Nasihat ABAH untuk anak-anak ku
by Saiful Anuar
Assalamualaikum anak2 abah..Syafina Fasya, Nurulaina Fasya..Mohd Hafizul..Suhaifaniza Fasya dan Noratiqah Fasya,
Beberapa hari lepas, abah terbaca satu cerita tentang petua kejayaan dalam tangan kite juga..wahai anak anak ku Syafina,.Nurul,..Pizul...Suhaifa dan Iqah Rasanya elok kalau abah paparkan petua kejayaan tu kat sini. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat faedahnya. Rase byak baiknya daripada buruknya petua2 ni.
Perkara yang perlu ada pada anda bagi menggapai kejayaan adalah:
1. Menepati masa.
Kalau ada sebarang temu janji, datanglah awal. Sekurang-kurangnya 5 minit lebih awal daripada masa yang dah ditetapkan tu.
2. Siapkan tugasan anda tepat pada masanya.
Tapi kalau kerja tak siap gak, jangan takut untuk meminta maaf di atas keterlewatan anda. Akuilah kesalahan anda dan berusahalah supaya tidak mengulanginya pada tugasan yang mendatang.
3. Usah terlalu memikirkan perkara yang remeh-temeh.
Sebagai contoh, kalau ada individu yang tak suka kat anda, pedulikannya. Jangan biarkan mereka menjatuhkan semangat anda. Sebaliknya, anda perlulah lebih berusaha untuk menjadi yang terbaik.
4. Elakkan daripada mengutuk orang lain. Lebih-lebih lagi cakap belakang!
Kalau asyik bergosip, kemungkinan besar orang lain takkan bercakap tentang perkara yang lebih penting dengan anda. Sebab anda hanya akan dicop sebagai ahli mesyuarat tingkap, internet bergerak dll.
5. Kalau anda nak tegur kesalahan seseorang, usah menegurnya di depan orang lain.
Sebaliknya, anda ajaklah dia ke tempat lain yang lebih privasi skit. Berbincanglah dengannya secara empat mata. Tak usah mengaitkan masalah peribadi dengan hal kerja, ok.
6. Semua orang ada kelemahan ataupun keburukan. Tiada siapa yang sempurna di dunia ni.
Jangan biarkan kekurangan itu memusnahkan diri anda. Tapi anda mesti memperbaiki kelemahan itu sikit demi sikit. Tujuannya supaya kredibiliti anda sebagai pekerja tak tergugat di mata majikan.
7. Bekerjalah dengan individu yang mampu mencabar diri anda.
Secara tak langsung, anda sebenarnya boleh belajar pelbagai benda baru daripada individu sebegitu. Mereka biasanya mempunyai pelbagai skill, banyak pengalaman dan semestinya hebat.
8. Baik dengan bos bukan untuk mengampu.
Anda berbaik-baik dengan majikan bukan untuk membodek. Tapi anda mesti belajar sesuatu daripada mereka. Sifat baik atau kelebihan yang ada padanya harus anda jadikan contoh.
9. Memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik.
Sama ada anda bos ataupun pekerja biasa, kemahiran komunikasi tersangatlah penting. Anda perlu bergaul dengan orang di sekeliling anda. Tak kira apapun pangkat mereka. Komunikasi yang berterusan mampu membantu anda memahami mereka seterusnya menjadikan anda seseorang yang hebat.
10. Tonjolkan diri anda semasa bekerja dalam satu kumpulan.
Buktikan anda seorang pekerja yang berkaliber, mampu memikul tanggungjawab dengan sempurna, gigih berusaha serta tidak gentar menghadapi persaingan.
11. Pakaian yang sesuai dengan kerjaya anda.
Pakaian perlulah sesuai dengan bidang kerjaya anda. Pakaian yang sesuai akan menambah keyakinan orang lain untuk berurusan dengan anda.
12. Jangan lupa bersenam.
Walaupun anda sibuk dengan tugasan harian, jangan sesekali abaikan senaman. Peruntukkan sedikit masa untuk senaman supaya anda lebih sihat dan bertenaga. Bentuk fizikal yang sempurna dan menarik juga boleh menambahkan keyakinan diri.
Selain fizikal, anda juga perlu menjaga kesihatan emosi dan mental.
13. Ada masa untuk diri sendiri.
Dalam sehari, ambil sikit masa untuk anda bersendirian untuk muhasabah diri. Apakah misi dan tujuan hidup anda. Apa perlu anda buat untuk mencapai matlamat tersebut. Sebaiknya tulis di atas kertas supaya anda nampak setiap hari.
Ada 13 petua semuanya...abah nasihatkan semua 13 itu cuba jadikan character diri kia untuk diamalkan...mula2 1 dan seterunya semua kalau boleh. tp paling penting semua nya dilakukan bersama doa pada Allah swt dan keihlasan ok
bye2 daripada
Abah
(Saiful Anuar Safian)