Undi Rosak, Hak untuk Protest, harus dibenar sebab Malaysia adalah negara demokrasi
Terpegun aku mendengar cerita seorang sahabat lama yang menceritekan pada aku, cara dia mengundi DUN Kota Kinabalu dan Parliment Api-Api, dia pernah berkhidmat di KK Sabah sebagai pegawai persekutuan disana dan kini berkhidmat di Putrajaya. Masa di KK dua parti dipertandingkan DAP dan LDP(BN) masa itu. Dia kate pada aspek dasar parti dia awal2 lagi dah tolak DAP....dan BN dia suke dibandingkan dgn DAP tp wakil LDP pulak dia tak setuju pada aspek kemampuan sebagai pemimpin, jad1 dia protest dgn pangkah kedua2nya. Undi rosak...pilihannya sbg protestor disitu. Dia nie orang Slim, dan undi di DUN slim, Dia kate pada dasarnya dia suke UMNO kerana dirinya banyak dibantu oleh kjaan pada pengajian hingga dapat jawatan ke peringkat Jusa C, tapi tak setuju dengan wakilnya kat cni. PAS pula bagi nya orang melayu yg turut bertanding tapi baginya calonnya baik tahap biase je tapi tidak menyetujui dasar sebenar parti berkenaan. Dia mengaku dia turut protest pd kedua2nya dengan membuat tanda / (right) pd kedua-dua calon pada election 2008. Aku hormat hak dia, sebab ini negara demokrasi.
Mengapa aku terpegun ceritenya? Sebab aku jg pernah mengambil langkah yg sama. Pernah memprotes undi di Parliment Elopura disana bila pertandingan antara PBS(wakil cina) dan DAP dengan buat tanda X pd kedua2 calon, 1996 balik ke Slim bertugas kat sini, sempat mengundi 2 kali. PRU pertama sejak pertama aku balik ke sini aku sokong calun BN diperingkat DUN dan Parlimen. Tp untuk election 2008, tak pernah wakil DUN dari BN datang jejalan area aku tinggal and jika terserempak pun macam tak kisah je dia nie..tp wakil MCA ada juga jengok2 sekali 2 dan jika berjumpa, dia pasti tegur aku, macam je kenal aku, sebenarnya aku tahu dia tak kenal pun...tapi orang nie main tegur je. Dia tipu ke, jujur ke....itu aku tak tahu. Wakil PAS memang le melayu dan agama Islam tapi kelibat rupenya pun aku tak kenal...tapi tau le dia seorang ustaz. Sekali lagi diperingkat DUN aku buat undi protest dan peringkat parliment aku mengundi ikut sistem yg betul.
Salah ke aku buat protest? Ini negara demokrasi hak kita bebas, nak pilih siape je, nak protest dan sebagainya.
Untuk PRU, 2013 aku akan mengundi tapi jika dulu hanya aku dan isteri je mengundi, tapi kali nie, 3 orang anak dah layak mengundi. Maka ada lima undi dari keluarga aku diterjemahkan sokongan kami di DUN slim dan Parliment Tanjung Malim tahun 2013 ini. Aku sebagai bapa sendiri mendaftar anak-anak aku sebaik aje cukup umur kelayakan, yg pertama 24 thun, kedua 22 tahun dan sorang lagi tepat 21 tahun. Yang baiknya dan hebat SPR kali ini ialah, terus terdaftar pd senarai pemilihan dengan cepat sebaik aje kite mendaftar khusus pada kes anak aku yang ketiga nie. Aku salute kecekapan SPR kali ini. Macam mana pun aku tak pernah mempegaruhi isteri dan anak-anak aku nak undi apa, terserah pada mereka. Biar mereka berfikir secara rasional sebab aku mahu kebebasan untuk mereka berfikir dan bebas buat keputusan mengikut kebijaksanaan mereka dan sentiasa menghormati hak mereka untuk pilih sape je.
Berdasar perkara diatas yg aku papar kat FB juga cuba lihat satu dua komen ini:
- Zahanudin Harahap Undi protes spt ini la yg memenangkan PKR di DUN Slim 2008 dulu..sayapun masih kekal pengundi DUN Slim...
- Zahanudin Harahap Sorry...saya kekal dari dulu hingga sekarang sebagai pengundi DUN Behrang, bukan Slim...
- Saiful Anuar Safian 2008 Dun slim dimenangi oleh Bn, sebenarnya aku hny nak jelaskan ade 2 kriteria pengundi, iaitu menggundi berdasar parti mmg betul, tetapi di teliti pula oleh orang golongan ini kemampuan calon itu sendiri dlm kerajinan pengendalian kerja dan keiklasan serta kejujuran. Rasenya pucuk pimpinan semua parti politik termasuk BN mmg sedia tahu corak pengundi begini dan merestuinya kriteria pengundi mcm ini, sb itu mereka mahu winnable candidates. Jk ramai wakil rakyat yang angkuh dan tak menjln kerja serta tanggungjawab secara jujur maka parti sekukuh mn pun akan hancur lebur....aku tuju khusus pada wakil2 rakyat untuk setia pd parti untuk jangkamasa panjang dgn cara iklas dan bekerja untuk pengundi setempat. jangan pilih bulu sebab andalah punca kejatuhan sesuatu pertubuhan politik walau pun asasnya ianya satu parti yang baik dari aspek perjuangan.
- Saiful Anuar Safian secara kasar nampak mcm aku menentang krjaan sedia ada, tp jika dibelek kedua kali, baru jelas bahawa aku suke pd parti yng mmg unggul dari termusnah hny kerana perlakuan oleh law makers atau wakil rakyat yang kadang kala terlupa akan tanggungjawab. Hny sedikit calitan bahasa agar mereka sedar dan terus bangun untuk menjaga pertubuhan yg byk membantu rakyat sejak merdeka lagi
saIFULfromslim
No comments:
Post a Comment