my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

29 December 2010

sape pun boleh jd wakil rakyat kalau macam tu....

sape pun boleh jd wakil rakyat kalau macam tu....



Pilihanraya ke 12 telah berlalu sejak 21 mac 2008.  Mcam-macam berlaku...Parti BN terduduk....Parti pembangkang gelak bagai nak gile.  Rakyat malaysia mula meraikan kemenangan parti kegemaran mereka. Ada yang hepi bagai nak rak....ada yang sedih macm dah berlaku bencana. Orang Melayu sebelah pantai timur sronok kerana pas menang...Orang Cina seronok sgt kerana Perak dan Selangor dah jd milik PKR....dan terus menjadi kemegahan orang pas bila wakil pas jadi MB Perak...Orang India pun hepi bagai nak gila bila banyaK wakil rakyat di perak adalah dr kaum india. Di penang orang Cina malam-malam lagi lepas menang terus ke KOMTAR nak jadi Ketua Menteri....orang Cina sangat gembira....bak kate orang hepi sesangat. Di Kedah orang melayu pun turut hepi..kerana pas memerintah... yahoooo...bagus le tu... BN pun hepi jugak kerana masih memerintah tapi ada yang menangis hiba kerana tak sangka akan kalah....Di sabah sarawak semua mcm biasa....orang malaya gelak kerana sabah dan sarawak tak berani berubah mcm semenanjung...Semua bangsa dimalaysia hepi...melayu, cina, india dan benggali singh pun gembira kerana mereka telah menang. Tv dan radio mengulas kerajaan harus insaf kerana tsunami politik berlaku di malaysia... Aku pun turut hepi aje lah... Apa tak hepi lepas ni semua akan ok...harga barang, kerja-kerja wakil rakyat yang bijak akan banyak memberi manafaat pada kita...Semua masjid penuh dengan acara kesyukuran begitu juga dengan kuil dan rumah-rumah ibadat yang lain turut membuat sembahyang kemenangan. Lepas tu mula lah.... wakil rakyat menyalahkan kerajaan terdahulu konon korrupt...rasuah le kalau tak faham. Di perak MB bagus sekali...bejalan seluruh masjid kat perak...MB selangor di puji dik semua orang kerana selalu mengupas akan penyelewengan. Wakil rakyat BN dah tak sombong lagi...kalau jumpe mesti angkat tangan dan kalau boleh mesti salam dengan semua orang. Alhamdulillah kalau semua dah ok...Golongan ulamak, orang Cina, orang india dah bersatu....bagus lah
Tibe je berlaku rampasan kuasa kat perak kate pkr...kate dap...kate pas....BN pula mengatakan ahli wakil rakyat BN melebihi PKR dan wajar jadi pemerintah....Mula lah hari-hari bergaduh menyalah orang itu dan orang ini...Macam-macam le sampai ada persidangan bawah pokok...wakil rakyat bergaduh kat dewan undangan negeri...yang kena heret le dan macam2. Di selangor pun macam2 ada yg tuduh MB baru rasuah le...tuduh PM bunuh orang le....Aku pun pening....Tibe ada cerita wakil rakyat perempuan ada skandal....betul ke idak aku tak tahu...ada wakil rakyat gigit tangan polis le...Ini di Selangor le...Di kedah lain pulak cerite nya...tapi tak le seteruk perak dan selangor ni...Tibe pada bulan ogos ada cerite konon ketua umum pembangkang akan jadi pm....ok le tu kalau betul....Bn pun same khususnya umno nak pm sedia ada berundur....dan ini betul-betul berlaku...Tapi sebelum nak jadi kecoh lah sana sini...
Dekat parlimen banyak orang melayu, cina dan india suka kerana semua wakil mereka bersuara. Bising kat parlimen dah macam kandang lembu.. rakyat malaysia suke kerana wakil mereka bersuara...Tp satu, macam2 wakil rakyat ni buat, menjerit, mengherdik dan ada yang berbahasa kesat....sungguh memalukan...Masa tu ada satu dua wakil rakyat BN pun menghina bekas PM...Dr Mahathir...sungguh menghairankan...dulu bagai nak gile punye hormat....aku betul2 tak faham...
Apa semua ni....Wakil rakyat Malaysia boleh kita kata lebih kurang mcm habuk pun tarak..Yang YB ni ada juga yg baik tapi yg byk main politik je ...yang melayu pun sama, cina pun sama, india pun sama asyik main politik aje. Pergi buat kerja lagi baik le....Jangan asyik main politik je...Kalau macam ini le wakil rakyat semua orang boleh jadi wakil rakyat.  Si dollah jual apam balik pun boleh jadi wakil rakyat...dia pandai bercakap macam yb2 semua.                                                          
Si..Ah Seng mekanik pun boleh jadi wakil rakyat kalau macam tu... dan si maniam drebar pun boleh jadi wakil rakyat kalau wakil rakyat yang ada asyik main politik je. hoi wakil-wakil rakyat semua tak kira le dari bn , keadilan, dap atau pas....dah lah tu...bagus balik pkir baik2 buat kerja kuat untuk negara... jangan lagi asyik main politik sampai habuk pun tarak...
Kalau gini lah...sape pun boleh jadi wakil rakyat....
Sekarang konon nak ada pilihanraya ke 13 pula....Ingat lah ....baik buat kerja daripada main politik kosong je...kesian dengan rakyat malaysia yang mahukan kemajuan bukan permainan politik anda...
iklas dari aku
-Saiful Anuar Safian-

1 comment:

  1. fuh........panjangnya.........boleh jadi wakil "kaum" nih...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...