my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

04 June 2014

rasa nak tulis sikit....NAJIS dalam DNA,

rasa nak tulis sikit....NAJIS dalam DNA

Hari ini rasa nak tulis sikit. Tapi apa yang nak aku tulis? Adalah.... Sibuk cerita pasal DNA babi dalam coklat. Memang le sebagai seorang beragama Islam, aku pun marah perkara terlepas pandang macam ini boleh berlaku di Malaysia yang mana Islam adalah agama persekutuan untuk negara ini. Sibuklah pasal saman menyaman oleh JMM dekat syarikat Cadbury. Cadbury ke salah dalam hal ini? Jakim atau KKM yang salah? Siapa boleh jawab. Ramai akan memberi pandangan dan jawapan. Tapi persoalannya, jawapan atau pandangan yang diberi itu harus kita selidiki. Ikhlas kerana  kasih akan agama Islam atau hanya kerana ada kepentingan lain yang ingin kita timbul khusus pada pegangan politik yang berbeza. Kita mulalah salahkan kerajaan. Tak pasal-pasal Datuk Seri Najib disalahkan. Tiba-tiba Datin Rosmah dikaitkan. 

Ada babi ke dalamnya wei


imported chocolate wei 
Aku akui JAIS, JAKIM dan KKM sememangnya tidak mahu perkara-perkara ini berlaku. Mana ada orang Islam mahu makanan mereka tercemar dengan Babi. Tapi telah berlaku. Kenapa? Mesti ada kakitangan yang bekerja terlepas pandang atau tersilap membuat analisis. Adakah mereka harus disalahkan? Jawapannya amat sukar untuk kita jawap. Siapa yang memilih pegawai-pegawai ini? Adakah mereka tersalah pilih, memilih pegawai-pegawai yang sambil lewa membuat kerja? Bagi aku jawapannya terlalu subjektif. Bagi aku memberi pandangan tak salah. Malah ianya boleh dianggap baik agar perkara sebegini rupa tidak berulang lagi di Malaysia. Bagi yang bersalah kerana membuat kesilapan ketika bekerja, harus jadikan iltizam pada diri sendiri untuk rasa bersalah kerana telah merosakkan seluruh umat islam kerana memakan bahan yang mengandungi DNA babi kerana kecuaian dari kita.

Orang Malaysia, terlalu peka pada isu babi ini. Itu betullah. Waspada pada najis, halal dan haram itu sangat dituntut oleh agama. Tetapi masa kita nak menangani masalah ini, kita harus juga patut mengambil kira perkara halal dan haram pada bicara kata, fitnah dan menuduh dan membuat tafsiran salah. Jangan menuding jari pada mereka hanya kerana mereka berfahaman politik yang tak serupa dengan kita. Harus diingat soal haram dan halal harus kita libatkan juga dengan perlakuan kita dan bukan bahan makanan saja.

Ramai daripada kita bila balik dari Eropah atau Amerika pasti suka beli coklat berjenama dari sana. Rasanya tidak pernah timbul syak dan wasangka pada bahan ini dari aspek halal dan haramnya. Rasanya hanya kebanggaan  yang ada pada kita kerana membeli barang berkualiti bikinan luar negara. Maklumlah coklat dari Eropah atau Amerika, tapi pernahkah kita fikir kandungan DNAnya. Di Malaysia pun boleh tercemar apakata yang dari negara luar yang tiada pemantauan dari aspek halal dan haram ini...


saifulfromslim.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...