My home

17 February 2012

Kesian nak berhenti merokok, malapetaka lain lak timbul...


Lelaki cedera rokok elektronik meletup 

FLORIDA: Seorang lelaki hilang beberapa batang gigi selain cedera lidah dan wajahnya melecur teruk apabila rokok elektronik yang dihisap dalam usaha meninggalkan tabiat merokok, meletup dalam mulutnya disebabkan kerosakan bateri. “Bateri rokok elektronik itu melayang ke dalam almari menyebabkan kebakaran,” kata ketua Jabatan Bomba Teluk Utara, Joseph Parker.
Laman Facebook mendedahkan lelaki itu sebagai Tom Holloway, 57. Holloway berada di pejabat ketika alat itu meletup, menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan peralatan pejabat terbakar. 

Bekas bateri yang ditemui di atas permaidani yang cair sebesar cerut. Penyiasat tidak tahu jenama rokok berkenaan, jenis bateri atau usia peralatan itu, kata Parker. 
Baterinya boleh dicas semula kerana tempat mengecas dan bateri lain ada dalam bilik itu, katanya. Parker juga mengakui itulah kali pertama mendengar kejadian seumpama itu.
 

Sementara itu, pengasas bersama ‘Tobacco Vapor Electronic Cigarette Association’, Thomas Kiklas, berkata industri itu tidak mengetahui ada sebarang masalah dengan rokok elektronik atau bateri meletup.
 
Kiklas berkata, rokok plastik termasuk bateri kecil dan katrij. Bateri bertujuan menjadi cas elektrik apabila alat itu disedut. Set mengecas melepaskan wap dalam tiub rokok. Bauan yang dipenuhi nikotin itu memberikan rasa dan pengalaman merokok tanpa asap
.
 
Kiklas memetik laporan persekutuan yang mendapati 2.5 juta rakyat Amerika menggunakan rokok elektronik tahun lalu.
 “Berbilion orang menghisap rokok ini dan kami tidak pernah mendengar kejadian seperti ini sebelum ini,” katanya. Industri tidak mendakwa rokok elektronik membolehkan perokok mengikis tabiat itu, cuma ia adalah alternatif lebih sihat berbanding rokok biasa kerana kurang kimia
.
 
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) memberi amaran mengenai rokok berkenaan dalam laman webnya Oktober lalu dan berkata ia boleh menyebabkan ketagihan, mungkin mengandungi kimia bahaya seperti nikotin dan menyebabkan kanak-kanak mencuba produk tembakau lain. – AP
 

No comments:

Post a Comment