka berapa mereka
suka. Hormat hak bersuara dan hak berhimpun secara aman. Kepada ahli-ahli PR
yang telah kalah terus berhimpun. SELAMAT BERHIMPUN 605 dan seterusnya setiap
hari.
PENDAPAT 2
Ahli2 PR mcm
biasele , tak kan terima kehendak allah swt, kalau DAP aku boleh terime sb
diorang bukan kuat dgn pegangan agama pun...tp yg melayu tue asyik tak percaye
diorang dah kalah. Faham tak, anda dah KALAH. Buat ler 1000 kali perhimpunan
dalam masa sebulan pun... Buat dan kutip le bejuta-juta tandatangan dan hanta
le petisyen pd Bangsa2 Bersatu. Jk memang Allah dah menentukan anda kalah dan
BN menang..itulah kehendaknya. Tak boleh nak UBAH lagi, ini kalilah dah jadi
terbalik iaitu ini kalilah lu dah kalah. Buat lagi macam-macam
motto...last-last motto tue yang makan tuan, buat lagi solat hajat memohon
penginayaan pd manusia...last2 terlantun ditubuh dan muke sendiri. Sedor le,
anda dah KALAH atau kata lain...You is a looser now and forever. Bagus pegi
bersih poster dan bendera yg dah banyak menyembah bumi tu. Buang je bendera
yang dah lusuh kat ujung2 pucuk pokok tu. Buruk sangat pemandangan seluruh
negara dengan poster dan bendera orang kalah yg tak bercabut tu. Lama lagi nak
PRU 14. Kalau terkejut beruk pun kerana kalah, jangan le tunjuk sangat sedih
tu. Dalam sejarah tak pernah berlaku di mana-mana negara di dunia, lagu
kebangsaan dinyanyikan dengan stress dan linangan air mata macam kat kelana
Jaya hari Isnin lalu, seolah-olah kita dah hilang akal dan arah tuju. Aku simpati juga,
tapi janganlah sampai macam orang gila talak masih nak jadikan tokey kamu si
Anwar Brahim tu jd PM. PM dah ada...silap2 nak jadi ketua pembangkang pun dia
dah tak layak, tapi masih ada hati nak jadi PM. Kesian, kesian
CERITA BETUL
ATAU SALAH
Pemimpin DAP itu begitu marah dan kecewa
Seorang rakan yang bukan berbangsa Melayu kelam kabut
menghubungi penulis, katanya ada cerita “menarik” untuk diceritakan.
Katanya, Timbalan Pengerusi DAP Kedah/Perlis baru saja
menghubungi rakannya dalam keadaan yang sangat marah dan kecewa.
Katanya, pemimpin DAP itu begitu marah dan kecewa terhadap
Anwar yang dikatakan telah menipu bangsa Cina di seluruh negara .
Katanya, sebelum PRU ke-13, Anwar telah meyakinkan DAP dan
rakyat berbangsa Cina di seluruh negara bahawa dia akan menjadi Perdana Menteri
pada PRU kali ini.
Kata-kata Anwar itu sangat meyakinkan mereka. Dalam pada masa
yang sama, Anwar turut menjelaskan bahawa undi-undi majoriti bangsa Melayu
sudah ada di dalam tangannya.
Katanya, hampir seluruh bangsa Melayu di negara ini sudah
memihak pada PKR dan PAS. Anwar jamin Melayu akan beri undi pada Pakatan Haram.
Dalam ertikata lain, DAP uruskan kaum Cina, Anwar uruskan
bangsa Melayu. Dan pada 6 Mei, kononnya bolehlah dia angkat sumpah menjadi PM.
Rakan saya memberitahu bahawa jaringan masyarakat Cina telah
bersepakat untuk berkempen secara besar-besaran dan “all out” habis pada PRU
ke-13 ini.
Buktinya, kedai - kedai Cina yang ada di Kedah sebelum ini
tidak pernah ditutup pada setiap kali Pilihan Raya Umum diadakan.
Tapi berlainan pada PRU ke-13 ini, boleh dikatakan hampir
seluruh kedai Cina tutup dan mereka beramai-ramai berkempen dan mengerah anak
beranak mereka untuk mengundi Pakatan Haram.
Apabila tiba hari mengundi, boleh dikatakan hampir seluruh
bangsa Cina memang memberikan undi pada Pakatan Haram. Hanya segelintir saja
yang tidak percaya pada Anwar sanggup untuk menongkah arus memberikan undi pada
BN…
Malangnya, kaum Cina dan DAP tidak sedar bahawa Anwar sekali
lagi telah menipu mereka. Anwar gagal memastikan bangsa Melayu memberikan undi
pada Pakatan Haram.
Malah bangsa Melayu, khususnya golongan atas pagar, pada 5
Mei lalu tidak sabar-sabar keluar mengundi BN di seluruh negara!
Lebih menyakitkan Anwar lagi, boleh dikatakan semua masalah
dalaman UMNO selesai dan seluruh orang ahlinya setia memberikan undi pada BN..!
Kini fahamlah saya. Anwar berbohong pada DAP dengan memberi
harapan palsu kepada kaum Cina di seluruh negara. Kaum Cina pula “terlalu bijak
pandai” sehingga termakan pembohongan Anwar itu dan kini mereka marah pada
Anwar kerana merasakan diri mereka tertipu.
Lebih teruk lagi, kaum Cina kini dikatakan turut marah pada
DAP yang turut dituduh berbohong dan memberikan harapan palsu pada PRU ke-13.
Dan ketika itulah senyuman saya bertukar menjadi ketawa besar yang bergema di
ruang restoran tersebut.
Saya ulangi, ini bukan cerita tipu. Ini adalah kisah benar.
Namun ia tidak dapat dibuktikan kerana rakan kepada rakan saya itu tidak
merakam perbualan telefon yang melucukan dengan Timbalan Pengerusi DAP
Kedah/Perlis itu.
Merah padam muka rakan saya itu. Dia berbangsa Cina. Walaupun
memberikan undi pada BN pada PRU baru-baru ini, dia malu besar mengenangkan
kebodohan kaumnya sendiri.
DIA TIPU MERATA. MACAM 16 SEPTEMBER.
saifulfromslim
06 May 2013
KEPUTUSAN PRU KE 13 2013 DUN DAN PARLIMEN
KEPUTUSAN PRU KE 13 2013 DUN DAN PARLIMEN
PARLIMEN
KEPUTUSAN PRU NEGERI PERAK KE 13 TAHUN 2013
PARLIMEN
DUN SEMUA NEGERI (Kecuali Sarawak)
KEPUTUSAN PRU NEGERI PERAK KE 13 TAHUN 2013
PARLIMEN
P54 - GERIK
BN MENANG MAJORITI 6,216
Datuk Hasbullah Bin Osman
P55 - LENGGONG
BN MENANG MAJORITI 3,453
Datuk Shamsul Anuar Bin Nasarah
P56 - LARUT
BN MENANG MAJORITI 5,296
Datuk Hamzah Bin Zainudin
P57 - PARIT BUNTAR
PAS MENANG MAJORITI 8,476
Datuk Dr. Mujahid Bin Yusof
P58 - BAGAN SERAI
BN MENANG MAJORITI 1,140
Dr Noor Azmi Bin Ghazali
P59 - BUKIT GANTANG
PAS MENANG MAJORITI 986
Idris Bin Ahmad
P60 - TAIPING
DAP MENANG MAJORITI 11,745
Nga Kor Ming
P61 - PADANG RENGAS
BN MENANG MAJORITI 2,230
Datuk Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz
P62 - SUNGAI SIPUT
PKR MENANG MAJORITI 2,793
Michael Jeyakumar Devaraj
P63 - TAMBUN
BN MENANG MAJORITI 9,325
Datuk Seri Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah
P64 - IPOH TIMOR
DAP MENANG MAJORITI 34,000
Su Keong Siong
P65 - IPOH BARAT
DAP MENANG MAJORITI 29,038
M. Kulasegaran A/L V. Murugeson
P66 - BATU GAJAH
DAP MENANG MAJORITI 38,596
Sivakumar A/L Varatharaju Naidu
P67 - KUALA KANGSAR
BN MENANG MAJORITI 1,082
Datuk Wan Mohammad Khair-Il Anuar Bin Wan Ahmad
P68 - BERUAS
DAP MENANG MAJORITI 5,057
Ngeh Koo Ham
P69 - PARIT
BN MENANG MAJORITI 4,497
Datuk Mohd Zaim Bin Abu Hasan
P70 - KAMPAR
DAP MENANG MAJORITI 5,400
Ko Chung Sen
P71 - GOPENG
PKR MENANG MAJORITI 15,309
Lee Boon Chye
P72 - TAPAH
BN MENANG MAJORITI 7,927
Datuk Saravanan A/L Murugan
P73 - PASIR SALAK
BN MENANG MAJORITI 7,386
Datuk Tajuddin Bin Abdul Rahman
P74 - LUMUT
PKR MENANG MAJORITI 8,168
Mohamad Imran Bin Abd Hamid
P75 - BAGAN DATOK
BN MENANG MAJORITI 2,108
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi
P76 - TELUK INTAN
DAP MENANG MAJORITI 7,313
Seah Leong Peng
P77 - TANJUNG MALIM
P54 - GERIK
BN MENANG MAJORITI 6,216
Datuk Hasbullah Bin Osman
P55 - LENGGONG
BN MENANG MAJORITI 3,453
Datuk Shamsul Anuar Bin Nasarah
P56 - LARUT
BN MENANG MAJORITI 5,296
Datuk Hamzah Bin Zainudin
P57 - PARIT BUNTAR
PAS MENANG MAJORITI 8,476
Datuk Dr. Mujahid Bin Yusof
P58 - BAGAN SERAI
BN MENANG MAJORITI 1,140
Dr Noor Azmi Bin Ghazali
P59 - BUKIT GANTANG
PAS MENANG MAJORITI 986
Idris Bin Ahmad
P60 - TAIPING
DAP MENANG MAJORITI 11,745
Nga Kor Ming
P61 - PADANG RENGAS
BN MENANG MAJORITI 2,230
Datuk Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz
P62 - SUNGAI SIPUT
PKR MENANG MAJORITI 2,793
Michael Jeyakumar Devaraj
P63 - TAMBUN
BN MENANG MAJORITI 9,325
Datuk Seri Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah
P64 - IPOH TIMOR
DAP MENANG MAJORITI 34,000
Su Keong Siong
P65 - IPOH BARAT
DAP MENANG MAJORITI 29,038
M. Kulasegaran A/L V. Murugeson
P66 - BATU GAJAH
DAP MENANG MAJORITI 38,596
Sivakumar A/L Varatharaju Naidu
P67 - KUALA KANGSAR
BN MENANG MAJORITI 1,082
Datuk Wan Mohammad Khair-Il Anuar Bin Wan Ahmad
P68 - BERUAS
DAP MENANG MAJORITI 5,057
Ngeh Koo Ham
P69 - PARIT
BN MENANG MAJORITI 4,497
Datuk Mohd Zaim Bin Abu Hasan
P70 - KAMPAR
DAP MENANG MAJORITI 5,400
Ko Chung Sen
P71 - GOPENG
PKR MENANG MAJORITI 15,309
Lee Boon Chye
P72 - TAPAH
BN MENANG MAJORITI 7,927
Datuk Saravanan A/L Murugan
P73 - PASIR SALAK
BN MENANG MAJORITI 7,386
Datuk Tajuddin Bin Abdul Rahman
P74 - LUMUT
PKR MENANG MAJORITI 8,168
Mohamad Imran Bin Abd Hamid
P75 - BAGAN DATOK
BN MENANG MAJORITI 2,108
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi
P76 - TELUK INTAN
DAP MENANG MAJORITI 7,313
Seah Leong Peng
P77 - TANJUNG MALIM
BN MENANG MAJORITI 4,328
Datuk Seri Ong Ka Chuan
DUN
N1 - PENGKALAN HULU
Datuk Seri Ong Ka Chuan
DUN
N1 - PENGKALAN HULU
BN MENANG MAJORITI 3,361
Aznel Bin Ibrahim
N2 - TEMENGOR
BN MENANG MAJORITI 3,215
Salbiah Binti Mohamed
N3 - KENERING
PKR MENANG MAJORITI 3,335
Mohamd Tarmizi Bin Abdul Hamid
N4 - KOTA TAMPAN
BN MENANG MAJORITI 1,844
Datuk Saarani Bin Mohamad
N5 - SELAMA
BN MENANG MAJORITI 619
Datuk Mohamad Daud Bin Mohd Yusoff
N6 - KUBU GAJAH
BN MENANG MAJORITI 1,085
Ahmad Hasbullah Bin Alias
N7 - BATU KURAU
BN MENANG MAJORITI 3,834
Dr Muhammad Amin Bin Zakaria
N8 - TITI SERONG
PAS MENANG MAJORITI 1,794
Abu Bakar Bin Haji Hussian
N9 - KUALA KURAU
PKR MENANG MAJORITI 5,014
Abdul Yunus B Jamahri
N10 - ALOR PONGSU
BN MENANG MAJORITI 2,196
Datuk Sham Bin Mat Sahat
N11 - GUNONG SEMANGGOL
PAS MENANG MAJORITI 1,405
Mohd Zawawi Bin Abu Hassan
N12 - SELINSING
PAS MENANG MAJORITI 809
Husin Bin Din
N13 - KUALA SAPETANG
PKR MENANG MAJORITI 758
Chua Yee Ling
N14 - CHANGKAT JERING
PAS MENANG MAJORITI 1,170
Mohammad Nizar Bin Jamaluddin
N15 - TRONG
BN MENANG MAJORITI 1,804
Dr Zabri Bin Abdul Wahid
N16 - KAMUNTING
BN MENANG MAJORITI 887
Datuk Mohammad Zahir Bin Abd Khalid
N17 - POKOK ASSAM
DAP MENANG MAJORITI 7,925
Teh Kok Lim
N18 - AULONG
DAP MENANG MAJORITI 7,330
Leow Thye Yih
N19 - CHENDEROH
BN MENANG MAJORITI 1,567
Zainun Bin Mat Nor
N20 - LUBOK MERBAU
BN MENANG MAJORITI 53
Datuk Siti Salmah Binti Mat Jusak
N21 - LINTANG
BN MENANG MAJORITI 3,977
Datuk Mohd Zolkafly Bin Harun
N22 - JALONG
DAP MENANG MAJORITI 6,769
Loh Sze Yee
N23 - MANJOI
BN MENANG MAJORITI 132
Mohamad Ziad Bin Mohamed Zainal Abidin
N24 - HULU KINTA
BN MENANG MAJORITI 6,118
Datuk Aminuddin Bin Hj Md Hanafiah
N25 - CANNING
DAP MENANG MAJORITI 14,444
Wong Kah Woh
N26 - TEBING TINGGI
DAP MENANG MAJORITI 5,887
Ong Boon Piow
N27 - PASIR PINJI
DAP MENANG MAJORITI 13,632
Lee Chuan How
N28 - BERCHAM
DAP MENANG MAJORITI 13,916
Cheong Chee Khing
N29 - KEPAYANG
DAP MENANG MAJORITI 4,604
Nga Kor Ming
N30 - BUNTONG
DAP MENANG MAJORITI 8,629
Sivasubramaniam A/L Athinarayanan
N31 - JELAPANG
DAP MENANG MAJORITI 12,266
Teh Hock Ke
N32 - MENGLEMBU
DAP MENANG MAJORITI 16,799
Lim Pek Har
N33 - TRONOH
DAP MENANG MAJORITI 6,191
Yong Choo Kiong
N34 - BUKIT CHANDAN
BN MENANG MAJORITI 959
Maslin Sham Bin Razman
N35 - MANONG
BN MENANG MAJORITI 231
Mohamad Kamil Bin Dato Shafie
N36 - PENGKALAN BAHARU
BN MENANG MAJORITI 2,505
Datuk Abd. Manaf Bin Hashim
N37 - PANTAI REMIS
DAP MENANG MAJORITI 9,471
Wong May Ing
N38 - BELANJA
BN MENANG MAJORITI 2,963
Drs Mohd Nizar Bin Zakaria
N39 - BOTA
BN MENANG MAJORITI 3,448
Datuk Nasaruddin Bin Hashim
Aznel Bin Ibrahim
N2 - TEMENGOR
BN MENANG MAJORITI 3,215
Salbiah Binti Mohamed
N3 - KENERING
PKR MENANG MAJORITI 3,335
Mohamd Tarmizi Bin Abdul Hamid
N4 - KOTA TAMPAN
BN MENANG MAJORITI 1,844
Datuk Saarani Bin Mohamad
N5 - SELAMA
BN MENANG MAJORITI 619
Datuk Mohamad Daud Bin Mohd Yusoff
N6 - KUBU GAJAH
BN MENANG MAJORITI 1,085
Ahmad Hasbullah Bin Alias
N7 - BATU KURAU
BN MENANG MAJORITI 3,834
Dr Muhammad Amin Bin Zakaria
N8 - TITI SERONG
PAS MENANG MAJORITI 1,794
Abu Bakar Bin Haji Hussian
N9 - KUALA KURAU
PKR MENANG MAJORITI 5,014
Abdul Yunus B Jamahri
N10 - ALOR PONGSU
BN MENANG MAJORITI 2,196
Datuk Sham Bin Mat Sahat
N11 - GUNONG SEMANGGOL
PAS MENANG MAJORITI 1,405
Mohd Zawawi Bin Abu Hassan
N12 - SELINSING
PAS MENANG MAJORITI 809
Husin Bin Din
N13 - KUALA SAPETANG
PKR MENANG MAJORITI 758
Chua Yee Ling
N14 - CHANGKAT JERING
PAS MENANG MAJORITI 1,170
Mohammad Nizar Bin Jamaluddin
N15 - TRONG
BN MENANG MAJORITI 1,804
Dr Zabri Bin Abdul Wahid
N16 - KAMUNTING
BN MENANG MAJORITI 887
Datuk Mohammad Zahir Bin Abd Khalid
N17 - POKOK ASSAM
DAP MENANG MAJORITI 7,925
Teh Kok Lim
N18 - AULONG
DAP MENANG MAJORITI 7,330
Leow Thye Yih
N19 - CHENDEROH
BN MENANG MAJORITI 1,567
Zainun Bin Mat Nor
N20 - LUBOK MERBAU
BN MENANG MAJORITI 53
Datuk Siti Salmah Binti Mat Jusak
N21 - LINTANG
BN MENANG MAJORITI 3,977
Datuk Mohd Zolkafly Bin Harun
N22 - JALONG
DAP MENANG MAJORITI 6,769
Loh Sze Yee
N23 - MANJOI
BN MENANG MAJORITI 132
Mohamad Ziad Bin Mohamed Zainal Abidin
N24 - HULU KINTA
BN MENANG MAJORITI 6,118
Datuk Aminuddin Bin Hj Md Hanafiah
N25 - CANNING
DAP MENANG MAJORITI 14,444
Wong Kah Woh
N26 - TEBING TINGGI
DAP MENANG MAJORITI 5,887
Ong Boon Piow
N27 - PASIR PINJI
DAP MENANG MAJORITI 13,632
Lee Chuan How
N28 - BERCHAM
DAP MENANG MAJORITI 13,916
Cheong Chee Khing
N29 - KEPAYANG
DAP MENANG MAJORITI 4,604
Nga Kor Ming
N30 - BUNTONG
DAP MENANG MAJORITI 8,629
Sivasubramaniam A/L Athinarayanan
N31 - JELAPANG
DAP MENANG MAJORITI 12,266
Teh Hock Ke
N32 - MENGLEMBU
DAP MENANG MAJORITI 16,799
Lim Pek Har
N33 - TRONOH
DAP MENANG MAJORITI 6,191
Yong Choo Kiong
N34 - BUKIT CHANDAN
BN MENANG MAJORITI 959
Maslin Sham Bin Razman
N35 - MANONG
BN MENANG MAJORITI 231
Mohamad Kamil Bin Dato Shafie
N36 - PENGKALAN BAHARU
BN MENANG MAJORITI 2,505
Datuk Abd. Manaf Bin Hashim
N37 - PANTAI REMIS
DAP MENANG MAJORITI 9,471
Wong May Ing
N38 - BELANJA
BN MENANG MAJORITI 2,963
Drs Mohd Nizar Bin Zakaria
N39 - BOTA
BN MENANG MAJORITI 3,448
Datuk Nasaruddin Bin Hashim
N40 - MALIM NAWAR
DAP MENANG MAJORITI 4,343
DAP MENANG MAJORITI 4,343
Leong Cheok Keng
N41 - KERANJI
DAP MENANG MAJORITI 5,561
Chen Fook Chye
N42 - TUALANG SEKAH
BN MENANG MAJORITI 2,046
Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi
N43 - SUNGAI RAPAT
PAS MENANG MAJORITI 2,638
Radzi Bin Zainon
N44 - SIMPANG PULAI
PKR MENANG MAJORITI 11,083
Tan Kar Hing
N45 - TEJA
PKR MENANG MAJORITI 2,082
Chang Lih Kang
N46 - CHENDERIANG
BN MENANG MAJORITI 4,767
Datuk Mah Hang Soon
N47 - AYER KUNING
BN MENANG MAJORITI 3,485
Datuk Samsudin Bin Abu Hassan
N48 - SUNGAI MANIK
BN MENANG MAJORITI 1,854
Datuk Zainol Fadzi Bin Paharudin
N49 - KAMPONG GAJAH
BN MENANG MAJORITI 6,100
Abdullah Fauzi Bin Ahmad Razali
N50 - SITIAWAN
DAP MENANG MAJORITI 11,820
Ngeh Koo Ham
N51 - PASIR PANJANG
BN MENANG MAJORITI 304
Rashidi Bin Ibrahim
N52 - PANGKOR
BN MENANG MAJORITI 5,124
Datuk Seri Dr Zambry Bin Abdul Kadir
N53 - RUNGKUP
BN MENANG MAJORITI 613
Datuk Shahrul Zaman Bin Yahya
N54 - HUTAN MELINTANG
PKR MENANG MAJORITI 1,240
Kesavan A/L Subramaniam
N55 - PASIR BEDAMAR
DAP MENANG MAJORITI 13,037
Terence Naidu A/L V.Raja @ Raja Naidu
N56 - CHANGKAT JONG
BN MENANG MAJORITI 1,118
Mohd Azhar Bin Jamaluddin
N57 - SUNGKAI
DAP MENANG MAJORITI 3,511
Sivanesan A/L Achalingam
N58 - SLIM
BN MENANG MAJORITI 3,853
Datuk Mohd Khusairi Bin Abdul Talib
N59 - BEHRANG
BN MENANG MAJORITI 1,968
Datuk Rusnah Binti Kassim
PETUNJUK KEDUDUKAN KESELURUHAN:
PARLIMEN
BN - 12
PAS - 2
DAP - 7
PKR - 3
DUN
BN - 30
DAP - 18
PAS - 5
PKR - 6
KERAJAAN NEGERI : BN
N41 - KERANJI
DAP MENANG MAJORITI 5,561
Chen Fook Chye
N42 - TUALANG SEKAH
BN MENANG MAJORITI 2,046
Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi
N43 - SUNGAI RAPAT
PAS MENANG MAJORITI 2,638
Radzi Bin Zainon
N44 - SIMPANG PULAI
PKR MENANG MAJORITI 11,083
Tan Kar Hing
N45 - TEJA
PKR MENANG MAJORITI 2,082
Chang Lih Kang
N46 - CHENDERIANG
BN MENANG MAJORITI 4,767
Datuk Mah Hang Soon
N47 - AYER KUNING
BN MENANG MAJORITI 3,485
Datuk Samsudin Bin Abu Hassan
N48 - SUNGAI MANIK
BN MENANG MAJORITI 1,854
Datuk Zainol Fadzi Bin Paharudin
N49 - KAMPONG GAJAH
BN MENANG MAJORITI 6,100
Abdullah Fauzi Bin Ahmad Razali
N50 - SITIAWAN
DAP MENANG MAJORITI 11,820
Ngeh Koo Ham
N51 - PASIR PANJANG
BN MENANG MAJORITI 304
Rashidi Bin Ibrahim
N52 - PANGKOR
BN MENANG MAJORITI 5,124
Datuk Seri Dr Zambry Bin Abdul Kadir
N53 - RUNGKUP
BN MENANG MAJORITI 613
Datuk Shahrul Zaman Bin Yahya
N54 - HUTAN MELINTANG
PKR MENANG MAJORITI 1,240
Kesavan A/L Subramaniam
N55 - PASIR BEDAMAR
DAP MENANG MAJORITI 13,037
Terence Naidu A/L V.Raja @ Raja Naidu
N56 - CHANGKAT JONG
BN MENANG MAJORITI 1,118
Mohd Azhar Bin Jamaluddin
DAP MENANG MAJORITI 3,511
Sivanesan A/L Achalingam
N58 - SLIM
BN MENANG MAJORITI 3,853
Datuk Mohd Khusairi Bin Abdul Talib
N59 - BEHRANG
BN MENANG MAJORITI 1,968
Datuk Rusnah Binti Kassim
PETUNJUK KEDUDUKAN KESELURUHAN:
PARLIMEN
BN - 12
PAS - 2
DAP - 7
PKR - 3
DUN
BN - 30
DAP - 18
PAS - 5
PKR - 6
KERAJAAN NEGERI : BN
04 May 2013
Jika PR menang.....
1. Hapuskan TOL
Jawabnye ramai pekerja PLUS hilang kerja
2. Turun Harga Petrol 40sen
Dulu 2008 janji 50 sen tp sekarang dah kurang...40 sen je ke..hehehe
3. Pendidikan dari Sekolah hingga Universiti Percuma.
Bunyi mcm bagus...
4. Hapuskan PTPTN..
Nak diganti dgn biasiswa pada semua mahasiswa ke? Dan pula lepas tu bilangan yg layak masuk pun dikurangkan
5. Penurunan harga Kereta sebanyak 30%..
Vois J siri akan menjadi RM30,000, Saga akan menjadi RM28,000...yang paling best kete 2nd hand akan ada yg berharga RM 100 atau RM 200 masa tue
6. Air percuma.
Jgn pulak masa tue bekalan pulak sering terganggu dan air macam teh tarik diberi
7. Cas Elektrik diturunkan..
Pasal ape takde kadaran dinyatakaN,,,mcm nak menipu je
8. Penurunan Harga Rumah..
Setakat turun 2, 3 ribu bagus tak payah. Kesannya pada penurunan bayaran bulanan masa tue hny 3 atau 4 ringgit je...sebut kadar penurunan
9. Hapuskan Saman AES.
Jgn AES dihapus tp saman Polis dan JPJ pulak dipergiatkan masa tue
10. Wifi / Internet Percuma….
Ini citer yang aku macam tak percaya...bila ada complaint tak dapat liputan akan ada helah lain, masalah teknikal, cuaca dan mcm citer akan timbul masa tu, dan akhirnya saranan, jk nak liputan yg laju, mesti langgan sendiri
Dan yang Paling Utama:
1. Pelaksanaan Hukum Allah..
Bila pulak DAP dan PKR setuju?
2. Menghapuskan Rasuah..
Jgn temberang le, ini adalah perubahan sikap dan sivik masyarakat
3. Pulihkan sistem kehakiman…
Sendiri pun suka pusing...hina mahkamah, tangguh2kan prosiding...ade hati nak baiki sistem pulak
4. Menghapuskan Riba / Interest..
Ini citer bengong. Tak kan bank komersil nak dijadikan agensi kjaan pulak...
5. Pelaksaan Dinar Emas dan Perak..
Bunyi macam meniru saranan Tun Dr Mahathir je hehehe
6. Pembelaan Nasib umat islam di palestin, Rohingya dan lain2 negara.
..Dah lama kjaan laksanakan. Mcm mn pun aku setuju le. Tp sebelum buat tolong tanya DAP..sebab diorang nie anggap azan subuh pun itu pencemaran tidur mereke...hehehe
saifulfromslim
02 May 2013
Kajian Parti Mana Nak Menang PRU 13 DAN Cerita Penyelewenga pertama PRU 13
Ketika baki kempen tinggal empat hari sahaja lagi, UMR Research dari Sydney melaporkan kedudukan sengit antara Barisan Nasional (BN) dengan 49 peratus manakala Pakatan Rakyat (PR) ketinggalan satu peratus iaitu 48 peratus. UMCEDEL dari UM menyatakan 43 PR, 39 BN dan 18 ATAS PAGAR, UNISEL kajian Unisel PR mencatatkan 50.6 peratus berbanding BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam PRU13 di peringkat persekutuan.
UMR dengan kajian 509 responden atas talian. Yang aku pasti ketiga-tiga kajian di atas adalah dari pihak yg pro pembangkang. Ini adalah satu perang saraf peringkat akhir atau to the end of the final line sebelum 13th GE (PRUI 13)
Kajian pihak yang pro kjaan menyatakan BN akan menang 2/3 majority pada the 13th GE (PRU 13) ini diperingkat Persekutuan.
Mana yang betul dan mana yang salah semuanya adalah hanya sebagai perang saraf atau psychological warfare sebelum pemilihan pengundi untuk memilih kerajaan pd 5hb Mei 2013 ini. Bagi aku tetap berkeyakinan keputusan masih menyebelahi BN akan memerintah pada 6hb Mei ini, dan yakin pasti BN akan perolehi melebihi kerusi PRU 12 2008.
Manakala beberapa negeri pemerintahan PR akan kecundang pada PRU 13 ini, paling tidak 2 negeri. Bagi aku Perak akan terus kekal dengan BN dan merasai Selangor dan Kedah akan kembali ke BN.
Kajian aku berdasar dari perbincangan sendiri aku dengan beberapa individu pelbagai kaum yg berbeza taraf sosial hidup yang sempat aku temui sejak awal 2012 hingga petang tadi.Hari ini 2/05/13 Jam 5.35 petang, orang yg terakhir aku sempat bersembang ialah calon bebas Dato Moses Rammiah. Berdasar cakap-cakap dengan mereka itulah pandangan peribadi saya mengandaikan keputusan PRU 13 ini.
Ada 3 hari lagi...semuanya masih boleh berubah berdasar caturan kempen dan kebijaksanaan pemimpin, calon dan wakil calon dalam membuat tujahan tepat dan tembakan tepat untuk matikan lawan. Sape yang boleh buat bedilan tepat tanpa ada susulan balas dari lawan akan pasti dapat memenangkan parti mereka.
Dalam banyak cerite-cerita salah laku dan penyelewengan pada PRU ke 13...aku tertarik hati cerita pasal,
Salah laku/Percubaan Penyelewengan PRU 13 pertama. berlaku tika pembuangan undi awal:
02/05/2013 4:20am
PORT DICKSON – Seorang wakil calon Pas bagi kawasan Parlimen Teluk Kemang bertindak jahat mengunci sembilan peti undi selepas tamat proses pengundian awal di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di sini kelmarin.Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang apabila lelaki tersebut mengunci kesemua peti undi dengan mangga yang dibawanya tanpa disedari oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sedang melakukan urusan dokumentasi.
Sumber berkata, apabila petugas menyedari tindakan lelaki itu, mereka menghubungi pihak polis dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya di kawasan itu “Pada mulanya wakil berkenaan dan calon Pas, Ramli Ismail enggan menyerahkan kunci mangga tetapi selepas berunding mereka akhirnya bersetuju membuka mangga berkenaan.
“Petugas di pusat pengundian terbabit sudah membuat laporan polis dan siasatan lanjut mengenai kejadian itu sedang dijalankan,” katanya di sini semalam.Kesemua peti undi itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.Sementara itu, Pengarah SPR negeri, Afizam Abdullah Sani ketika dihubungi menjelaskan, hanya pegawai SPR dan anggota polis yang bertugas di pusat pengundian mempunyai kuasa mengunci peti undi.
saifulfromslim
01 May 2013
1, 2, 3 LAAAAAAAAAAARiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
teringatkan aku peristiwa tika PRU Ng Sarawak yang lalu....
PRU ke 13, teringatkan aku PRU Ng Sarawak, Kempen PR kat s'wak all out. Siap sewa jet peribadi. Berpusu-pusu pemimpin PR ke Sarawak.Tengok suasana dan ulasan Haraqah, Msiakini, Sinar Harian macam dah konpem PR menang kat S'rwak. Aku pun sampai mcm percaya PR akan menguasai Kjaan Ng S'wak. Lagu Ubah versi pnyanyi popular korea gaya LGE dr DAP berkemundang seluruh bandar utama setiap mlm.
Sampai nak tgk pengumuman keputusan pun aku malas, sebab termakan keyakinan dan kehangatan berita kat internet tentang PR akan menang besar kat S'wak. Semua panglima PAS, DAP, PKR dari Malaya dan Sabah turun padang kekadang melebihi PRU umum. Kekadang tenggelam jentera BN dibuatnya sb seluruh bloggers pro pakatan mengungguli alam cyber kat Msia.
Bila umum keputusan, tau-tau Anwar le orang pertama cabut naik kapal terbang tinggalkan bumi Swak tak sempat abis dengar keputusan penuh diumumkan. Nie ade 4 ari lagi, kempen jangan tak kempen, lawan tetap lawan. Ngaku je ramai orang datang pada ceramah PR..jika 2000 datang, cakap 10,000.
Cai-cai PR yg ada FB dan group...bersuara, ngaku je pasti menang, yakin jgn tak yakin. Hanya ada 4 ari je lagi nak bersuara dan tunjuk angkuh kita menang dan tawan PRU dan Putrajaya. Sebab lepas tu suara kita dah tak laku lg sebab suara kita hny mcm suara cengkerit sakit je masa tu. Untuk penasihat PKR DSAI jangan lari pulak masa keputusan diumumkan nanti...tunggu sampai keputusan penuh diumumkan..nak lari mana lagi..takkan tak jemu-jemu asyik nak keluar negeri masa tu jugak... Aku nie bukan ape, tp masih terkenang akan PRU Ng Sarawak nan lalu...hehehe
Alasan daH BERMULA
Alasan daH BERMULA... itulah tanda-tanda awal kekalahan dah jd petanda, dakwat kekal sebenarnya boleh dicuci dan tidak kekal, beribu2 pengundi hantu dr Sabah mendarat kat Selangor, gambar berbaris-baris bas pengangkut pengundi hantu di kawasan lapang dekat KLIA dan terbaru mat bangla dan indon pun dah ada jadi anggota keselamatan negara.
Bila kekakalahan sebenar berlaku beratus alasan akan terus disaji, beratus bantahan pada mahkamah akan difail...Teruskan ade 3 hari lagi untuk menabur fitnah. Bila dah kalah mulut menjadi kelu, hanya alasan dan tuduhan menjadi perisai alasan tak boleh terima kekalahan..Selamat berkempen....
saifulfromslim
30 April 2013
Gelang Patah percaturan pengertian persahabatan
Selalu sangat aku dengar pemimpin pembangkang mengatakan UMNO dan BN racist. Pemimpin DAP berterusan mengatakan ramai pemimpin-pemimpin dalam UMNO bersifat perkauman. Yang terbaru Karpal Singh kata nak tangkap Tun Dr Mahathir kerana menjulang sifat perkauman. Orang Melayu sentiasa beri sokongan pada orang Cina dalam pilihanraya yang lalu khusus di Johor, malah di Malaysia amnya untuk memenangkan calun bukan Melayu di kawasan bukan majoriti Melayu. Orang Melayu betul ke bersifat racist. Bagaimana pula orang Cina, tak racist ke? Ghani Othman satu nama besar dalam politik UMNO khususnya untuk orang-orang Melayu di Johor ini sanggup membuat satu percaturan yang mutlak dan berani dalam membuat pertembungan mati dan hidup akan kariernya dalam politik. Kenapa dia sanggup bertanding dikawasan majoriti orang Cina. Golongan penyokong pembangkang mengatakan ini adalah tindakan dari UMNO untuk mematikan karier politik Ghani Othman. Betul ke tuduhan ini? Bodoh sangat ke orang macam Ghani Othman untuk terima dengan senang hati tujuan pihak tertentu dalam UMNO matikan karier politiknya. Dia seorang pemimpin yang dapat sokongan segenap lapisan bangsa di Johor dan diakui banyak membuahkan kejayaan dalam memajukan negeri Johor. Bagi aku untuk PRU ke 13 ini, pertembungan antara Lim Kit Siang dari DAP dan Ghani Othman adalah tarikan yang paling aku ingin lihat. Disini akan melihatkan keihlasan, sifat perkauman sebenarnya, penilaian etika budi antara bangsa-bangsa di Malaysia ini diterjemahkan pada kadar 99% jujur dan tepat akan tabiat penduduk-penduduk yang berbeza kaum di Malaysia ini. Adakah betul orang melayu yang selalu dikatakan sebagai bangsa yang dianggap bodoh dan malas oleh sesetengah pihak telah mula bangun untuk menangkis ungkapan yang menjadi bicara kata oleh penjajah British harus diteruskan hingga ke abad ini khusus diera tahun 2013 ini. Sifat orang Melayu yang terlalu baik dengan bangsa-bangsa lain di negara ini telah disalah tafsir oleh pihak lain dengan sindiran mengata mereka malas dan bodoh. Adakah adil untuk orang melayu terus dihina oleh orang luar yang tumpang bermastautin sebagai warganegara bersama sehingga abad ini. Saya amat tertarik dengan tulisan saudara Zaini Hassan ini dalam kupasan ujian kesetiaan, keikhlasan dan konsep persahabatan antara kaum dinegara ini.
Oleh Zaini Hassan
SAYA angkat topi kepada Ghani Othman, mantan Menteri Besar Johor yang berani berhadapan dengan Maharaja DAP Lim Kit Siang. Lebih daripada itu Ghani juga dijangka mencipta sejarah dalam perkembangan proses politik Malaysia.
Adakah beliau akan mendapat undi Cina? Adakah pengundi Cina akan memberi undi kepada Ghani, seorang Melayu? Adakah orang Cina akan mengenang budi orang Melayu yang selama ini boleh memberi undi kepada calon Cina di kawasan majoriti Melayu?Ia juga merupakan satu ujian sebenar dalam erti kata setiakawan rakyat kepada Barisan Nasional (BN), terutama dalam hubungan Sino-Melayu.
Inilah pertama kali dalam sejarah moden Malaysia untuk beberapa tahun kebelakangan ini seorang Melayu, bekas MB, bekas pemimpin besar UMNO dan BN negeri berani mencalonkan diri bertanding di kawasan yang bukan kubu tradisi Melayu.Inilah pertama kali dalam sejarah, UMNO akan berlawan dengan DAP. Mungkin sebelum ini ada calon DAP berbangsa Melayu yang melawan calon UMNO, tapi ini adalah pertama kali seorang calon UMNO melawan seorang Maharaja DAP.
Ghani yakin dengan keputusannya itu. Beliau juga percaya dengan pendiriannya. Walaupun ramai yang mengatakan itu satu tindakan membunuh diri namun beliau tetap yakin mahu berlawan di situ.Tiada sesiapa yang mahu membunuh Ghani. Ghani dari awal lagi telah membuat tekad mahu bertanding di situ.
Ghani tidak mahu Maharaja Kit Siang bertapak di Johor. Sudah tentu Johor yang mendapat nama jolokan Kubu Kuat UMNO tidak mahu negeri itu dicemari dengan penjajahan DAP mahu pun Pas.Bagi saya, apa yang berlaku ini merupakan satu persimpangan tajam untuk kita saksikan betapa setia dan ikhlasnya pengundi Cina, orang Cina terhadap perkembangan ini.
Apakah orang Cina yang selama ini dijaga hati mereka oleh orang Melayu, ditatang hati mereka oleh orang Melayu akan memulangkan semula kebaikan hati kepada orang Melayu.Orang Melayu ialah satu bangsa yang cukup accommodative - baik hati, murah hati, penjaga hati, biaq pi lah - sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Orang putih memberi erti accommodative ialah to do a kindness or a favour to; oblige; to accommodate a friend.
Orang Melayu ialah bangsa yang tidak suka melukakan hati, merobek dan menyusahkan hati orang lain.
Namun, ironinya, ia berbeza apabila orang Melayu berhadapan dengan sesama Melayu. Soal accommodative itu sudah tidak diambil kira lagi. Itu pasallah dalam sejarah Melayu terlalu banyak pepatah dan peribahasa mengenai sikap Melayu sesama Melayu, yang antaranya berbunyi berpatah arang, berkerat rotan", kalah jadi abu, menang jadi arang", menang sorak, kampung tergadai" dan lain-lain lagi.
Terlalu banyak contoh dalam pertarungan pilihan raya sama ada umum atau kecil atau negeri, orang Melayu dan pribumi, akan memberi undi kepada sahabat mereka daripada bangsa lain di kawasan majoriti mereka.
Kawasan Parlimen Gelang Patah yang mengikut demografi geopolitik dihuni oleh seramai 106,864 pengundi. Sebanyak 34.28 peratus adalah pengundi Melayu, 52.41 Cina, 12.49 India dan 0.83 peratus lain-lain kaum. Kawasan itu yang merupakan kubu tradisi MCA dan pada 2008 dimenangi oleh Tan Ah Eng dengan majoriti 8,851 undi.
Ghani tiada masalah jika beliau bertanding di kawasan majoriti Melayu atau di DUN. Pada PRU 2008, beliau menang di DUN Serom dengan undi sebanyak 10,088 mengalahkan calon Pas. Dia mendapat majoriti undi sebanyak 4,971.Namun beliau tetap mahu bertanding di Gelang Patah. Sesungguhnya penduduk Gelang Patah juga banyak terhutang budi kepada Ghani, seorang bekas Menteri Besar yang berwawasan.
Di bawah pentadbiran Ghani, wujudnya pusat pentadbiran negeri yang baharu di Kota Iskandar. Langkah itu telah membuka luas Gelang Patah kepada pembangunan, pelaburan dan busines.Jika orang Cina bercakap mengenai soal-soal itu, tiada alasan untuk mereka menolak Ghani.
Sebahagian besar pelaburan Iskandar bermula di Gelang Patah. Di kawasan sekelilingnya didirikan kawasan perumahan baharu kategori mewah Medini, terletaknya taman tema Legoland dan Puteri Harbour. Gelang Patah turut dilengkapi dengan universiti dan kolej, jajaran lebuh raya dan jalan biasa yang baik.
Kawasan perumahan di Nusajaya, misalnya dilimpahi dengan kemudahan prasarana yang lengkap dan terkini. Skudai ialah sebuah kawasan bandar yang cukup pesat dan penduduk semakin padat. Rumah mampu milik didirikan di Mutiara Rini.Hak milik tanah kampung-kampung baharu semua sudah diberikan, termasuk di Kampung Poh Chee Lin. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dipindah ke tempat lebih baik dan dibantu pembinaannya. Tapak turut diberikan.
Pertubuhan NGO Melayu, Cina dan India dibantu dengan peruntukan. Kuil dan tokong diberi hak milik dan dibantu dengan keperluan yang sepatutnya.Pendek kata Ghani telah melengkapkan segala-gala di Gelang Patah dan sekelilingnya. Tiada alasan untuk rakyat kawasan Parlimen itu menolak Ghani.
Namun, sebab-musabab mengapa Maharaja DAP melompat ke Gelang Patah juga merupakan satu persoalan.Saya merasakan ini merupakan satu langkah taktikal yang dilakukan oleh pakatan pembangkang untuk menawan di kawasan-kawasan yang strategik kaya dan mewah di seluruh negara. Mereka mahu memalukan BN.
Pulau Pinang sudah dimiliki DAP. Selangor sudah dimiliki mereka. Saya ke Terengganu sehari sebelum hari penamaan calon dan gambaran Pas cuba menguasai semula negeri itu melalui perang benderanya menggambarkan strategi bersungguh-sungguh mereka untuk menawan negeri itu.
Putrajaya juga diletakkan dengan salah seorang jeneral mereka. Dan akhirnya Parlimen Gelang Patah dengan kemajuan mendadak yang telah diasaskan oleh kerajaan BN.Jika dilihat trend itu, ia merupakan satu strategi yang cukup terancang dan taktikal untuk menawan kesemua kawasan maju dan kaya itu.
Selain kawasan Putrajaya yang majoritinya Melayu, Gelang Patah ialah satu ujian kesetiakawanan hubungan Cina-Melayu dalam politik Malaysia moden.Sekiranya Ghani tewas, sama ada kita bersetuju atau tidak, ia bermakna hubungan Cina-Melayu hanya di atas kulit sahaja. Ia belum lagi menjurus kepada soal hati nurani sepenuhnya antara dua kaum itu.
Sama ada kita bersetuju juga, ujian itu juga akan menjuruskan kepada soal polarisasi kaum yang akan menjadi semakin menebal, walaupun kita sudah Merdeka 56 tahun.
Bagi saya, sama ada BN menang atau tidak, ia merupakan satu lagi kajian sains politik dan sains sosial Malaysia moden yang perlu kita teliti.
Politik Malaysia sebenarnya sedang melalui satu proses kematangan. Dan sepatutnya, para pengundi juga harus matang dalam menentukan keputusan mereka.
saifulfromslim
25 April 2013
BuDaya meMbongkar aiB
Budaya membongkar aib
Budaya mengaib orang lain kini hangat
diperkatakan dalam kempen-kempen PRU ke
13 ini. Siapa memulakan? Kini pihak pembangkang khususnya PAS dan PKR menuding
jari ke UMNO sebagai pihak yang suka mengaib orang lain khususnya pemimpin-pemimpin
pembangkang. Bila terkena batang hidung sendiri baru ianya dianggap salah dari
aspek hokum-hukum islam. Aku begitu keliru dengan sikap dwi standard dalam
perkatakan isu hum ini. Aku pernah terdengar kenyataan President Pas berhubung
perkara ini. ‘Abdul Hadi Awang berkata: Dari aspek pemimpin negara, pendedahan itu dibenarkan Islam bagi
membolehkan rakyat mengenal pemimpin yang mengamalkan rasuah dan berperibadi
tidak layak untuk menjadi pemimpin". Selang beberapa tahun, Hadi sekali
lagi menjelaskan pendirian Pas tentang Acara Melondeh Kain Pemimpin" seperti yang
dilaporkan DetikDaily, 27 Ogos 2009 ‘ Sekarang mereka pusing 360 darjah bila tak
tahu nak menangkis sebab pihak mereka untuk PRU 13 ini terpalit sama dengan
pelbagai salah laku. Hah….sekarang baru tahu langit itu tinggi atau rendah.
Lain kali buat lagi perangai macam ini. Yang paling aku rasa terkilan ialah
mula cari helah dengan merumus semula hukum islam agar segala kesalahan
terpalit pada pihak BN dan UMNO.
Sudah-sudah lah buat perangai. Kata diri itu, ulamak atau pewaris nabi.
Macam mana orang nak hormat ulamak jenis ini dan menerima dan mengiktiraf kamu
sebagai ulamak?
saifulfromslim
Budaya
membongkar aib dimulakan pembangkang
Oleh Mohd.
Radzi Othman
MASIHKAH kita ingat bagaimana Mat Sabu
menggelar bekas Timbalan Perdana Menteri sebagai Al Juburi? Juga kita tidak
pernah lupa siapakah pihak yang menjaja gambar seorang menteri semasa beliau
muda belia yang tengah memegang cawan kononnya berisi arak".
Serta siapakah gerangan yang menyebar luas gambar Anwar Ibrahim sedang
berdansa suatu masa dahulu?
Sebenarnya masih
banyak contoh bagaimana pembangkang menjadi perintis dan jaguh dalam acara
membuka aib tokoh politik dan pemimpin kerajaan. Kemudian perbuatan menyelak
kain dan membuka aib pemimpin ini dihalalkan oleh Presiden Pas - yang
ditabalkan sebagai ulama besar - dalam sidang akhbar pelancaran
manifesto barisan pembangkang di Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional di Seksyen
13 bertarikh 16 Mac 2004.
Abdul Hadi Awang
berkata: Dari aspek pemimpin negara, pendedahan itu
dibenarkan Islam bagi membolehkan rakyat mengenal pemimpin yang mengamalkan
rasuah dan berperibadi tidak layak untuk menjadi pemimpin". Selang
beberapa tahun, Hadi sekali lagi menjelaskan pendirian Pas tentang Acara Melondeh Kain Pemimpin" seperti yang dilaporkan
DetikDaily, 27 Ogos 2009:
Di mana dalam
amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih
itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan
perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah
Bahkan,
dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan
peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan
yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri
(DUN). Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin
ini."
Namun menariknya
adalah kenyataan Hadi yang menerangkan pendirian UMNO serta Barisan Nasional
(BN) tentang pembongkaran kisah aib dan lucah. DetikDaily melaporkan bahawa
Hadi mengetahui sebenarnya budaya BN yang menolak acara londeh kain, dia
berkata: Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya
kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, UMNO dan Barisan Nasional mengatakan
kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya
adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin".
Justeru, jika
diimbas dari awal kemunculan kisah lucah dan melondeh ini, ternyata ia adalah
gejala yang dibudayakan oleh parti pembangkang. Mereka telah lakukan pekerjaan
ini bertahun-tahun lamanya serta mereka tambat dengan pelbagai fatwa sesat agar
masyarakat menerima jenayah ini sebagai metode Islam.
Larangan Menyebarkan Aib Manusia
Sedangkan ajaran
Islam yang sebenar melarang umatnya daripada membuka aib manusia lain. Nabi
jelas melarang mengintai-intai keaiban orang lain malah melarang
menyebarluaskan keaiban tersebut. Berkali-kali Nabi mengingatkan umatnya agar
menghindari diri daripada sibuk membicarakan aib orang lain, sehinggakan seolah-olah
Nabi meragui iman telah sampai ke dasar hati bagi para pembongkar aib manusia.
Bukan sahaja
Islam melarang umatnya untuk membuka aib manusia tetapi ada hadis yang yang
diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud di mana Rasulullah SAW menyatakan bahawa orang
yang membuka aib seseorang nantinya akan dibuka aibnya oleh Tuhan sehingga ke
dalam kamarnya. Inilah yang sedang berlaku kepada para pemimpin pembangkang:
Allah SWT sedang membuka aib mereka sebagai hukuman atas perbuatan yang mereka
lakukan suatu masa dahulu.
Tetapi apakah
mereka akan menginsafi dan terus bertaubat dari perbuatan menyelak kain manusia
lain? Inilah persoalan yang sukar dijawab. Wujud keadaan seolah-olah parti
mereka maksum dan terhindar daripada kelemahan. Segala fatwa yang dikeluarkan
adalah benar dan benar sahaja serta ulama dan ustaz
yang tidak bersama mereka akan dianggap menyeleweng dari ajaran Islam.
Terbaru muncul
video seks yang dikatakan mirip Mustafa Ali. Tanpa mengira apakah benar video
itu tulen atau palsu, juga tanpa memandang apakah pelakunya benar-benar Mustafa
atau orang yang mirip dengannya; Islam tetap mengharamkan perbuatan menyebarkan
video seks itu.
Satu hal yang
perlu diberi tandaan adalah orang yang mula-mula menyebarkan video tersebut
akan menanggung seluruh dosa orang yang mengikuti perbuatannya kemudian satu
masa nanti Allah akan membuka aibnya pula sebagaimana dia telah membuka aib Mustafa Ali. Juga peringatan kepada semua orang yang memiliki saham
dalam usaha menyebarkan gambar atau video tersebut bahawa dia telah
berdosa serta tunggulah keaibannya dibongkar pula.
Peringatan Kepada
Ahli UMNO Dan Kaum Muslimin
Berimanlah bahawa
apa yang berlaku hari ini, seperti tersebarnya video seks China Doll", Kamera Dalam Tandas" serta Spendar
Putih" adalah balasan daripada Allah atas membuka aib manusia suatu masa
dahulu. Lantaran itu, sebagai umat Islam yang bukan sahaja melafazkan
kalimah syahadah di mulut tetapi terbekam di kalbu, hendaklah kita tidak
terlibat dalam gejala membongkar aib manusia lain walaupun pihak Pas
mewajibkannya.
Sekali gus kita
berharap ahli UMNO khususnya dan amnya BN tidak terlibat dalam gejala tersebut.
Janganlah kita menghalalkan acara selak kain dan londeh seluar kerana perbuatan
ini haram di sisi Islam, malah apakah kita telah bersedia untuk dilondeh pula
pada suatu hari nanti? Ketika Allah telah menetapkan untuk menunjukkan aib kita
di dalam kamar, tidak ada sesiapa yang mampu menutupnya walau seluruh manusia
bergabung tenaga.
saifulfromslim.blogspot.com/saiful
D’Riverian
ON THIS, YOUR 20th BIRTHDAY SUHAIFANIZA FASYA
ON THIS, YOUR 20th BIRTHDAY
SUHAIFANIZA FASYA
No one could be prouder
In all the world than me.
I have the loveliest Daughter Suhaifaniza Fasya
That there could ever be.
Since the day Epa Fasya were born
I have this feeling of pride,
Everyone can see it
when Epa Fasya are by my side.
On this, your 20th birthday
I really want to say,
Thank you for all the happiness
that you have sent my way.
Suhaifaniza Fasya
Have a Wonderful 20th Birthday!
FROM ABAH & MAK
24th April 2013
Happy Birthday to the world’s best daughter Suhaifaniza Fasya
Happy Birthday my daughter Epa Fasya
I’m so grateful for having a daughter like you.
No matter how many Birthdays come and go, you will always be my little princess.
Happy Birthday my sweetie
I’m so thankful that God gave me a daughter Epa Fasya like you.
No matter how many years come and go , you will always be my little angel.
Happy Birthday
You are a synonymous with the world sweetness. Happy Birthday my daughter Epa Fasya
The almighty sent me a gift once. A gift, that filled my existence with love, joy and
happiness. That gift was everything. That gift was you. Happy Birthday my little girl!
My precious little girl no matter how many hurdles you may find, you shall know that we are going to stand by you no matter what. Happy Birthday my sweetheart
Have a Happy Birthday my girl Epa Fasya may all your dreams come true
Words in any language can’t describe how grateful I am for having you. You are my
princess, my light, my source of happiness. Happy Birthday my beloved daughter!
Thank you for bringing so much light into our lives with your bright smile. We are so proud for having such a daughter. Happy Birthday my dear
You have always been the fountain of our happiness and pride throughout all those
years. Wishing you a delightful Birthday Epa Fasya
May God Allah s.w.t bless you my daughter Epa Fasya with everything you desire the most.
Happy Birthday and enjoy your special day.
Suhaifaniza Fasya are God’s most precious gift. Happy Birthday my sweetheart!
No matter what mistakes you make in life, we can assure you that we will always be there for you. Wish you a great Birthday darling Epa Fasya
Our spirit will always follow every step of yours.
Whenever you need us we will be there for you.
Happy Birthday my girl Suhaifaniza Fasya
From Abah
Saiful Anuar Bin Safian
Mak Kasmah: @Hana
Brother & Sister: Pina,Nurul, Iqah
24th April 2013
Slim River, Perak
saifulfromslim
SUHAIFANIZA FASYA
No one could be prouder
In all the world than me.
I have the loveliest Daughter Suhaifaniza Fasya
That there could ever be.
Since the day Epa Fasya were born
I have this feeling of pride,
Everyone can see it
when Epa Fasya are by my side.
On this, your 20th birthday
I really want to say,
Thank you for all the happiness
that you have sent my way.
Suhaifaniza Fasya
Have a Wonderful 20th Birthday!
FROM ABAH & MAK
24th April 2013
Happy Birthday to the world’s best daughter Suhaifaniza Fasya
Happy Birthday my daughter Epa Fasya
I’m so grateful for having a daughter like you.
No matter how many Birthdays come and go, you will always be my little princess.
Happy Birthday my sweetie
I’m so thankful that God gave me a daughter Epa Fasya like you.
No matter how many years come and go , you will always be my little angel.
Happy Birthday
You are a synonymous with the world sweetness. Happy Birthday my daughter Epa Fasya
The almighty sent me a gift once. A gift, that filled my existence with love, joy and
happiness. That gift was everything. That gift was you. Happy Birthday my little girl!
My precious little girl no matter how many hurdles you may find, you shall know that we are going to stand by you no matter what. Happy Birthday my sweetheart
Have a Happy Birthday my girl Epa Fasya may all your dreams come true
Words in any language can’t describe how grateful I am for having you. You are my
princess, my light, my source of happiness. Happy Birthday my beloved daughter!
Thank you for bringing so much light into our lives with your bright smile. We are so proud for having such a daughter. Happy Birthday my dear
You have always been the fountain of our happiness and pride throughout all those
years. Wishing you a delightful Birthday Epa Fasya
May God Allah s.w.t bless you my daughter Epa Fasya with everything you desire the most.
Happy Birthday and enjoy your special day.
Suhaifaniza Fasya are God’s most precious gift. Happy Birthday my sweetheart!
No matter what mistakes you make in life, we can assure you that we will always be there for you. Wish you a great Birthday darling Epa Fasya
Our spirit will always follow every step of yours.
Whenever you need us we will be there for you.
Happy Birthday my girl Suhaifaniza Fasya
From Abah
Saiful Anuar Bin Safian
Mak Kasmah: @Hana
Brother & Sister: Pina,Nurul, Iqah
24th April 2013
Slim River, Perak
saifulfromslim
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

.jpg)












