My home

18 February 2012

BODOH vs MATI


SINGAPURA - Seorang pembantu rumah warga Indonesia bakal berhadapan hukuman penjara 20 tahun selepas mengaku bersalah, kelmarin atas kesalahan memukul dan mencekik majikannya berumur 87 tahun sehingga mati gara-gara wanita itu memanggilnya ‘bodoh’.
Vitria Depsi Wahyuno, 19, turut didakwa menipu umurnya yang sebenar bagi membolehkannya memenuhi kelayakan minimum untuk bekerja di Singapura pada 2009.
Menurut laporan bedah siasat, majikannya, mendiang Sng Gek Wah telah dipukul dengan pasu dan mukanya ditekup dengan bantal sehingga menyebabkan beberapa kesan lebam serta tulang rusuknya patah.

Semasa perbicaraan, peguam bela turut menuntut hukuman Vitria dikurangkan selepas menilai tahap kecerdasannya yang rendah mungkin menyebabkan dia tidak dapat menerima panggilan seperti itu memandangkan Gek Wah sememangnya dikenali oleh jirannya sebagai seorang wanita panas baran dan sering memarahi pembantu rumahnya.

sinar harian -17.02.2012



No comments:

Post a Comment