My home

01 January 2013

Rakyat Malaysia Bijak .....menyedarkan pemimpin untuk lebih berasa insaf....

Rakyat Malaysia Bijak .....menyedarkan pemimpin untuk lebih berasa insaf....

Kadang-kala aku terfikir jua. Kenapa sejak akhir-akhir ini ramai pemimpin-pemimpin politik mula bersikap tidak angkuh seperti satu ketika dulu? Ramai pemimpin-pemimpin komponen dari BN seperti UMNO, MCA dan MIC mula bercakap begitu mendatar dan penuh sopan. Satu masa dulu, ada seorang pemimpin begitu angkuh memalukan wakil-wakil Majlis Daerah dengan menghadiahkan penyapu dan penuh yakin mengatakan Selangor akan sifar pembangkang. Keangkuhan dan watak sombong yang kadangkala mereka rasa bahawa merekalah orang yang berkuasa pada segala agenda berkaitan kerajaan adalah milik mereka saja. Harus kita sedari dengan adanya pengimbangan dalam parlimen serta dewan undangan negeri pada perkongsian bukan majoriti antara kerajaan(BN) dan pembangkang, maka terbentuklah satu era politik yang lebih positif. Sifat pemimpin-pemimpin mula kearah kepentingan rakyat berlaku di Malaysia. 



Ini satu petanda baik untuk negara. Satu masa dulu rakyat tidak pernah terfikir untuk mendapat pembelaan seperti hari ini. Kini wang BRIM, Bantuan Buku, BRIM Remaja dan macam-macam lagi menjadi satu pemberian yang tidak pernah rakyat Malaysia impikan sebelum ini, diberi tanpa mereka memohon. Apa sebabnya? Tidak salah jika saya nyatakan kerana imbangan kuasa antara pihak kerajaan memerintah dan pembangkang berlaku pada peringkat parlimen dan DUN telah menginsafkan pemimpin-pemimpin ini untuk lebih bersifat kasih pada rakyat. Inilah kebaikan demokrasi yang dikuasai rakyat dalam mengimbangi kuasa antara 2 pihak iaitu pemerintah dan pembangkang. Semua pemimpin-pemimpin kerajaan mahupun pembangkang akan berhempas pulas menuai kebaikan pada rakyat untuk membuktikan mereka yang terbaik, dan ini berlaku kerana rakyat telah membentuk suasana bukan majoriti pada satu kuasa saja.....Tahniah rakyat Malaysia kerana kebijaksanaan anda....melakar satu lakaran politik yang baik di Malaysia ini.


Bagi aku, keimbangan pada sistem politik malaysia pada PRU 2008, memulakan episod lebih mantap pada tokoh politik untuk beralih pada ketelusan dan kejelasan. Bg aku BN menjadi lebih significant sbg parti yg lebih berprinsip selepas keputusan PRU 2008. Mereka sedar akan kemahuan rakyat masa kini pada perkara yang lebih nyata dan sedang melakukan transformasi kearah itu. Jk kedua pihak samada BN atau opposition sedang membuat twinning kearah memartabatkan perjuangan masing-masing, siapa yang beruntung? Jawapannya, rakyat Malaysia yang untung? Dan kini adakala saranan kerajaan BN melebihi pembangkang. Masing-masing beriktiar untuk melaksanakan kebaikan. Syukur rakyat Msia...sebab transformasi sebenar telah bermula...

Sekarang ini pembangkang juga turut berubah dasar. Dari Islam ke kebajikan. Dap mula kendur dengan isu chauvinistic dan sanggup melantik perwakilan melayu walau pun kalah dalam pertandingan. Manakala BN terus membuat perubahan drastik dengan membuat pelbagai penambahbaikan melalui dasar 1 Malaysia. Hampir semua golongan sasar mendapat imbuhan untuk penjenamaan semula BN menerusi dasar ketelusan transformasinya. Kini jika kita buat perbandingan maka lebih jelas BN agak kehadapan menandingi pembangkang melaksanakan transformasi yang jelas dengan memberi pelbagai ganjaran pada rakyat tanpa sebarang janji sebelum ini.

Masing-masing samada BN atau Pembangkang cuba membentuk satu pesepsi yang baik sebagai pertubuhan politik yang bersih, berhemah dan bertanggungjawab.

hasil
saifulfromslim.blogspot.com







3 comments: