my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

29 December 2010

hArApAN sEoRAnG AyAh

harapan seorang ayah



Semua anak-anak ku panggil aku ABAH. Bagi aku panggilan abah itu terlalu besar nilainya. Biar panggilan itu iklas seiklas air mata ibu yang mengalir kerana mengingati dan mengharungi keinsafan.
Anak-anak ku:
Syafina Fasya UPM Serdang
Nurulaina Fasya MSU Michigan USA
Mohd Hafizul Beijing Foreign Student University(BFSU)Beijing China
Suhaifaniza Fasya MRSM Merbok Sg Petani
Noratiqah Fasya MRSM Pasir Salak, Kg Gajah Perak

Ingatlah Abah hanya harap agar kamu semua jadi anak-anak yang soleh dan solehah. Solat pada Allah jadikan satu amalan wajib dan tak harus kita lalaikan biar pun apa saja halangan ada di situ. Halangan itu adalah satu hikmah untuk menguji kita, samaada kita ini seorang muslim atau muslimah yang bertakwa, beriman pada Allah s.w.t dan anak yang soleh dan solehah. Fikir dan insafi akan nasihat dan harapan ini.

Al Quran nulkarim....adalah rujukan ensaiklpedia dari Allah S.W.T. Seribu jutaan kewajaran sebagai bahan rujukan untuk kita pandu dan amalkan untuk hidup ini. Anak-Anak ku, pina, nurul, pizul, epa dan iqa.....baca selalu. jangan lupa pesanan Abah ini ye.... Isyaalah kita akan sentiasa berapa pada situasi yang lapang tanpa kekusutan. Isyaallah. Janji pada Abah bahawa kamu semua akan tunaikan

Pelajaran yang sedang kamu semua lalui adalah hikmah yang perlu diterokai dan dicari sehingga terpahat
pada diri kamu semua. Dapatkan ijazah dan seterusnya cari sarjanananya (master) hingga kepada peringkat docterate (phd). Pastikan semuanya diperolehi dengan seribu jutaan ketekunan diri sendiri. Sukar untuk mencarinya? jawapan sukar atau senang sesungguhnya datang dari kesanggupan anak- anak ku untuk mengiktiraf ' harapan seorang ayah ini'
Belajar adalah perkara petama, perkara 2 adalah belajar bersunguh-sunguh manakala perkara 3 adalah belajar dengan iklas dan perkara 4 jaga kesihatan dan isyallah semua nya akan diperolihi dengan berkat
doa pada Allah s.w.t. Berdoalah dan diringi dengan usaha semuanya pasti boleh ... isyaallah

Itulah harapan Abah untuk semua anak-anak. Tunaikan harapan ini, khusus untuk:

Syafina fasya di UPM Serdang, Selangor Malaysia
Nurulaina Fasya di Michigan State University, East Lansing, Michigan USA
Mohd Hafizul di Beijing Foreign Student University, Beijing, China
Suhaifaniza Fasya MRSM Merbok Sungai Petani, Kedah
Noratiqah Fasya MRSM Pasir Salak, Kampung Gajah, Perak

Janji pada abah akan kamu usahakan harapan abah ini..Bye
Assalamulaikum wrt
ABAH (SAIFUL ANUAR SAFIAN)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...