BUTIRAN SISTEM SARAAN
TRANSFORMATIF (SST) UNTUK 1.4 KAKITANGAN AWAM
Penjawat Awam Dapat 2
Kali Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) 2013 RM80-RM320.
Cara Pengiraan:
1) Tambahan KGT tiga kenaikan gaji tahunan untuk semua struktur gaji maksimum :
·
Berkuatkuasa
1 Januari 2013, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum
diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan.
·
Kenaikan
Gaji Tahunan (KGT) ini membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada
paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT.
2) 50,000 pegawai kontrak akan disambung setahun
·
Sementara
kajian terus dilakukan sekitar 50,000 kakitangan kontrak yang akan tamat
perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi.
3) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320
·
Kerajaan
setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu Kenaikan
Gaji Tahunan (KGT) diawalkan pada 1 Julai 2013.
·
Setiap
penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320.
·
Ia
membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;
4) Lain-lain
·
Skim
perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan
masuk PMR melibatkan 166,541 orang
·
Urusan
kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dipendekkan tempoh kenaikan pangkat dari
tempoh 15 tahun kepada 13 tahun yang melibatkan seramai 17,000 penjawat awam
yang layak;
·
Kaedah
meluaskan pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas,
Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran
Tinggi;
·
Sekiranya
tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas
sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
·
Dalam Skim
Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat
tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum
akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja
relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performance”
KENAIKAN GAJI TAHUNAN 2013 (KGT) CARA KIRAANYA?
Bagi
kalangan penjawat awam, nampaknya tahun 2013 ini mereka akan menerima kenaikan
gaji sebanyak 2 kali setahun (2 KGT). Contohnya :
Kakitangan
yang mencapai gaji maksimum ditambah lagi 3 tangga gaji. Oleh itu, penjawat
awam yang sudah mencapai gaji “mati” boleh naik gaji lagi sehingga tempoh
3 tahun. Selain daripada itu iaitu kakitangan awam yang lain, 1 KGT
antara RM80 – RM320 bakal diberikan. Contohnya :
·
Kenaikan
Gaji Tahunan (KGT) dikira bulan Julai 2013, bermakna pada bulan Julai semua
orang akan dapat kenaikan tersebut.
·
Bermakna
bagi yang DG 41 naik RM230, DG 44 naik RM250, DG 48 naik RM270, DG 52 naik
RM290 dan DG 54 naik RM320. Kenaikan gaji tahunan RM80 melibatkan tangga gaji
yang bawah sekali.
·
Yang
mana daripada anda (penjawat awam) yang menerima KGT setiap tahun naik sekitar
RM200, pada bulan April 2013, maka pada bulan Julai kelak anda dapat sekali
lagi KGT RM200. Jelas?
·
Ok.
Siapa yang naik gaji pada bulan Januari, akan dapat kenaikan biasa pada bulan
Januari dan pada bulan julai, naik lagi satu kenaikan. Masih jelas?
·
Bagi yang
naik gaji bulan Julai, maka secara automatiknya akan dapat 2 kenaikan gaji.
Katakan DG 41, kenaikan gaji tahunan (KGT) ialah RM225 setahun. Bagi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebelum Julai, kiraannya adalah seperti ini :
·
Katakan
gaji yang diberikan adalah RM3000.14 (Januari 2012 – Disember 2012) dan
kenaikan ialah pada bulan Januari setiap tahun)
·
Oleh
itu, gaji yang diberikan pada Januari 2013 adalah seperti berikut : RM3000.14 +
RM225 = RM 3225.14
·
Manakala
pada bulan Julai 2013 dibayar gaji RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (sepertimana
yang Datuk Seri Najib umumkan baru-baru ini)
·
Manakala
pada Januari 2014 (RM3460.14 + RM225 = RM 3675.14)
Bagi
yang menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan Julai. Katakanlah gaji yang anda
terima sebanyak RM3000.14 (Julai 2012 – Jun 2013) dan Kenaikan Gaji Tahunan
(KGT) ialah pada bulan julai setiap tahun, kiraannya adalah seperti di
bawah ini :
Julai
2013 RM3000.14 + 225 = RM 3225.14
Julai
2013 RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (Sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Najib
Julai
2014 RM3460.14 + 225 = RM 3675.14
Begitulah
sama kiraan utntuk kalangan kakitangan awam yang menerima kenaikan gaji tahunan
bagi kenaikan gaji tahunan selepas bulan Julai iaitu bulan Oktober. Apa kata
dan respon anda dengan pengumuman berita gembira untuk penjawat awam kali ini?
Untuk Kakitangan Awam
Kakitangan Pendidikan
saifulfromslim
No comments:
Post a Comment