My home

10 October 2012

AES, Saman Trafik betul ke Nak dilaksanakan…Bab ini ikut negara maju tapi bab yang berkaitan dengannya ..nape tak ikut?


AES  mula diperkenalkan 23 September 2012 baru-baru ini. Ianya dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik atau dalam bahasa orang putih Automated Enforcement System. Kata lain camera yang dipasang kekal ditepi jalan-jalanraya untuk merakam gambar dengan lebih tepat dan sukar dipertikaikan. Ikut cerita kononnya nak mengurangkan accident pada kawasan-kawasan tertentu. Betul ke itu sebabnya? atau ada benda-benda lain atau tujuan-tujuan lain yang bersifat tersembunyi pada perancangan pemasangannya. Tengok je sejak 23 september 2012 hingga kini 9 oktober 2012 baru sebulan lebih sikit je bilangan pesalah trafik yang dikesan dan sampai 63,558. Cuba bayangkan jika setahun berapa banyak kesalahan pulak tercapai dari aspek figure kesalahan dan saman yang akan dikeluarkan. Mengapa tetibe je benda Allah nie dikeluarkan. Kadang-kadang aku fikir jugak adakah ini akan dijadikan macam mesin pengutip duit pada pemandu-pemandu tak kiralah dari golongan kaya, sedarhana, dan miskin. Dijalan lama KL- Ipoh pun dipasang. Macam dekat Sungkai dipasang dekat kawasan perumahan estet Sg Kruit. Betul ke kawasan tu banyak accident atau kerana itu kawasan had laju maka mudah le pemandu kena saman. Rasenya Lepas PRU ke 13 confirm berderet surat  saman dikeluarkan. Tak kan kerana banyak dah keluar, BRIM, Wang Buku budak sekolah dan mahasiswa, BRIM remaja, Gaji BaRU, Bonus kakitangan awam, laptop free dan macam-macam bonus dah bagi maka mula le ada akai lain pulak cara nak pekena rakyat awam balik agar dapat pulangan balik daripada apa yang mereka dah diperolehi. Aku nie bukan le menuduh yang bukan-bukan tp berdasar statistic dalam tempoh sebulan je 63,558 orang pesalah jalanraya dah terkumpul. Yang paling mudah dan banyak confirm kerana melebihi had laju. Pesalah lampu isyarat pun rasenya tak gitu banyak..kerana ramai pemandu 99% mematuhinya lampu trafik nie melainkan kerana tersilap tanpa sengaja dan kadang-kadang tersilap antara perubahan hijau ke kuning dan ke merah dengan bukan kerana niat nak langgar peraturan. Kelajuan memang diakui. Kadang-kadang untuk dapatkan kelajuan diparas 60kmsj atau 80kmsj menjadi kesukaran bagi seorang pemandu biasa dan bukan professional…masa nie le perangkap  AES akan free-free atau kata lain dengan mudah menjadikan pemandu jenis ini sebagai mangsa pesalah trafik. Mereka melaku kesalahan tetapi seolah-seolah mereka ini dinafikan untuk membuat rayuan atau pembelaan. Mereka malas ke mahkamah kerana masalah masa, kewangan dan lain-lain faktor yang begitu menyusahkan untuk mendapat pembelaan. Mereka akan bayar saman dengan tidak ada keredhaan dan marah pada badan penguatkuasa berkenaan dan sekaligus dengan kerajaan. Di Negara maju termasuk Singapura perkara penguatkuasaan memang dah sedia ada dan mereka dah boleh terima kerana faktor hidup mereka yang mampu. Di Malaysia nie, perkara saman ini memang membebankan masyarakat awam. Di Singapura orang awam berpendapatan sederhana malah tinggi pun suka menggunakan pengangkutan awam dan begitu juga di semua negara maju seperti Eropah dan Amerika mengguna pengangkutan awam pada kadar yang besar melebihi pemanduan sendiri. Jadi masalah saman ini tak begitu dirasai disana. Bukan nak hina Negara Malaysia nie tapi tengok aje le pengangkutan awam yang ada. Diluar bandar jadual perjalanan kadang-kadang sejam hinga kadang mencecah 4  jam. Negara maju dalam kadar 15 minit  jadual perjalanan dengan kondisi pengankutan 1st class. Jadi orang Malaysia terpaksa naik kenderaan sendiri kerana tiada kemudahan pengangkutan awam yang efisyen, malah kadang-kadang dibawah paras yang sungguh mendukacitakan. Tak adil le kerajaan guna system AES mengikut cara negara maju tapi kemudahan pengangkutan masih ditahap yang sungguh rendah kecuali di Kuala Lumpur dan satu dua bandar besar  je. Dah le tue pasang AES secara keseluruhan termasuk area yang takde pengangkutan awam samasekali atau system pengangkutan awam yang dibawah paras sedehana. Patutnya AES hanya digunakan di bandar besar, itu pun bukan meyeluruh kerana system pengangkutan awam masih bukan pilihan orang Malaysia. Jangan kata orang  Malaysia tak suke guna pengangkutan awam tapi rase-rasenya kerajaan sendiri  pun tahu mengapa mereka tak mahu naik.. Dah le… lupakan je cara mengutip hasil dengan cara penginayaan..tak baik tau. Jadikan negara nie betul-betul bertaraf maju..lepas baru le fikir nak guna AES nie. Bila rakyat marahkan kerajaan baru tau. Tengok pemimpin pembangkang dah jadikan ini sebagai isu. Jangan kate itu isu politik je. Sebenarnya itu adalah satu 5 star  punya tindakan serta isu untuk membela rakyat. Malah ada ramai pemimpin-pemimpin dari kerajaan pun tak berapa setuju pada system AES nie tapi tak berani sangat buat tentangan secara terang kerana melanggar prinsip parti dan sebagainya. Pada Kerajaan khusus Perdana Menteri sepatutnya harus melihat perkara ini semula dan tak payah le dilaksanakan untuk tempoh 10 tahun ini. Tunggu aje bila kita dah jadi negara maju dan ada infrastruktor setanding dengan negara maju baru lew fikir pasal AES, saman dan sebagainya. Buat je penguatkuasaan secara biasa macam dulu-dulu dah le. Semua orang boleh terima…
Catatan - saifulfromslim

BACA TENTANG ISU AES ini…

KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengesan pesalah lalu lintas kerana mendakwa ia membebankan pengguna jalan raya.

Perkara itu pada mulanya dibangkitkan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat, yang berpendapat sistem penguatkuasaan itu sepatutnya masih dalam tempoh percubaan.
"Kita tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya. Kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap atau untuk mengaut keuntungan," katanya.

AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.

Fasa pertama pelaksanaan AES mulai 23 September lalu mengenal pasti 63,558 pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) ketika mencelah berharap kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES.

"Sebelum ini sudah tiga kali tangguh tapi bila dilaksanakan kita lihat lebih kepada membebankan rakyat. Kalau boleh kita harap kerajaan dapat turut mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini," katanya.
Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pula mencadangkan lebih banyak papan tanda amaran diletakkan di lokasi AES supaya pengguna jalan raya lebih berhati-hati.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang bangun menyokong, mahu kelemahan pelaksanaan AES dikaji semula supaya ia tidak memberi tekanan kepada pemandu.

We reported earlier that the full complement of 831 Automated Enforcement System (AES) cameras will be up and running in 18 months from now, with the cams set to be deployed in stages. The Road Transport Department (JPJ) has actually released the full set of locations where the cams will be placed, and you can find the complete list of both speed trap and traffic camera locations as well as a summary after the jump.

Already, 14 AES cameras have been operational since September 23, and these are installed at various hotspots or accident prone areas in the Klang Valley and Perak. The 14 locations are listed in our earlier report.

saifulfromslim.blogspot.com

2 comments:

  1. jalan jalanraya samestinya dipasng dgn tanda2 trafik, yg mampu memberi gambaran sejelasnya mengenai peringatan2 untuk memelihara ketertiban sipemandu pada kiri kanan sepanjang jalanraya yg dilaluinya. kawasan2 yg dipasang kamera misti ditanda dgn nyata agar perkara ini tidak dapat ditikaikan atas kesalahan2 yg dilapurkan terhadap mereka. Dalam situasi ini orang2 siuman pun malu dan tak mungkin mempersoalkan/merungut. anggota2 polis pula samestinya di tempat2 yg tidak diawasi olih kamera, sekali gus juga mengingatkan para pengguna bahawa polis masih ikut serta secara lansung mengujudkan tata tertib pengguna dijalan jalan raya. saperkara yg penting juga ialah perlunya meningkatkan had kelajuan di expressway ka paras yg munasabah,iaitu ka 150 kph(atau 100 mph).had yg digunakan sekarang pasti sesuai untuk zaman dulu dimana semua jalan2raya berliku liku dan satu aliran saja. Mungkin bolih dikenakan syarat kpd kenderaan berkempuan tinggi dgn membayar cukai jalan yg lebih tinggi daripada mereka yang ingin kekal dgn had kelajuan sekarang . salepas itu barulah polis seharusnya ligat keluarkan saman sebanyak mungkin, agar kutipan dari saman dan berbagai jenayah lain mungkin mampu membayar hatta thd pembiayaan urusan kepolsian keseluruhannya. manfaat collateral juga ialah menguncupnya jumlah kemusnahan nyawa dan harta benda dijalan jalan raya,meningkatkan tertib pengguna dan menambah pendapatan negara dari rakyat yg benar2 degil sekiranya saranan yg diatas dilaksnakan. cheerio....happy driving!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ape, buat AES dengan tetibe tanpa ada satu tanda pun...Ini mmg betul mcm memasang jerat pd org awam...Saya suke pendapat sdr iban...tq

      Delete