Obama tiba untuk lawatan tiga hari - saifulfromslim
SUBANG 26 April - Presiden
Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tiba kira-kira pukul 4.50 petang di sini
hari ini, bagi memulakan lawatan tiga hari ke Malaysia.Ketibaan Obama di
Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sambut Menteri Luar,
Datuk Seri Anifah Aman.Yang turut hadir menyambut Obama ialah Menteri Belia dan
Sukan, Khairy Jamaluddin serta Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Dr. Awang Adek
Husin.Sebelum ini lawatan pemimpin nombar satu dunia itu ke Malaysia ditunda
beberapa kali ekoran krisis politik yang menyebabkan pentadbiran kerajaan AS
lumpuh.Obama merupakan Presiden AS kedua melawat Malaysia dalam tempoh 50 tahun
selepas kali terakhir oleh Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.Lawatan
bersejarah itu merupakan sebahagian daripada siri lawatan Obama ke Asia
meliputi negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Filipina.Kunjungan tersebut
membawa makna besar bagi Malaysia kerana ia menggambarkan keyakinan AS terhadap
negara ini selain pengiktirafan terhadap kepimpinan Najib.Pada masa yang sama,
kesediaan Obama memilih Malaysia juga menunjukkan Washington yakin dengan
situasi politik di negara ini yang aman dan harmoni.Sempena lawatan ini, Najib
dan Obama dijangka membincangkan kerjasama ekonomi, pelaburan, aspek
keselamatan, pertahanan serta sains dan teknologi.Beliau juga dijangka
mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah dan melawat Masjid Negara
'Terima
kasih!', kata Presiden Barack Obama
SUBANG:
“Terima kasih!”, kata Presiden Barack Obama, menjawab ucapan "Selamat
datang Mr President" daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin
selaku Menteri Pengiring di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di
sini, pada kira-kira 4.50 petang tadi. Perkara itu dikongsi bersama Khairy menerusi
laman Twitternya, sebentar tadi. Turut mengiringi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan juga Duta Besar Malaysia
Ke Amerika Syarikat, Datuk Dr Awang Adek Husin - saifulfromslim
Lawatan
Obama dijangka tingkat keyakinan komuniti pelabur di Malaysia - Saifulfromslim
2014/04/25 - KUALA LUMPUR:
Lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia memberi petanda baik bagi
persekitaran perniagaan dan sektor teknologi secara keseluruhannya, kata Ketua
Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
"Malaysia adalah sebuah negara perdagangan. Lawatan Presiden Amerika
Syarikat itu juga akan meningkatkan keyakinan komuniti melabur (di
Malaysia)," katanya. Mohd Irwan berkata demikian kepada pemberita pada
program 'Code for Malaysia' Microsoft Malaysia di sini hari ini. Antara yang
hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Microsoft Malaysia Carlos Lacerda.
Mohd Irwan berkata Obama
dijangka bertemu peserta Magic semasa pelancaran pusat berkenaan. Penubuhan
MaGIC diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Sidang Kemuncak Keusahawanan
Global (GES) di Kuala Lumpur tahun lepas. Pusat ini bertujuan untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara keusahawanan dinamik dengan membolehkan usahawan
tempatan dan antarabangsa memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.
Sementara itu, Lacerda berkata program 'Code for Malaysia' bertujuan mewujudkan
generasi baharu usahawan di Malaysia. "Akan terdapat keperluan yang besar
untuk pembangunan kod. Dengan inisiatif ini, kami mahu memastikan semua orang
mampu untuk membangunkan kod (dengan sendiri)," katanya. Code for Malaysia
diilhamkan daripada kejayaan "Hour of Code" Code.org di Amerika
Syarikat.Code.org adalah pertubuhan bukan mencari untung yang khusus untuk
memperluaskan penyertaan dalam pendidikan Sains Komputer. Microsoft merupakan
rakan kongsi pengasas Code.org. Code for Malaysia, yang berlangsung dari 19
hingga 27 April, menyaksikan tiga selebriti tempatan, termasuk ikon belia
negara Micheal Teoh, bekerjasama dengan Microsoft dan tiga institusi pengajian.
Kerjasama itu memperkenalkan kempen pengekodan kepada pelajar-pelajar semua
peringkat umur dan terdiri daripada murid sekolah rendah hingga penuntut
universiti. "Bagi minggu ini, kita akan melatih 1,500 kanak-kanak mengenai
pengekodan," kata Lacerda.
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat
(AS), Barack Obama tiba di Masjid Negara, di sini bagi lawatan peribadi jam
9.40 pagi tadi.
Ketibaan Obama disambut oleh Iman Besar
Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammurut serta dalam rombongan Obama
ialah Wakil Khas AS ke Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC), Rashad
Hussain.
The Beast -saifulfromslim
The Beast, adalah
kenderaan rasmi presiden USA yang amat istimewa. Direka khas berbeza
dengan kereta biasa . Kereta sedan limousine dengan logo Cadillac ini memiliki
ruang kabin yang luas mirip dengan Cadillac STS dan DTS.
Limousine mewah ini
dibalut dengan berbagai jenis logam kalis peluru, seperti aluminium, titanium,
dan material keramik tahan peluru. Bahagian sisi kereta mempunyai kerangka
setebal 8 inci, sama tebalnya dengan pintu kabin pesawat Boeing 747.
Tayarnya pula diperbuat
daripada serat kevlar yang tahan bocor dan dilengkapi teknologi run-flat
tyre yang boleh meneruskan perjalanan dengan laju meskipun keempat-empat tayar
kereta telah pecah.
Di bahagian dalamnya
disedaiakan bekalan darah untuk Obama, persediaaan oksigen, kamera night
vision. gas pemedih mata serta sejumlah fasiliti lain.
KUALA LUMPUR: Lebih dikenali sebagai "The Beast",
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menaiki kenderaan rasminya sepanjang
lawatan ke Malaysia iaitu Cadillac One.Buatan General Motors keluaran 2009,
kenderaan itu mempunyai spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan presiden
itu, juga mempunyai ciri-ciri seolah-olah sebuah kereta kebal.Sepanjang lima
meter dan berat lapan tan, "The Beast" dilengkapi pintu kalis peluru
setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium
dan seramik.Tayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya
daripada sebarang bom jalanan. Malah tangki minyak juga diperbuat daripada
bahan kalis letupan.Selain itu, The Beast turut dilengkapi senapang "shot-gun"
dan kamera penglihatan malam. Ia juga memiliki persediaan oksigen sendiri dan
bekalan darah yang sama jenis dengan presiden sekiranya berlaku sebarang
kecemasan. Kenderaan itu
boleh memuatkan maksimum 7 orang, termasuk presiden.The Beast, kereta rasmi
Obama disifatkan sebagai kenderaan perlindungan yang paling canggih di dunia.
Obama
tidak merancang untuk bertemu Anwar
WASHINGTON: Presiden Amerika
Syarikat Barack Obama tidak merancang
untuk bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu
kunjungannya ke Kuala Lumpur minggu hadapan.Namun demikian pegawai rasmi Amerika
Syarikat tidak menolak sekiranya ada pertemuan di peringkat rendah.Obama akan
mencatat sejarah sebagai Presiden Amerika Syarikat pertama yang melawat
Malaysia apabila tiba di sini pada 26 April depan.Ditanya sama ada Obama akan
meluangkan masa terhadnya di Malaysia untuk pertemuan itu, Penasihat
Keselamatan Negara, Susan Rice berkata ia sebarang perancangan
dibuat."Saya rasa presiden tidak merancang untuk pertemuan tersebut -
namun mungkin ada pertemuan lain di peringkat yang lebih rendah," kata Rice. Obama walau bagaimanapun akan mengadakan
pertemuan dengan pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara dan wakil masyarakat
di Kuala Lumpur.
Tidak perlu tertekan tandatangan TPPA dengan
kedatangan Obama - Dr Mahathir
KUALA
LUMPUR:
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata lawatan Presiden Amerika Syarikat
Barack Obama ke Malaysia tidak seharusnya memberi tekanan kepada kerajaan untuk
menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)."Jangan ada
paksaan kerana walaupun negara besar datang kita merasa kecil, maka kita
tandatangan, akhirnya kita yang akan mengalami kerugian," kata beliau
kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Saya, SPR dan Pilihan Raya' tulisan
bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar
di sini pada hari Jumaat.Beliau mengulas kebimbangan sesetengah pihak bahawa
kedatangan Obama ke Malaysia akan memberi tekanan kepada kerajaan untuk
menandatangani TPPA.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri
Mustapa Mohamed pada 22 April menegaskan tiada sebarang persetujuan akan
ditandatangani semasa lawatan itu. Obama dijangka tiba pada tengah hari Sabtu
ini, lawatan pertama Presiden AS dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden
Lyndon B. Johnson pada 1966.Selain Malaysia, Obama turut melakukan lawatan ke
Jepun dan Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan ke Asia di Filipina.