Raya oh Raya...ada duit raya jadi meriah,   jika takde duit maka raya akan jadi hambar je.   Ada banyak saranan agar kita berbelanja mengikut kemampuan dan jangan membazir.   Betul ke mereka membazir dengan beli 2 pasang baju untuk anak anak-anak dan isteri.   Ada sedikit kelebihan mereka akan hulur pada orang tua kat kampung untuk meringan perbelanjaan ibu bapa mereka.   Fikir-fikir le perbelanjaan yang setiap hari menungkah arus menjadi mahal di Malaysia ini.   Kesian juga aku dengan penjawat awam kat Malaysia ini.   Raya dah dekat.   Semua kakitangan dan ahli keluarga mereka harapkan bonus dari kerajaan.   Ibu bapa,  adik beradik penjawat awam pun harap,  jika anak atau abang mereka dapat bonus,  maka tempias sedikit habuan pun pasti mereka turut rasa.   Cerita pasal raya,  dah jadi budaya kita nak serba baru, pakaian,  langsir,  perabut dan persediaan jamuan dan juadah raya. Itu yang punca semua orang dan tak terkecuali penjawat awam terlalu mengharap akan bonus ini. 

Berita yang tak pasti...
Terkini dari PM: (saya dapat sumber berita ini dari Sabah FM...jgn berita dicopy paste 2,3 tahun yg lalu dah le...hehehe)
Bantuan Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam 
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bantuan hari raya setengah bulan gaji dengan bayaran kepada penjawat awam bagi menyambut Hari Raya 2013 di parlimen hari ini.
Perdana Menteri menyatakan, perbincangan akan dibuat bagi menetapkan tarikh bayaran bantuan raya ini dimana berkemungkinan bayaran akan dibuat pada 25 jul ini atau 1 ogos, katanya dalam kenyataan.Pemberian bantuan dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan. Najib berkata, pemberian bantuan raya setengah bulan gaji itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM1.6 bilion. Perdana Menteri berkata, pemberian bantuan raya ini adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.Keraja an sentiasa prihatin dan sangat menitik beratkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi.Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Najib berkata, pembayaran bantuan raya kepada penjawat awam ini bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.


(Ini berita yg sahih)
Cuepacs: Penjawat awam berpeluang dapat bonus
17/ 07/ 2013
PUTRAJAYA - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berpendapat masih ada harapan untuk lebih 1.4 juta penjawat awam menerima bonus menjelang Aidilfitri.

Ini berikutan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini yang memaklumkan kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus kepada penjawat awam menjelang Aidilfitri, kata Omar.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan itu dan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.
"Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi mempertimbangkan permohonan Cuepacs untuk 1.4 juta penjawat awam.
"Cuepacs yakin Perdana Menteri akan mempertimbangkan perkara ini. Saya rasa ada harapan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di Puspanitapuri di sini malam ini.

Cuepacs sebelum ini masih berharap kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.
Terdahulu hampir 1,000 tetamu hadir pada majlis berbuka puasa Ketua Setiausaha Negara.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, wakil kedutaan asing dan tokoh-tokoh korporat.
Pada majlis itu Dr Ali yang juga Penasihat Puspanita dan isteri Puan Sri Rohani Abdullah turut menyampaikan sumbangan kepada empat rumah anak yatim masing-masing sebanyak RM10,000 dengan 100 anak yatim turut menerima sumbangan.

Dr Ali dan para tetamu kemudiannya menunaikan solat Isyak dan tarawih.

saifulfromslim.blogspot.com