my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

05 July 2014

Mohd Hafizul, BFSU, Beijing China Commencement 2014 / Majlis Konvokesyen/Graduasi BFSU Beijing, China 2014

Mohd Hafizul, BFSU, Beijing China Commencement Ceremony 2014 

Majlis Konvokesyen/Graduasi BFSU Beijing, China 2014, Fizul.



Salam buat semua, aku ada lima orang anak. Empat Perempuan dan satu lelaki. Mohd Hafizul anak ketiga dalam keluarga. Habis tingkatan 5 selepas keputusan SPM dia dapat tawaran ke Matrikulasi Pulau Pinang dalam jurusan sains. Dia turut menerima tawaran daripada UITM diploma kejuruteraan Elektrik. Aku ikut kemahuannya untuk ke UITM dan belajarlah dia disitu sekitar akhir Mei tahun 2009. Jika ikut aku sebagai bapa mahu saja dia ke Matrikulasi. Tapi sebagai seorang bapa aku turut saja kemahuan anak-anak. Dia juga mohon IPG ( dulu dipanggil Maktab Perguruan). Keputusan IPG belum diterima ketika itu. Selang sebulan lebih dia dapat panggilan dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melanjutkan program perguruan luar negara. Program ini dipanggil Program Perguruan PPC (Program Pelajar Cemerlang) luar negara tajaan unit Latihan Guru KPM. Aku tak berani buat keputusan kerana anak aku tiada asas pada bidang yang ditawarkan. Dia ditawarkan untuk kursus Foundation ( setahun ) dan jika lulus akan meneruskan ke Degree in Chinese Language and Literature Hons selamat 4 tahun. Ini bermakna dia akan belajar disana selama 5 tahun. Aku talipon Fizul dan beritahu tentang tawaran ini. Dia setuju untuk tawaran daripada KPM.

Mula dia terpaksa menerima latihan BTN selama seminggu lebih dan seterusnya membuat perjanjian untuk berkhidmat dengan kerajaan selama 5 tahun samaada di Kementerian Pendidikan atau Kementerian Luar. Jadi pada pada pertengahan September 2009 dia pun berlepas ke Beijing China untuk belajar di Beijing Foreign Studies University tempat pusat pengajian yang ditawarkan.
Pada Jun 2010 dia lulus kursus persediaan (Foundation) dan meneruskan pengajian keperingkat Ijazah.

Pada 26hb Jun 2014 baru-baru ini dia telah mencapai kejayaan dengan memperolehi 1st Degree in Chinese Language and Literature Hons dari Beijing Foreign Language Universiti Beijing China. Aku sebagai bapa dan juga ibunya serta semua ahli keluarganya mengucapkan tahniah di atas kejayaannya




Gambar sekitar: Mohd Hafizul, BFSU, Beijing China Commencement Ceremony 2014 
Majlis Konvokesyen/Graduasi BFSU Beijing, China 2014, Fizul.
















saifulfromslim.blogspot.com
saiful D RIVERIAN

1 comment:

  1. Salam.lepas nih dia sambung ipg ya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...