My home

07 October 2012

Karpal bidas laporan 'nepotisme' pembangkang


Karpal bidas laporan 'nepotisme' pembangkang
Malaysiakini
6hb Oktober 2012 - 

Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh membidas laporan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang melabelkan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sebagai pengamal nepotisme.

Laporan New Straits Times hari ini dengan tajuk "Nepotisme in opposition worrying" (nepotisme dalam pembangkang merisaukan) memuatkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah, gambar Karpal Singh sendiri bersama anaknya Gobind Singh Deo.

Turut dimuatkan gambar anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Karpal menegaskan hak untuk terlibat dalam politik tidak patut dinafikan kepada mana-mana anak ahli politik kerana ia dilindungi di bawah perlembagaan persekutuan yang menetapkan semua warganegara adalah setaraf.

Tambahnya, anak mana-mana pemimpin politik mempunyai hak untuk maju ke hadapan dalam kerjaya politik mereka.

"Bagaimana pun, jika kebolehan anak seorang pemimpin politik dan juga seorang individu lain adalah sama, individu itu diberikan keutamaan berbanding anak pemimpin berkenaan," kata Karpal pada sidang media di Air Itam, Pulau Pinang hari ini.
Petikan dari portal Malaysiakini




Pendapat aku pulak:
Perangai pembangkang…sentiasa bercakap berdasar kepentingan diri sendiri. Dah jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah, gambar Karpal Singh sendiri bersama anaknya Gobind Singh Deo. Ditambah pulak dengan Nik Aziz dan anaknya….semuanya mengamal nepotisme. Si Karpal nie pusing 360 darjah konon itu hak individu atau anak pemimpin sekali pun berhak untuk maju kehadapan untuk kerjaya politik diorang. Tapi ada satu penegasan Si Karpal lawyer tersohor buat ialah jika kebolehan anak seorang pemimpin politik dan juga seorang individu lain adalah sama, individu itu diberikan keutamaan berbanding anak pemimpin berkenaan. Dalam erti kata lain Karpal turut membuat pengakuan anak-anak memimpin-pemimpin pembangkang termasuk anaknya si gobind singh berkebolehan dari mana-mana individu yang ada dalam kelompok pembangkang ini. Aku rase dia bukan lawyer cerdik sangat tapi boleh di klasifikasi sebagai SPINNER yang tersohor. Masa election 2008, disetiap pentas pembangkang tak kira le PKR, DAP atau Pas sentiasa menuduh UMNO adalah parti yang paling banyak magamalkan Nepotisme dan Kroni dalam struktor kepartian dengan contoh Datuk Najib bersepupu dengan Hishamuddin, Pak Lah dan anak menantunya, samy velu dengan anaknya le. Masa tu aku rase ada  kebenarannya  juga kata-kata pemimpin-pemimpin opposition nie. Tapi sekarang lain pulak ungkapan bahasa si pembelit nie. Mula le cerita hak dan sebagainya. Bila aku baca portal Malaysiakini tadi betul aku rase nak termuntah…bukan setakat anak beranak tapi termasuk juga anak bapa dan ibu bolot abis jawatan tertinggi parti dan termasuk jadi ahli DUN dan Parlimen secara all-out punya nepotisme. Ini belum menang diperingkat pusat lagi, baru diperingkat negeri dan tunjuk taring sebagai pendewa nepotisme. Kalau setakat satu komponen parti seperti  DAP je, boleh le dikatakan kebetulan. Tak kan semua anak-anak  mereka dari semua parti PR nie talented sangat atau yang paling berkebolehan jika dibanding dengan mana-mana individu yang ada dalam parti-parti PR nie. Dah le, meloya bebenor tekak mike mendengor spinning si Karpal nie. Cube bayangkan jika mereka  nie menang diperingkat pusat....bersepah le muka-muka anak beranak nie jadi barisan kabinet yang paling bernipotisme di dunia...sebabnya mudah...sebab awal-awal lagi Karpal dah mengaku anak-anak mereka nie semuanya ' BeRkEBolehan '

saifulfromslim

No comments:

Post a Comment