my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

02 June 2013

PETITION pada SPR


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurang-kurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).Petisyen itu bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang memihak kepada pembangkang.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua petisyen itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum tarikh akhir 11 Jun ini, iaitu 21 hari selepas keputusan PRU13 diwartakan.Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tertinggi (MT) UMNO selepas PRU13 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan PKR akan memfailkan 27 petisyen terhadap keputusan PRU13 di mahkamah setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan pilihan raya 5 Mei, lalu.
Naib Presiden PKR Tian Chua hari ini berkata petisyen itu, yang melibatkan keputusan PRU13 secara umum serta beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), akan difailkan dalam masa terdekat."Kita akan mengkordinasikan proses memfailkan petisyen itu dengan anggota pakatan kita yang lain, DAP dan PAS," katanya.

Manakala PAS pula dilaporkan akan memfailkan 20 petisyen dan bantahan berhubung keputusan pilihan raya umum berkenaan.
Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata petisyen dan bantahan itu melibatkan beberapa kawasan Parlimen seperti Kuala Selangor di Selangor dan DUN di Perak, Terengganu dan negeri lain.


“Jawatankuasa khas yang kita tubuhkan sebelum ini telah meneliti maklumat-maklumat yang membawa kepada petisyen dan bantahan itu. Setakat hasil perbincangan kita, itulah (20 petisyen) yang akan kita hantar tidak lama lagi.Mungkin akan meningkat atau menurun (jumlah bantahan). Ini akan dimuktamadkan nanti,” katanya.


Yang aku tak faham....

dulu yakin diorang akan menang dan mentadbir negara kerana ada 27 petisyen PR nak buat, Skrg BN nak 50 petisyen pd SPR. Boleh ke PR menang dan membentuk kerajaan? Tu le ingat kamu je yg akan buat petisyen dan terlupa orang lain jg layak dan dibolehkan. Bila BN buat, mula le salahkan kenyataan Zahid yg surah rakyat pindah negara luar jk tak boleh terime keputusan PRU kendalian SPR. Kalau aku kate diorang pembangkang bodoh piang, marah le pulak. Yang Zahid maksud dgn tak terima keputusan ialah sebelum keputusan diwartakan secara rasmi dah mula bantah...himpun 505 le, nak bawa ke jalanraya dn mcm2 lagi le. Takkan itu pun tak faham. Jika buat bantahan menerusi PETITION pada SPR, itu bermaksud menerima keputusan dan mengguna akta dan ordinan yg ada pada SPR, sangat digalakan jk ingin buat bantahan. Bantahan petition bukan bererti menolak keputusan PRU. Tp bererti menerima keputusan dan akan menerima keputusan mahkamah dari hasil petition yang dibuat samada menang atau kalah.


saifulfromslim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...