My home

06 March 2013

Kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina dari 9FEB HINGGA 5MAC di Sabah


KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina


9 Februari:Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari:Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari:Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari:Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telahmengenal pastikumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.



16 Februari:Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalahterkawal.
Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari: Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari: Kerajaan Filipina menghantar sebuahkapaldalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari: Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari: Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac: Pertempurantercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatanterkorbanserta tiga lagi cedera.
Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh. 



2 Mac:Jenazah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud yang terkorban dalam pertempuran dengan sekumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datutiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) Subang  pada pukul 12.43pm.

Jenazah Inspektor Zulkifli Mamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Bayor, Jertih manakala jenazah Koperal Sabarudin Daud dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Makmuriah di Kampung Sungai Lias, Sungai Besar.

Pada hari yang sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Amanmelawat dua anggota komandoyang cedera iaitu anggota komando polis, Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Kpl Azman Ampong, 39, di Hospital Lahad Datu.

3 Mac:Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omarmengesahkankesengitan di Semporna dengan penceroboh 'Kesultanan Sulu' berakhir  dengan jumlah sebanyak 12 kematian, termasuk enam anggota polis. Insiden berkenaan berlaku di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah pada 2 Mac, jam 8 malam.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamadmahu kerajaanmengambil tindakan keras terhadap pihak penceroboh.

4 Mac:JenazahSupt Ibrahim Lebar dari cawangan khas Bukit Aman, ASP Micheal Padel dari cawangan khas IPD Semporna, Sarjan Baharin Hami  dari cawangan khas IPK Sabah, Sarjan Aziz Sarikun dari BN 14 PGA Tawau, Koperal Salam Togiran dari IPD Tawau dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran dari BN 14 PGA Tawau dibawa ke kampung masing-masing.

Jenazah Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27 diterbangkan ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau menggunakan pesawat Charlie. Jenazah merekatibapada jam 7 petang.

Semasa sidang media di Manila, Presiden Filipina Benigno Aquino III berkata pentadbiran beliau akan meneruskan membantu menyelesaikan pencerobohan di Sabah melalui jalan keamanan.

5 Mac:Pada jam 7 pagi, pasukan keselamatan melancarkan serangan ke Kampung Tanduo.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satukenyataanmengumumkan serangan itu adalah "bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara".

Operasi diberi nama Ops Daulat.

Pada 11 pagi, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan Ops Daulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.

Dalam sidang media lebih kurang pukul 2 petang, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.

Pada pukul 4 petang, Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih ada musuh di kawasan itu.

Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.


sumber: astroawani

saifulfromslim.blogspot.com

No comments:

Post a Comment