My home

04 October 2012

MB Selangor dan wayang P.Ramlee berjodol Nasib LABu LABi kembali lagi

Aku tertarik baca Sinar Harian tentang kisah MB Selangor oleh Azmin Ali...Jauh visionnya Si Azmin nie...silap-silap lebih dari vision 2020...

SELANGOR AKAN KEHILANGAN MB Tan Sri ABD KHALID IBRAHIM JK P.R MENAWAN PUSAT PD PRU 13 - AZMIN ALI.
KUALA LUMPUR - Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keputusan berkenaan, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.

Katanya, perbincangan peringkat PR ada ke arah itu, bagaimanapun masih belum diputuskan.

“Keputusan berkenaan kemungkinan dibuat dengan menggabungkan pelbagai kemahiran dan keupayaan untuk memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.

“Tidak ada sesiapa pun boleh menentukan kedudukannya hari ini sehingga keputusan PRU13 diumumkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pilihan raya lalu, Abdul Khalid mewakili PKR menang di Dewan Undangan Negeri, Ijok dengan 7,196 undi menewaskan Datuk Mohamed Sayuti Said dengan majoriti sebanyak 1,920 undi.

Bagi kerusi Parlimen, Abdul Khalid juga menang di Bandar Tun Razak, majoriti 2,515 undi berbanding Datuk Tan Chai Ho yang mendapat 25,608 undi.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor, tidak menafikan kepakaran Abdul Khalid mengetuai Selangor hari ini, tetapi beliau juga diperlukan di peringkat Pusat.


Ini lah dikatakan bercita-cita tinggi. Sungguh terharu aku dengan pandangan Azmin Ali pada penceritaan MB Selangor dan tawan Kjaan Pusat atau Putrajaya nie. Ibarat satu ingauan indah ingin menjadi pemimpin No 1 M'sia dan terus menguasai Selangor. Persoalan disini...kenape MB Selangor jadi persoalan pemimpin No 2 PKR nie? Pujian Azmin pada MB Selangor terlalu tinggi sebagai pakar pentadbir yang diperlukan di peringkat pusat. Tapi apa kata MB kalah di DUN Ijok dan Parlimen Bandar Tun Razak. Betul Azmin jujur masih memerlu memberi laluan pada Khalid ke pusat? Siapa calon MB yang ada dalam kotak fikiran AzMIN, bila tetibe je cerita pasal kedudukan MB Selangor nie? Ini le cerita seolah-seolah teringatkan aku kembali cerita P Ramlee Nasib Labu Labi... yang mimpi nak jadi orang kaya dan Tuan Magistrate lakunan M Zain dan P Ramlee itu. P. Ramlee memang karyawan yang membuat pelbagai sindiran yang hampir 100% tepat sindirannya hingga sindiran-sindirin itu masih berlaku hingga ke hari ini

saifulfromslim

No comments:

Post a Comment