My home

19 February 2012

Gadis California ketagih memakan barang plastik

CALIFORNIA - Seorang gadis di Sacramento, California mengaku bahawa dia ketagih memakan barang plastik sejak 11 tahun lalu.Kailyn, 18, mendedahkan tabiat pemakanan peliknya yang sehingga kini lebih daripada 60,000 barangan plastik menjadi menu utamanya.

“Saya telah memakan 12 alat kawalan jauh, lebih daripada 5,000 manik, 1,000 sudu koktel, 100 garfu, 10 botol air, dua puting botol, tiga bekas cakera padat (CD), 50 batang penyangkut baju, 25 tudung botol dan banyak lagi,” katanya.

Gadis manis itu mendakwa dia lebih suka mengunyah barang diperbuat dari plastik berbanding makanan berkhasiat disarankan doktor.




No comments:

Post a Comment