My home

27 January 2013

Happy Birthday to our girl Nuralaina Fasya Saiful Anuar, 27th January 2013,


Happy Birthday to our girl Nuralaina Fasya Saiful Anuar,
27th January 2013,
                                                               Nurulaina Fasya birthday
                                                                         with abah
                                                                   with abah lagi
Today 27th January 2013  is a very special day, because it is the day when I  first saw my  angel named Nurulaina Fasya .  Have a lovely birthday!

You have always made me  proud. Happy Birthday to my  dearest daughter Nurulaina Fasya.

No matter how old you are, to me you will always be my little girl. Have a brilliant Birthday!

You are the most beautiful gift anyone has ever been gifted with. Happy Birthday to the best daughter in the whole wide world!

Happy Birthday to my girl. I wish you to love life and never stop dreaming! May beauty and happiness surround you today and always!

I  feel so proud and happy to see that my  girl has grown into such a fine, young and beautiful woman. Much love and blessings coming your way.

Having a daughter means...

Seeing a thousand rainbows every day,

A thousand occasions of sweet hurray,
A thousand sweet dreams every night,
And a thousand reasons to laugh and smile!
Happy Birthday to you, angel!


As parents we hope that you touch the life of thousands of other people with the same happiness, care and love that you have touched ours. Happy Birthday to the best daughter in the whole wide world!

Birthday candles, 

Birthday cake, 

Birthday song, 
And wishes made!




May you always be happy, healthy and wealthy... so that you can take care of us when we are old :) ur mum@mak and dad@abah


Happy Birthday to our beloved daughter Nurulaina Fasya. May you be blessed with all the good things you deserve.

Today is so important to everyone who knows you and who loves the amazing person you are. On your birthday Nurulaina Fasya, and always, you're wished everything wonderful!


 From Abah and Mak and all members of our family’s,
Saiful Anuar Safian
Kasmah Sumani @Hana
Mohd Hafizul
Syafina Fasya
Suihaifaniza Fasya
Noratiqah Fasya
27th January 2013

26 January 2013

Macam mana mahu Mengenali Cerita Fitnah Murahan Ditahun Baru Cina 2013 - dan cerita pengundi hantu


Macam mana mahu Mengenali Cerita Fitnah Murahan Ditahun Baru Cina 2013 - dan cerita pengundi hantu....
orang cina pun ada jadi pengundi hantu...hebat le UMNO dan BN nie
Aku terbaca cerita pasal pengundi hantu oleh Adun PKR Rawang Gan Pei Nei. Aku baca kerana tertarik hati pasal berita murahan seperti ini diterbitkan oleh MalaysiaKini. Sebelum ini, puak dalam pembangkang selalu saja kutuk utusan Melayu sebagai utusan Meloyakan dan sebagainya. Kamu ini adun ke penyiasat pasal hantu macam cerita Uncle Seekers kat NTV 7 tue. Dah teringin nak tukar profesyen ke..hihihi? Jika betul semua cerita ini, pasti PKR sudah buat aduan polis kerana dah siap ada bukti nyata. Siapa tak kenal PKR yang terkenal suka saman jika sikit saja kebenaran jelas pada mereka? Polis pun mudah bekerja kerana bukti yang dah sedia ada. Sudah tentu mudah untuk menyaman pihak yang menghantar kad...iaitu Perdana Menteri sendiri. Yang bestnya dia ingat bodoh sangat ke pihak kerajaan BN ini nak hantar pada penama yang tiada rumah atau ditempat pada satu alamat saja, jika betul-betul perkara pengundi hantu ini berlaku. Mereka pasti berhati-hati tanpa mudah dikesan, itu pun jika betul cerita ini.  Gan Pei Nei. aku yang bukan anggota adun pun rasa lucu bila terbaca dakwaan engkau ini. Dah tiada isu lain ke hendak ditonjolkan. Jika betul le cerita adun ini, confirm tindakan pertama mereka lakukan ialah buat laporan polis dan seterusnya dibawa kemahkamah. Tapi ini setakat buat kenyataan akhbar saja. Tujuannya saja nak ujudkan propaganda murahan dan memain sentiment pada rakyat negara ini, kononnya kerajaan zalim dan SPR adalah budak suruhan BN, UMNO atau kerajaan. Harapan mereka agar ada diantara pengundi-pengundi akan percaya dan meletak rasa simpati dan dapat meraih undi kerana kononnya pembangkan ditipu. Mereka tidak membuat laporan polis atau bawa kemahkamah pun adalah sebab mereka sendiri sedia tahu ini adalah cerita bohong dan hanya untuk membuat rasa simpati orang awam pada mereka dan sekali gus dapat menaik bilangan undi untuk mereka. Aku yakin ada segolongan kecil yang akan mempercayai fitnah murahan ini. Sebabnya mudah saja, kerana tidak semua orang terlalu bijak untuk menilai sesuatu cerita itu. Selain itu golongan yang telah termakan hasutan dan didoktrinkan dengan kefahaman kebencian terutama dikalangan ahli-ahli pembangkang akan percaya 100% dengan fitnah murahan seperti ini. Tetapi bagi golongan yang boleh berfikir tidak akan percaya cerita ini, kecuali perkara ini dilaporkan secara prosedur pada pihak yang berwajib. Golongan ini akan lihat hasil siasatan dan keputusan secara keseluruhan untuk mempercayainya. Di Malaysia, ramai dah bijak dan boleh berfikir samada cerita ini benar atau hanya fitnah sebagai agen meraih undi simpati. Jika pihak kerajaan betul-betul terlibat dengan aktiviti negatif ini, mana mungkin perancangan rapi tidak dibuat hingga dengan begitu mudah boleh diketahui dan dikesan oleh pembangkang. Satu-satu kerajaan yang pemerintah akan sentiasa berwasapada pada apa saja agenda mereka dengan teliti dan bersistem tanpa begitu mudah dikesan. Tak payah le failkan kes ini ke SPR, baik terus ambil tindakkan polis atau mahkamah lagi bagus. Asyik nak fitnah saja. Kalau begini gaya pembangkang berpolitik, maka jawabnya pada PRU ke 13 ini merangkak-merangkaklah kamu semua untuk mahu mencapai kemenangan. Buat le alternatif yang lebih diterima dik akal sebagai isu untuk memenangi hati rakyat. Pembangkang dalam negara demokrasi memang juga diperlukan tapi biar lebih tersusun dan betul-betul menjaga kepentingan rakyat. Janganlah hanya dengan sentimen fitnah murahan, menagih simpati melalui fitnah dan menanamkan agrnda politik lebencian dikalangan rakyat saja. Lama kelamaan rakyat negara ini akan sedar dan akan menolak anda 100%. Pembangkang perlu ada dengan agenda yang iklas dan jujur agar boleh memeriahkan suasana politik agar negara ada gandingan antara pembangkang dan pemerintah untuk membentuk satu kerajaan yang lebih berkeupayaan memajukan negara.
saifulfromslim

orang cina pun ada jadi pengundi hantu, hebat le UMNO dan BN nie

CERITA PENGUNDI HANTU OLEH MALAYSIAKINI

Kad tahun baru yang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pengundi di Selangor secara tidak langsung telah membantu Pakatan Rakyat untuk mengesan pengundi 'hantu'.
Wakil rakyatnya kini meminta pengundi untuk melaporkan kepada pusat perkhidmatan terdekat yang dikendalikan oleh Pakatan jika kad yang dihantar ke alamat mereka ditujukan kepada orang yang tidak dikenali.




ADUN PKR Rawang Rawang Gan Pei Nei (kiri), yang juga anggota sekretariat
Pakatan Selangor, memberitahuMalaysiakini bahawa pihaknya memutuskan dalam mesyuaratnya pada hari Isnin untuk mengumpul maklumat tersebut dari pengundi.

Beliau berkata tiga ADUN - Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Halimah Ali (Selat Klang) dan beliau sendiri - telah membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat itu, selepas mereka menerima aduan.
"Saya menerima aduan dari seorang penduduk di Rawang bahawa kad yang diterimanya, dialamatkan kepada seorang wanita India," kata Gan.

"Dia bertanya kepada jiran-jirannya tetapi tidak seorang pun kenal wanita tersebut. Jadi dia mengesyaki wanita itu adalah pengundi 'hantu'. Kami akan menyemak aduan ini. "
Aduan akan disemak.

Gan berkata Teng mendedahkan seorang pengundi di kawasan pilihan rayanya terkejut apabila menerima kad atas namanya dan alamat baru, kerana dia telah berpindah tetapi belum lagi mengemaskini alamatnya dengan Jabatan Pendaftaran Negara.


Kata Gan, jika kes-kes ini disahkan, Pakatan akan memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Gan telah meletakkan mesej di laman Facebook beliau yang menyeru
pengundi memberi maklumat kepada Pakatan jika mereka menerima kad ucapan yang 'mencurigakan'.
Isnin lalu, Exco Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah mempersoalkan bagaimana BN mendapat alamat terkini pengundi, dan sama ada BN atau kerajaan yang membiayai kos kad tersebut.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendakwa bahawa satu kajian oleh kerajaan negeri Selangor terhadap pengundi baru dalam suku keempat 2011, mendapati kira-kira 134,000 yang tidak dapat dikesan.
malaysiakini



24 January 2013

Najib Ke Gaza satu misi sokongan untuk Penduduk Palestin



Published: Rabu Januari 23, 2013 MYT 7:47:00 PM

Lawatan Najib Ke Gaza Bawa Sinar Harapan Buat Penduduk Palestin

KUALA LUMPUR: Sikap mengambil berat dan prihatin Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap permasalahan rakyat memang telah terbukti di Malaysia dan dedikasi itu kini melebar melepasi sempadan negara.

Sebagai Perdana Menteri, keupayaan Najib memainkan peranan perantara dalam konflik antara Bangsamoro dan kerajaan Filipina tahun lepas memberi isyarat jelas terhadap keupayaan Malaysia menangani isu antarabangsa.

Kini, setelah mencatat sejarah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza semalam, kelibat Najib di bumi para nabi itu tentunya menzahirkan harapan sebuah pendamaian baru mampu dijelmakan.

Beberapa ahli akademik dan tokoh politik ketika diajukan persoalan berhubung signifikasi lawatan Perdana Menteri itu menyimpulkan tindakan berani Najib memasuki kawasan yang belum stabil dari aspek keselamatannya membuktikan Malaysia prihatin terhadap nasib penduduk Palestin dan layak digelar pemimpin yang menjuarai umat Islam.

Dr Amini Amir Abdullah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata selain meningkatkan imej peribadi Perdana Menteri, lawatan kemanusiaan oleh pencetus Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) itu juga bakal memudahkan urusan perdamaian pihak bertelagah di Palestin, sekaligus memberi isyarat kepada kalangan negara Islam dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk segera berbuat sesuatu.

Katanya rakyat seharusnya berbangga memiliki seorang pemimpin yang memulakan tugas di awal tahun dengan menumpukan kepada perkara membabitkan kepentingan umat Islam, malah yakin lawatan ke Semenanjung Gaza yang didiami 1.7 juta rakyat Palestin itu akan menjadi satu daripada impak terbesar tahun 2013 yang dilakukan Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.

"Di sebalik aspek keselamatan yang belum stabil, Najib memberanikan diri untuk hadir ke Gaza bagi merasai sendiri kekurangan yang dirasai penduduk Palestin, dan itu merupakan tindakan berani yang amat luar biasa bagi seorang pemimpin bergelar perdana menteri.

"Dari segi imej, Najib akan lebih dihormati, orang akan lihat di bawah kepimpinan beliau negara mula mengorak langkah yang lebih drastik dalam membantu dan meningkatkan hubungan diplomatik dengan Palestin, yang mana sebelum ini hanya dilakukan melalui penglibatan atau misi oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan orang persendirian.

"...dan saya percaya lawatan itu bukan sekadar untuk meninjau atau mengerat hubungan silaturahim tetapi ia secara tanpa sedar menunjukkan perpaduan ummah yang kukuh melangkaui batas geografi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu.

Mengenai tindakan sesetengah pihak yang cuba mengaitkan tarikh lawatan itu sebagai taktik meraih undi menjelang pilihan raya umum yang bakal tiba, pensyarah daripada Fakulti Ekologi Manusia itu berkata ia mungkin hanya satu kebetulan kerana sudah tentu perancangan Perdana Menteri untuk melawat Palestin, lokasi berkonflik tidak boleh dibuat dalam tempoh segera atau tergesa-gesa.

Amini Amir berkata isu cuba meraih undi sepatutnya tidak timbul kerana jika diimbau, sokongan Malaysia dan kepimpinan negara terhadap penduduk Palestin dan perjuangan Hamas bukanlah sesuatu yang baru atau asing bagi masyarakat setempat.

"Saya percaya ia akan dijadikan isu tetapi kalau setiap daripada mereka yang ingin membuat indikasi sedemikian berfikir secara lebih positif, lawatan itu tentunya akan dilihat dari aspek yang lebih kritis iaitu Malaysia di bawah Najib sentiasa dekat dengan permasalahan yang dihadapi ummat Islam, bukan saja di Malaysia bahkan melewati seantero dunia," katanya.

Beliau berkata takrifan hubungan diplomatik yang sering dikaitkan dengan pemeteraian sesuatu perjanjian juga perlu didefinisikan semula kepada skop yang lebih luas dan makna baru itu terserlah melalui pertemuan atau lawatan secara bersemuka yang dilakukan Perdana Menteri Rabu.

Cara lawatan secara bersemuka yang dipelopori Perdana Menteri itu jugatentunya bakal memberi impak diplomatik lebih besar kepada pembinaan atau pengukuhan hubungan antara dua negara, katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia ProfMadya Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata kaedah bersemuka serta rundingan yang diaplikasikan Malaysia dalam menamatkan persengketaan dan telah terbukti berjaya sebelum ini mampu membawa pihak Hamas dan Fatah yang bertelagah ke meja rundingan.

"Malaysia telah memiliki rekod baik menjadi perantara dalam menamatkan perang saudara di Selatan Filipina dan tidak mustahil peranan sama boleh dimainkan Perdana Menteri dalam isu Palestin," katanya.

Beliau berkata walaupun tindakan itu mempunyai risiko tersendiri tetapiperanan Malaysia yang diperakui negara Islam dan pemimpin OIC perlu diteruskan demi kelangsungan masyarakat Palestin yang aman.

"Malaysia perlu berperanan dan kita tidak boleh kecewakan mereka, malah sesiapa sahaja boleh memberikan sokongan dan bantuan tanpa perlu dibatasi ideologi politik," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata lawatan kemanusiaan Perdana Menteri ke Gaza membantu meningkatkan profil Malaysia sebagai sebuah negara yang prihatin terhadap perjuangan rakyat Palestin.


"Tahniah dan syukur. Ini menunjukkan bahawa perdana menteri seorang pemimpin yang berani dan bertanggungjawab yang boleh menjadi juara kepada umat Islam didunia dan bukan sahaja juara rakyat di Malaysia," katanya.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata bantuan yang ditawarkan Malaysia untuk menjadi orang tengah dalam pelan pendamaian antara Hamas dan Fatah juga menunjukkan bahawa Malaysia adalah juara dalam menangani isu yang paling besar dihadapi oleh umat Islam di Timur Tengah itu.

Menurut Perdana Menteri lawatan kemanusiaan beliau ke Gaza adalah kerana mengikut kata hatinya yang ingin berada bersama-sama dengan rakyat Palestin, seterusnya menjadi lambang yang amat kukuh terhadap sokongan padu kepada rakyat Palestin.

"Tiada cara yang lebih baik...ini cara terbaik untuk menjejak kaki ke Gaza bagi menzahirkan sokongan kami kepada rakyat Palestin," katanya dipetik ketika berucap semasa pertemuan dengan menteri Kabinet Palestin di Bandaraya Gaza Selasa. BERNAMA





saifulfromslim - from BERNAMA


23 January 2013

12 Rabiul Awwal 1434 Hijrah - Wishes all our Muslim brothers and sisters a wonderful Maulidur Rasul



Assalamualaikum and greetings to all,

All praises for Allah SWT. All blessings and salutations upon our beloved Prophet Muhammad S.A.W and his family and companions. On behalf of all my family's, I Mr Saiful Anuar Bin Safian wishes our Muslim brothers and sisters a wonderful Maulidur Rasul. Let us strengthen our commitment to trustworthiness, integrity, fairness and justice, as lived by our beloved Prophet Muhammad SAW. Let's make 12 Rabiul Awwal 1434 Hijrah a date to be remembered.


Biografi ringkas Rasullullah s.a.w :


Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya
bernama Abu Kabsyah)



Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
i. Qasim
ii. Abdullah
iii. Ibrahim
iv. Zainab
v. Ruqaiyah
vi. Ummi Kalthum
vii. Fatimah Al-Zahra’
viii. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah
bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)
.[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-
kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa
saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang
besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan
perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah
merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak,
menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang
baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

Keepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan
manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia
dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

Wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.


saifulfromslim

22 January 2013

Pilihanraraya dah dekat - pembubaran parlimen hingga penamaan calon - hari pengundian - 17 Feb - 2 Mac


Tarikh Jangkaan PRU ke 13: Pembubaran Parlimen, Penamaan Calon / Hari Mengundi -  17-28 Feb atau 1/2 Mac 2013 

Penganalisis politik menjangkakan tarikh terdekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen adalah sekitar 17 hingga 28 Februari ini.
Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah dirasai.

“Ramai meramalkan sekitar 17 hingga 28 Februari ini perdana menteri akan bubar Parlimen, dan PRU13 berlangsung selepas itu iaitu awal Mac.
“Hal ini dilihat sesuai kerana banyak perkara sudah sudah diselesaikan seperti hal persekolahan dan banjir juga sudah pulih. Apatah lagi tempoh matangnya juga sudah berada di penghujung,” katanya.
Menurutnya, PRU13 adalah pilihan raya paling sengit pernah dihadapi BN dan menjadi cabaran besar juga kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengekalkan kemenangan mereka di negeri yang telah dimenangi pada 2008.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian juga berpendapat sama iaitu PRU13 sudah hampir.
Katanya, semua pihak sudah membuat persediaan akhir dalam menghadapi PRU13.
“Seperti mana kita tahu, PRU13 adalah paling sengit dan sudah pastinya semua parti politik akan membuat persediaan sebaik mungkin.

“Begitu juga dengan anggota keselamatan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi lain,” katanya.
Bagaimanapun, beliau percaya BN masih ada kelebihan untuk menang dan mentadbir kerajaan masa hadapan.
“Bagaimanapun, PRU13 ini beri cabaran getir buat mereka, berapa jumlah kerusi dan kawasan mana yang mampu dimenangi,” katanya.



Boleh ke BN dapat 2/3 Majoriti dan apa cerita pasal 70 kerusi panas...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) perlu memfokus ke atas 70 kerusi, yang menyaksikan perbezaan tipis pada Pilihan Raya Umum 2008, jika perikatan mahu mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di Parlimen kali ini.
Tujuh puluh kerusi itu adalah kawasan di mana BN menang tipis atau kalah tipis lima tahun yang lalu.
Kerusi-kerusi itu juga menjadi tumpuan pembangkang dalam usahanya melebarkan sayap ke Putrajaya.
PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac ini. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, PRU13 peringkat persekutuan perlu diadakan menjelang akhir Jun ini.

Sehubungan itu, Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, BN perlu cukup teliti dalam meletakkan barisan calon di kerusi-kerusi kritikal dan mengatur strategi secara berkesan supaya kekecewaan 2008 dapat ditebus kembali dengan kemenangan pada PRU13, yang dilabel sebagai 'ibu segala pilihan raya'.
“Jadi calon-calon yang dipilih kali ini bukan sahaja calon mesti menang, dari segi totalnya mereka mesti bersih sebersih-bersihnya. Putih seputih-putihnya.
“Sebab itu calon mesti tepat. Mesti yang tidak membawa beban yang boleh membebankan parti, membebankan parti, membebankan Barisan Nasional, membebankan pucuk pimpinan.
"Mereka mesti telus, bersih, betul-betul suci daripada sebarang masalah untuk hendak bertanding kali ini. (Jika tidak) seluruh parti akan merasa kesannya,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Menyifatkan pertarungan PRU13 amat sengit saingannya, Abdul Aziz berkata, program transformasi dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjaya menyentuh hati rakyat secara keseluruhannya.
Meskipun begitu katanya, cabaran besar tetap menanti BN dalam mengatur langkah di 70 kawasan kritikal yang menjadi penentu kemenangan besar parti itu di mana usaha berlipat kali ganda perlu dilakukan supaya ia tidak terlepas ke tangan pembangkang.

“Sasaran yang menjadi rebutan, 70 kawasan Parlimen itu. Jadi gerak geri strategi Barisan Nasional mesti tertumpu kepada penembusan 70 kawasan itu untuk menentukan mereka menang di situ. Kerana memang benar, jika tidak ada gerak kerja, yang benar-benar mantap,
70 kerusi ini akan menjadi medan yang kabur yang boleh menyebelahi sana atau Barisan Nasional.
“Jadi cara yang benar-benar tepat ialah orang yang hendak menjadi calon di situ, mesti tepat dan pada masa yang sama, program pembangunan di 70 kawasan ini mesti lebih mantap untuk ditentukan oleh pihak kerajaan sedia ada sekarang ini,” ujar beliau.
Akhir November lalu, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menjangkakan BN akan memperoleh 120 kerusi jika diadakan November lalu, sementara 24 kerusi dalam keadaan “kelabu”.

Beliau juga mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.
Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN. 

Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.
Sementara Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff sebelum ini pernah meramalkan BN hanya selamat di 96 kerusi manakala PR pula selesa dengan 68 kerusi sementara selebihnya akan menjadi perebutan di antara kedua-dua perikatan itu.
Jangkaan itu juga bermaksud, BN dan PR berhadapan dengan kemerosotan berbanding kerusi dimenangi empat tahun lalu.

Namun Najib, selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 buat kali pertama menyatakan keyakinan BN akan menang dengan majoriti dua pertiga dalam PRU13 jika tiada unsur sabotaj.





Pandangan Penganalisa pada Peluang Kemenangan - BN atau PR pada PRU 13

Pada hari sama, di ibu negara telah berlangsungnya satu wacana Pra PRU13 : Siapa Jadi Pilihan?, anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang menyaksikan beberapa penganalisis politik terkemuka membentangkan hasil kajian masing-masing berhubung potensi dan pilihan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut penganalisis politik veteran, Profesor Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, Barisan Nasional dilihat punya kelebihan untuk mengekalkan tampuk kuasa di Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun katanya, tiada jaminan khusus bahawa jangkaan itu akan kekal begitu memandangkan kedua-duanya, BN dan Pakatan Rakyat masih berpeluang untuk merebut undi mereka yang masih belum membuat keputusan atau pengundi atas pagar yang agak besar jumlahnya.

"Jika ada parti yang boleh 'swing' pengundi atas pagar ini, maka parti itu lah...," ujarnya.

PRU13 yang disifatkan ibu kepada segala pilihan raya, dilihat sebagai sengit antara BN dan PR. Ia perlu diadakan sebelum akhir Jun ini jika Parlimen terbubar dengan sendiri pada 28 April.

Tetapi ramai meramalkan ia akan dibubarkan bulan depan dan pilihan raya akan dipanggil Mac ini.

Dalam pada itu, pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir berkata, Pakatan Rakyat bakal berhadapan laluan sukar demi mencapai cita-cita politik mereka untuk menawan Putrajaya.

Sebelum ini Pakatan Rakyat menjangkakan mereka akan menang 105 kerusi Parlimen secara keseluruhan.


20 January 2013

IBU yang jahat........



Aku terbaca cerita ini. Jalan ceritanya mudah. Ceritanya benar atau hanya rekaan semata-semata? Itu tak kisah, tapi sebalik penceritaan ini yang menggunakan kaedah bahasa yang biasa yang pasti penulis bukan seorang penulis novel, rencana atau cerpen. Maka kerana ini juga aku membacanya hingga habis kehujung tulisan mudah ini. Aku yakin sebalik bahasa yang mudah ini ada paparan kebenaran dalam penulisan ini. Aku tidak ubah atau edit sepatah kata daripada hasil penlisan ini...Tajuknya ialah....



IBU yang jahat.....



Satu ketika.....20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya besarkannya juga.

Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. ..

Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tert idur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu.

Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya.

Hinggalah le satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak.

Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya.

Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!" Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, "Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Yusri, makcik."

"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu. Ya, saya patut mati..., mati..., mati...

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!...

Petang itu saya membawa dan meletak kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya, "Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak. ..

Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya.

Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Yusri.. Yusri... Di manakah engkau? Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu... Gelap sekali... Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun didalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. .. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari...

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras.

Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"

Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah

kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya.

Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu... "mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."

Saya menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!" Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana. Dosa kamu tidak akan terampun!" Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.

Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai manusia ataupun bagi yang bergelar ibu atau bapa. Jangan menyalahkan kurnian Allah swt
Terima apa saja kurnian Allah swt. Kita cuba tawakal dan terima segala hikmah disebaliknya. Allah swt tidak akan memberikan sesuatu dengan sia-sia sebab semuanya ada hikmah dan rahmat diserbaliknya.

Intisari Moral Pada Pengisian Cerita - sayangi orang di sekitar anda. kita tidak tahu siapa yang benar-benar menyayangi kita...

saifulfromslim.blogspot


19 January 2013

Wacana- Apa kata mereka?

Wacana 1
Gambar di bawahDari kanan Prof Dr Jayum, Kadir Dikoh (moderator) dan Dr Jeneri pada Wacana Pra PRU 13 Siapa Jadi Pilihan ? Yakin pertahan Sabah, Sarawak

Wacana- Pra PRU 13-Program anjuran bersama akhbar BH 
Siapa Jadi Pilihan?: Yakin pertahan Sabah, Sarawak



Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) dijangka mempertahankan Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. 
Selain itu, PAS pula dilihat tidak mampu untuk melebarkan penguasaannya di dua negeri terbabit, manakala calon PKR gagal menarik sokongan rakyat.


Populariti PM meningkat 


Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir, berkata berdasarkan kepada hasil kajian pihaknya di tujuh kawasan di Sarawak, sokongan rakyat kepada BN tidak berubah. 

Malah, populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga semakin meningkat. 

“Berdasarkan tinjauan yang dilakukan di tujuh kawasan, 75.4 peratus memilih BN menang di Sarawak, manakala 21.3 peratus yakin pakatan pembangkang akan menang,” katanya pada Wacana Pra PRU-13 yang bertajuk ‘Sabah dan Sarawak, Siapa jadi pilihan?’, anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) di sini, semalam. 


Peranan penting pengundi

Program anjuran bersama akhbar BH itu turut dihadiri Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Jayum Jawan selaku ahli panel dan Pengarang Berita BH, Kadir Dikoh bertindak sebagai moderator. 

Sementara itu Jayum berpendapat, keputusan dibuat pengundi di dua negeri terbabit memainkan peranan cukup penting dalam memastikan kestabilan politik negara. 

Katanya, pengundi Cina di negeri berkenaan perlu membuat keputusan bijak kerana jika sokongan diberikan kepada pakatan pembangkang ia berdepan dengan cabaran untuk menstabilkan politik negara.

wacana 2

Gambar di bawah:Dari kiri Dr Shamsul Amri, Johan dan Dr Syed Arabi ketika pembentangan Wacana Pra-PRU13: Siapa Jadi Pilihan?....

                                           

Wacana- Pra PRU 13 - Siapa Jadi Pilihan?
Populariti PM menonjol

Kuala Lumpur: Populariti Datuk Seri Najib Razak menonjol dalam kalangan rakyat adalah berikutan prestasinya yang dinilai orang ramai, termasuk program transformasi dan janji ditunaikan kerajaan. 

Pensyarah Jabatan Komunikasi Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Manusia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, berkata faktor berkenaan diperoleh dalam kajiannya antara Mac 2008 hingga Julai 2012.


Malah, katanya, kajian itu juga menunjukkan populariti Najib terus mengatasi tiga pemimpin pembangkang. 


Kajian itu mendapati populariti Najib meningkat daripada 41 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008 kepada 58 peratus pada Julai 2012 berdasarkan tinjauan kepuasan terhadap pemimpin. 

Sokongan 58 peratus daripada 1,963 responden ditemubual secara bersemuka dari 1 hingga 31 Julai lalu adalah tertinggi jika dibandingkan dengan sokongan diterima Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (47 peratus), Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (34 peratus) dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (31 peratus). 

Beliau ditemui selepas pembentangan Wacana Pra-PRU13: Siapa Jadi Pilihan? anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama BH di sini semalam. 


Populariti Anwar menurun


Syed Arabi dan Timbalan Pengerusi MPN, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin adalah panel jemputan bagi sesi pertama wacana itu yang dikendalikan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar selaku moderator. 

Mengulas lanjut, Syed Arabi yang juga bekas rektor UIAM berkata kajian itu dijalankan berperingkat pada Mac 2008 membabitkan 1,654 responden dan 1,370 responden pada Mac 2012 sebelum diteruskan pada Julai tahun lalu. 

Malah, katanya, populariti Anwar pula menurun dari 46 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008, berbanding 34 peratus pada Julai 2012.

saifulfromslim.blogspot.com

17 January 2013

Undi Rosak, Hak untuk Protest, harus dibenar sebab Malaysia adalah negara demokrasi

Undi Rosak, Hak untuk Protest, harus dibenar sebab Malaysia adalah negara demokrasi 

Terpegun aku mendengar cerita seorang sahabat lama yang menceritekan pada aku, cara dia mengundi DUN Kota Kinabalu dan Parliment Api-Api, dia pernah berkhidmat di KK Sabah sebagai pegawai persekutuan disana dan kini berkhidmat di Putrajaya. Masa di KK dua parti dipertandingkan DAP dan LDP(BN) masa itu. Dia kate pada aspek dasar parti dia awal2 lagi dah tolak DAP....dan BN dia suke dibandingkan dgn DAP tp wakil LDP pulak dia tak setuju pada aspek kemampuan sebagai pemimpin, jad1 dia protest dgn pangkah kedua2nya. Undi rosak...pilihannya sbg protestor disitu. Dia nie orang Slim, dan undi di DUN slim, Dia kate pada dasarnya dia suke UMNO kerana dirinya banyak dibantu oleh kjaan pada pengajian hingga dapat jawatan ke peringkat Jusa C, tapi tak setuju dengan wakilnya kat cni. PAS pula bagi nya orang melayu yg turut bertanding tapi baginya calonnya baik tahap biase je tapi tidak menyetujui dasar sebenar parti berkenaan. Dia mengaku dia turut protest pd kedua2nya dengan membuat tanda / (right) pd kedua-dua calon pada election 2008. Aku hormat hak dia, sebab ini negara demokrasi.


Mengapa aku terpegun ceritenya? Sebab aku jg pernah mengambil langkah yg sama. Pernah memprotes undi di Parliment Elopura disana bila pertandingan antara PBS(wakil cina) dan DAP dengan buat tanda X pd kedua2 calon, 1996 balik ke Slim bertugas kat sini, sempat mengundi 2 kali. PRU pertama sejak pertama aku balik ke sini aku sokong calun BN diperingkat DUN dan Parlimen. Tp untuk election 2008, tak pernah wakil DUN dari BN datang jejalan area aku tinggal and jika terserempak pun macam tak kisah je dia nie..tp wakil MCA ada juga jengok2 sekali 2 dan jika berjumpa, dia pasti tegur aku, macam je kenal aku, sebenarnya aku tahu dia tak kenal pun...tapi orang nie main tegur je. Dia tipu ke, jujur ke....itu aku tak tahu. Wakil PAS memang le melayu dan agama Islam tapi kelibat rupenya pun aku tak kenal...tapi tau le dia seorang ustaz. Sekali lagi diperingkat DUN aku buat undi protest dan peringkat parliment aku mengundi ikut sistem yg betul.


Salah ke aku buat protest? Ini negara demokrasi hak kita bebas, nak pilih siape je, nak protest dan sebagainya.

Untuk PRU, 2013 aku akan mengundi tapi jika dulu hanya aku dan isteri je mengundi, tapi kali nie, 3 orang anak dah layak mengundi. Maka ada lima undi dari keluarga aku diterjemahkan sokongan kami di DUN slim dan Parliment Tanjung Malim tahun 2013 ini. Aku sebagai bapa sendiri mendaftar anak-anak aku sebaik aje cukup umur kelayakan, yg pertama 24 thun, kedua 22 tahun dan sorang lagi tepat 21 tahun. Yang baiknya dan hebat SPR kali ini ialah, terus terdaftar pd senarai pemilihan dengan cepat sebaik aje kite mendaftar khusus pada kes anak aku yang ketiga nie. Aku salute kecekapan SPR kali ini. Macam mana pun aku tak pernah mempegaruhi isteri dan anak-anak aku nak undi apa, terserah pada mereka. Biar mereka berfikir secara rasional sebab aku mahu kebebasan untuk mereka berfikir dan  bebas buat keputusan mengikut kebijaksanaan mereka dan sentiasa menghormati hak mereka untuk pilih sape je.


Berdasar perkara diatas yg aku papar kat FB juga cuba lihat satu dua komen ini:


  • Zahanudin Harahap Undi protes spt ini la yg memenangkan PKR di DUN Slim 2008 dulu..sayapun masih kekal pengundi DUN Slim...
  • Zahanudin Harahap Sorry...saya kekal dari dulu hingga sekarang sebagai pengundi DUN Behrang, bukan Slim...
  • Saiful Anuar Safian 2008 Dun slim dimenangi oleh Bn, sebenarnya aku hny nak jelaskan ade 2 kriteria pengundi, iaitu menggundi berdasar parti mmg betul, tetapi di teliti pula oleh orang golongan ini kemampuan calon itu sendiri dlm kerajinan pengendalian kerja dan keiklasan serta kejujuran. Rasenya pucuk pimpinan semua parti politik termasuk BN mmg sedia tahu corak pengundi begini dan merestuinya kriteria pengundi mcm ini, sb itu mereka mahu winnable candidates. Jk ramai wakil rakyat yang angkuh dan tak menjln kerja serta tanggungjawab secara jujur maka parti sekukuh mn pun akan hancur lebur....aku tuju khusus pada wakil2 rakyat untuk setia pd parti untuk jangkamasa panjang dgn cara iklas dan bekerja untuk pengundi setempat. jangan pilih bulu sebab andalah punca kejatuhan sesuatu pertubuhan politik walau pun asasnya ianya satu parti yang baik dari aspek perjuangan.
  • Saiful Anuar Safian secara kasar nampak mcm aku menentang krjaan sedia ada, tp jika dibelek kedua kali, baru jelas bahawa aku suke pd parti yng mmg unggul dari termusnah hny kerana perlakuan oleh law makers atau wakil rakyat yang kadang kala terlupa akan tanggungjawab. Hny sedikit calitan bahasa agar mereka sedar dan terus bangun untuk menjaga pertubuhan yg byk membantu rakyat sejak merdeka lagi


saIFULfromslim