My home

16 February 2012

Siapa aku akan undi untuk DUN Slim nie..

Aku adalah pengundi Dun Slim... Sape akan aku undi...Sebagai seorang yang asal dari Slim nie...yang confirm aku akan mengundi berdasarkan calon. Bukan parti kerajaan atau pembangkang..tapi jika ada calon bebas pun jika baik orang dan tidak sombong pasti akan aku undi kat dia. Sejak kecil aku kenal banyak bekas-bekas wakil rakyat macam  Zakaria Manaf, Hj RM Idris dan yang terkini ialah YB Kushairi. Lu orang fikir le patut kita mengundi jika sampai raut wajah nya pun kita tidak kenal. Ini bukan main-main tau...tapi betul. Macam pada satu masa pilihanraya dulu..isteri aku bertanya..sape aku nak undi nie...aku suka dengan BN dan kagum dengan PM..tapi wakil BN disini aku tak kenal le...yang aku kenal Ustaz Tarmizi dari PAS yang selalu angkat tangan dan hon kat kerete bila kita berselisih...Lu orang pikir le sikit..ape harus aku jawap pada isteri aku yang bertanya soalan gitu.?
Pilihanraya dah tak lama lagi rasanya, jika tidak tak akan ada lawatan kerja dari MB Perak secara besar-besaran di Dun Slim ni. Aku kagum dengan Datuk Zambri nie...dia rajin..dimana-mana daerah di Perak dia disenangi orang kampung, orang pekan malah cina kat kampung baru cold stream jalan Teluk Intan pun puji dia. Tapi wakil rakyat entah le...sama je dari dulu sampai sekarang..susah sangat nak jumpa. Nasib baik aku terlibat dengan program kat sekolah..ade le juga ternampak batang hidungnya. Orang kat kampung dan yang dah pencen atau suri rumah confirm sukar nak jumpa YB2 nie.
Tapi untuk pilihanraya kali ini aku akan pilih wakil rakyat berdasar kriteria ini. Aku tak peduli ape orang lain buat cara mereka nak pilih,  yang penting aku nak orang tu pandai...ade kelulusan le...baru le boleh nak memimpin. Yang kedua baik dan tidak sombong..boleh le selalu jumpa masa sembahyang jumaat atau pergi pasar kat pekan dan mahu le menegur orang. Tak le protokol sangat dengan eksyen sebagai YB yang dia dapat title nie kerana undi dari orang ramai nie. Kalau dia orang islam biar le baik perangainya...tak tinggal sembahyang dan mahu le meluang masa ke rumah orang meninggal dunia di kawasan dun nya itu.
Nie le lebih kurang calon yang aku rase nak pilih....hihihi.

No comments:

Post a Comment