My home

26 February 2012

24 Feb 2011- Dr Mahathir vision











Ex Premier Tun Dr Mahathir Mohamad...vision... still giving sign n hoping for Malaysian in achieving
and creating the vision 2020 come true...
saifulfromslim...hope so...we Malaysian can do it...


22 February 2012

Isu Israel: Ketua AMK cabar Khairy

u
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Februari 2012
SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sama-sama berganding dengan pihaknya bagi mengemukakan bantahan kepada kerajaan berhubung dakwaan hubungan dagang antara Malaysia dan Israel.


Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, bantahan itu perlu dilakukan berikutan kenyataan Khairy sebelum ini yang dilihat anti-Israel.Beliau turut mempersoalkan pendirian Khairy berhubung kapal dagangan yang berlabuh di Pelabuhan Klang 16 Februari lalu yang mana didakwa ada kaitan dengan Israel.


“Apa pendirian Khairy mengenai pendedahan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel yang mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang?.


“Kami juga berminat untuk tahu pendirian Khairy mengenai penjelasan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.


"Saya mencabar Khairy dan Pemuda Umno untuk sama-sama menyatakan bantahan kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri atas hipokrasi yang ditunjukkan dalam isu dagangan bersama Israel serta hentikan sebarang hubungan diplomatik dengan Malaysia," katanya dalam kenyataan media di sini.


Sebelum ini, ada dakwaan mengatakan dua kapal dipercayai milik Israel berlabuh di Westport pada 16 Februari lalu. Perkara itu didedahkan oleh Jingga 13 Isnin lalu.


Selain itu, Shamsul Iskandar berkata, pihaknya turut menyelar kenyataan Khairy bahawa memberi Anwar undi bermakna mengundi untuk Israel.


Katanya, adalah tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana sebagai pemimpin, ia merupakan tindakan yang memalukan dan tidak cerdik.


"Kami menunggu respons balas Khairy mengenai hal ini. Semoga beliau tidak berdolak dalik sebagaimana yang dilakukan beliau dalam debat mengenai isu skandal (Pusat Fidlot Kebangsaan) NFC," katanya.

aku rase ginie lagi bagus:


Soal dagangan berbeza dengan pengiktirafan. Contoh Msia terpaksa menerima chips Intel walau pn ianya milik Israel untuk kepentingan sistem penkomputeran kita.

Hubungan diplomatik Msia/Israel mmg tak ujud. Yang masih nak persoalkan kenape? Sedar le Ketua Umum dah pun sanggup mengiktiraf Israel sbg negara. Nak buat lawak jenaka ape lagi Ketua AMK nak berganding bahu dengan KJ dari umno buat bantahan. Mengapa KJ...apesalah ajak PAS saja kerana PAS juga tidak mengiktiraf Israel. Patut nya Ketua AMK buat sepanduk mengalukan kedatangan kapal2 Israel tu di Westpot Port Klang je...baru le betul. Lepas tu mesti dunia akan mengkagumi Ketua AMK lak

saifulfromslim


21 February 2012

maut ditetak anak lelaki...Ibu berusia 60 tahun maut



SUNGAI PETANI - Seorang warga emas maut dipercayai akibat ditetak anak lelakinya dengan sebilah parang dalam kejadian di rumahnya di Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri dekat sini tengah hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa A'inshon Abdul Rahman ,60, dipercayai ditetak suspek berumur 26 tahun pada bahagian belakang kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, ketika kejadian, tiada orang lain di rumah berkenaan melainkan mangsa dan suspek sahaja.
Katanya, pihaknya berjaya menahan suspek kira-kira dua kilometer dari rumah berkenaan.
"Polis telah menemui senjata tajam yang dipercayai digunakan iaitu golok (parang) perak di rumah berkenaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Mohd Zakaria berkata siasatan awal polis mendapati suspek merupakan penagih dadah dan turut mengalami sedikit masalah mental yang memerlukannya mengambil ubat-ubatan termasuk ubat penenang secara berkala.
Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.
"Setakat ini kami belum masih menemu bual suspek sebab apa tetak mak dia, sama ada berlaku pertengkaran nak duit atau sebaliknya kita tidak tahu, semuanya masih dalam proses siasatan," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat.
Sementara itu, jiran mangsa Maznan Omar, 48, berkata dia pergi ke tempat kejadian setelah dimaklumkan adik lelakinya yang kebetulan melalui rumah mangsa bahawa dia melihat mangsa berada dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di bahagian dapur.
 Gambar hiasan (ibu dan anak)

"Semasa saya sampai di rumah mangsa, saya tengok mangsa telah meninggal dunia dan anak lelaki dia pun tak ada. Saya lihat ada ikan dan sayur-sayuran, mungkin mangsa pada waktu itu nak masak makan tengah hari. Selepas itu, saya
pergi ke balai polis berhampiran untuk buat laporan polis," katanya.
Seorang lagi jiran, Fazilah Hussein, 27, berkata dia tidak mendengar sebarang bunyi bising yang menunjukkan berlaku pertengkaran dari rumah mangsa.
Katanya, mangsa merupakan nenek saudaranya dan sebelum kejadian itu, mangsa telah pergi menoreh getah.
"Hanya tinggal mereka berdua sahaja di rumah memandangkan adik-beradik lain tinggal berasingan dan anak lelakinya ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik. Kami susah nak nampak anak dia ini sebab suka duduk dalam bilik sahaja," katanya. - Bernama 

19 February 2012

Bukan cinta Muka buku aje ada tapi didakwa dipukul akibat salah faham Facebook (Muka Buku)


1 Februari 2012
KANGAR - Seorang pelajar perempuan 15 tahun dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini selepas mengalami muntah-muntah dikatakan dipukul sekumpulan rakan sekolahnya akibat selisih faham menerusi laman muka buku. Noor Haidaanis Norizan yang dimasukkan ke hospital awal pagi tadi pukul 1 turut mengalami lebam di beberapa bahagian badan dan bengkak di kepala akibat kejadian tersebut kira-kira pukul 6 petang semalam.

Mangsa mendakwa dipukul sekumpulan pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini ketika sedang berjalan pulang seorang diri berhampiran sebuah taman perumahan di belakang sekolahnya. "Mereka mengatakan saya cuba menggoda teman lelaki salah seorang rakan melalui laman sosial muka buku. "Mereka bertindak kasar menampar, menumbuk, menendang dan menarik rambut saya. Kemudian muncul ramai lagi pelajar perempuan yang saya tak kenal turut bertindak sama," katanya ketika ditemui pemberita di HTF di sini hari ini.

Noor Haidaanis berkata sebelum ini dia menerima ungutan daripada kumpulan pelajar sama yang dikatakan tidak puas hati dengannya kerana mempunyai ramai kawan walaupun baru berpindah ke sini.
Katanya, dia sebelum ini bersekolah di Sungai Petani, Kedah dan baru sebulan berpindah ke Perlis bersekolah dan menetap bersama neneknya. Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superitendan Ismail Che Isa mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu daripada ibu mangsa serangan.

Katanya, siasatan awal mendapati empat pelajar sahaja terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah ugutan dan Seksyen 323 kerana bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan.- Bernama

Telefon boleh mengesan penyakit...Percaya tak ?

SEOUL - Telefon pintar tidak hanya berfungsi sebagai alat penghubung selepas sekumpulan saintis Korea menambah fungsinya untuk mengesan penyakit.

Ketua kumpulan penyelidik di Institut Sains dan Teknologi Maju Korea, Profesor Park Hyun Gyu berkata, mereka telah berjaya mencipta aplikasi telefon bimbit yang mampu untuk mengesan pelbagai penyakit seperti barah dan kencing manis. 

Menurutnya lagi, teknologi itu dibangunkan berdasarkan keupayaan sensitiviti skrin sesentuh untuk mengesan isyarat yang dihantar menerusi sentuhan jari.

“Eksperimen yang dijalankan di makmal menunjukkan titisan darah atau air liur yang diletakkan pada skrin sesentuh telefon pintar mampu memberi keputusan segera mengenai tahap kesihatan pengguna,” jelasnya.

Gadis California ketagih memakan barang plastik

CALIFORNIA - Seorang gadis di Sacramento, California mengaku bahawa dia ketagih memakan barang plastik sejak 11 tahun lalu.Kailyn, 18, mendedahkan tabiat pemakanan peliknya yang sehingga kini lebih daripada 60,000 barangan plastik menjadi menu utamanya.

“Saya telah memakan 12 alat kawalan jauh, lebih daripada 5,000 manik, 1,000 sudu koktel, 100 garfu, 10 botol air, dua puting botol, tiga bekas cakera padat (CD), 50 batang penyangkut baju, 25 tudung botol dan banyak lagi,” katanya.

Gadis manis itu mendakwa dia lebih suka mengunyah barang diperbuat dari plastik berbanding makanan berkhasiat disarankan doktor.




18 February 2012

BODOH vs MATI


SINGAPURA - Seorang pembantu rumah warga Indonesia bakal berhadapan hukuman penjara 20 tahun selepas mengaku bersalah, kelmarin atas kesalahan memukul dan mencekik majikannya berumur 87 tahun sehingga mati gara-gara wanita itu memanggilnya ‘bodoh’.
Vitria Depsi Wahyuno, 19, turut didakwa menipu umurnya yang sebenar bagi membolehkannya memenuhi kelayakan minimum untuk bekerja di Singapura pada 2009.
Menurut laporan bedah siasat, majikannya, mendiang Sng Gek Wah telah dipukul dengan pasu dan mukanya ditekup dengan bantal sehingga menyebabkan beberapa kesan lebam serta tulang rusuknya patah.

Semasa perbicaraan, peguam bela turut menuntut hukuman Vitria dikurangkan selepas menilai tahap kecerdasannya yang rendah mungkin menyebabkan dia tidak dapat menerima panggilan seperti itu memandangkan Gek Wah sememangnya dikenali oleh jirannya sebagai seorang wanita panas baran dan sering memarahi pembantu rumahnya.

sinar harian -17.02.2012



17 February 2012

Kesian nak berhenti merokok, malapetaka lain lak timbul...


Lelaki cedera rokok elektronik meletup 

FLORIDA: Seorang lelaki hilang beberapa batang gigi selain cedera lidah dan wajahnya melecur teruk apabila rokok elektronik yang dihisap dalam usaha meninggalkan tabiat merokok, meletup dalam mulutnya disebabkan kerosakan bateri. “Bateri rokok elektronik itu melayang ke dalam almari menyebabkan kebakaran,” kata ketua Jabatan Bomba Teluk Utara, Joseph Parker.
Laman Facebook mendedahkan lelaki itu sebagai Tom Holloway, 57. Holloway berada di pejabat ketika alat itu meletup, menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan peralatan pejabat terbakar. 

Bekas bateri yang ditemui di atas permaidani yang cair sebesar cerut. Penyiasat tidak tahu jenama rokok berkenaan, jenis bateri atau usia peralatan itu, kata Parker. 
Baterinya boleh dicas semula kerana tempat mengecas dan bateri lain ada dalam bilik itu, katanya. Parker juga mengakui itulah kali pertama mendengar kejadian seumpama itu.
 

Sementara itu, pengasas bersama ‘Tobacco Vapor Electronic Cigarette Association’, Thomas Kiklas, berkata industri itu tidak mengetahui ada sebarang masalah dengan rokok elektronik atau bateri meletup.
 
Kiklas berkata, rokok plastik termasuk bateri kecil dan katrij. Bateri bertujuan menjadi cas elektrik apabila alat itu disedut. Set mengecas melepaskan wap dalam tiub rokok. Bauan yang dipenuhi nikotin itu memberikan rasa dan pengalaman merokok tanpa asap
.
 
Kiklas memetik laporan persekutuan yang mendapati 2.5 juta rakyat Amerika menggunakan rokok elektronik tahun lalu.
 “Berbilion orang menghisap rokok ini dan kami tidak pernah mendengar kejadian seperti ini sebelum ini,” katanya. Industri tidak mendakwa rokok elektronik membolehkan perokok mengikis tabiat itu, cuma ia adalah alternatif lebih sihat berbanding rokok biasa kerana kurang kimia
.
 
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) memberi amaran mengenai rokok berkenaan dalam laman webnya Oktober lalu dan berkata ia boleh menyebabkan ketagihan, mungkin mengandungi kimia bahaya seperti nikotin dan menyebabkan kanak-kanak mencuba produk tembakau lain. – AP
 

Kata, Raja Petra Kamaruddin, ' John Soh punca cita-cita 16 Sept. 2008 kempunan'


John Soh punca cita-cita 16 Sept. 2008 kempunan

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, 50, menyumbangkan RM300 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan untuk menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008.
Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pernah rapat dengan Anwar mendakwa, wang RM300 juta itu sangat diperlukan Anwar ketika itu untuk digunakan sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.
"John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk tujuan tersebut melainkan Anwar mampu menjanjikan kejayaan. Tetapi bagaimana Anwar boleh memastikan kejayaan?
"Terdapat 30 Ahli Parlimen BN pada waktu itu. Jika mereka boleh menjual diri kepada satu pihak, maksudnya mereka boleh berbuat demikian ke pihak lain juga.
"John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan ia mengakhiri impian (Anwar) memasuki Putrajaya. Itu juga bermakna Anwar perlu menghadapi perbicaraan liwat kedua. Hanya satu cara beliau boleh mengelakkan (perbicaraan) liwat itu iaitu dengan menjadi Perdana Menteri, yang tidak akan terjadi sekarang," katanya.
Raja Petra dipetik berkata demikian dalam Malaysia Today melalui entri bertajuk EPISOD 8: Lelaki di Sebalik PKR (Siri 2) hari ini.
Tambahnya, hubungan Anwar dengan John Soh mulai renggang selepas keengganan ahli perniagaan itu membiayai wang tersebut walaupun kedua-dua pemimpin sebelum itu pernah bertelagah mengenai keperluan menyingkirkan Exco Selangor, Elizabeth Wong ekoran kontroversi gambar bogelnya.
"Apabila keadaan bertambah parah dan mustahil untuk berbaik-baik, John Soh dan Anwar 'berpisah.' Kemuncaknya ialah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak hampir setahun lalu," katanya.
Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa, bangunan yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dimiliki oleh John Soh.
Dengan jumlah hutang sewa bangunan PKR sehingga Jun 2010 adalah sebanyak RM600,000, katanya, hutang sewa bangunan terkumpul parti itu dianggarkan bernilai RM1 juta.
Selain itu, menurutnya, John Soh telah membelanjakan sekitar RM30 juta untuk menaja Anwar dan PKR sejak 1998.
"Apa yang ramai orang tidak tahu, kecuali individu dalam lingkaran Anwar ialah John Soh bukan hanya pembiaya PKR. Dia adalah seorang strategis utama yang menumpukan kepada cara-cara memenangi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Election dah dekat kata PM


Najib beri bayangan PRU-13 semakin hampir

KOTA KINABALU 16 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) malam ini terus memberi bayangan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin hampir.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, dalam perjumpaan selama kira-kira dua jam itu, Perdana Menteri menekankan kepada pentingnya persediaan semua pihak sama ada di peringkat nasional atau negeri.
Selain itu, katanya, Najib turut menekankan kepada pentingnya kesetiaan kepada parti dalam berhadapan PRU akan datang.
"Bayangan pilihan raya, Perdana Menteri berkata ia mungkin selepas satu lawatan (ke Sabah) lagi atau tiada lawatan (ke Sabah) lagi, jadi ia bermaksud sangat dekat," katanya ketika ditemui selepas majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama pemimpin BN Sabah di sini malam ini.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok;
Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.
Sementara itu, Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, isyarat yang diberi Perdana Menteri begitu jelas apabila menekankan pentingnya memastikan pemilihan calon boleh menang.
Katanya, Najib mengingatkan supaya semua pihak terus memberi sokongan kepada calon yang dipilih tanpa sebarang kompromi.

why I become a teacher


Why I became a teacher
I love learning and wanted to be able to share that love and develop it in others for a life time. I was also bored in my repetitive office job and wanted a job that was challenging and varied.
saifulfromslim



I begin accepted teaching as my career  in the year 1980, going through teachers training and capture a qualifying dignity to teach students in a secondary school on remarkable date I always remembered that’s the 5th January 1981.   

I don't know exactly what started me to actually give teaching a chance because many things in my life's course threw me every which way but in the direction I thought I should be going. I can only say it was always who I am but never let the teacher in me out till there was no other avenues.
I didn't choose it for money" that is for sure", and I didn't choose because I wasn't or couldn't make money. I chose it because it's me" what I am" my beliefs, and values in life. If anything, it was a huge sacrifice because most people choose to chance the almighty dollar" I enjoy the freedom money buy you but I don't like the compromises in my beliefs and values" not saying I am an ulamak or morally living life to some standard of that " I enjoy off beat life styles to some extent" but what I am saying is there is nothing closer, purer, or my rewarding to me than being a teacher, teaching, and helping others learn-achieve in life.

It is like my passion and I don't exactly know why. Till now in the year 2012 I still extended my  career  as a teacher till the coming year 2017.


                                                     5th Januari 1981
                                   3rd January 1997 till now..2012

saifulfromslim 

16 February 2012

Siapa aku akan undi untuk DUN Slim nie..

Aku adalah pengundi Dun Slim... Sape akan aku undi...Sebagai seorang yang asal dari Slim nie...yang confirm aku akan mengundi berdasarkan calon. Bukan parti kerajaan atau pembangkang..tapi jika ada calon bebas pun jika baik orang dan tidak sombong pasti akan aku undi kat dia. Sejak kecil aku kenal banyak bekas-bekas wakil rakyat macam  Zakaria Manaf, Hj RM Idris dan yang terkini ialah YB Kushairi. Lu orang fikir le patut kita mengundi jika sampai raut wajah nya pun kita tidak kenal. Ini bukan main-main tau...tapi betul. Macam pada satu masa pilihanraya dulu..isteri aku bertanya..sape aku nak undi nie...aku suka dengan BN dan kagum dengan PM..tapi wakil BN disini aku tak kenal le...yang aku kenal Ustaz Tarmizi dari PAS yang selalu angkat tangan dan hon kat kerete bila kita berselisih...Lu orang pikir le sikit..ape harus aku jawap pada isteri aku yang bertanya soalan gitu.?
Pilihanraya dah tak lama lagi rasanya, jika tidak tak akan ada lawatan kerja dari MB Perak secara besar-besaran di Dun Slim ni. Aku kagum dengan Datuk Zambri nie...dia rajin..dimana-mana daerah di Perak dia disenangi orang kampung, orang pekan malah cina kat kampung baru cold stream jalan Teluk Intan pun puji dia. Tapi wakil rakyat entah le...sama je dari dulu sampai sekarang..susah sangat nak jumpa. Nasib baik aku terlibat dengan program kat sekolah..ade le juga ternampak batang hidungnya. Orang kat kampung dan yang dah pencen atau suri rumah confirm sukar nak jumpa YB2 nie.
Tapi untuk pilihanraya kali ini aku akan pilih wakil rakyat berdasar kriteria ini. Aku tak peduli ape orang lain buat cara mereka nak pilih,  yang penting aku nak orang tu pandai...ade kelulusan le...baru le boleh nak memimpin. Yang kedua baik dan tidak sombong..boleh le selalu jumpa masa sembahyang jumaat atau pergi pasar kat pekan dan mahu le menegur orang. Tak le protokol sangat dengan eksyen sebagai YB yang dia dapat title nie kerana undi dari orang ramai nie. Kalau dia orang islam biar le baik perangainya...tak tinggal sembahyang dan mahu le meluang masa ke rumah orang meninggal dunia di kawasan dun nya itu.
Nie le lebih kurang calon yang aku rase nak pilih....hihihi.

Lawatan kerja MB Perak ke DUN Behrang dan Slim River 16 dan 17 Feb 2012


Penduduk di Tanjung Malim berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir pada hari Rabu dan Khamis ini. Bermula jam 9.00 pagi, Menteri Besar menghabiskan masa dua hari di beberapa lokasi termasuklah program bertemu rakyat di bandar berkenaan. Lawatan Menteri Besar yang bermula Rabu padat dengan program kerakyatan. Sebagai contoh selepas mesyuarat EXCO, beliau menghadiri program bersama pemimpin membabitkan penyerahan borang keahlian UMNO kepada 200 orang. Selepas jamuan makan dan solat zohor, Dr.Zambry akan hadir dalam Majlis Amanat Menteri Besar di Dewan Seri Tanjong Majlis Daerah Tanjong Malim. Selain kakitangan kerajaan, NGO-NGO, pertubuhan sukarela, belia, JKKK, pemimpin-pemimpin masyarakat dan kaum termasuk imam-imam dan peniaga-peniaga membabitkan 1,500  orang akan hadir. Menteri Besar tidak akan pulang ke kediaman rasmi malam itu sebaliknya memilih untuk bermalam disebuah rumah  milik keluarga angkatnya yang merupakan mantan gurunya, Haji Shafie di Kampung Pauh Behrang Stesyen.
Satu program diperkenalkan GLC dimulakan dengan “program masuk ke kampung-kampung” di DUN Behrang. GLC kerajaan negeri bertindak menjadi penganjur. Bagi penduduk yang berada di kawasan Pekan Behrang Stesyen pada sebelah petang iaitu selepas solat asar, Menteri Besar dijangka menikmati minum petang bersama-sama penduduk. Kawasan pilihan ialah Medan Selera Pekan Behrang stesyen. Program hari pertama tidak tamat di sini tetapi Dr.Zambry selepas menunaikan solat magrib dan isha berjemaah dan bacaan yasin akan “melepak disebuah restoren”. Program ini dinamanakan   sessi lepak. Pada hari Khamis, Menteri Besar menunaikan solat subuh berjemaah di masjid Jamek bandar Tanjong Malim dan mendengar tazkirah sebelum bersarapan dengan jemaah masjid di medan selera. Beliau akan melawat pasar awam Tanjong Malim bertemu peniaga-peniaga. Menteri Besar dan barisan EXCO akan mengadakan “klinik rakyat” bertemu orang ramai. Program ala-ala bertemu pelanggan ini membolehkan orang ramai menemuinya dan EXCO-EXCO tanpa perlu pergi ke Ipoh.  Menteri Besar kemudian berlepas ke Slim River untuk program jamuan rakyat yang diadakan bersebelahan bangunan UMNO bahagian Tanjong Malim. Satu klinik bolasepak Dr.Zambry diadakan di Padang bolasepak MDTM Slim River sebelum Menteri Besar t tiga buah rumah penduduk tempatan di pekan Trolak. Diakhir program, Dr.Zambry mengetuai pasukan bolasepak Menteri Besar menentang pasukan bolasepak pilihan Slim River/Tanjong Malim.
saifulfromslim

uitm seri iskandar dan kedai rahmat



Aku tertarik hati dengan student-student uitm Seri Iskandar...Kedai runcit Rahmat sentiasa jadi tumpuan mereka. Kedai nie berkonsep mini market yang sentiasa penuk sesak dengan pengunjungnya. Ini le yang mengkagumkan aku. Sebagai pengetahuan semua, yang memberi sumbangan terbesar pada premis ini adalah pelajar dari uitm nie. Ini kerana lokasinya yang paling hampir dengan kampus uitm cawangan Perak ini. Dari segi harga...boleh dikatakan berpatutan juga. Depan kedai nie ada gerai bergerak yang menjual burger. Tuan punya gerai kecil nie juga mengharap pelanggannya datangnya dari kalangan pelajar uitm ini juga. Sebahagian besar akan duduk dipenjuru dan didepan deretan kedai sambil minum dan menguyah burger, hot dog sambil minum air kotak kerana kepenatan jauh juga berjalan dari kampus kesitu. Tumpuan pelajar uitm nie ke situ biasanya memuncak sekitar jam 5.00 petang hingga le ke malam.Tak dinafikan kehadiran Uitm ke daerah ini turut menyemarakkan lagi punca pendapatan masyarakat di sini. 

15 February 2012

Permohonan guru GSTT




1. Syarat-syarat untuk memohom Guru Sandaran Tidak Terlatih dan Guru Ganti
Pemohon Guru Sandaran dan Guru Ganti Tidak Terlatih seharusnya
Sekolah Rendah
  1. warganegara Malaysia.
  2. berumur 18 hingga 30 tahun.
  3. Sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran kredit dalam ujian Sijil Pelajaran Malaysia termasuk Bahasa Malaysia.
Sekolah Menengah
  1. warganegara Malaysia.
  2. berumur 18 hingga 30 tahun(Bukan Pemegang Ijazah).
  3. berumur 18 hingga 35 tahun bagi Pemegang Ijazah.
  4. Sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran kredit dalam ujian Sijil Pelajaran Malaysia termasuk Bahasa Malaysia.
Untuk permohonan di Sekolah rendah & menegah seluruh Sarawak bolehlah memuat turun;
Borang permohanan boleh dihantar terus ke sekolah yang dipilih ataupun menghantar ke PPD berdekatan. Adalah lebih baik menghantar ke sekolah yang anda minta sebagai GSTT.
Bagi anda yang berminat untuk mendaftar secara online menjadi GSTT boleh juga merujuk di sini http://ekgsk.com/gstt/v2/index.php.
2. Borang Permohonan Guru Sandaran Tidak Terlatih Pendidikan Khas
Borang Permohonan Guru Sandaran Tidak Terlatih Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Borang yang lengkap perlu dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bagi anda yang ingin mengetahui pengurusan sekolah pendidikan khas 2011 boleh memuat turun di bawah:

Panduan Pengurusan Sekolah Pendidikan Khas

14 February 2012

14th February VALENTINE


Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?


“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)


Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau  iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan  dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.
 SEJARAH VALENTINE:

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.


Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.


Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM 

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)


Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.


Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-
Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam  masalah 'Valentine Day'.


1. PRINSIP / DASAR

   Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama  Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.


2. SUMBER ASASI

   Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

3. TUJUAN

   Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan      yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.


4. OPERASIONAL

Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan    syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)

Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan    semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat    mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati    mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.


Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim.  Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.


Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.

MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)

Perhatikanlah Firman Allah :
“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.


Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t.:

“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.


Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..


13 February 2012

Ada perkara yang kita tidak tahu kelebihan - Kaabah dan Kota Mekah



Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Sumber: http://www.zaidimokhtar.com/ 





saifulfromslim