Bersih....Ramai yang suka bersih tp betul ke ianya benar-benar BERSIH
Aku ingin menyentuh tentang isu bersih...perhimpunan bersih yang dilaungkan oleh NGO dan juga wakil-wakil parti pembangkang yang menuntut pilhanraya yang bersih dan telus oleh kerajaan. Dari segi niat aku suka sangat le perancangan ini. Tapi dari satu segi pulak...setelah perhimpunan in dibuat mana mereka yakin bahawa akan berlaku satu pilihanraya yang bersih akan ujud. Jika pihak SPR ikut tuntutan mereka..apakah mereka akan berpuashati. Contoh mereka kalah pada pilihanraya akan datang...confirm mereka kata pilihanraya itu tak telus dan ikut acuan dan kehendak kerajaan sedia ada....walau pun SPR mengikut kehendak NGO2 ini 100%. Jika mereka menang tp SPR tak buat apa-apa perubahan dan mengikut sistem sedia ada...saya yakin puak-puak ni akan mengatakan SPR telus dan in berlaku kerana tuntutan mereka melalui perhimpunan bersih.
Cerita kedua...perhimpunan bersih ini perjuangkan untuk golongan mana? Betul ke untuk rakyat...saya rasa nak tergelak pun ada. Tiba-tiba ada pula golongan tertentu seperti pemuda UMNO dan PERKASA ini turut buat perhimpunan nak pertahankan kredibiliti SPR. Yang aku nampak semua nya mula menjadi lebih rumit kepada orang-orang macam aku yang tak menyebelahi mana-mana puak samaada parti kerajaan atau pembangkang ini untuk berfikir tujuan sebenar perhimpunan BERSIH ni. Aku sekarang lebih berfikir tentang kesan kenaikan harga barang, masalah pendidikan yang memerlukan pembiayaan yang besar untuk anak-anak aku, peluang kerja bagi generasi kedua ni dan banyak lagi masalah hidup dan keperluan sara diri yang menjadi kesukaran sebilangan besar orang-orang di Malaysia ni. Bagus kalau parti-parti ni tak kisah le puak kerajaan atau pembangkang berfikir bagaimana nak menyelesai masalah-masalah ni daripada menunjuk pada kami bahawa perjuangan mereka adalah baik untuk rakyat dengan menyata slogan-slogan yang sungguh membosankan dan buat sakit hati, negara kebajikan le, negara islam le, all malaysia dan macam-macam lagi le. Asyik-asyik salah kan kerajaan, dan pihak kerajaan memerintah pulak menyalah pihak pembangkang...last-last siapa yang betul? Orang2 Malaysia bukan semuanya tak tahu punca-puca berlaku inflasi, diflasi, kenaikan harga bahan bakar, pengangguran, kenaikan harga barangan perlu dan penangguhan kerja-kerja pembangunan negara. Kesan ekonomi global dan kesan tidak perseimbangan pasaran dunia adalah faktor-faktor berlaku semua malapetaka kesukaran pada orang-orang malaysia. Jiran aku Singapore pun tertekan dengan kesan ekonomi kerana kadaran cukai barangan dan oerkhidmatan terpaksa dinaikkan pada kadaran 10%. Apa mereka saja-saja suka ke nak naikkan kadaran ini atau mereka terpaksa melakukannya. Semua pemimpin nak negara mereka stabil dan ini pasti akan menyenang mereka juga dalam menangani masalah kemarahan rakyat pada mereka.
Kadang-kadang aku heran le ada pihak yang mengatakan mereka akan menurunkan harga minyak serta merta jika mereka memenagi pilihanraya.. Ape mereka ingat aku bodoh sangat ke? untuk percaya... hahaha...Kalau gitu mudah le..pasti PM Malaysia dah turunkan harga minyak. Mana ada negara-negara maju asyik turunkan harga bila berlaku kenaikkan harga. Apa pulak akan berlaku jika semua negara didunia ini akan akan beri subsidi demi untuk mengurangkan harga barang dan meyeroronokkan rakyat mereka. Akan berlaku lagi satu kesan ekonomi yang pasti turut menjadi masalah pada rakyat jika semua pemimpin akan memberi subsidi untuk mengurangkan masalah kenaikkan harga barang.
Janganlah ingat semua rakyat malaysia bodoh sangat. Sepatutnya kamu pihak pemerintah atau pembangkang harus lebih rasional bekerjasama memikir cara langkah lebih telus untuk mengurangkan beban rakyat dasn bukan mendabik dada mengata mereka lah betul dan pasti akan dapat menyelesaikan masalah rakyat. Mana ada pemerintah dimuka bumi ni suka rakyat mereka menderita?
Dah lah bagus jangan ganggu ketenteraman awam...biarlah rakyat malaysia boleh cari makan dengan aman tanpa gangguan orang-orang politik yang asyik suka berpolitik...konon demi kebaikkan rakyat...dengan membuat pelbagai perhimpunan dan sesi ceramah sana sini...tak kira lah kerajaan atau pembangkang...sama je...ok lah jumpa lagi keceloteh aku yang lain pulak
CATATAN 2 - VISI SEKOLAH DAN VISI JABATAN
Minggu depan dengarnya Tuan Pengarah nak melawat daerah Batang Padang dan yang pasti ianya melibatkan kawasan Air Kuning, Banir, Tapah Road, Tapah, Bidor, Bikam, Sungkai, Trolak, Besaut, Slim River, Behrang, Behrang 2020 PRoton City dan Tanjung Malim tapi harus diingat tak lebih menyebelahi sungai Bernam kerana disitu masih Tanjung Malim tapi terletak dalam daerah negeri Selangor. Disekolah tempat aku mengajar SMK Slim dan semua sekolah daerah Batang Padang ini merupakan sekolah yang penghuninya terdiri daripada pelbagai bangsa, iaitu Melayu, Cina, India, Sikh dan Orang asli. Mereka mempunyai katogeri penghidupan sederhana sebab sebahagian besar adalah berkaitan sebagai pekebun kecil getah, sawit, peneroka felda, pekerja estet, peniaga kecil, penjaja, pekerja sektor kerajaan, pekerja kilang proton, pekerja kilang pakaian dan yang lain -lain adalah student universiti pendidikan sultan idris dan student politeknik Sultan Azlan Shah Behrang yang bergantung hidup dengan ihsan PTPTN.
Pihak pentadbir sentiasa mengwar-war cerita lawatan pada kakitangan, guru-guru serta pelajar-pelajar sekolah tentang lawatan pengarah ini. Objektif lawatan pada amnya adalah pemantauan dalam pembentukkan peningkatan akedemik maklumlah persekitaran luar bandar keseluruhan daerah ini adalah punca pencapaian kelulusan dalam peperiksaan awam sentiasa menjadi daerah yang tercorot pencapaiannya...termasuk sekolah tempat aku mengajar ni sentiasa mengalami tekanan pada perkara yang sama tapi taklah sampai yang tercorot diperingkat daerah..bak kata orang ada rangking juga kerana ada program KRK di SMK Slim ni.
Salah satu agenda utama sekolah ini adalah menyuruh pelajar-pelajar agar tahu akan VISI DAN MISI JPN negeri, PPD daerah dan sekolah agar bersedia untuk menjawab jika ditanya oleh ahli rombongan bersama pengarah nanti. Rasanya semua pentadbir sekolah-sekolah di daerah batang padang yang lain pun mesti sama juga nak murid dan pelajar mereka menghafal VISI dan MISI sebagai satu persiapan wajib untuk lawatan pengarah ini ke daerah Batang Padang ini. Slogan Visi dan Misi pun terus dicatat didinding sekolah dengan kemasnya dengan rekaan huruf dan warna yang ceria. Sungguh cantik mata memandang....
Betul ke persiapan pada VISI daN MISI harus diutamakan. Ini adakah betul-betul bertujuan untuk memberi kesedaran pada pelajar atau hanya satu cara untuk menunjuk pada pihak luar saja agar membuat satu tanggapan bahawa semua sekolah-sekolah di daerah Batang Padang ini telah mula berubah kearah kesedaran pada semua peringkat...dari pentadbir, guru-guru dan khususnya pelajar-pelajar telah menyambut cabaran pihak JPN untuk membuat satu transformasi kearah peningkatan akademik. Adakah ini betul-betul berlaku atau hanya satu drama tari yang cantik alunan tarinya ketika dipersembahkan di persada pentas tp akan dilupakan sebaik saja persembahan itu tamat dan keadaan seperti biasa sebelumnya akan berterusan bak kata orang macam dulu-dulu balik lah.....visi hilang...misi pun lenyap...tunggu keputusan peperiksaan awam 2011...dan seterusnya perkara yang sama akan diteruskan seperti yang sedang berlaku sekarang....hafal VISI....hafal MISI
Anak aku pun dulu bersekolah dekat SMK Slim ni
LOKASI - Dataran Kejat SMK SLIM
CATATAN AKU KE 3 - ' Teh tarik MAmak MaCam2 Kena BayaR '
Cerita pasal negara kita yang sentiasa bergolak dengan kenaikkan harga barang sentiasa jadi bahan cerita disetiap penjuru sudut kawasan...di kedai kopi-kopi, bilik-bilik guru sekolah, gerai, dalam teksi antara pemandu dengan penumpang, di stesyen bas / keretapi, di lobi pasaraya/ shopping mall dan mana aje. Ada yang pro memahami punca kenaikan harga barang dan kos perkhidmatan, ada yang kontra menyalah kerajaan kerana mengurangkan subsidi pada bahan bakar dan keujudan cukai 5% pada produk barangan dan perkhidmatan. Maka ini secara langsung menyebabkan kenaikkan kadar bayaran bill astro baru-baru ini. Yang naik terus naik...tiba-tiba turun harga minyak ron 95 pada kadaran 10 sen. Yang hairan 10 sen naik mereka masih mencemuh kerana hanya 10 sen je. Diorang pandai betul pasal bercakap khusus pada perkara nak menyalahkan kerajaan. Ada stu lagi golongan yang lain pulak asyik nak puji kerajaan aje...biar pun harga gula naik dalam tempoh setahun dari RM1.30 menjadi RM1.45 sen dan seterusnya pada masa ini kekal pada harga RM2.30 sen..dan bila harga sebegini tak pulak ada lagi masalah kekurangan gula lagi.
Awal tahun dulu sebahagian besar rakyat malaysia dibebankan dengan saman ekor dan masalah pembaharuan road tax dan cdL. Sekarang ni perkara ni dah takde lagi...kerana sistem saman kelajuan telah diubah format baru berkuatkuasa 1hb Mei 2011. Ada le cakap-cakap dikalangan rakyat Malaysia kononnya kerajaan terpaksa memperbanyakkan saman ekor kerana memerlukan punca kewangan yang banyak untuk menampung by-election yang kerap sejak 2010 hingga 2011 serta pilihanraya negeri Sarawak. Aku hanya mendengar aje dan sampai la ni pun masih tak pasti akan kesahihannya.
Sejak seminggu dua ni ada iklan MYEG online service ditayangkan di tv termasuk le stesyen tv berbayar astro. Cerita iklan berkisar digerai teh tarik dan makan mamak. Lucu dan menarik iklan ini. Dari iklan ini jelas memang betul Malaysia mempunyai ramai penduduk-penduduk yang sentiasa dibebani dengan pelbagai bayaran...saman PDRM, saman JPJ, saman DBKL, kutipan revenue hasil DBKL, hutang PTPTN, Bil-bil talipon, TNB dan macam-macam lagi boleh dibayar melalui online myeg. Aku senyum menonton iklan ini. Betul le iklan ni...negara aku ni memang pelik sampai terpaksa mengiklan service gini, seolah-olah mengaku bahawa kadar pembayar saman dan penanggung hutang di Malaysia memang tinggi kadarnya. Tak cukup ke perkhidmatan kaunter dan agensi pengutipan oleh bank-bank pada perkara penjelasan hutang, denda/saman dan bayaran bil perkhidmatan tenaga di negara ni lagi. Bank pun dah sedia perkhidmatan bayaran melalui online dan teller machine mereka. Masih tak cukup ke? Sampai nak ada satu agensi khusus iaitu Myeg dan diiklan pulak secara besar-besaran melalui tv. Buat malu je...dan ini jelas kite ni, orang Malaysia memang betul terpaksa membayar macam-macam bayaran untuk menerima perkhidmatan dan juga denda serta saman sehingga ianya perlu diklankan kat talivisyen...Aku terkejut mendengar salah seorang anak aku yang sedang cuti semester akhir yang kebetulan ada masa aku menonton talivisyen bersembang dengan adiknya dan lari ke depan tv kerana nak tengok iklan yang dipanggilnya 'Teh Tarik Mamak Macam-Macam Kena Bayar'....aku senyum dan memikir sejenak....Hihihi jumpa lagi untuk caTAtan celoteh lain kali...
Catatan 4 - Penat Je Cuti
Hari ni cuti peristiwa bagi sekolah...Tapi setiap guru dan murid wajib pergi sekolah. Hairankan...tapi ini dah berlaku 3 hingga 4 tahun kebelakangan ni. Sebab dia mudah je.. kerana hari ini ialah temasya sukan tahunan sekolah. Semua guru terlibat dengan program ini...dan ini secara langsung wajib bagi semua guru hadir sebelum jam 7.00 kerana terpaksa buat persediaan perasmian pada jam 8.00 pagi. Hari esok jumaat sekolah akan berjalan seperti biasa. Dulu-dulu sejak mula aku jadi cikgu pada tahun 1981 selepas sukan pasti akan diumumkan cuti khas sempena sukan keesokkannya. Tapi sekarang tak boleh...kerana hari sukan tak boleh dibuat pada hari persekolahan. Jadi kejohanan olahraga tahunan seolah-olah tak termasuk dalam kurikulam dan ianya tak ubah seperti aktiviti luar macam hari keluarga. Dengan itu pihak sekolah terpaksa membuat sukan dengan mengambil cuti rehat pada hari berkenaan. Sekolah aku ni ada 2 sesi..belah pagi dan petang...jadi buat sukan sebelah pagi ke atau petang same je...mesti ambil cuti peristiwa. Semua murid dan guru-guru terpaksa menanggung penat pada hari cuti peristiwa ni. Yang sedihnya terpaksa ke sekolah hari esoknya walau penat bagai nak giler.
Yang jadi tandatanya...adakah kejohanan olahraga tahunan ini juga sebahagian daripada kurikulam atau ianya hanya dianggap sebagai aktiviti luar aje.
Tandatanya kedua...awal-awal pagi lagi semua guru terpaksa key in kehadiran kat komputer. Mengapa kena key in ya...sedangkan ini adalah hari cuti. Jika ada yang lambat key in....warna merah pada catatan kehadiran akan berlaku. Pelik dan aku betul-betul tak faham konsep cuti peristiwa yang diumumkan sempena sukan sekolah ni. Sistem yang kononnya baik dan terancang tapi sebenarnya bagi pandangan aku cukup cacamarba khusus pada perkara cuti peristiwa dan hari sukan tahunan ni.
Jika ada salah seorang guru tak hadir tanpa sebab, adakah ia akan dianggap melanggar perintah? Adakah tindakan disiplin boleh diambil keatasnya? Jika tiada tindakan diambil pada guru ini kerana tak hadir..maka tidak adil le pula pada guru-guru lain yang hadir kerana terpaksa bertungkus lumus hari cutinya menyelenggara sukan tahunan pada hari berkenaan.
Perlu ke guru atau sememangnya wajib melaksanakan tugas pada cuti peristiwa sempena temasya sukan ni sebagai arahan ' menurut perintah '. Balik pada kehadiran guru, kemunkinan besar tindakan tidak diambil oleh pihak sekolah pada guru yang tidak hadir..tapi guru berkenaan confirm akan dicop sebagai malas, tidak menurut perintah dan akan berterusan dianggap dan dipandang negatif oleh pihak sekolah.
Aku ni bukan ape...tapi ialah hanya sekadar membuat catatan untuk membuat sedikit kelegaan pada diri aku ni yang tak faham konsep cuti peristiwa dan kejohanan olahraga tahunan sekolah yang dianggap aktiviti luar sekolah dan bukan sebahagian daripada kurikulam atau p&p (pengajaran dan pembelajaran)...Ok jumpa lagi ke catatan yang akan bersambung seterusnya.
jam 11.04 pm 30/06/2011
suasana kejohanan sukan tahunan.
...esoknya pasti akan...................
diumum cuti & sorakan hip2 hore...
sekarang dah takde lagi...............