Pasal babi dalam coklat CADBURY - Banyak yang perli JAKIM, KMM, dan Kerajaan...tapi bila Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi cakap pasal hal nie....takde ke yang nak meroyan....
Gelatin Haiwan Termasuk Babi-
Halal Dimakan – Yusof Al-Qardhawi
Shah
Alam – Ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi memberitahu gelatin
haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk
makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain.
Memetik kenyataan
daripada laman rasmi ulama tersebut, beliau menjawab kekeliruan pengguna,
terutamanya dari masyarakat Islam berkenaan status halal sesuatu produk yang
dicampuri unsur mengelirukan termasuk haiwan tersebut.
“Di sana terdapat
perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan
(perubahan zat). Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia
menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi,
kemudian ia bertransformasimenjadi sesuatu bahan yang lain – asalnya ialah babi
tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain – contohnya
menjadi sabun.
“Para fuqaha’ berkata,
contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan
dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah
menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam
takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya,
hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu
sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum
dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan.
“Hukum ditetapkan
bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal
ini ialah ia tidak kembali wujud. Oleh itu, apabila daging atau tulang babi
telah bertransformasi, – dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad
Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk
tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal
ini, – dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan
digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai
gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian
kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal),”
ujar Yusuf Al- Qardhawi dipetik sebagai berkata.
Bulan lalu, rakyat
Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
yang mengatakan dua produk coklat Cadbury – coklat susu dengan kacang Hazel
serta coklat susu dengan badam, dikesan mengandungi DNA babi atau ‘porcine’.
Apa yang menjadi
persoalan sehingga kini adalah KKM dikatakan membuat ujikaji itu, sehingga
terjumpa DNA babi, setelah memilih coklat berkenaan secara rawak di pasaran.
Setelah isu itu
mencetuskan kemarahan ramai pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim)
pula memainkan peranannya dan membuat ujikaji yang sama namun coklat itu
diambil terus dari kilang Cadbury dan bukannya diambil secara rawak dari
pasaran, seperti mana dibuat KKM.
Perkembangan terbaru
selepas ujikaji yang dilakukan oleh Jakim itu mengesahkan dua produk Cadbury
tersebut adalah tiada unsur babi sekaligus halal untuk dimakan.
Meskipun begitu, rakyat
Malaysia kini masih berasa was-was berikutan masyarakat terdedah kepada membeli
coklat yang sama diambil KKM untuk ujikaji itu dan bukannya produk yang selamat
(dari kilang) sepertimana di analisa Jakim.
saifulfromslim
saifulfromslim
No comments:
Post a Comment