my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

05 January 2013

Pengadilan dimahkamah yang sungguh adil telah berlaku. Aku salute hakim nie


Pengadilan dimahkamah yang sungguh adil telah berlaku. Aku salute hakim nie

Adakalanya kita menjadi tertanya-tanya adakah hukuman yang dijatuhkan pada pesalah adil dan tiada peruntukan untuk kita pertikaikan? Cuba baca sejenak cerita berkaitan satu penghakiman yang berlaku disebuah mahkamah dimana pertuduhan pada seorang nenek yang mencuri ubi kayu. Aku sangat tertarik dan tersentuh pada kebijaksanaan seorang hakim yang bernama Marzuki. Yang jelas perkara serupa ini nampak seolah-olah  hanya satu situasi mahkamah dan penghakiman yang melibatkan persoalan biasa dan tidak berprofil tinggi pun. Disebalik kisah ini ada satu pengajaran yang jelas bahawa seorang hakim pada kes bertindak mengikut lunas undang-undang yang tepat disamping dengan hukumannya itu timbul satu pengajaran yang sungguh mengkagumkan pada seluruh yang ada dimahkamah berkenaan. Aku salute...tabik spring pada tuan hakim Marzuki ini....
  
Nenek ini dituduh mencuri ubi kayu dan didenda Rp 1 juta (RM350) atau penjara 2 setengah tahun......
                         

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.


saifulfromslim.blogspot.com

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...