my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

29 October 2012

BRIM punye cerite ....

Ini cerita betul...kat sekolah tempat aKU ngajar, ade sorang kakitangan bkan mengajar nie asyik kutuk BRIM kononnya, rasuah BN dan mcm2 lagi tp yang pasti asyik negatif je. Aku teringat kate-katenya, alahai pasal 500 hinggit ape ada... 
Masa kawan-kawan lain ambil borang kat Pej Umno....dia perli member2 nie kononnya mcm dah tak cukup makan.

Setelah tiga bulan:

Ada sebahagian dah terima warrant 500 hinggit nie. Dia le orang yang paling tak senang duduk sb kate dia belum dapat lagi...dan kjaan nie mmg tak guna...asyik nak tipu rakyat je. Tapi ada seorang sahabat kate dia dah dapat le minggu lepas kerana sama-sama tunai warraNt 500 tu kat maybank slim.

Tgk le orang nie...cukup aku tak faham sebab:
i. kate rasuah tp sapu jgk..
ii. perli org mcm tak cukup makan masa pegi ambil borang...tp dia sendiri mesti ambil borang awal2 jk tidak tak kan dia dapat pada edaran 500 peringkat awal2 lgi
iii. dah dapat 500 hinggit tp mengaku pulak tak dapat dan sanggup kate kjaan tak guna.

Rasenya golongan orang mcm nie...boleh ke tak kite percaya...jk cerite hukum halal haram mmg dia le mcm yang paling alim dimuka bumi nie. Apa pendapt anda...hihihi

saifulfromslim

untuk nie aku perlu komen anda...hahaha

28 October 2012

Ape yang tidak diketahui oleh orang islam di Malaysia pasal Tun Mahathir nie. Baca dan lepas tu anda TAHU LE....


TAHUKAH ANDA
Tun Mahathir walk out from ka'bah
tun mahathir n yasser arafat

1) Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia. 

2) Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir. 

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia. 

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine. 

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis. 

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat. 

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia. 

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2. 

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH. 

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia. 

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya.. 

Siapa dia? Ya... dia lah... 

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia . 



my comment: saifulfromslim.blogspot
Aku terbaca satu blog...dan rasenya perlu aku catatkan juga perkara ini untuk blog aku sebagai simpanan dan bacaan saudara-saudara seagama dengan aku...pasal...TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD ini.

Cara mendaftar Kad Komuter 1 M / To Register Komuter 1M Card



To Registered
Get the Registration form from any KOMUTER stations,
KL Sentral, Tg Malim, Kepong Central, Bangi, Sg Gudut, Sentul or Subang Jaya.

Bring along your IC and a copy of your IC/MyKad with the completed form. Registration fees: RM1 only

You will get your KOMUTER 1 Malaysia card instantly.
If lost...a penalty of RM 5 

Untuk Mendaftar:
Dapatkan borang pendaftaran dari mana-mana stesyen,
KL Central, Tg Malim, Kepong Central, Bangi, Sg Gudut,
Sentul atau Subang Jaya

Bawa bersama K/P dan salinan K/PMyKad bersama borang yang telah siap diisi. Bayaran Pendaftaran: RM 1 saja

Anda akan dapat kad KOMUTER 1 Malaysia serta merta.
Jk hilang denda RM 5 dikenakan

ATTENTION/PERINGATAN
SLIP GAJI / PAY SLIP - TAK DIPERLUKAN / NOT NECESSARY 

saifulfromslim

25 October 2012

Happy Eid al-Adha 2012 /1433


Happy Eid al-Adha: The Festival of Sacrifice
Eid al-Adha is one of two Islamic Eid festivals that Muslims celebrate, the origin of which comes from the Quran. Also known as Hari Raya Haji, Hari Raya
Qurban, or the Festival of Sacrifice, the Eid al-Adha is one of the several religious festivals celebrated by Muslims all over the world. Here, the Muslim community commemorates God? The forgiveness of Ibrahim,, from his promise to sacrifice his own son Ismaill as commanded by Allah s.w.t.

to all muslim's frenz
From Saiful Anuar Safian n family
10th of Zulhiijjah 1433H
Noratiqah Fasya Saiful Anuar Graduation day at MRSM Pasir Salak is finally here .......

        
My wishes to Noratiqah Fasya





Main Banner in the Graduation Hall of MRSM Pasir Salak - Kampung Gajah Perak


                         My Iqah


                                           iqaH n kakak-kakak Pina & Epa
                                           
                                            Iqah n Kakak  & Frenz
                           Iqah n friends
Noratiqah Fasya Saiful Anuar Graduation day at MRSM Pasir
Salak is finally here, …….

        Your Day Has Arrived to sit for ur SPM
Graduation day at MRSM Pasir Salak is finally here,
And so now ends your high school career.
Always remember the friends you hold dear,
And look toward your future without any fear.
This is the day you've been preparing for your final SPM 2012
Since the day you walked through that first classroom door.
Now it is time to say good-bye,
And spread your wings - you're ready to fly.
So shed a tear and share a smile,
And be sure to remember all the while,
That although it may now be time to move on,
Today's memories will last your whole life long.
Please remember after gaining your final high school Certificate SPM
Dare to jump into your future with enthusiasm.
Dare to place no limits on what you hope to accomplish.
Dare to dream big and realize it's not just a cliché.
Dare to bring excellence to everything you do.
From Abah, Mak and all your family’s members
           saifulfromslim.blogspot.com






21 October 2012

Cerita ulangan dari aku kembali lagi dalam senario politik sebelum PRU ke 13:

Cerita ulangan dari aku kembali lagi dalam senario politik sebelum PRU ke 13:

SAPE PUN BOLEH JD WAKIL RAKYAT KALAU MACAM TU....

Pilihanraya ke 12 telah berlalu sejak 21 mac 2008. Mcam-macam berlaku...Parti BN terduduk....Parti pembangkang gelak bagai nak gile. Rakyat malaysia mula meraikan kemenangan parti kegemaran mereka. Ada yang hepi bagai nak rak....ada yang sedih macm dah berlaku bencana. Orang Melayu sebelah pantai timur sronok kerana pas menang...Orang Cina seronok sgt kerana Perak dan Selangor dah jd milik PKR....dan terus menjadi kemegahan orang pas bila wakil pas jadi MB Perak...Orang India pun hepi bagai nak gila bila banyaK wakil rakyat di perak adalah dr kaum india. Di penang orang Cina malam-malam lagi lepas menang terus ke KOMTAR nak jadi Ketua Menteri....orang Cina sangat gembira....bak kate orang hepi sesangat. Di Kedah orang melayu pun turut hepi..kerana pas memerintah... yahoooo...bagus le tu... BN pun hepi jugak kerana masih memerintah tapi ada yang menangis hiba kerana tak sangka akan kalah....Di sabah sarawak semua mcm biasa....orang malaya gelak kerana sabah dan sarawak tak berani berubah mcm semenanjung...Semua bangsa dimalaysia hepi...melayu, cina, india dan benggali singh pun gembira kerana mereka telah menang. Tv dan radio mengulas kerajaan harus insaf kerana tsunami politik berlaku di malaysia... Aku pun turut hepi aje lah... Apa tak hepi lepas ni semua akan ok...harga barang, kerja-kerja wakil rakyat yang bijak akan banyak memberi manafaat pada kita...Semua masjid penuh dengan acara kesyukuran begitu juga dengan kuil dan rumah-rumah ibadat yang lain turut membuat sembahyang kemenangan. Lepas tu mula lah.... wakil rakyat menyalahkan kerajaan terdahulu konon korrupt...rasuah le kalau tak faham. Di perak MB bagus sekali...bejalan seluruh masjid kat perak...MB selangor di puji dik semua orang kerana selalu mengupas akan penyelewengan. Wakil rakyat BN dah tak sombong lagi...kalau jumpe mesti angkat tangan dan kalau boleh mesti salam dengan semua orang. Alhamdulillah kalau semua dah ok...Golongan ulamak, orang Cina, orang india dah bersatu....bagus lah

Tibe je berlaku rampasan kuasa kat perak kate pkr...kate dap...kate pas....BN pula mengatakan ahli wakil rakyat BN melebihi PKR dan wajar jadi pemerintah....Mula lah hari-hari bergaduh menyalah orang itu dan orang ini...Macam-macam le sampai ada persidangan bawah pokok...wakil rakyat bergaduh kat dewan undangan negeri...yang kena heret le dan macam2. Di selangor pun macam2 ada yg tuduh MB baru rasuah le...tuduh PM bunuh orang le....Aku pun pening....Tibe ada cerita wakil rakyat perempuan ada skandal....betul ke idak aku tak tahu...ada wakil rakyat gigit tangan polis le...Ini di Selangor le...Di kedah lain pulak cerite nya...tapi tak le seteruk perak dan selangor ni...Tibe pada bulan ogos ada cerite konon ketua umum pembangkang akan jadi pm....ok le tu kalau betul....Bn pun same khususnya umno nak pm sedia ada berundur....dan ini betul-betul berlaku...Tapi sebelum nak jadi kecoh lah sana sini...

Dekat parlimen banyak orang melayu, cina dan india suka kerana semua wakil mereka bersuara. Bising kat parlimen dah macam kandang lembu.. rakyat malaysia suke kerana wakil mereka bersuara...Tp satu, macam2 wakil rakyat ni buat, menjerit, mengherdik dan ada yang berbahasa kesat....sungguh memalukan...Masa tu ada satu dua wakil rakyat BN pun menghina bekas PM...Dr Mahathir...sungguh menghairankan...dulu bagai nak gile punye hormat....aku betul2 tak faham...

Apa semua ni....Wakil rakyat Malaysia boleh kita kata lebih kurang mcm habuk pun tarak..Yang YB ni ada juga yg baik tapi yg byk main politik je ...yang melayu pun sama, cina pun sama, india pun sama asyik main politik aje. Pergi buat kerja lagi baik le....Jangan asyik main politik je...Kalau macam ini le wakil rakyat semua orang boleh jadi wakil rakyat. Si dollah jual apam balik pun boleh jadi wakil rakyat...dia pandai bercakap macam yb2 semua. 
Si..Ah Seng mekanik pun boleh jadi wakil rakyat kalau macam tu... dan si maniam drebar pun boleh jadi wakil rakyat kalau wakil rakyat yang ada asyik main politik je. hoi wakil-wakil rakyat semua tak kira le dari bn , keadilan, dap atau pas....dah lah tu...bagus balik pkir baik2 buat kerja kuat untuk negara... jangan lagi asyik main politik sampai habuk pun tarak...

Kalau gini lah...sape pun boleh jadi wakil rakyat....
Sekarang konon nak ada pilihanraya ke 13 pula....Ingat lah ....baik buat kerja daripada main politik kosong je...kesian dengan rakyat malaysia yang mahukan kemajuan bukan permainan politik anda...
iklas dari aku

-Saiful Anuar Safian-

20 October 2012

surat aku untuk BOss


Sebenor nya aku copy surat nie...sebab aku suke sangat kandungan isi surat nie HAHAHA
-saifulfromslim-

17 October 2012

Syafina Graduation Convocation-A wish from Abah & Mak


A wish from Abah & Mak in conjunction for Syafina Fasya Saiful Anuar     Graduation Convocation ceremony at UPM in the 36th Convocation  Ceremony held at the Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Cultural and Arts Centre Universiti Putra Malaysia on 14th October 2012 (Sunday)






I'm proud of you Syafina Fasya. Best of luck for your future! Happy Graduation Day!

Duties and responsibilities go hand in hand. It's time to take even more responsible decisions. You're a Graduate! Happy Graduation Day!

Responsibilities are your thing now. 

You're a graduate!
All the best!


May you have an awesome future.

Congratulations to our little graduate. No matter where you go or how successful you become, never lose faith in God. Always be humble. Your parents always think about you


Congratulations to our little graduate. No matter where you go or how successful you become, never lose faith in God. Always be humble. Your parents always think about you


You can achieve whatever you want in life. All you got to do is believe that you can. We believe in you. Happy Graduation day.

You can achieve whatever you want in life. All you got to do is believe that you can. We believe in you. Happy Graduation day.


We still remember the first day of your school at SK Sungai Anib 1, Sandakan. On that day, we were nervous to send you away from us. It still feels like that same day is back again. We feel nervous yet again, as you face the world by yourself. But, one thing is common yesterday and even today. Deep inside we always know that you would emerge as a winner. Best of luck.


Your future is bright. For all the times of late night studies, lack of sleep, sacrifice of enjoyment and happy hour with tv, your reward is here. Congratulations to our beloved child who has emerged victorious.


Congrats Graduate! Your parents – Abah and Mak are so proud of you.
Right from when you were a little kid and till today, you have only given us reasons to hold out heads up in pride. We are so lucky to have you in our life. Congratulations and best of luck for a successful career.


Congratulations, my dearest on being a graduate. As for your future is concerned, we're sure you are going to make it a successful one with your intelligence.


You have worked so hard, my child. It is time to celebrate your graduation. You have made us all very proud. Best of luck for your future.


Congratulations to our dearest child. You are a graduate now. As for your future is concerned, aim for the stars because for a born fighter only the sky is the limit.


Congratulations to you. Just remember, your studies might be over. But, the process of learning will never end. Happy Graduation to you.


We are so proud that you are a graduate now. Congratulations dear.


Congrats! Your hard work has won you the success. You are a graduate. You have done us proud.
Congratulations my child, you are a graduate now. We are proud parents.

Congratulations to my little child who has finally grown up. You are a graduate now and mature enough to take responsibilities.

Now that you are a graduate, use your freedom wisely. We are already so proud of you. Congratulations

From Abah & Mak
Slim River
14th October 2012




10 October 2012

AES, Saman Trafik betul ke Nak dilaksanakan…Bab ini ikut negara maju tapi bab yang berkaitan dengannya ..nape tak ikut?


AES  mula diperkenalkan 23 September 2012 baru-baru ini. Ianya dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik atau dalam bahasa orang putih Automated Enforcement System. Kata lain camera yang dipasang kekal ditepi jalan-jalanraya untuk merakam gambar dengan lebih tepat dan sukar dipertikaikan. Ikut cerita kononnya nak mengurangkan accident pada kawasan-kawasan tertentu. Betul ke itu sebabnya? atau ada benda-benda lain atau tujuan-tujuan lain yang bersifat tersembunyi pada perancangan pemasangannya. Tengok je sejak 23 september 2012 hingga kini 9 oktober 2012 baru sebulan lebih sikit je bilangan pesalah trafik yang dikesan dan sampai 63,558. Cuba bayangkan jika setahun berapa banyak kesalahan pulak tercapai dari aspek figure kesalahan dan saman yang akan dikeluarkan. Mengapa tetibe je benda Allah nie dikeluarkan. Kadang-kadang aku fikir jugak adakah ini akan dijadikan macam mesin pengutip duit pada pemandu-pemandu tak kiralah dari golongan kaya, sedarhana, dan miskin. Dijalan lama KL- Ipoh pun dipasang. Macam dekat Sungkai dipasang dekat kawasan perumahan estet Sg Kruit. Betul ke kawasan tu banyak accident atau kerana itu kawasan had laju maka mudah le pemandu kena saman. Rasenya Lepas PRU ke 13 confirm berderet surat  saman dikeluarkan. Tak kan kerana banyak dah keluar, BRIM, Wang Buku budak sekolah dan mahasiswa, BRIM remaja, Gaji BaRU, Bonus kakitangan awam, laptop free dan macam-macam bonus dah bagi maka mula le ada akai lain pulak cara nak pekena rakyat awam balik agar dapat pulangan balik daripada apa yang mereka dah diperolehi. Aku nie bukan le menuduh yang bukan-bukan tp berdasar statistic dalam tempoh sebulan je 63,558 orang pesalah jalanraya dah terkumpul. Yang paling mudah dan banyak confirm kerana melebihi had laju. Pesalah lampu isyarat pun rasenya tak gitu banyak..kerana ramai pemandu 99% mematuhinya lampu trafik nie melainkan kerana tersilap tanpa sengaja dan kadang-kadang tersilap antara perubahan hijau ke kuning dan ke merah dengan bukan kerana niat nak langgar peraturan. Kelajuan memang diakui. Kadang-kadang untuk dapatkan kelajuan diparas 60kmsj atau 80kmsj menjadi kesukaran bagi seorang pemandu biasa dan bukan professional…masa nie le perangkap  AES akan free-free atau kata lain dengan mudah menjadikan pemandu jenis ini sebagai mangsa pesalah trafik. Mereka melaku kesalahan tetapi seolah-seolah mereka ini dinafikan untuk membuat rayuan atau pembelaan. Mereka malas ke mahkamah kerana masalah masa, kewangan dan lain-lain faktor yang begitu menyusahkan untuk mendapat pembelaan. Mereka akan bayar saman dengan tidak ada keredhaan dan marah pada badan penguatkuasa berkenaan dan sekaligus dengan kerajaan. Di Negara maju termasuk Singapura perkara penguatkuasaan memang dah sedia ada dan mereka dah boleh terima kerana faktor hidup mereka yang mampu. Di Malaysia nie, perkara saman ini memang membebankan masyarakat awam. Di Singapura orang awam berpendapatan sederhana malah tinggi pun suka menggunakan pengangkutan awam dan begitu juga di semua negara maju seperti Eropah dan Amerika mengguna pengangkutan awam pada kadar yang besar melebihi pemanduan sendiri. Jadi masalah saman ini tak begitu dirasai disana. Bukan nak hina Negara Malaysia nie tapi tengok aje le pengangkutan awam yang ada. Diluar bandar jadual perjalanan kadang-kadang sejam hinga kadang mencecah 4  jam. Negara maju dalam kadar 15 minit  jadual perjalanan dengan kondisi pengankutan 1st class. Jadi orang Malaysia terpaksa naik kenderaan sendiri kerana tiada kemudahan pengangkutan awam yang efisyen, malah kadang-kadang dibawah paras yang sungguh mendukacitakan. Tak adil le kerajaan guna system AES mengikut cara negara maju tapi kemudahan pengangkutan masih ditahap yang sungguh rendah kecuali di Kuala Lumpur dan satu dua bandar besar  je. Dah le tue pasang AES secara keseluruhan termasuk area yang takde pengangkutan awam samasekali atau system pengangkutan awam yang dibawah paras sedehana. Patutnya AES hanya digunakan di bandar besar, itu pun bukan meyeluruh kerana system pengangkutan awam masih bukan pilihan orang Malaysia. Jangan kata orang  Malaysia tak suke guna pengangkutan awam tapi rase-rasenya kerajaan sendiri  pun tahu mengapa mereka tak mahu naik.. Dah le… lupakan je cara mengutip hasil dengan cara penginayaan..tak baik tau. Jadikan negara nie betul-betul bertaraf maju..lepas baru le fikir nak guna AES nie. Bila rakyat marahkan kerajaan baru tau. Tengok pemimpin pembangkang dah jadikan ini sebagai isu. Jangan kate itu isu politik je. Sebenarnya itu adalah satu 5 star  punya tindakan serta isu untuk membela rakyat. Malah ada ramai pemimpin-pemimpin dari kerajaan pun tak berapa setuju pada system AES nie tapi tak berani sangat buat tentangan secara terang kerana melanggar prinsip parti dan sebagainya. Pada Kerajaan khusus Perdana Menteri sepatutnya harus melihat perkara ini semula dan tak payah le dilaksanakan untuk tempoh 10 tahun ini. Tunggu aje bila kita dah jadi negara maju dan ada infrastruktor setanding dengan negara maju baru lew fikir pasal AES, saman dan sebagainya. Buat je penguatkuasaan secara biasa macam dulu-dulu dah le. Semua orang boleh terima…
Catatan - saifulfromslim

BACA TENTANG ISU AES ini…

KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengesan pesalah lalu lintas kerana mendakwa ia membebankan pengguna jalan raya.

Perkara itu pada mulanya dibangkitkan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat, yang berpendapat sistem penguatkuasaan itu sepatutnya masih dalam tempoh percubaan.
"Kita tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya. Kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap atau untuk mengaut keuntungan," katanya.

AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.

Fasa pertama pelaksanaan AES mulai 23 September lalu mengenal pasti 63,558 pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) ketika mencelah berharap kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES.

"Sebelum ini sudah tiga kali tangguh tapi bila dilaksanakan kita lihat lebih kepada membebankan rakyat. Kalau boleh kita harap kerajaan dapat turut mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini," katanya.
Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pula mencadangkan lebih banyak papan tanda amaran diletakkan di lokasi AES supaya pengguna jalan raya lebih berhati-hati.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang bangun menyokong, mahu kelemahan pelaksanaan AES dikaji semula supaya ia tidak memberi tekanan kepada pemandu.

We reported earlier that the full complement of 831 Automated Enforcement System (AES) cameras will be up and running in 18 months from now, with the cams set to be deployed in stages. The Road Transport Department (JPJ) has actually released the full set of locations where the cams will be placed, and you can find the complete list of both speed trap and traffic camera locations as well as a summary after the jump.

Already, 14 AES cameras have been operational since September 23, and these are installed at various hotspots or accident prone areas in the Klang Valley and Perak. The 14 locations are listed in our earlier report.

saifulfromslim.blogspot.com

07 October 2012

Karpal bidas laporan 'nepotisme' pembangkang


Karpal bidas laporan 'nepotisme' pembangkang
Malaysiakini
6hb Oktober 2012 - 

Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh membidas laporan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang melabelkan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sebagai pengamal nepotisme.

Laporan New Straits Times hari ini dengan tajuk "Nepotisme in opposition worrying" (nepotisme dalam pembangkang merisaukan) memuatkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah, gambar Karpal Singh sendiri bersama anaknya Gobind Singh Deo.

Turut dimuatkan gambar anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Karpal menegaskan hak untuk terlibat dalam politik tidak patut dinafikan kepada mana-mana anak ahli politik kerana ia dilindungi di bawah perlembagaan persekutuan yang menetapkan semua warganegara adalah setaraf.

Tambahnya, anak mana-mana pemimpin politik mempunyai hak untuk maju ke hadapan dalam kerjaya politik mereka.

"Bagaimana pun, jika kebolehan anak seorang pemimpin politik dan juga seorang individu lain adalah sama, individu itu diberikan keutamaan berbanding anak pemimpin berkenaan," kata Karpal pada sidang media di Air Itam, Pulau Pinang hari ini.
Petikan dari portal Malaysiakini




Pendapat aku pulak:
Perangai pembangkang…sentiasa bercakap berdasar kepentingan diri sendiri. Dah jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah, gambar Karpal Singh sendiri bersama anaknya Gobind Singh Deo. Ditambah pulak dengan Nik Aziz dan anaknya….semuanya mengamal nepotisme. Si Karpal nie pusing 360 darjah konon itu hak individu atau anak pemimpin sekali pun berhak untuk maju kehadapan untuk kerjaya politik diorang. Tapi ada satu penegasan Si Karpal lawyer tersohor buat ialah jika kebolehan anak seorang pemimpin politik dan juga seorang individu lain adalah sama, individu itu diberikan keutamaan berbanding anak pemimpin berkenaan. Dalam erti kata lain Karpal turut membuat pengakuan anak-anak memimpin-pemimpin pembangkang termasuk anaknya si gobind singh berkebolehan dari mana-mana individu yang ada dalam kelompok pembangkang ini. Aku rase dia bukan lawyer cerdik sangat tapi boleh di klasifikasi sebagai SPINNER yang tersohor. Masa election 2008, disetiap pentas pembangkang tak kira le PKR, DAP atau Pas sentiasa menuduh UMNO adalah parti yang paling banyak magamalkan Nepotisme dan Kroni dalam struktor kepartian dengan contoh Datuk Najib bersepupu dengan Hishamuddin, Pak Lah dan anak menantunya, samy velu dengan anaknya le. Masa tu aku rase ada  kebenarannya  juga kata-kata pemimpin-pemimpin opposition nie. Tapi sekarang lain pulak ungkapan bahasa si pembelit nie. Mula le cerita hak dan sebagainya. Bila aku baca portal Malaysiakini tadi betul aku rase nak termuntah…bukan setakat anak beranak tapi termasuk juga anak bapa dan ibu bolot abis jawatan tertinggi parti dan termasuk jadi ahli DUN dan Parlimen secara all-out punya nepotisme. Ini belum menang diperingkat pusat lagi, baru diperingkat negeri dan tunjuk taring sebagai pendewa nepotisme. Kalau setakat satu komponen parti seperti  DAP je, boleh le dikatakan kebetulan. Tak kan semua anak-anak  mereka dari semua parti PR nie talented sangat atau yang paling berkebolehan jika dibanding dengan mana-mana individu yang ada dalam parti-parti PR nie. Dah le, meloya bebenor tekak mike mendengor spinning si Karpal nie. Cube bayangkan jika mereka  nie menang diperingkat pusat....bersepah le muka-muka anak beranak nie jadi barisan kabinet yang paling bernipotisme di dunia...sebabnya mudah...sebab awal-awal lagi Karpal dah mengaku anak-anak mereka nie semuanya ' BeRkEBolehan '

saifulfromslim

04 October 2012

MB Selangor dan wayang P.Ramlee berjodol Nasib LABu LABi kembali lagi

Aku tertarik baca Sinar Harian tentang kisah MB Selangor oleh Azmin Ali...Jauh visionnya Si Azmin nie...silap-silap lebih dari vision 2020...

SELANGOR AKAN KEHILANGAN MB Tan Sri ABD KHALID IBRAHIM JK P.R MENAWAN PUSAT PD PRU 13 - AZMIN ALI.
KUALA LUMPUR - Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keputusan berkenaan, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.

Katanya, perbincangan peringkat PR ada ke arah itu, bagaimanapun masih belum diputuskan.

“Keputusan berkenaan kemungkinan dibuat dengan menggabungkan pelbagai kemahiran dan keupayaan untuk memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.

“Tidak ada sesiapa pun boleh menentukan kedudukannya hari ini sehingga keputusan PRU13 diumumkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pilihan raya lalu, Abdul Khalid mewakili PKR menang di Dewan Undangan Negeri, Ijok dengan 7,196 undi menewaskan Datuk Mohamed Sayuti Said dengan majoriti sebanyak 1,920 undi.

Bagi kerusi Parlimen, Abdul Khalid juga menang di Bandar Tun Razak, majoriti 2,515 undi berbanding Datuk Tan Chai Ho yang mendapat 25,608 undi.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor, tidak menafikan kepakaran Abdul Khalid mengetuai Selangor hari ini, tetapi beliau juga diperlukan di peringkat Pusat.


Ini lah dikatakan bercita-cita tinggi. Sungguh terharu aku dengan pandangan Azmin Ali pada penceritaan MB Selangor dan tawan Kjaan Pusat atau Putrajaya nie. Ibarat satu ingauan indah ingin menjadi pemimpin No 1 M'sia dan terus menguasai Selangor. Persoalan disini...kenape MB Selangor jadi persoalan pemimpin No 2 PKR nie? Pujian Azmin pada MB Selangor terlalu tinggi sebagai pakar pentadbir yang diperlukan di peringkat pusat. Tapi apa kata MB kalah di DUN Ijok dan Parlimen Bandar Tun Razak. Betul Azmin jujur masih memerlu memberi laluan pada Khalid ke pusat? Siapa calon MB yang ada dalam kotak fikiran AzMIN, bila tetibe je cerita pasal kedudukan MB Selangor nie? Ini le cerita seolah-seolah teringatkan aku kembali cerita P Ramlee Nasib Labu Labi... yang mimpi nak jadi orang kaya dan Tuan Magistrate lakunan M Zain dan P Ramlee itu. P. Ramlee memang karyawan yang membuat pelbagai sindiran yang hampir 100% tepat sindirannya hingga sindiran-sindirin itu masih berlaku hingga ke hari ini

saifulfromslim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...