Aku terbaca satu artikel bertajuk 'Surat untuk Namewee'. Nak kata menarik kandungan tulisan, rasanya biasa-biasa saja. Aku bukan jenis orang yang rasis sangat. Aku rasa aku termasuk orang melayu yang ramai berkawan dengan orang Cina. Jarang aku berjumpa orang Cina bersifat macam Namewee, Alvin, dan Vivian. Orang macam ini telah dapat merubah sifat ramai orang-orang Cina dari hari ke hari, dari bulan ke tahun dan paling ditakuti dari tahun ke abad dimasa akan datang. Semua bangsa di Malaysia ada agama. Semua agama dan tamadun bangsa ajar kita buat baik sesama manusia. Bagi aku artikel ini ada satu penjelasan yang mudah untuk semua bangsa amalkan sifat yang jelas demi kebaikan negara, tamadun bangsa, dan juga masa depan sesuatu negara untuk menjadi maju atau mundur. Semua kemajuan samada ekonomi, sosial budaya dan pegangan keagamaan bergantung pada keamanan sesama penduduk dinegara ini. Jadi aku paparkan petikan ini untuk kita terokai maksud sebenar yang ingin disampai oleh penulis. Tujuan penulis hanya satu, mahu negara kita aman damai dan mencapai kemajuan demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia itu saja
SURAT UNTUK NAMEWEE
MUSTAQIM ABDUL RAHMAN
Kuala Lumpur.
YO
Bro! Whats Up!
Mungkin
ayat di atas melayakkan saya mendekati dan berkawan dengan anda sepertimana
yang berjaya dilakukan beberapa individu, artis dan juga Menteri Melayu.
Tetapi, saya orang Melayu. Jika saya mahu berkawan saya akan gunakan pendekatan
Melayu kerana perlembagaan Malaysia jelas mengatakan Bahasa Kebangsaan kita
adalah Bahasa Melayu.
Saudara
Namewee,
Saya
berharap agar anda sihat dan bahagia dengan kehidupan anda sekarang. Walaupun
anda pernah menghina agama Islam dengan cara anda, menghina lagu Negaraku dengan
RAP anda, menghina bendera Malaysia bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati
anda dan sebagainya, anda tetap hero dan idola kepada kaum anda. Ini jelas
terbukti melalui filem arahan anda yang box-office selain
mendapat sokongan daripada korporat Cina serta penggiat industri filem Cina.
Pada
Ramadan tahun ini, selepas lebih enam tahun anda menghina Islam, Melayu dan
Malaysia, seperti yang kami jangka, didikan dan hasutan anda kepada jutaan Cina
lain khususnya anak muda remaja yang lain telah berjaya. Alvin dan Vivian hanya
merupakan dua orang daripada berjuta apprentice anda yang akan
meneruskan legasi 'rasis jahat' anda.
Sebagai
anak ibu Cina, saya mengaku ibu saya mempunyai sikap perkauman yang kuat kepada
bangsanya iaitu Cina. Namun ibu juga mendidik saya agar saya juga bangga dengan
kaum saya sama ada Melayu atau Cina, dengan menjadi seorang 'rasis baik' yang
menghormati hak dan perasaan kaum lain.
Tidak
seperti anda Namewee, anda sebaliknya dididik ibu anda untuk berbangga menjadi
'rasis jahat' yang hanya menghormati hak dan perasaan kaum anda sahaja dan
menghina hak dan perasaan kaum lain.
Saudara
Namewee,
Saya
berdoa kepada Allah agar anda diberi kesihatan dan nyawa yang panjang. Hidayah
jika itu kehendakNYA. Saya amat berdoa agar anda terus hidup untuk menyaksikan
kesan daripada satu tindakan anda. Tindakan yang pada anda mudah, senang dan heroic tetapi
kesannya panjang dan amat mudarat kepada rakyat Malaysia yang bakal didiami
oleh anak cucu anda.
Sejarah Wikipedia mencatat
anda sebagai ahli seni yang berjaya dan tidak langsung menceritakan yang anda
meminta maaf kepada rakyat Malaysia bagi mengelak tindakan ke atas anda. Tetapi
saya pasti, sejarah akan mencatat anda sebagai pencetus utama kepada hubungan
serta keharmonian kaum di Malaysia.
Terma
ini amat dibanggakan anda buat masa ini kerana anda akan terus dianggap hero
oleh kaum Cina. Walaupun Buddha mengajar penganutnya berdamai dan menghormati
hidupan lain waima semut, maka jelaslah ramai penganut Buddha seperti anda
sudah banyak terpesong daripada ajaran Buddha. Saya katakan anda terpesong
kerana saya pernah membaca 'kitab' rakan Cina saya, seorang Buddha SGM. Jelas
ajaran Buddha adalah baik hati, baik tutur, baik makan, baik badan, baik nafas,
baik penglihatan dan baik segala yang ada di dunia.
Mungkin
bila anda mati Buddha akan mengecilkan anda kerana memesongkan pemikiran serta
mengotorkan hati penganut Buddha Malaysia.
Saudara
Namewee,
Apa
jua kepercayaan agama kita, kita semua tidak dapat lari daripada hukum alam.
Kita akan tua, akan berkahwin, akan mempunyai anak dan akan mati.
Pada
masa itu, anda mungkin masih tidak akan menyesal walaupun berjuta orang Cina
dikotori jiwa mereka oleh anda, dihina tamadun dan nilai bangsa Cina yang sopan
oleh bahasa kesat anda.
Anda
sudah pasti tidak menyesal walaupun beratus Melayu Islam ditangkap polis kerana
marahkan anda serta anak-anak didik anda. Jauh sekali anda tidak akan peduli
walaupun berjuta Melayu terus dihambat masalah nilai maruah kerana tiada
tindakan diambil terhadap anda dan banyak lagi kesan yang anda tidak pernah
fikir, jauh sekali menyesal.
Tindakan
anda pada masa lepas telah mengakibatkan pelbagai masalah kepada berjuta orang.
Saya pasti agama anda mengajar anda nilai kemanusiaan tapi mungkin anda bukan
seorang penganut agama yang baik. Sebagai rakyat Malaysia, saya memberi anda
jaminan, saya dan ramai lagi akan mengingati anda sebagai punca kepada
'segalanya'.
saifulfromslim.blogspot
saifulfromslim.blogspot
No comments:
Post a Comment