My home

03 January 2013

aku tertarik dengan warkah seorang yang mahu berubah....


Warkah seorang remaja perempuan yang mahu berubah....Alhamdulil'lah syukur.....



Nama saya E (bukan nama sebenar). Saya ini gadis biasa yang dapat belaian kasih sayang daripada kedua ibu bapa saya. Saya ada ramai kawan-kawan dan saya happy dengan hidup saya. Alhamdulillah. Walaupun saya bukan berasal daripada keluarga yang kaya, yang boleh dapat segala-galanya, tapi, cukup untuk saya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada saya.

Hmm, saya memang pakai tudung, dan, Alhamdulillah, apa yang wajib saya tunaikan. Tapi kadang-kadang itu, err... ada jugalah saya tergelincir. Saya tak terbangun untuk mengerjakan solat Subuh dan sebagainya.

Kadang-kadang, kalau setakat nak keluar pergi kedai beli santan, saya sarung sahaja T-shirt berlengan pendek. Nak senanglah kononnya. Kalau nak keluar dengan kawan-kawan untuk menonton wayang ke, baju kenalah fashionable, kan? Dalam kata lain, ketat dan jarang. Kadang-kadang saya pandang sebelah mata sahaja. Apalah sangat, kan? Waktu itu, saya fikir yang penting saya tak buka tudung.

Saya nak buat satu pengakuan. Saya pernah bercouple. Saya pernah ada boyfriend. Memang saya hanyut bercinta. Hanyut melayan perasaan. Saya memang sayang boyfriend saya itu. Sangat sayang.

Kalau dia tak text saya, saya sedih. kalau dia tak call, saya mula rindu. Teringat akan dia. Tulis status jiwang di Facebook, Twitter.

Kalau boleh, saya nak dia tahu yang dia amat bermakna buat saya. Bagi saya, saya nak jadi yang terbaik untuk dia. Pelbagai usaha saya lakukan untuk memastikan yang saya dapat jadi terbaik untuk dia. Saya tak nak orang lain jadi lebih baik daripada saya.

Memang pada mulanya, hubungan kami sangat "membahagiakan"'. Janji itu, janji ini. Janji untuk sehidup semati, janji untuk sama-sama hidup susah dan senang. Biasalah. Remaja. IDEALISTIC.


Pada hari lahir si dia, kalau boleh memang saya nak buat yang terbaik untuknya. Sanggup berhabis duit untuk buat surprise party buat si dia. Nama pun perempuan, kan? Memang kalau dah sayang orang, sayang sepenuh hati. Tambahan pula, saya memang susah nak sayang orang. Tapi kalau sekali saya sayang, saya memang sayang betul-betul. Betul apa yang orang kata, "Don't love too much, don't hope too much, because that too much will hurt you so much."

Setiap kali dia buat salah, cepat sahaja saya maafkan. Maklumlah, dah terlalu sayang. Memanglah sampai macam tu. Sampai semua kesalahan si dia saya pejam mata and saya fikir, biasalah, semua manusia buat kesalahan.

Masa sedang "bahagia" bercinta, ada jugalah kadangkala saya dengar orang cakap, couple itu haram. Ya! Saya faham apa itu haram. Saya faham apa hukumnya kalau kita buat juga. Tapi sebab sayang, saya pujuk diri saya, "Bukan kami buat benda bukan-bukan pun."

Saya juga pernah menonton rancangan Soal Asyraf di Astro Oasis dan topik pada waktu itu ialah "Cinta".  Apabila saya tahu pasal topik itu, mulalah saya excited! Tapi alih-alih, Imam Muda Asyraf kata couple itu haram. Again, saya ambil mudah perkara itu, sebab, sekali lagi, saya fikir, "Bukan kami buat apa-apa pun."

Saya tengok orang lain pun bercouple juga. Ramai lagi kawan-kawan saya yang bercouple. Oleh sebab itu, saya buat tak kisah. Adalah juga saya terbaca di Facebook yang cakap bercouple itu haram. Hmm, memang saya baca. Saya faham.

Sebelum ini, saya dah didedahkan dengan macam-macam statement yang mengatakan couple itu haram. Tapi, biasalah, orang yang tengah syok bercinta, saya sanggup utamakan cinta saya untuk si dia daripada cinta saya untuk Dia.

Setiap kali saya text buah hati saya itu, confirm saya tunggu depan telefon. Angau! Credit habis banyak-banyak pun saya tak kisah. Yang penting saya dapat text dia. Yang penting, saya dapat dengar suara dia. Sweet ke? Bila saya cakap, "I love you," dan ada orang balas, "I love you more, baby." Ooh, memang! Ketika itu, bila dapat text seperti itu, senyum lebar sampai rasa nak menari-nari, lompat-lompat atas katil! SYOK HABIS! Memanglah. Cinta boleh membahagiakan tetapi, pada masa yang sama, cinta boleh membawa keburukan kalau kita tak jaga dengan betul.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, dia cakap dia nak break up! There you go! Sayang sangat, janji sangat itu ini, berkorban macam-macam. Akhirnya?! Hah! Memang masa itu padan muka saya. Dia cakap dia nak freedom, dia tak bersedia untuk ada commitment. Dan saya pun tak pastilah kalau dia ada agenda lain.


Pada mulanya, saya agak tabah untuk menerima hakikat yang kami dah tak ada apa-apa. Tapi lama-kelamaan, saya rasa kehilangan. Sampai demam-demam masa itu. Penangan terhebat! Kalau saya duduk bersendirian, mesti saya akan menangis. Kadangkala, tiba-tiba teringat kenangan yang kami pernah ada dulu – memang menangislah!

Saya tak boleh dengar lagu-lagu yang pernah kami dedicate to each other dulu ... sewaktu zaman romantis bagai nak rak! Saya cuba jadi kuat, tapi saya tahu, saya sedar. semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Saya terjumpa ayat ni,

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)

Saya percaya ini adalah 'turning point' buat saya. Saya rasa Allah nak saya cari Dia balik selepas dah lama saya abaikan dia. Selepas semua benda yang terjadi, saya lalai. Saya lupa Dia. Waktu itu, memang saya rasa saya bodoh sangat. Bodoh kerana hanyut dengan cinta yang tak kekal. Sedangkan orang lain berlumba-lumba untuk mengejar cinta Allah. Tapi saya? Hanyut. Hanyut dengan keseronokan dunia. Keseronokan yang sementara.

Saya rasa bersalah. Bersalah dengan Allah. Bersalah dengan ibu bapa saya. Wang yang ibu bapa saya beri, saya bazirkan untuk top up kredit telefon, beli hadiah teman lelaki saya. Daripada situ, saya mula mencari cinta DIA. Cinta yang hakiki.


Langkah pertama saya, saya penuhkan hari-hari saya dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Saya mula sedar yang selama ini masa saya banyak dihabiskan untuk si dia. Kadang-kadang, saya sanggup korbankan masa tidur saya semata-mata untuk si dia.

Sememangnya pada masa itu, nafsu saya berjaya menjajah akal saya untuk bersikap kurang realistik dan jauh daripada kewarasan yang sepatutnya.  Tapi, saya bersyukur. Setidak-tidaknya, pengalaman itu mengajar saya erti cinta sebenar.

Kemudian, saya ambil langkah seterusnya dengan menyertai usrah di tempat saya belajar. Itu adalah pengalaman pertama saya menyertai usrah. Pada mulanya, saya agak takut. Saya tak tahu macam mana suasana suatu usrah itu. Saya tak tahu, dan selama ni, saya tak pernah nak ambil tahu.

Saya juga mula belajar baca buku agama. Rupa-rupanya, banyak lagi benda yang saya tak tahu. Banyak lagi benda yang saya ambil ringan. Banyak lagi benda yang saya rasa betul, tapi hakikatnya dalam Islam apa yang saya buat itu salah.

Pada suatu hari, ketika suatu sesi usrah, naqibah group usrah saya tanya kepada ahli-ahli usrah tentang 20 sifat Allah. Setiap orang dengan ceria menyatakan satu persatu 20 sifat Allah. Saya terkedu. Saya senyap. Saya akui, memang saya tak tahu. Pada masa itu, saya rasa sangat malu. Saya memang rasa diri saya sangat jahil.

Setelah pulang daripada sesi usrah itu, saya menangis! Saya menangis sebab saya baru sedar yang selama ini orang lain sedang berkejar-kejar mencari cinta Ilahi. Cuba untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah. Tapi saya? Saya ambil ringan. Saya buat tak kisah. Saya terpengaruh dengan keseronokan dunia yang sementara. Tapi semua itu tak mematahkan semangat saya. Alhamdulillah, saya lagi bersemangat untuk terus mencari cinta Allah, cinta yang hakiki.


Kemudian, saya menyertai suatu camp keagamaan. Suatu perkara yang betul-betul terkesan di hati saya adalah, 90% daripada peserta-peserta program itu pakai tudung betul-betul mengikut apa yang digariskan dalam Islam. Tapi saya? Saya pakai tudung biasa-biasa, setakat untuk memenuhi syarat memakai tudung.

Ketika itu, saya memang rasa sangat rendah diri. Saya sangat kagum dengan gadis-gadis sebaya dengan saya yang betul-betul ada prinsip diri untuk mengikut al-Quran dan sunnah tanpa menghiraukan pendapat orang lain. Mereka tahu itu perkara yang betul. Mereka tak ambil kisah pandangan orang lain yang sering mengeluarkan statement orang yang bertudung labuh itu kolot dan sebagainya.

Saya sangat impressed. Alhamdulillah, itu merupakan satu semangat kepada saya untuk terus berusaha mencari cinta Ilahi. Saya nak! Saya nak jadi yang terbaik di sisi Dia, bukan terbaik di mata manusia tapi terbaik dalam pandangan Allah.

Saya bertekad. Saya nak jadi baik. Saya nak ikut jalan yang benar. Saya nak jadi penghuni syurga. Saya nak kebahagiaan yang hakiki di akhirat sana. Saya nak jadi insan yang mulia di sisi Allah. Saya nak jadi wanita yang solehah, semulia Asiah, sehebat Fatimah Az-Zahra. Yang penting, SAYA NAK BERUBAH.

Yang ikhlas,
E.

sumber:- Artikel iluvislam.com
Biodata Penulis:
Ras Atiqah Mohd Rosli ialah pelajar dalam jurusan ekonomi di bawah American Degree Program di Taylor's University.

saifulfromslim.blogspot.com


Renungan:
Betul kah SEDEKAH boleh panjang kan umur?

Nabi Sulaiman a.s yang terkenal dgn mukjizat nya mampu bercakap dgn Jin dan sekalian makhluk. Pada suatu hari, 2 pemuda menuruni tangga dan berselisih dengan Sulaiman a.s, bersama 2 pemuda itu ialah malaikat maut (izrail) yang sedang mengikuti mereka berdua, lalu di sapa oleh Sulaiman a.s ....

"..siapakah yang kamu ambil nyawa nya nanti?" lalu berkata Izrail , "..2 pemuda tersebut yang baru sahaja menuruni tangga.."

Akan tetapi, selepas 20 tahun Nabi Sulaiman a.s terserempak dengan 2 pemuda tersebut yg masih hidup, lalu bertanya Sulaiman a.s kepada Izrail.

"Wahai Izrail, kenapa 2 pemuda tersebut masih hidup?" lalu berkata Izrail , "..Ketika mereka keluar pada masa itu, mereka ada bersedekah, lalu ALLAH memanjang kan umur mereka selama 20 tahun lagi.." SubhanaAllah..!! " -petikan.kuliah-



1 comment:

  1. bercinta sehingga lupakan pencipta . itulah makan nya . tapi alhamdulillah dia sedar :))

    ReplyDelete