Trajidi kehilangan MH 370 berlaku sebagai satu insiden yang paling sukar yang pernah terjadi di dunia. Ianya begitu misteri dan pelbagai teori berdasar penyelidikkan yang tercanggih telah digunakan untuk merungkai pencarian ini, tetapi ianya masih menjadi tandatanya yang belum terjawab. PM Datuk Seri Najib telah membuat pengumuman rasmi, MH 370 telah mengakhiri perjalanannya di Lautan Hindi, namun hingga saat aku menulis ini, ianya masih menjadi misteri pada operasi yang belum menemu apa-apa petunjuk yang benar-benar jelas. Aku kagum dengan usaha kerajaan Malaysia pada kesungguhan pada operasi pencarian dan penyelamat ini. Pelbagai pandangan dan spekulasi dibuat berkaitan kehilangan MH 370 ini. Bagi diri aku, aku rasa begitu kecil dan kerdil untuk membuat tanggapan atau memberi pendapat berkaitan perkara ini. Sebab itu aku mengambil keputusan:
Walau bagaimana pun aku terpanggil untuk memaparkan satu MIMPI seseorang hanya sebagai renungan kita. Walau pun ianya hanya sesuatu mimpi aku amat tertarik skop penceritaanya yang agak unik. Walaubagaimana pun segala-galanya adalah ketentuan Allah swt, yang pasti ada iktibar dan ujian untuk kita para hambanya jadikan sebagai petunjuk dalam penghidupan diakhir zaman ini.
Cerita mimpi itu begini:
Ustaz Mimpi Punca Pesawat MH370 Jatuh Ke Lautan Hindi | Ikuti pengalaman Ustan Manzil
bermimpi MH370. Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana
ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama
saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah
kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah
sihir. Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si
Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang
bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita,
saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.
Lapar pulak
perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di
luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4
pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena
sebaik saja kepala menghempas bantal.
Sebelum
tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan
seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu
untukku/pesakitku/penyakitku/apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu
saya terniat MH37O……
Saya melihat
2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu
lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur.
Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat
saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah
pesawat persendirian.
Kedua-dua
kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya
berbatu-batu besar.Saya kira
pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya
untuk didiami..
Saya
kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari
ruang penumpang,saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk
masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan.
Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan
berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil
ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak
beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.
Saya
berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten
kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba
memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto.
Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.
Tiba-tiba,
saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara
mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng
pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam,
kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.
“You don’t ever try to change the route. There are no
chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you
done inside”
Pemandangan
saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di
awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu
namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi
melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan
MH370.
Kemudian, ruang
air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang
MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor
pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam
ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang
dari pandangan.
Pesawat yang
satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di
situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja
air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan
air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.
Saya tidak
tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis
air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur…
Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.
Saya
berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua
penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan
keselamatan mereka. Amin. – USTAZ DARUL MANZIL
No comments:
Post a Comment