my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

29 June 2013

OraNg CiNa dEkAt MaLaYsia - 中国在马来西亚

Aku terbaca satu cerita pasal kisah orang cina dekat Malaysia ini. Cerita ini rasa mesti ditulis selapas PRU ke 13 baru-baru ini. Cerita ini betul atau hanya rekaan aku tak  pasti. Tapi rasanya jika tak 100% betul tapi 70 hingga 80% mesti ada kebenaran. Jadi aku paparkan untuk bacaan dan renungan kita bersama sebagai teladan untuk penghidupan di alam Malaysia raya ini….


Ada Fan IPS berkongsi cerita ini :


Baca Dan fahamkan....

pagi tadi aku p skola...muka cikgu n student sumernye happy sbb DAP menang banyak...tp bila berkumpul sesama diorg, diorg berbisik2 ckp sesuatu...kwn aku terdengar rupanya diorg takut sgt PAS keluar dari PAKATAN RAKYAT..sbbnya korg bole fikir sndiri kot...lepas tu sorg lagi kawan aku citer..waktu dia dllm kelas student dengan beraninya tanya dia undi apa semalam..pastu diorg kata macam ni...
"cikgu undi roketla...kalau DAP menang negara kita maju mcm singapore...org DAP sudah janji kalau DAP menang, org singapore akan datang tolong DAP..kali ni pakatan rakyat sudah naik...lagi 5 thn kami semua sudah bole undi, mau undi roket, mau jadi mcm singapore"
tp aku sedih sgt..bukan semua yg pecaya apa yg kenyataan yg aku forward ni.....diorg tak tau mcmana kami cikgu2 melayu dok kat skola cina...kebajikan kami cikgu melayu langsung takdak...

1. kami cikgu2 takdak bilik khas utk makan kat kantin...tempat makan kami hanya meja kayu lama panjang yg dah uzur betul2 tepi tong sampah n tepi longkang (sebenarnya kami kena kongsi meja tu dgn budak2 sbb hakikatnya mmg tu meja makan budak2 kat tengah2 kantin tu, kami takdak meja khas pun) sedangkan depa cikgu cina makan kat bilik kantin khas utk depa saja...meja kami tu jgk akan digunakan oleh budak2 bila diorg rehat....bila nak mkn tghari kantin penuh dgn budak2
skola petang...taula bdk cina...ckp mmg volume tinggi punya...klu depa gaduh smpai langgaq kita yg tengah makan ni sbb meja depa kat blakang meja kami ja....smpai nak makan pun tersedaq....

2. nama ja ada kantin melayu...tp org kantin melayu tak bole jual air, tak bole jual itu tak bole jual ini sbb nnt org kantin cina marah...kalau budak cina beli kat org melayu depa rugi...jd, depa hasut budak2 cina jangan beli kat kantin melayu..dah berapa kali tukaq org kantin melayu sbb tak tahan org kantin cina control depa....bil api air dan sewa kena bayar mahal padahal tak setimpal dgn apa yg diorg guna...

3. kami cikgu2 melayu ni slalu kena ajaq kelas2 yg ujung....kelas budak2 yg tak pandai depa bagi kat cikgu2 melayu...kelas2 pandai org depa ja semua....kalau kelas2 ujung kat skola cina ni semua jenis kurang ajaq...klu kat skola melayu, wlupun ada budak2 melayu kurang ajaq tp bila cikgu marah, teguq depa masih ada sikap hormat kat kita sbgai cikgu...tp kat sini jgn harap depa nak respect..siap maki hamun kita lagi dlm bahasa depa... " cibai, lancau, bodoh, gila" itu antara kata2 depa pada kami cikgu2 melayu...ni salah satu citer kawan aku XX...

XX : masa awai tahun hari tu, bdk2 kan ramai tak tau aku pandai ckp cina...aku pun tak tunjukla yg aku tau ckp cina...aku masuk kelas 3A2...aku bagi diorg keja umah...korg tau apa jadi...adala sorg budak pompuan dok depan skali ni...bole dia cakap mandarin dgn kawan sebelah dia dok kutuk aku dan cikgu2 melayu.

Dia kata mcm ni betul 2 kat depan aku yg tengah berdiri mengajar kat depan" ini pompuan gila tak tau ka, kita semua banyak kerja rumah, dia ingat dia sorg punya subjek ka kita kena buat keja rumah, byk lagi subjek lain yg lebih penting dari pndidikan seni ni...semua cikgu melayu kat skola kita ni bodoh, gila, takdak otak punya org.tgk skrg kita kutuk depan dia pun dia tak tau kita cakap apa. bodoh, gila"

aku pun apalagi...terus ckp mandarin dpn dia "hangla bodoh, semua cikgu melayu yang hang kata bodoh tu yang nak ajaq hang bagi pandai, tapi hang tak reti nak berterima kasih. Bole kata lagi cikgu bodoh, gila.jenis keturunan sial kurang ajar sampai bila2"...terus dia tunduk diam tak kata apa....

4. kalau cikgu cina tak masuk kelas, lewat masuk kelas, datang sekolah lewat...tak penah pulak marah atau panggil nama cikgu tu...tp kalau kami cikgu melayu masuk kelas lewat, lambat hantar kerja, pihak pentadbir akan cari kami satu sekolah, siap buat announcement kat siaraya panggil kami.smpai skola kat luar pun boleh dgr... salah cikgu depa bole pulak pejam mata buat tak tau, klu org melayu, mesti nak cari pasal ja...

5. bab keja, bab duit mmg cikgu2 cina berkira sgt2....klu ada aktiviti ko-ko mmg kalau bole depa tak mau datang jaga budak...sedangkan tu budak2 bangsa depa sndiri....kalau duit pulak, mmg susah nak kluarkan duit depa...smpaikan nak beli baju batik utk buat baju batik skola yg seragam pun depa tak mau sbb baju batik tu mahal sgt seratus lebih...klu ada jamuan, skola akan bg bajet yg sgt sikit, tp nak makan sedap2...duit tak mau kuar...klu cikgu melayu minta upgradekan bilik/bengkel depa tak nk bagi peruntukan, klu bg pun kena control...tp kalau cikgu bgsa depa minta, dapat pulak....

aku rasa...cukupla smpai sini dulu...byk lagi benda yg aku nak crita...tgkla kalu aku ada mood nak crita....yg nak pecaya, pecayala...tak nak pecaya aku tak suruh hgpa pecaya...tp semua yg kat atas tu realiti yg berlaku pada aku dan kawan2 aku.....di sebuah sekolah cina...

salah seorg penyokong DAP tegar (cikgu cina skola aku la) terlepas ckp waktu tgh berborak2 dgn kawan2 dia kat dlm bilik guru ckp mcm ni tanpa sedar aku ada kat situ...
"org melayu ni BINATANG PELIHARAAN parti politik, sanggup ikut dan taksub dengan tuan sndiri. bergaduh, berlawan sama bangsa sndiri sbb politik, tapi tgk org cina, mana ada gaduh sbb politik, hahahaha...."

~The Banker~ 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


saifulfromslim

18 June 2013

BUTIRAN SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF (SST) UNTUK 1.4 KAKITANGAN AWAM

BUTIRAN SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF (SST) UNTUK 1.4 KAKITANGAN AWAM


Penjawat Awam Dapat 2 Kali Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) 2013 RM80-RM320.
Cara Pengiraan:



1) Tambahan KGT tiga kenaikan gaji tahunan untuk semua struktur gaji maksimum : 


·                     Berkuatkuasa 1 Januari 2013, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan.
·                     Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ini membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT.

2) 50,000 pegawai kontrak akan disambung setahun



·                     Sementara kajian terus dilakukan sekitar 50,000 kakitangan kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi.

3) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320


·                     Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) diawalkan pada 1 Julai 2013.
·                     Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320.
·                     Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;

4) Lain-lain

·                     Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR melibatkan 166,541 orang
·                     Urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dipendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun yang melibatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
·                     Kaedah meluaskan pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
·                     Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
·                     Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performance”


KENAIKAN GAJI TAHUNAN 2013 (KGT) CARA KIRAANYA?


Bagi kalangan penjawat awam, nampaknya tahun 2013 ini mereka akan menerima kenaikan gaji sebanyak 2 kali setahun (2 KGT). Contohnya :

Kakitangan yang mencapai gaji maksimum ditambah lagi 3 tangga gaji. Oleh itu, penjawat awam yang sudah mencapai gaji “mati” boleh naik gaji lagi sehingga tempoh 3 tahun. Selain daripada itu iaitu kakitangan awam yang lain, 1 KGT antara RM80 – RM320 bakal diberikan. Contohnya :


·                     Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dikira bulan Julai 2013, bermakna pada bulan Julai semua orang akan dapat kenaikan tersebut.
·                     Bermakna bagi yang DG 41 naik RM230, DG 44 naik RM250, DG 48 naik RM270, DG 52 naik RM290 dan DG 54 naik RM320. Kenaikan gaji tahunan RM80 melibatkan tangga gaji yang bawah sekali.
·                     Yang mana daripada anda (penjawat awam) yang menerima KGT setiap tahun naik sekitar RM200, pada bulan April 2013, maka pada bulan Julai kelak anda dapat sekali lagi KGT RM200. Jelas?
·                     Ok. Siapa yang naik gaji pada bulan Januari, akan dapat kenaikan biasa pada bulan Januari dan pada bulan julai, naik lagi satu kenaikan. Masih jelas?
·                     Bagi yang naik gaji bulan Julai, maka secara automatiknya akan dapat 2 kenaikan gaji.

Katakan DG 41, kenaikan gaji tahunan (KGT) ialah RM225 setahun. Bagi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebelum Julai, kiraannya adalah seperti ini :


·                     Katakan gaji yang diberikan adalah RM3000.14  (Januari 2012 – Disember 2012) dan kenaikan ialah pada bulan Januari setiap tahun)
·                     Oleh itu, gaji yang diberikan pada Januari 2013 adalah seperti berikut : RM3000.14 + RM225 = RM 3225.14
·                     Manakala pada bulan Julai 2013 dibayar gaji RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (sepertimana yang Datuk Seri Najib umumkan baru-baru ini)
·                     Manakala pada Januari 2014 (RM3460.14 + RM225 = RM 3675.14)

Bagi yang menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan Julai. Katakanlah gaji yang anda terima sebanyak RM3000.14 (Julai 2012 – Jun 2013) dan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ialah pada bulan julai setiap tahun, kiraannya adalah seperti di bawah ini :


Julai 2013 RM3000.14 + 225 = RM 3225.14
 Julai 2013 RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (Sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Najib
Julai 2014 RM3460.14 + 225 = RM 3675.14


Begitulah sama kiraan utntuk kalangan kakitangan awam yang menerima kenaikan gaji tahunan bagi kenaikan gaji tahunan selepas bulan Julai iaitu bulan Oktober. Apa kata dan respon anda dengan pengumuman berita gembira untuk penjawat awam kali ini?

Untuk Kakitangan Awam
Kakitangan Pendidikan


saifulfromslim

09 June 2013

KuCiNg YAnG SETIA...setia

KUCING SETIA

Kucing Setia 1
Kucing Ini Setia disamping Tuannya yang terbaring sakit

Menurut cerita, nenek ini meminta pihak rumah sakit membenarkan kucingnya menemaninya di rumah sakit. Demi menghabiskan saat-saat akhir tuannya, kucing itu sangat setia menemani tuannya sampai tuannya meninggal dunia.
Kucing Setia 2
Kucing paling Setia, melawat Kubur Tuannya Dengan Membawa Hadiah setiap Hari

Seekor anak kucing telah melawat kubur pemiliknya setiap hari pada tahun lalu di tanah perkuburan Montagnana, Tuscany, Itali.Setiap kali dia muncul 'Toldo' sering membawa hadiah untuk lelaki yang menyelamatkan dia beberapa lama dahulu tetapi kini telah dikebumikan di tanah perkuburan.Renzo Iozzelli meninggal dunia September 2011 pada usia 71. Sejak itu Toldo telah muncul di tapak kuburnya setiap hari, seolah-olah tidak dapat untuk menerima kenyataan bahawa tuan dia sudah mati.Iozzelli
mengambil Toldo dibawa ke rumahnya dan telah memberikan kasih sayang dan penjagaan yang rapi apabila dia menemui anak kucing itu di sepanjang tepi jalan pada tahun 2008.Tetapi sekarang Renzo telah meninggal, Toldo tidak lupa akan penjaganya yang sangat penyayang itu. Setiap hari dia melawat kubur tuannya, anak kucing itu akan membawa kepadanya hadiah yang terdiri daripada cawan plastik ke kertas tisu, ranting-ranting kecil dan objek lain.

Sejak itu, Toldo telah menjadi sahabat monumental kepada semua orang yang tinggal di bandar Montagnana. Penduduk melihat kucing tersebut seperti di jaga baik dan boleh pergi melawat Renzo tanpa gangguan pada bila-bila masa yang dia mahu

Kucing Setia 3
Kisah kucing paling setia di dunia

Aku terbaca satu kisah sekor kucing ni owner dia pindah rumah dari uzbekistan ke rusia..dia tinggalkan kucing tu kt jiran dia kt uzbekistan sbb takut kucing dia tak lepas imgresen sbb kena ada document animal health ape ntah...mcm safety takut disease masuk ke negara tu lah..

Tapi yg sgt tacing tu kucing tu g cari tuan dia kt rusia..pas dua tahun kucing tu sampai kt rusia lepas tempuh 2000 batu!!!!..jiran dia cakap memang kucing tu dh hilang 2 tahun..rupa2nya kucing tu g cari tuan dia...tuan dia jumpa dia kt depan pintu rumah dia kt rusia dlm keadaan kurus kering..huhu...
After 2 years and 2,000 miles, a cat find his owner
A cat reportedly trekked 2,000 miles to find his owners after they moved house without him.Ravila Hairova, 52, thought her grey cat Karim would find the change too upsetting so she asked neighbours to take him in.She even left his favourite chair, cushion and food bowls behind in Gulistan, Uzbekistan, so he would feel at home.But two years later she found her bedraggled, starving pet waiting on her doorstep at her new home in Liska, Russia."I knew he had disappeared from my neighbours' home a few days after we left which was very sad but we never heard another word about him," she said."Then I was walking along the road and I saw this cat which seemed to be waiting for me. When I go closer I saw it was Karim - thin, and in very poor condition but it was him.="He is very happy now and so are we. I've no idea how he found us but I'm very glad he did."Ravila's husband Lev Kondratyev, 46, said: "He looks like he used up all of his nine lives to get to us - but it's definitely him."There are certain marks on his body including a scar on his tail when it was caught in the door that show us he is 100 per cent our Karim - and he obviously recognised us as well."
 Karim the cat survives 2,000 miles journey to find his family
 When Ravila Hairova had to move she thought her cat, Karim, wouldn't be able to handle the dramatic change, so she left him with her neighbors. Two years later, as she returned home from work, she found the cat sitting on her doorstep waiting for her, The Sun reports.Hairova had made sure to leave the cat's favorites items behind for him, including his favorite chair and food bowls. But a few days after she arrived at her new home and called her neighbors to see how he was doing, she was told he had run away. At that point she assumed she would never see him again."I knew he had disappeared from my neighbours' home a few days after we left which was very sad but we never heard another word about him," she told the news provider.Karim travelled from Uzbekistan to Russia, crossing three state borders, and found his owners once again. He looked frail and malnourished, but was in good spirits."He is very happy now and so are we. I've no idea how he found us but I'm very glad he did," she said to the news source.The Humane Society of the United States (HSUS) has a few tips for pet owners who plan on travelling with their pets inside the country and beyond.Many countries have specific rules regarding the entrance of pets from outside, so it is recommended that owners familiarize themselves with the specific country's laws and rules by researching on the internet or contacting the particular country's embassy.Some countries may require documentation showing the animal has had all of the proper vaccinations before entering the country, so it best to prepare a few a months in advance to avoid any last minute disruptions in the travel plans.

saifulfromslim


Pinggan untuk Ayah

Sedih! Nasib Seorang Ayah Bersama Pinggannya


Sedih! Nasib Seorang Ayah Bersama Pinggannya | Semasa kita kecil, kita mesti memasang cita-cita untuk menjaga ayah dan ibu ketika besar nanti. Namun semua itu hanya impian. Hakikatnya tidak semua orang mampu melakukannya. Jika ada pun, adakalanya merungut. Ibu bapa boleh menjaga sepuluh orang anak, anak belum tentu boleh menjaga kedua-dua ibu bapanya. Itulah perbandingan yang boleh dilakukan. KisahBest.My percaya ibu bapa di luar sana memerlukan kasih sayang daripada anak-anaknya. Kisah yang ingin dipaparkan ini berkisar tentang nasib seorang ayah bersama pinggannya.

Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat kekok menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.

Prannnnngggggg … !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.

“Esok ayah tak boleh makan bersama kita,” Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik.

Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.

Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik:”Miah… buruk benar layanan anak kita pada abang.”

Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.

“Oh! Ya…” bisiknya.Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.

“Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama,” kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.

“Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni,” kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.

Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk,” kata Viva.

Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.

“Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?” kata Viva pada ayahnya selepas makan.

Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.


Moral: Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita. Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti. Jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan!


saifulfromslim

06 June 2013

KISAH BENAR - ISTERI SOLEHAH

KISAH BENAR - ISTERI SOLEHAH


Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma,beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya.

Beliau agak kebingungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu.

Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya.

Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.

Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi.

Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat "Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya....

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu.

Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.

Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya kalaupun dia mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu.

Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.

Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.


saifulfromslim

02 June 2013

PETITION pada SPR


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurang-kurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).Petisyen itu bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang memihak kepada pembangkang.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua petisyen itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum tarikh akhir 11 Jun ini, iaitu 21 hari selepas keputusan PRU13 diwartakan.Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tertinggi (MT) UMNO selepas PRU13 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan PKR akan memfailkan 27 petisyen terhadap keputusan PRU13 di mahkamah setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan pilihan raya 5 Mei, lalu.
Naib Presiden PKR Tian Chua hari ini berkata petisyen itu, yang melibatkan keputusan PRU13 secara umum serta beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), akan difailkan dalam masa terdekat."Kita akan mengkordinasikan proses memfailkan petisyen itu dengan anggota pakatan kita yang lain, DAP dan PAS," katanya.

Manakala PAS pula dilaporkan akan memfailkan 20 petisyen dan bantahan berhubung keputusan pilihan raya umum berkenaan.
Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata petisyen dan bantahan itu melibatkan beberapa kawasan Parlimen seperti Kuala Selangor di Selangor dan DUN di Perak, Terengganu dan negeri lain.


“Jawatankuasa khas yang kita tubuhkan sebelum ini telah meneliti maklumat-maklumat yang membawa kepada petisyen dan bantahan itu. Setakat hasil perbincangan kita, itulah (20 petisyen) yang akan kita hantar tidak lama lagi.Mungkin akan meningkat atau menurun (jumlah bantahan). Ini akan dimuktamadkan nanti,” katanya.


Yang aku tak faham....

dulu yakin diorang akan menang dan mentadbir negara kerana ada 27 petisyen PR nak buat, Skrg BN nak 50 petisyen pd SPR. Boleh ke PR menang dan membentuk kerajaan? Tu le ingat kamu je yg akan buat petisyen dan terlupa orang lain jg layak dan dibolehkan. Bila BN buat, mula le salahkan kenyataan Zahid yg surah rakyat pindah negara luar jk tak boleh terime keputusan PRU kendalian SPR. Kalau aku kate diorang pembangkang bodoh piang, marah le pulak. Yang Zahid maksud dgn tak terima keputusan ialah sebelum keputusan diwartakan secara rasmi dah mula bantah...himpun 505 le, nak bawa ke jalanraya dn mcm2 lagi le. Takkan itu pun tak faham. Jika buat bantahan menerusi PETITION pada SPR, itu bermaksud menerima keputusan dan mengguna akta dan ordinan yg ada pada SPR, sangat digalakan jk ingin buat bantahan. Bantahan petition bukan bererti menolak keputusan PRU. Tp bererti menerima keputusan dan akan menerima keputusan mahkamah dari hasil petition yang dibuat samada menang atau kalah.


saifulfromslim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...