My home

07 March 2013

PENCEROBOHAN PENGANAS SULU LAHAD DATU PERANCANGAN SULTAN JAMALUL KIRAM 111 (YANG TIDAK DIIKTIRAF KERAJAAN FILIPINA) – BERITA TERKINI DAN SEGMEN BERKAITAN



PENCEROBOHAN PENGANAS SULU LAHAD DATU PERANCANGAN SULTAN JAMALUL KIRAM 111 (YANG TIDAK DIIKTIRAF KERAJAAN FILIPINA) – BERITA TERKINI DAN SEGMEN BERKAITAN 



52 pengganas Sulu disahkan mati
LAHAD DATU 7 Mac - Sebanyak 52 pengganas Sulu disahkan mati setakat ini, termasuk 32 orang dengan seorang berpangkat jeneral berjaya ditembak hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Menurut beliau, jumlah itu tidak termasuk musuh yang dilaporkan cedera manakala ada sebahagiannya telah dikebumikan.

Tinjauan Op Daulat - PM
LAHAD DATU 7 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tiba di Felda Residence Sahabat bagi melakukan tinjauan Op Daulat yang dilaksanakan pasukan keselamatan ekoran pencerobohan pengganas Sulu di daerah ini.
Najib diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman tiba pada pukul 1.45 petang dengan menaiki helikopter Nuri.
Perdana Menteri dijangka membuat sidang media selepas selesai melakukan tinjauan berkenaan. -

Pewujudan kawasan keselamatan khas - Pantai Timur Sabah dari Kudat ke Tawau
LAHAD DATU 7 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi mahu kumpulan pengganas Sulu segera meletakkan senjata dan menyerah diri tanpa sebarang syarat. Kerajaan menolak gencatan senjata.
ada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, Op Daulat yang masuk hari ketiga hari ini akan diteruskan.
Beliau juga mengumumkan pewujudan kawasan keselamatan khas merangkumi pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau bagi mengawal keselamatan penduduk negeri itu.
Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau pelaksanaan Op Daulat dengan lebih dekat di sini hari ini.

Tawaran gencatan senjata Jamalul Kiram ditolak
KUALA LUMPUR 7 Mac - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tawaran gencatan senjata pengganas Sulu tidak diterima kerajaan Malaysia kecuali semua mereka menyerah diri tanpa syarat.
"Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," katanya menerusi laman Twitter hari ini. - UTUSAN

tembak-menembak
LAHAD DATU 7 Mac - Kejadian tembak-menembak dilaporkan berlaku di Kampung Tanduo kira-kira pukul 9.15 pagi ini.Bagaimanapun, sebarang kematian atau kecederaan belum dapat disahkan. - UTUSAN



BUKAN SELURUH SABAH DIMILIKI KESULTANAN SULU DULU

Hanya bahagian berwarna hijau dalam peta ini yang pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Sulu dan Malaysia patut menghentikan bayaran RM5000.00 setahun kepada waris-waris Sultan Sulu kerana kesultanan ini sudah pupus. Bahagian Sabah yang pernah berada dalam Kesultanan Sulu ialah bahagian timur sahaja, khususnya bahagian dari Sungai Pandassan di barat laut hingga Sungai Sibuku di selatan.

Hanya bahagian timur Sabah saja dalam peta ini yang terlibat dalam tuntutan Filipina atau tuntutan waris-waris Sultan Sulu ke atas Sabah. Apabila Sultan Sulu pajak wilayahnya di Sabah pada Baron Von Overbeck pada 1878, hanya bahagian timur saja yang terlibat kerana bahagian itu saja milik Kesultanan Sulu.

Sehingga 1658, seluruh Sabah adalah milik Kesultanan Brunei. Sultan Brunei menyerahkan bahagian timur Sabah pada Kesultanan Sulu pada 1658 sebagai ganjaran untuk Sulu kerana membantu Brunei mematahkan satu pemberontakan di Brunei.
Pada 1878 pula, Kesultanan Sulu pajak bahagian timur Sabah kepada Gustavus Von Overbeck, seorang rakyat Austria. Pajakan ini dibuat melalui sebuah syarikat milik Alfred Dent, rakan kongsi niaga Von Overbeck, dan kemudian melalui Syarikat Borneo Utara British.

Untuk pajakan ini, Syarikat Borneo Utara British bayar RM5000.00 setahun pada Sultan Sulu. Pada 1885, Britain, Jerman dan Sepanyol menandatangani Protokol Madrid yang mengikitiraf kedaulatan Sepanyol di seluruh Kepulauan Sulu dengan syarat Sepanyol menarik semua tuntutan ke atas Borneo Utara.
Pada tahun 1888, Sabah sepenuhnya menjadi tanah lindungan Britain. Kesultanan Sulu pula pupus pada 1917, di era penjajahan Amerika di Filipina yang turut meliputi Kepulauan Sulu. Dengan kepupusan ini, Kesultanan Sulu sudah tidak wujud.

Yang wujud hanya bekas Sultan, yakni orang yang menjadi Sultan Sulu terakhir sebelum kesultanan ini pupus. Sultan terakhir Sulu mati pada 1930-an dan British menghentikan bayaran pajak. Sabah diserap dalam Malaysia pada 1963 melalui pembentukkan Malaysia.

Filipina dan Indonesia menentang pembentukkan Malaysia. Indonesia melancarkan konfrontasi. Filipina pula secara rasmi memulakan tuntutan ke atas Sabah pada 1962, setahun sebelum Malaysia. Beberapa calon sultan dicari untuk diistiharkan sebagai Sultan Sulu bagi membolehkan Filipina tuntut Sabah bagi pihak Kesultanan Sulu yang pupus.

Namun, Filipina sendiri tidak pernah berhasrat untuk mewujudkan semula Kesultanan Sulu. Jika Filipina mendapat Sabah sekalipun, ia sekadar akan menjadi wilayah baru Filipina tetapi Kesultanan Sulu tetap tidak akan diwujudkan. Sultan Sulu hanya relevan pada Filipina sebagai alat menuntut Sabah tanpa sebarang niat pada Filipina untuk mewujudkan semula kesultanan ini.

Malaysia sepatutnya berhenti membayar RM5000.00 setahun pada waris Sultan Sulu kerana kesultanan ini sudah pupus dan Sultan terkahir sudah mati. Sekarang ini ada 60 orang yang mengaku mereka Sultan Sulu, semata-mata hanya untuk tuntut Sabah demi kekayaannya.



Akhirnya, Nur Misuari tidak dapat menafikan lagi penglibatan beliau di dalam pencerobohan di Sabah.Laporan terbaru adalah seperti di bawah :


MANILA – Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu , Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.

Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita.

“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.

Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang insinuasi bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.

Katanya tindakan mengaitkannya kepada dakwaan konspirasi untuk membiayai tindakan Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya untuk mendesak tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah tidak bertanggungjawab.seterusnya
Kenyataan Nur Misuari ini bercanggah dengan kenyataan awal beliau yang mendakwa tidak terlibat di dalam pencerobohan di Sabah.

Malah, ugutan sedemikian dianggap tidak bertanggungjawab kerana Malaysia berhak untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Ugutan beliau itu pula dianggap meneguk di air yang keruh kerana beliau sebenarnya dilihat gagal untuk mengawal askar-askar beliau untuk turut serta di dalam pencerobohan itu.

Dan apabila pihak pengganas itu bertindak bodoh melancarkan serangan ke atas pihak berkuasa negara, kita tidak ada pilihan lain selain daripada mempertahankan negara ini.

Nur Misuari juga dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah  dan tiada kredibiliti kerana turut gagal menyakini puak pengganas semasa proses rundingan di awal konflik di Sabah.

saifulfromslim.blogspot.com

No comments:

Post a Comment