my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

30 August 2012

Salam Merdeka kali ke 55


Salam Merdeka kali ke 55 dari saya serta keluarga untuk semua sahabat yang sy kenali tak kira dimana berada, moga negara kita sentiasa memperolehi keberkatan dalam segala hal dari Allah s.w.t
Daripada: Saiful Anuar Safian & keluarga
31hb Ogos 2012.

Malaya mula mengecapi kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Pada malam 30 Ogos 1957, orang ramai berkumpul di padang Kelab Diraja Selangor menunggu detik 31 Ogos 1957. Apabila tengah malam menandakan tanggal 31 Ogos bermula, bendera Malaysia dikibarkan bersama-sama dengan nyanyian "Negaraku" berkumandang. Di ikuti dengan 7 laungan "Merdeka" yang diketuai oleh Perdana menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman. Pada tanggal 16 September 1963, Malaysia ditubuhkan dengan kehadiran Sabah & Sarawak menganggotai Malaysia. Namun, hari kemerdekaan Malaysia disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Hari Malaysia disambut pada tanggal 16 September setiap tahun.


20 August 2012

Isu Saman Karpal Singh - Jawapan Nasharudin Mat Isa.


KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Saya merujuk kepada laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012, dan beberapa ulasan dari pelbagai pihak sehubungan dengan kenyaataan saya di Makkah Al Mukaramah adalah dirujuk.

Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama,dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Perlaksanaan hudud memerlukan kepada 'standard of proof' yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt ' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ianya dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ianya adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body'menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja'at whatever cost ' untuk pertahankan agama saya.

Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, Insyaallah saya tidak akan biarkan mana mana pihak sewenang wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendirian nya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangan nya untuk menegakkan Syariah Allah swt namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.

Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum.

Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.

Isu Pertemuan Di Mekah.

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khas nya pada hari hari terakhir ramadhan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim.

Hampir sebulan sepanjang Ramadhan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir,menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukan lah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang Ulama di Makkah bersama dengan YAB PM bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama2 tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil haram.

Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohinya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah di capai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti mempastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunnah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba tiba saya dikaitkan dengan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya se iman termasuk lah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

Nasharudin Mat Isa.
16 Ogos 2012

an eye from chedet blog - Tun Dr Mahathir Muhammad


ELECTION IN AMERICA

1. I wonder whether people notice it or not, but Presidential candidates of the United States of America, the sole superpower, have all to seek approval from Israel.

2. Mitt Romney, Republican candidate for President has just made the pilgrimage. And he has made a public pledge that he will be even tougher against the Palestinians and Iran than Obama.

3. Soon I am sure Obama will make this pilgrimage and will make more promises to fight for Israel.

4. I think this is odd. What if Malaysian candidates for elections have to visit a neighbouring country to pledge our friendship or support for it? We Malaysians would not think this proper. Our elections are about gaining the support of Malaysians for the party that will form the Government. What other countries think of our Government’s policies is irrelevant.

5. Apparently it is not the case with America. All candidates must literally pledge loyalty to Israel or risk losing the elections. It is not about what is good for the Unites States which counts.

6. One can imagine the policies that will be adopted by whichever Government or President wins. If accusation is made that Israel rules the world by proxy, it would appear that there is substance to that allegation. Clearly the United States cannot ignore Israel’s views when reacting to anything of concern by Israel.

Looks like the tail is wagging the dog.

chedetblog~ 4 saifulfromslim

Dari blog Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad



Politik Malaysia

1. Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan telah mengadakan 12 Pilihan Raya Umum. Walaupun parti-parti bukan dari Perikatan atau Barisan Nasional telah berjaya menawan dan mendiri Kerajaan dibeberapa negeri di Semenanjung dan di Sabah, tetapi Perikatan dan Barisan Nasional tidak pernah kalah di peringkat Pusat. Perikatan dan Barisan Nasional terus menjadi Kerajaan diperingkat Pusat, peringkat yang paling berkuasa di Malaysia.

2. Memang pada 1969 Perikatan hampir kalah tetapi kuasa kekal di tangan Perikatan dan akhirnya beberapa parti lawan telah menyertai Perikatan untuk menubuh Barisan Nasional yang terus memerintah.

3. Barisan Nasional menghadapi beberapa masalah dalaman tetapi berjaya mengatasinya dan mengekal kuasanya di Peringkat Pusat. Serpihan dari UMNO yang diusahakan oleh Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim tidak berjaya mengalahkan Barisan Nasional.

4. Pada 2008 kebencian terhadap pemerintahan Abdullah menyebabkan ramai dari penyokong UMNO dan parti-parti komponen lain mengurangkan sokongan kepada Barisan Nasional sehingga lima buah negeri dapat ditawan oleh parti-parti bukan Barisan Nasional. Di peringkat Pusat majoriti Barisan Nasional menurun sehingga tidak dapat menguasai 2/3 dari kerusi Parlimen. Namun Barisan Nasional masih dapat mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.

5. Kemenangan yang berturut-turut sejak merdeka melumpuhkan semangat parti-parti bukan Barisan Nasional. Percubaan oleh Anwar Ibrahim untuk menyeludup masuk ke dalam UMNO supaya dapat merebut kuasa dari dalam juga gagal.

6. Yang terpaksa diakui oleh semua pihak, semua rakyat Malaysia dan juga pemerhati asing ialah sehingga kini proses pilihanraya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional. Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada Barisan Nasional. Kenapa tidak. Semua terpaksa terima hakikat bahawa Kerajaan-Kerajaan Barisan Nasional telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat. Barisan Nasional berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada Negara Malaysia. Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap Barisan Nasional dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.

7. Memandang kepada sejarah Malaysia merdeka dan keputusan- keputusan pilihanraya, parti lawan tentu kurang yakin mereka akan menang PRU 13 dan mendirikan Kerajaan Pusat. Cara demokrasi tidak boleh menjayakan mereka. Melihat penggulingan Kerajaan di Negara-negara Arab, tentulah terlintas di hati pemimpin-pemimpin parti lawan bahawa cara-cara demonstrasi ganas dan berpanjangan lebih mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka.

8. Tetapi mereka perlu menunjuk kepada rakyat, dan lebih utama kepada dunia luar bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Malaysia adalah zalim dan menindas rakyat seperti Kerajaan-Kerajaan kuku besi Negara Arab.

9. Maka diciptalah Bersih. Kononnya pilihanraya di Malaysia ditipu oleh Kerajaan Pusat, walau apapun bukti bahawa di Malaysia parti lawan boleh menang dan telah menang berkali-kali jika rakyat menyokong mereka dan sebaliknya di Negara Arab bukan sahaja Kerajaan yang digulingkan tidak pernah kalah tetapi pilihanraya memberi kemenangan 99% kepada pemerintah, masih juga didakwa Pilihan Raya Umum ditipu oleh Kerajaan Malaysia.

10. Kerajaan bertindak untuk meneluskan lagi proses pilihanraya mengikut kehendak parti lawan. Tetapi masih juga dituduh yang Kerajaan menipu.

11. Banyaklah lagi tuduhan kezaliman dan kemungkaran yang dilempar kepada Kerajaan semata-semata untuk memburukkan imej Kerajaan.

12. Tunjuk-tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU 13 jika parti lawan gagal memenanginya. Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihanraya ditolak dan satu Kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan. Kemudian mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihanraya sekali lagi yang boleh dimanipulasi oleh mereka.

13. Sudah tentu sebelum Kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demo ganas dan huru-hara. Perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.

14. Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan.

15. Kuasa-kuasa asing akan mengecam Kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo. Malaysia akan dicap sebagai Police State.

16. Malaysia yang telah memberi banyak nikmat dan kebahagiaan kepada rakyatnya, yang telah diiktiraf sebagai Negara yang termaju di antara negara membangun, Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya. Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih Kerajaan.

17. Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak akan menjadi kenyataan. Inilah yang akan berlaku kerana parti bukan Barisan Nasional kecewa tidak dapat ke Putrajaya. Jika dengan cara ganas mereka, mereka berjaya merebut kuasa, percayalah demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa Negara tercinta ini.

Saifulfromslim - from chedet.blog

16 August 2012

DODOL OH DODOL






Dodol oh dodol




Masa aku kecik-kecik dulu mak selalu buat dodol dengan mengacau dibelakang rumah kat Kampung Baru Slim River…rumah keluarga aku tempat aku dilahirkan. Bila kami adik beradik nakal dan bising mak akan ugut tak nak buat dodol. Jadi kami akan diam dan tolong emak cari kayu dan tempurung untuk buat bahan bakar untuk masak dodol…Ini cerita sekitar tahun awal 70an.

Kini aku dah berkeluarga dan kami sekeluarga semuanya suka juadah dodol nie khusus pada masa raye nie. Tak seorang pun tahu membuat dodol nie…maklumle isteri aku asal nya dari Sabah, sama sekali tak tahu nak buat. Dua tiga hari lepas aku pun pergi digerai jualan kueh raya depan Tabung Haji Slim River. Isteri suruh beli 4 kilo. Terkejut berok aku sebab harga sekilo RM28.00. Jadi kalau 4 kilo mesti RM112.00.

Nak beli ke tak nak? Harganya melambung gila dari RM18.00 menjadi RM28.00. Jadi aku tangguhkan dulu niat nak membeli dodol nie kerana raye pun hari ahad dan lama lagi.

Semalam hari Khamis sebaik je abis kerja jam 12.30 tgh hari aku pergi ambil 2 orang anak aku yang nak pulang cuti sempena raye. …seorang kat MRSM Pasir Salak dan sorang lagi kat UITM Seri Iskandar. Aku pergi kesana melalui jalan persekutuan Slim River – Ipoh. Bila lepas pekan Sungkai aku menyusur pula ke simpang jalan negeri menuju jalan Teluk Intan – Bidor. Seterusnya aku masuk simpang ke pecan Langkap melalui kampong Cina Chui Chak dan seterus masuk ke Chenderong Balai. Sampai je ke persimpangan Kampong Gajah aku terus membelok kereta dan tiba-tiba je nampak ada gerai menjual Dodol. Aku berhenti dan bertanya harga…kata makcik penjaga gerai RM16.50 sekilo. Tanpa bertanya aku minta 4 kilo dan bayar. Dia kurangkan harga kerana aku ambil 4 kilo dengan harga RM16.00 sekilo dan aku bayar kesemuanya RM64.00. Sambil membungkus dodol makcik tu sempat memuji kesedapan dodolnya tue kerana ianya dibuat dengan mengguna gula kabung dan bukan gula merah. Maka raye tahun 2012 nie aku dan keluarga akan makan le Dodol Gula kabung dan bukan dodol gula merah seperti tahun yang sudah-sudah…..

saifulfromslim

Spesies rama-rama Pseudozizeeria Maha serta kesan akibat krisis nuklear di loji Fukushima


TOKYO - Krisis nuklear di loji Fukushima yang menyebabkan kebocoran radiasi didakwa telah mengakibatkan mutasi secara meluas dan pembesaran luar biasa spesies rama-rama Pseudozizeeria maha di Jepun.

Pendedahan yang dibuat berdasarkan kajian ke atas 144 sampel rama-rama di sekitar kawasan loji Fukushima Daiichi mendapati ia mengalami perubahan genetik kerana terdedah pada radiasi tahap tinggi.

Ketua penyelidik Universiti Ryukyus, Joji Otaki berkata, ia mengalami pembesaran luar biasa dan saiznya adalah lebih besar daripada rama-rama biasa

Cerita seorang ibu tua menyambut aidilfitri


Gambar ini hanya hiasan dan tidak ada
apa-apa kaitan dengan cerita ini.......


Cerita seorang ibu tua menyambut aidilfitri

Kisah ini diceritakan pada aku...dan aku rasa aku sangat berterima kasih untuk diperlihatkan dan dikongsi kisah sebegini...

Terima kasih….aku ucapkan

Kisahnya bermula begini


Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempoh hari. Aku minta untuk membantu , "tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya

.Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya. Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..

Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku…" ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"…seraya tu abang ku bertanya "siapa tak makan lagi nasi ni". Aku menjawab " mak belum makan apa lagi tu " Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mahu…tak lalulah nasi goreng,nak makan roti saja kejap lagi"…dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diabetisnya"

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur..lantas aku tanya "mak nak apa-apa..nak saya ambilkan.". " Takpa nak rasa ni sikit". Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang.

"Bagi aku..aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..Ya Rabbi… Engkau peliharalah Ibuku juga,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga. Amin apa yang didatangi oleh Allah, itulah yang terbaik untuk kita"

Kawan….terima kasih kerana share cerite ini….



15 August 2012

aidilfitri

aidilfitri



IKHLAS DI HARI RAYA

Drp Saiful Anuar Safian, Isteri & Keluarga

1 syawal 1433 H

Kita memberi bukan untuk menerima

Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa

Moga tulus, putih dan murni hati kita

Memberi adalah kerana-Nya jua

Tidak mengapa jika tidak dikenang

Asalkan segalanya memberi satu ketenangan

Menyebut kebaikan meragut keikhlasan

Bukan kerana kelebihan kita…

Dalam samar mainan rasa

Kekadang datang jua serpihan bangga

Mengharap adanya balasan

Mendamba hadirnya kemasyhuran

Bukan itu yang diburu sejak mula

Ditagih kasih rasa di depan-Mu saja

Bila terasa segalanya dari-Mu

Rebahlah segala dari kita yang hina

Lalu…ke tika Takbir Syawal bergema…

Muhasabahlah tentang keberkesanan puasa kita

Apakah sudah ada keikhlasan…

di puncak taqwa.

Atau sekadar di pinggiran…

lapar dahaga!

Allah hu Akbar!

Allah hu Akbar!

Allah hu Akbar… walillah hil hamd

Oh, syukur kiranya Dikau masih sudi mengizinkan

Kami memuji dan memuja-Mu

Walau dengan lidah dan hati yang berdosa




BERILAH KEMAAFAN ITU

Drp Saiful Anuar Safian, Isteri & Keluarga

1 syawal 1433 H

Berilah kemaafan itu

Lepaskan segala belenggu

Tanpa berpaling lagi

Pada dendam dan amarah

Berilah senyuman itu

Ikatkan doa yang suci

Pada salam yang terhulur

Pasti jiwa kan terhibur

Berilah hati itu

Bebaskan segala yang terbuku

Tanpa diguris duka

Pastikan dia bahagia

Berilah apa yang dipinta

Dengan apa yang kau ada

Pasti Tuhan menilainya

Diberi kelapangan jiwa!

12 August 2012

Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam...dirancang



KUALA LUMPUR 10 Ogos - Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.

Perkara itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin selepas beliau mendedahkan peraranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.

Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.

Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.

Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya.

"Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net.

Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.

Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.

Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut.

Karpal Singh konsisten buat kenyataan...tapi yang terhegeh-hegeh buat kenyataan tak konsisten...buat malu je


Bagi aku kenyataan Karpal Singh pada isu menolak pelaksanaan hudud adalah konsisten dan tidak berubah sejak dulu hingga kini. Dia tidak pernah mengubah prinsip dan kenyataan. Hanya beberapa pemimpin Pas yang membuat andaian sendiri kononnya DAP dah mula memahami dan mula meletakkan kecenderungan dalam penerimaan hukum hudud..Dah banyak kali aku dengar pengakuan sebegini rupa dari beberapa pemimpin PAS...tetibe je disangkal oleh sebahagian besar pemimpin-pemimpin DAP. Jk nak tarik pun pengundi melayu..tak payah le buat cerita yang tak masuk akal ini...orang dah menyampah dengan teknik nie. Ini ekoran kenyataan Nasharuddin pada debat Sinar baru-baru nie...buat malu je mengaku itu-ini...tetibe ditolak mentah-mentah oleh rakan dalam rumpun yang sama......

PULAU PINANG 11 Ogos - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut.

Katanya, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian mereka tidak pernah berubah sejak sekian lama malahan akan terus mempertahankannya.

"Jika mereka (Pas) terus berniat untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam, bagi pihak DAP, saya mengatakan bahawa kami juga mempunyai pendirian yang sama seperti sebelum ini iaitu tidak menerimanya.

"Bantahan DAP terhadap cita-cita Pas itu adalah demi kepentingan negara ini dan ia akan terus kekal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa dirinya selaku orang nombor satu DAP tidak akan bersetuju dengan perjuangan Pas menubuhkan sebuah negara Islam sehingga pernah berkata langkah mayatnya dahulu jika Pas mahu berbuat demikian.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, bantahan beliau yang mewakili DAP itu adalah berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak membenarkan perkara itu dilaksanakan. pada isu menolak pelaksanaan hudud adalah konsisten dan tidak berubah sejak dulu hingga kini. Dia tidak pernah mengubah prinsip dan kenyataan. Hanya beberapa pemimpin Pas yang membuat andaian sendiri kononnya DAP dah mula memahami dan mula meletakkan kecenderungan dalam penerimaan hukum hudud..Dah banyak kali aku dengar pengakuan sebegini rupa dari beberapa pemimpin PAS...tetibe je disangkal oleh sebahagian besar pemimpin-pemimpin DAP. Jk nak tarik pun pengundi melayu..tak payah le buat cerita yang tak masuk akal ini...orang dah menyampah dengan teknik nie. Ini ekoran kenyataan Nasharuddin pada debat Sinar baru-baru nie...buat malu je mengaku itu-ini...tetibe ditolak mentah-mentah oleh rakan dalam rumpun yang sama......

PULAU PINANG 11 Ogos - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut.

Katanya, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian mereka tidak pernah berubah sejak sekian lama malahan akan terus mempertahankannya.

"Jika mereka (Pas) terus berniat untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam, bagi pihak DAP, saya mengatakan bahawa kami juga mempunyai pendirian yang sama seperti sebelum ini iaitu tidak menerimanya.

"Bantahan DAP terhadap cita-cita Pas itu adalah demi kepentingan negara ini dan ia akan terus kekal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa dirinya selaku orang nombor satu DAP tidak akan bersetuju dengan perjuangan Pas menubuhkan sebuah negara Islam sehingga pernah berkata langkah mayatnya dahulu jika Pas mahu berbuat demikian.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, bantahan beliau yang mewakili DAP itu adalah berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak membenarkan perkara itu dilaksanakan.

05 August 2012

Islam, Kesultanan Melayu, Umno dan PAS dalam pembentukan Negara




It took nearly 800 years for the whole of Egypt to become majority Muslim and when Islam first arrived 674 CE it took only a few hundred years for the whole of the Indo-Malay Archipelago countries. Malaysia enjoys an admirable position amongst many Muslims because of its self built economic development model. This is due to UMNO contributions the only longest party still rule in the world. To weak Islam in Malaysia is to weak UMNO.

Ini bulan Ramadan umat Islam berpuasa. Pemikiran kita menjadi lebih bersih. Supaya berfikir dengan sehalusnya. Mengkaji apa yang telah, kini dan akan berlaku disekeliling kita umat Islam yang kebetulan majoriti orang Melayu.

Malaysia adalah negara yang diberkati Allah. Aman, damai, sejahtera, stabil politik. Walau penduduk berbilang bangsa. Tiada bencana alam yang dashat seperti gempabumi, gunung berapi, tsunami, puting beliung, banjir besar. Menikmati sinaran matahari dan hujan sepanjang tahun.

Bangsa Melayu di kepuauan Melayu adalah bangsa pelayar hebat dan agriculture sejak abad pertama. Mempunyai kerajaan-kerajaan yang sistemnya teratur dan tersusun penuh peradaban. Pertumbuhan ekonomi yang makmur munghubungkan China dan India serta Arab.

Pada awalnya kerajaan Melayu ini berugama Hindu-Buddha. Nilai-nilai yang baik dari agama Hindu dan Buddha dipegang oleh orang Melayu. Hanya minoriti Melayu yang beragama animisme menyembah semangat.

Kerajaan Melayu ini sungguh komited dengan agama Hindu-Budddha hingga Universiti Pengajian Hindu Buddha ditubuhkan dengan tenaga pengajar diambil dari India dan China. Pelajar dari seluruh Asia datang belajar mendalami agama Hindu-Buddha melahirkan ramai ulamak. Banyak candi, kuil dibina yang hebat-hebat.

Falsafah agama Hindu Buddha membuatkan kerajaan Melayu lebih bertamadun dengan sistem politik dan pentadbiran yang menyerupai Islam! Ini diakui oleh utusan dan pedagang Islam dari kerajaan Islam Arab bahawa di kepulauan Melayu ini sudah ada bentuk kerajaan yang bersistematik berperadaban tinggi.

Kita biasa dengar Allah mengutuskan banyak rasul dan nabi dihantar ke Timur Tengah. Dakwah yang didetailkan dari sumber Torat, Zabur, Injil dan Quran serta hadis dan chronicle kerajaan Islam Arab. Kita tidak pernah dengar siapa rasul dan nabi yang dihantar ke kepulauan Melayu!

Oleh kerana kepulauan Melayu terdiri dari kerajaan dan masyarakat yang kurang jahil, tidak zalim dan kacau bilau seperti masyarakat Timur Tengah mungkin itu sebab Allah tidak mengutuskan para rasul dan nabi.

Namun Allah lebih sayangkan kepulauan Melayu ini kerana tidak mahu aqidah orang Melayu lari dari kebenaran dan yang hak serta bathil menuju kesesatan mencari tuhan yang esa maka sampailah seru Islam datang kepada orang Melayu.

Melalui pendakwah, pedagang, dan ahli-bait maka Islam sampai ke kepulauan Melayu menjadi mudah bila Raja-Raja Melayu memeluk Islam menyebabkan semua rakyat jelata mengikut sama memeluk Islam. Raja-Raja Melayu ini komited pula mengembangkan syiar Islam dengan menjadikan istana-istana, pemikir-pemikir Islam, pendakwah-pendakwah Islam pusat kegiatan penyebaran Islam.

Inilah jasa Raja-Raja Melayu yang ramai rakyat Melayu di kepulauan Melayu perlu ingat bahawa kerana usaha dan pandangan jauh Raja-Raja Melayu membolehkan orang Melayu menjadi Islam.

Pada abad ke 15 muncul ancaman-ancaman dari Eropah yang mengunakan moto glory, gospel, gold yang akhirnya Portugis, Belanda, Inggeris dan Sepanyol berjaya menjajah kepulauan Melayu.

Hari ini kita lihat negara protestant Melayu Filipina, negara bercampur carca-merba Islam Kristian di Indonesia. Campurtangan British membuatkan kerajaan Islam Patani tidak dapat membebaskan diri dari Siam. Singapura diambil alih pedagang dan pendatang dengan tipu helah dan ancaman British. Juga sama menimpa Sarawak dan Sabah dipisah dari Kesultanan Brunei akhirnya penduduk pribumi dikristian setelah Raja Melayu hilang kuasa.

Cabaran Malayan Union pada 1940an adalah skema khas untuk complete menjadikan Tanah Melayu ini negara yang bakal menjadi Filipina kalau tidak Indonesia carca-merba Islamnya bercampuk aduk dengan Kristian. Perlu diingat Raja-Raja Melayu di Indonesia telah dipinggir dan disisihkan serta dibunuh seluruh keluarga!

Malayan Union mahu kuasa Raja-Raja Melayu dihapuskan, semua penduduk Tanah Melayu menjadi warganegara tidak kira siapa yang asal dan yang baru datang dalam komposisi yang boleh mengugat dan menenggelamkan survival umat Islam dan orang Melayu.

WZWH percaya bahawa dengan cabaran dan amaran yang akan menghapuskan kerajaan dan umat Islam terbaik dunia di Tanah Melayu ini Allah menurunkan UMNO kepada umat Islam supaya bersatu padu dan menjadi kuat bagi mempertahankan Bani Jawi ini.

UMNO yang ditubuhkan di Istana Raja Melayu berjaya bangkit memperjuangkan hak-haknya, menuntut kemerdekaan dan mengisi program-program membina negara selama 55 tahun menjadikan Malaysia negara yang berdaulat, ulung, aman, damai, makmur, mampan ekonomi boleh hidup dengan penduduk berbilang bangsa.

PAS yang tiba-tiba diluluskan pendaftaran oleh British pada tahun 1950an punya agenda tersirat dan tersurat untuk memecahkan perpaduan dan kesatuan umat Islam Malaysia bila tiba masanya.

PAS sudah menjadi 'Kristian' kerana mengamalkan budaya Kristian bila merasakan terlalu taksub dan gibtah. PAS merasakan mereka terlalu hebat Islam mereka hingga tidak mahu berkawan dengan orang Islam lain!

PAS menjadi jumud dengan pemikiran-pemikiran radikal dan negatif dari pelajar-pelajar lepasan Timur Tengah yang percaya bulat-bulat kepada pemahaman-pemahaman politik yang kita boleh lihat apa jadi dengan negara-negara Islam Arab semua hancur belaka padang jarak padang tekukur.

PAS paling malang diserap oleh anasir-anasir musuh Islam yang mahu lihat PAS membantu mereka melahirkan semula 'Malayan Union yang ke dua' dengan cabaran dan ancaman di alaf baru. Geo politik berulang kembali.

Hari ini kita boleh lihat bahawa Malaysia dikelilingi oleh kuasa-kuasa besar yang menunggu masa mahu membaham kita jika kita tidak dapat menjaga masyarakat kita seperti biasa kerajaan-kerajaan Melayu menjaganya. Menunggu bila masyarakat kita berpecah belah, huruhara, paling musuh suka bila berlaku perang saudara!

Hanya tinggal Malaysia lah negara Islam terakhir untuk kuasa besar dan musuh menjalankan agenda mereka yang tidak berkesudahan. Apa agenda mereka:

Jadikan konflik ras dan agama memecahbelahkan masyarakat.

Destabilise huru harakan keamanan politik Malaysia.

Tanamkan semangat tidak percaya antara kaum.

Gogakan dan hasut pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak membenci kerajaan.

Rakyat digalakkan tidak taat kepada pemerintah dengan hasutan dan fitnah.

Menaja dan melahirkan intelektual dan pemimpin pseudo (palsu) dikalangan orang Islam sendiri membantu agenda mereka.

Akhir sekali bantuan kewangan dan peruntukan besar musuh bagi meruntuhkan kerajaan hari ini dalam PRU 13.

Ada 28 juta penduduk Malaysia. Hanya tidak sampai 10% yang mula memikirkan apa yang WZWH tulis ini.

Masalah UMNO ialah pemimpin-pemimpin UMNO tidak pandai menceritakan apa kebaikan-kebaikan yang UMNO telah buat untuk kesejahteraan umat Islam dan rakyat Malaysia. Orang UMNO perlu cerita dan sebarkan kebaikan-kebaikan yang UMNO telah sumbangkan.

Kesilapan dan kesalahan ada tapi kebaikan dan kelebihan UMNO mengatasi kekurangannya.

Itulah jawapan kenapa Allah menurunkan UMNO menjaga survival umat Islam di Malaysia. Maka berfikirlah kamu umat Islam terutama orang Melayu dibulan Ramadan yang mulia ini akan apa yang telah, sedang dan akan berlaku.

Apa-apa yang berlaku selepas ini semua kerja Allah semata-mata. Orang UMNO jangan bimbang Malaysia ini tidak akan dibiarkan oleh Ilahi untuk menjadi huru hara padang jarak padang tekukur kerana sebab-sebab yang WZWH telah nyatakan.

oleh -WZWH ( Wan Zamzuri bin Wan Hasenan AMP)


saifulfromslim

04 August 2012

Semangat dan Etika Kesukanan Peringkat Olimpik 2012 - TERCELA


LONDON- 2.08.2012

Lapan pemain badminton wanita telah dibatalkan kemenangan dari Olimpik kerana didakwa dengan sengaja kalah dalam perlawanan yang berlangsung semalam oleh Lembaga Displin Persekutuan Badminton Sedunia (BWF).

Pemain yang terbabit adalah dari negara China, Korea Selatan dan Indonesia yang didakwa dengan sengaja kalah dalam perlawanan yang berlangsung semalam untuk bertemu dengan lawan yang lemah pada pusingan berikutnya.

Sepanjang perlawanan yang berlangsung semalam, para peminat sukan di stadium ini telah mengejek malah turut menerima amaran dari pengadil perlawanan. Keempat-empat pasangan negara ini telah didakwa tidak bermain dan telah memusnahkan semangat sukan Olimpik.

Pemain dari Indonesia dan Korea Selatan telah merayu keputusan yang dikenakan. BWF turut memberitahu keputusan terhadap rayuan ini akan diberitahu selewat-lewatnya malam ini, di London.

Sementara itu China tidak membantah keputusan yang dikeluarkan oleh BWF dan menegaskan akan melakukan siasatan dalaman terhadap tuduhan dan dakwaan yang dikenakan terhadap pemainnya

Pasangan bergu dari kedua-dua negara ini didakwa kerana sengaja melakukan servis yang sering terkandas dijaring sehingga menimbulkan kemarahan para penyokong dan peminat setia sukan badminton.

Lapan pemain ini telah layak untuk peringkat suku akhir walaupun tewas dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Peminat sukan yang menyaksikan perlawanan ini semalam menyifatkan tragedi ini sebagai skandal yang memalukan sukan badminton dan Olimpik secara khusus.

Keputusan BWF ini telah menyebabkan pasangan nombor satu dunia dari China Wang Xiaoli dan Yu Yang disingkirkan dari menyertai pusingan seterusnya.

saifulfromslim


KeputusaN sehingga 3/8/2012
Aku ucapkan teruskan berjuang kepada pemain badminton negara, Dato' Lee Chong Wei yang kini dalam misi pingat emas Olimpik Malaysia.Moga berhasil mengalahkan Lin Dan esok!

Keputusan Separuh Akhir Badminton Olimpik London 2012 | Datuk Lee Chong Wei mara ke final selepas mengalahkan pemain China Chen Long 21-13, 21-14 pada separuh akhir acara badminton perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 2012 di London. Chong Wei, pilihan utama itu, akan berdepan dengan Lin Dan dari China yang mengalahkan Lee Hyun Il, 21-12, 21-10 dari Korea Selatan pada final Ahad ini.
Keputusan lain-lain perlawanan adalah sebagaimana dibawah :
PUTUSAN SEPARUH AKHIR BADMINTON OLIMPIK LONDON 2012
Separuh Akhir Perseorangan Lelaki
3 Ogos | 9.30 malam | Lee Chong Wei (Mas) vs Chen Long (Chn) | 21-13, 21-14
3 Ogos | 10.15 malam | Lee Hyun Il (Kor) vs Lin Dan (Chn) | 21-12, 21-10
Separuh Akhir Perseorangan Wanita
3 Ogos | 5.00 petang | Yihan WANG (Chn) vs Saina NEHWAL (India) | 21-13, 21-13
3 Ogos | 5.45 petang | Xuerui LI (Chn) vs Xin Wang (Chn) | 22-20, 21-18
Separuh Akhir Beregu Lelaki (belum berlangsung)
4 Ogos | 4 petang | Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Mas) vs Cai Yun/Fu Hai Feng (Chn) | 9-21, 19-21
4 Ogos | 5 petang | Boe M / Mogensen C (Den) vs Chung JS / Lee YD (Kor)
Final Beregu Wanita (belum berlangsung)
4 Ogos | Penentuan Pingat Emas | Tian Q / Zhao Y L (Chn) vs Fujii M / Kakiiwa R (Jap)
4 Ogos | Penentuan Pingat Gangsa | Sorokina V / Vislova N (Rus) vs Bruce A / Li M (Can)
Final Beregu Campuran
Penentuan Pingat Emas | Zhang N / Zhao Y L (Chn) vs Xu C / Ma J (Chn) | 21-11, 21-17
Penentuan Pingat Gangsa | Fischer J / Pedersen C (Den) vs Ahmad T / Natsir L (Indo) | 21-12, 21-12
- – - – - – - – - -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...